CHAPTER 2!

Seoul Basketball Team (SBT)

Kai perasan akan kehadiran lelaki itu ketika dia sedang berehat.Keadaan yang sudah senja dan agak gelap menyebabkan Kai sukar untuk melihat.

Selepas itu, Kai terus pergi ke hospital untuk melawat adiknya.


 

" Sorry, oppa lambat.." Kai berkata sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan katil.Dia membantu HaYoung untuk duduk.

"Tak apalah.Oppa, macam mana study kat sekolah baru tu? Ok?" tanya HaYoung.

"Ok! Best...Oppa dah ada ramai kawan. Siap offer oppa masuk group diorang lagi."

"Oh..diorang handsome tak?" HaYoung mengangkat-angkat keningnya dan tersenyum nakal.

"Kamu ni memang gatal kan? Ish, ye la..ye la.. handsome jugak la.." Kai mencubit manja lengan adiknya. Ikut perangai sape la agaknya...

"Sakitlah oppa.." HaYoung berkata sambil mengusap lengannya yang dicubit Kai."Oppa pergilah balik dulu. Mesti oppa penat kan.." sambungnya lagi.

"Okay..bye. Take care.."

HaYoung membuat simbol OK dengan menggunakan tangannya.


 

Di rumah keluarga Kim, Kai terus duduk di atas sofa di ruang tamu. Hari ni memang hari yang memenatkan baginya.

Siapa yang perhatikan aku tadi? Tak mungkin lah kawan-kawan aku? Haish, siapa hah?

Esoknya, di highschool....Kai melangkah masuk dengan langkah yang yakin. Matanya tertumpu kepada sekumpulan pelajar yang berkerumun di 

papan kenyataan sekolah. Dia melihat kawan-kawannya berada di situ juga.Kai menuju ke arah mereka semua.

"Apa bising-bising ni?" tanya Kai kepada Jin. Jin menoleh ke arah Kai.

"Tu..ada pemilihan pasukan basketball yang baru." kata Jin.

"Yang baru?Kenapa baru?" 

"Ala..yang lama dah dibubarkan, sebab kalah teruk dengan Busan Team." terang Tao yang berdiri di sebelah Jin.

"Kenapa tanya? Kau nak join ke? Nak join masuk lah. Aku nak join." sampuk Zelo.

"Aku rasa..aku nak join. Korang joinlah sekali,takkan aku ngan Zelo je.." kata Kai kepada kawan-kawannya.

"Aku boleh je.." kata Sehun dan Tao serentak.

"Aku tak nak. Baik belajar." balas Jin selamba.

"Ala..join je la. Mana tahu ada bakat terpendam.."

"Ntah join je la.."

"Ala..malu-malu pulak dia.."

"Tak payah la nak belajar sangat...kau tu dah pandai.."

Kawan-kawannya 'menghasut' Jin supaya menyertai ujibakat itu.Jin mengeluh.

"Okay la..kalau korang cakap macam tu.." akhirnya Jin mengalah.

Ujibakat tersebut diadakan di gym sekolah pada pukul 4 ptg. Mereka bercadang untuk berkumpul di hadapan pintu masuk gym.Selepas itu,mereka terus masuk ke kelas.Di dalam kelas,suasana aman damai sebab sekarang ni waktu Cikgu Kwon.Tetiba,ada sorang pelajar lelaki muncul di depan pintu.

"Mansae!! Cikgu Kwon tak datang hari ni!!" pelajar lelaki yang bernama Yugyeom itu menjerit di hadapan kelas. Dia terkinja-kinja macam beruk terkena belacan.Suasana yang aman damai tadi bertukar menjadi haru-biru sebaik sahaja mendengar berita itu.

"Yeah!! Takde homework fizik hari ni! Yahoo!"

"Bolehlah aku tidur puas-puas!"

"Kenapa cikgu tak datang hari ni?"

"Yehet!! Boleh main game!"

Macam-macam perkataan yang keluar dari mulut para pelajar kelas 5-1.Nama je kelas pertama..terbaik,tapi malas betul nak belajar.Sedarlah wahai anak muda..

 

Kai P.O.V

"Wei, korang..takkanlah nak dok termenung je..jom lah main game.." Zelo memusingkan kerusinya ke belakang untuk duduk menghadap aku.Aku berfikir."Nak main game apa?"

"Hey Jin, pusing ah belakang.Kita bincang nak main game apa..dah banyak kali aku tengok kau baca novel yang sama..naik muak aku." bebel Sehun yang duduk di sebelah kiriku.Naik muak apa,bukan dia yang baca novel tu.Nak harapkan dia baca novel,novel KOMSAS form 1 yang nipis tu pun belum tentu habis dibaca.

"Yelah.."Jin memusingkan kerusinya menghadap Sehun."Nak main apa?" sambungnya lagi.Tiba-tiba,Tao menepuk meja.Nasib baik aku takde penyakit jantung.Silap-silap boleh jadi arwah aku kat situ.

"Kita main-" sebelum Tao sempat menghabiskan ayatnya,satu pengumuman dibuat.

Ding ding dong..dong ding ding ding.. (bunyi loceng pengumuman)

"Perhatian, kepada pelajar yang bernama Kim Jong In, sila ke pejabat sekarang.Terima kasih."

Aku terdiam.Nama aku tu.."Aku pergi dululah,nak ikut tak?"

"Habislah kau..hehehehe" Sehun ni menakutkan aku jelah."Aku nak ikut!" Jin berdiri lantas menarik aku keluar daripada kelas.Aku dan Jin pergi ke pejabat di tingkat satu.

Sampai di pejabat, seorang staff yang bernama JiHyo menghulurkan sepucuk surat kepada aku. "Kamsahamnida.." aku tunduk hormat.Jin berkata bahawa itu surat dari peminat rahsia.Aku segera menafikannya kerana itu semua merepek.Sampai di kelas...

 

"Kenapa, ada problem ke , Kai?" tanya Zelo.Aku menggeleng lantas aku membuka sampul surat itu.Isinya tertulis..

Kamu mesti sertai team bola keranjang tu

From; CJK

Berkerut dahi aku membaca surat itu. "Oh..CJK tu Coach Jong Kook lah.. dia ni coach team basketball yang dulu." terang Jin.Aku mengangguk tanda faham.Mungkin dia yang perhatikan aku semalam.Sehun menepuk bahu aku.

"Kenapa kau termenung,Kai?" aku menggeleng."Takde apa-apa lah.."

"Jom ah main-" sekali lagi kata-kata Tao tergendala kerana Cikgu Yoo sudahpun masuk ke dalam kelas.

End Of P.O.V


 

Papan kenyataan dikerumuni para pelajar kerana keputusan pemilihan pasukan bola keranjang yang baru telah ditampal.Keadaan di situ begitu bising.Zelo menghampiri kawan-kawannya.

"Nama kita semua ada dalam senarai tu!" kata Zelo dengan teruja.

"So, apa yang kita kena buat lepas ni?" tanya Tao sambil memeluk tubuhnya.

"Diorang tak cakap apa-apa lagi la..." balas Zelo.

"Ok..jomlah masuk kelas.."ajak Jin lalu mereka semua berjalan menuju ke kelas 5-1.

 

Pada petang itu,seperti biasa Kai akan pergi melawat adiknya.Jin yang kebetulan lalu di situ ternampak Kai masuk ke dalam hospital.

Eh,tu bukan Kai ke? Kenapa dia pergi hospital? Dia sakit ke? desis hati Jin sebelum melangkah masuk ke perpustakaan berdekatan hospital itu.

Keesokan harinya..di dalam kelas 5-1.Kai tiba awal ke sekolah hari ni.Ketika dia membuka pintu kelas,Kai mendapati kawan-kawannya sudah sampai.

Kai melirik ke arah jam di dinding kelasnya.Baru pukul 6;30 pagi..awalnya diorang sampai.

Kai segera berjalan ke arah mejanya dan duduk di tempatnya.DIa menyembamkan mukanya ke meja dan tidur dengan berbantalkan lengan.Belum sempat Kai hendak melelapkan mata,tetiba....

 

BAMMM!

Mejanya ditepuk kuat oleh Jin.Terus terbangun Kai.Sape suruh datang awal sangat..nak tidur kat rumah.Haish..

Kai P.O.V

"Kau nak apa? Kacau betul la.." aku lihat Jin  tersengih macam kerang busuk yang terlebih busuk di depan aku.Hahahaha..Jin duduk menghadap aku,begitu juga dengan Zelo..Tao ngan Sehun sibuk buat hal sendiri.Sorang main phone,sorang termenung macam ikan termenung.

"Aku nak tanya sikit ni...boleh?"

"Tanyalah Jin..."

"Semalam aku nampak kau pergi hospital..kau sakit ke Kai?"

"Oh..takde la..aku lawat orang la."

"Awek la tu...eleh.." Tao yang tadinya termenung sibuk menyampuk.Sehun masih lagi fokus menatap skrin phonenya.

"Mana ada! Adik aku lah..dia masuk hospital.."

"Dia sakit apa?" Sehun bertanya dengan matanya masih fokus bermain GrowTopia.

"Dia kemalangan,dulu coma sekarang dah sedar..omma ngan appa aku pun terlibat dalam kemalangan tu..diorang terkorban."

"Habis,kau?" tanya Zelo sambil buat aegyo muka nak tahu.Bunyi macam nak aku terlibat sekali dalam kemalangan nampak...

"Aku tak ikut diorang keluar,aku ada hal time tu..."

"Adik kau laki or perempuan?" tanya Tao sambil mengukir senyuman miang dia tu.

"Perempuan..nama dia Kim HaYoung." aku nampak senyuman Tao makin melebar bila aku sebut perkataan 'perempuan'..Sehun pun apa kurangnya,terus letak handphonenya di atas meja.

"Oh..cantik tak?" tanya Sehun.Eleh..kalau perempuan laju je..huhhuh

"Abang dia handsome..mestilah adik dia cantik..hohoho" semua terdiam bila aku buat lawak hambar tu..huhhu..sedih aku.Aku berdehem.

"Kenapa?Berkenan ke?"

"Tak ada lah.." Sehun terus fokus dengan phonenya.

"Sehun dah ada banyak fans.." sampuk Zelo sambil menjeling Sehun.

End Of P.O.V

Cikgu Kwon masuk ke dalam kelas.Jam menunjukkan pukul 7;40 pagi.Lama jugak diorang berbual.Sewaktu cikgu tengah mengajar,Kai berbisik  kepada kawan-kawannya.

"Korang nak jumpa adik aku tak? Kalau nak, lepas sekolah tunggu depan pagar sekolah.Nanti follow je kereta aku."

"Okay." jawab mereka secara serentak.

Tetiba, kedengaran suara CIkgu Kwon menjerit dari depan kelas.

 "Apa bising-bising kat belakang tu!?"

Serentak dengan itu, mereka terdiam.


 

Tamat waktu sekolah..mereka berkumpul dan memandu kereta masing-masing.Sampai di hospital,mereka berlima masuk ke dalam wad 17/A.Ketika mereka masuk,HaYoung sedang duduk dan memandang ke luar tingkap.

Kai P.O.V

"HaYoung.."

"Siapa diorang ni oppa?" tanya HaYoung lalu memandang mereka satu persatu.

"Ni la kawan oppa...yang ni Tao,sebelah dia..Sehun,yang ni Zelo and yang ni Jin." aku memperkenalkan mereka kepada HaYoung.Aku nampak diorang tercengang.Dah kenapa?

"Korang ni..okay tak?" tanya Hayoung.Mereka masih tercengang.Nasib baik mulut tertutup,kalau tak masuk lalat.Mati tercekik pulak kawan aku nanti.

"Jangan pandang lama-lama.Hayoung dah ada boyfriend.." saja aku kelentong.Rasakan..hahahaha

Mereka berempat terkejut.

"Betul ke?" Zelo nampaknya terkejut dengan penyataan aku. Yang lain apa kurangnya..

"Oppa saya ni menipu je, saya mana ada boyfriend.." HaYoung tergelak kecil. Mereka semua menarik nafas lega.Ceh..

"Okay...hehehe.." Sehun tersengih.

"Apa hehehe hah?! Nak kena belasah?" aku menunjukkan penumbukku di hadapan muka kacak Sehun.Dia segera meminta maaf.

 

Nurse masuk ke dalam wad untuk menghidangkan minum petang serta memberi Hayoung ubat.Nurse beredar dari situ.

Aku bercadang untuk pulang."HaYoung,kitorang balik dulu lah..."

"Nae,oppa.." kata haYoung.Sehun dan Tao merungut.Mengada...

"Ala...tak payah la balik lagi.."

"Betul tu.."

"Boleh la Kai..lama sikit." Jin pun sama?? aku mengetuk kepala mereka bertiga.Mereka mengaduh kesakitan.

"Jangan nak menggatal! Jom Balik! Bye,Hayoung!"

End Of P.O.V


 

Kai masuk ke dalam biliknya lalu menghempaskan tubuhnya ke atas katil yang empuk itu.Dia meletakkan phonenya dia atas meja bersebelahan katil.Dia duduk lalu membuka laci untuk mencari buku rujukannya.Tiba-tiba..dia terjumpa gambar team basketball yang disertainya sewaktu dia menuntut di Busan dahulu.

Ish! kenapalah jumpa gambar ni? Menyampah betul!

 


Dah update! Maaf sebab lama tak update..saya busy la..heheh..saya tulis chapter yang panjang(?) ni sebagai tanda minta maaf..ok tak chapter ni?

COMMENT JUSEYO....sebarang kekurangan amat dikesali..bye *lambai tangan kat readers...* 

Kejap! 

Saya nak ucapkan thanks kepada readers yang sudi subscribe , upvote, tinggalkan komen dan baca story saya ni..THANKS SEMUA..

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
nanadjiyongie_01
chapter 7 updated...setelah sekian lama

Comments

You must be logged in to comment
Seasony
#1
Chapter 4: Hahahaah lawak gila tao dengan kai whatsapp hahhaa. Update soon authornimmmm!
Seasony
#2
Chapter 2: Kai bekas team busan rupanyaaa!!! Part "Jangan nak menggatal! Jom Balik! Bye,Yoona!" . kenapa yoona yee ?
Seasony
#3
Chapter 1: Baru jumla cerita niii. Awal2 best dah!
scarletkrystal #4
Chapter 1: *thumbs up*
afiqah_LSN
#5
Awesome my cousin...hehehe...
scarletkrystal #6
Awesome!! ^3^
Fungurlz #7
Yo jasaku akan dikenang!