CHAPTER 1 !

Seoul Basketball Team (SBT)

   Di Seoul Private Hospital, kelihatan dua orang beradik sedang berbual-bual di dalam bilik wad 17/A. Si adik terbaring di atas katil dan kakinya berbalut. Si abang pula duduk di kerusi bersebelahan dengan katil. Selepas berlakunya kemalangan yang meragut nyawa ibubapa mereka, si abang sentiasa menjaga adiknya dengan penuh kasih sayang.

   Adiknya pernah koma dahulu kerana terlibat dalam kemalangan. Si abang mahukan yang terbaik untuk adiknya jadi dia selalu memindahkan adiknya ke hospital-hospital pakar yang terkemuka.Dan sebab itu jugalah dia kerap bertukar sekolah.

' Betul ke oppa nak masuk Gangnam HighSchool?' tanya si adik, HaYoung.

'Betul la...kenapa? Tak suka ke?' tanya si abang, Kai.

'Bukan macam tu...nanti siapa nak jaga HaYoung kalau oppa dah busy dengan homework semua?' HaYoung mencebik.Dia risau kalau kalau Kai mengabaikannya setelah dia sibuk dengan lifenya.

'Tak payah risau la..oppa akan sentiasa jaga adik oppa yang cute ni..'kata Kai sambil mengusap rambut adiknya.'Lagipun oppa dah tercicir banyak subjek.HaYoung nak ke pewaris syarikat Kim ni tak bijak macam arwah papa?' sambungnya lagi.

'Hmm..ye la. Tapi oppa kena janji dengan HaYoung, lepas je tamat waktu sekolah..oppa terus datang sini.Janji?' kata HaYoung lalu menunjukkan jari kelingkingnya.

'Erm..janji..apa saja untuk adik oppa ni.' kata Kai. Jari kelingkingnya berkait dengan jari kelingking milik HaYoung tanda perjanjian.

'Yeah! That's my oppa! Ouch!' HaYoung memegang kepalanya yang berasa sedikit pusing.

'Haih HaYoung ni... kamu tu baru sedar daripada koma minggu lepas.Kaki kamu pon tak baik lagi. Jangan lah hyperactive sangat..' kata Kai dengan tegas. Abang mana yang tak sayang adik kan..

'Mianhae oppa...' HaYoung menundukkan wajahnya dan bermain-main dengan jari jemarinya.

'Janganlah merajuk.Oppa tegur je..' pujuk Kai.HaYoung mengangguk.

   Pintu wad dibuka.Seorang jururawat melangkah masuk ke ruangan tersebut.'Maaf waktu melawat dah tamat. Pesakit perlu berehat sekarang.' jururawat itu berkata dengan senyuman yang manis.Kai baru tersedar yang sekarang ini sudah pukul 7 malam.

'Oppa balik dulu tau. Take a good rest,ok?' kata Kai lalu dia keluar dari wad itu..

 


  

'Berdebar-debarnya nak masuk..aduh, padahal dah banyak kali keluar masuk sekolah.Fighting Kim Jong In!! Kau boleh!!' bisik hati Kai.

   Dia keluar daripada keretanya setelah beberapa minit memberi motivasi kepada dirinya.( Nervous mengalahkan orang nak masuk meminang anak dara).Kai masuk ke dalam bangunan sekolah yang besar itu dan segera menuju ke pejabat.Setelah mengetahui kedudukan kelasnya,dia menuju ke kelasnya.Kelasnya terletak di tingkat 3,iaitu kelas 5-1.Dia berjalan di sepanjang koridor menuju ke kelasnya.

'Awat lengang semacam ni? Kelas dah mula ke?' Kai melirik ke arah jam yang terikat kemas di pergelangan tangannya.

'What?! 8:20 pagi?! Dah lambat ni! Aigoo..matilah aku..'  Kai mempercepatkan langkahnya.

   Di hadapan pintu kelas..dia termengah-mengah.Ya,dia berlari tadi sebab takut tak sempat. Jalan laju pun macam penguin.

'Harap-harap bukan kelas gangster..' Doa Kai dalam hati.

Kai membuka pintu perlahan-lahan.Dia melangkah masuk.Satu suara menyapa telinganya.

'Wah! Nampaknya ada pelajar baru.Sila perkenalkan diri kamu.' ujar Cikgu Park.

'Kenapa cikgu ni tak marah aku datang lewat? Mm..biarlah' 

'Anyeonghaseyo! Kim Jong In imnida..just call me Kai. Sila beri tunjuk ajar!'  kata Kai lalu memberikan tunduk hormat.

'Nae, kamu boleh duduk di antara Tao dan Sehun.'  ujar Cikgu Park.

'Diorang yang mana satu,cikgu?' bisik Kai kepada Cikgu Park.

   Cikgu Park menunjuk ke arah Tao dan Sehun.Kai pergi ke arah mereka, Kai ingin duduk tetapi kerusinya telah ditarik oleh Tao.Kai jatuh terduduk.

'Hahahahahaha! New student jatuh....so sedih! kesiannya,hahaha...' kata Tao,si mata panda.

'Tak baiklah Tao..kesian dia..' bela Sehun.

Sehun menolong Kai untuk bangun dan Kai duduk di tempatnya.

'Kau okey tak?' tanya Sehun, si muka derp.

'Okey je..' balas Kai lalu tersenyum tawar.

'Sorrylah, aku tak sengaja..aku saja je nak test kesabaran kau..hehehe' kata Tao sambil menggaru belakang lehernya.Kai hanya memandang mereka.'Ada jugak manusia macam ni..'

'Takpe,aku tak ambil hati pun..'  kata Kai.Dia tersenyum ikhlas.

'My name is Oh Sehun..you can call me Sehun. Yang menyakat kau tadi tu namanya Huang Zi Tao,panggil je Tao.

  Sesi pembelajaran dimulakan.


 

Di kantin...sesi perkenalan dimulakan.Tao memulakan bicara.

'Sebenarnya...group kitaorang just ada 4 members je. Alang-alang kau dah masuk,joinlah sekali.'

'No hal, by the way..apa nama group ni?' tanya Kai kepada mereka.

'Namanya F5 la..kumpulan yang paling hot dan famous kat sini.' ujar Sehun dengan bangga.Kembang kempis hidungnya.

'Oh, kiranya korang ni famous la kat Highschool ni?' Kai bertanya dengan muka ingin tahu.'Hmm..kitaorang  tak popular,cuma Sehun ni je yang famous.Kalau perempuan terserempak dengan dia mesti macam kena sampuk hantu.' kata Tao.

'Sampai macam tu sekali? Hebat betul korang ni! By the way, mana lagi 2 members?' tanya Kai.

2 orang jejaka menghampiri meja mereka.

'Ha..panjang umur korang. Duduk lah..'  pelawa Tao.

'Panjang umur kenapa?' tanya jejaka yang berwajah comel itu. Rambutnya berwarna blonde.Sesuai dengan kulitnya yang putih itu.

'Kitaorang baru cakap nama korang berdua.Korang pergi mana tadi?' tanya Sehun kepada jejaka yang berwajah innocent itu .

'Aku dengan Zelo pergi library tadi. Buat research sikit..' balas lelaki itu sambil tersenyum manis.

'Aku teman ulat buku ni..memang ah lama.' kata lelaki comel itu.

'Apa-apa je la..ni Kai. Member baru group kita.' kata Tao sambil menepuk perlahan bahu Kai yang duduk di sebelahnya.

Lelaki comel itu berkata,'Nama aku Choi Jun Hong. Nama comel aku Zelo!'(ini jejaka comel)

'Nama aku Kim Seok Jin. Jin pun dah cukup.'( ini jejaka innocent) ucapnya sambil tersenyum.Bibirnya tidak lekang dari senyuman manis yang mampu mencairkan hati wanita.

   Dan mulai sekarang, persahabatan mereka terjalin.Waktu sekolah berjalan seperti biasa.Kai bersyukur kerana tiada apa-apa perkara yang kurang baik berlaku kepadanya pada first day persekolahannya di Gangnam Highschool.Tamat saja waktu sekolah,Kai bercadang untuk bermain bola keranjang sebelum melawat adiknya.Kawan-kawannya yang lain sudah pulang kerana mempunyai rancangan masing-masing.

   Sedang khusyuk dia bermain,seorang lelaki memerhatikannya.'Hebat jugak dia ni..aku ada idea yang sangat bernas!' bisik hati lelaki itu.


(p/s: saya ada edit sikit..Kai and the gang merupakan pelajar form 5 di highschool ni...diorang ni senior lah....)

 

Hai readers..saya dah update story ni. Sorry la, saya update pagi-pagi buta ni..pukul 1 kot..hahah

Do comment,subscribe or upvote..THANKS KEPADA SIAPA YANG SUBSCRIBE AND UPVOTE! Bye...

Maaf jika ada typo dan kekurangan..comment juseyo.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
nanadjiyongie_01
chapter 7 updated...setelah sekian lama

Comments

You must be logged in to comment
Seasony
#1
Chapter 4: Hahahaah lawak gila tao dengan kai whatsapp hahhaa. Update soon authornimmmm!
Seasony
#2
Chapter 2: Kai bekas team busan rupanyaaa!!! Part "Jangan nak menggatal! Jom Balik! Bye,Yoona!" . kenapa yoona yee ?
Seasony
#3
Chapter 1: Baru jumla cerita niii. Awal2 best dah!
scarletkrystal #4
Chapter 1: *thumbs up*
afiqah_LSN
#5
Awesome my cousin...hehehe...
scarletkrystal #6
Awesome!! ^3^
Fungurlz #7
Yo jasaku akan dikenang!