CHAPTER 7!

Seoul Basketball Team (SBT)

Pada keesokan harinya, di dorm SBT. Kelihatan ahli pasukan SBT sedang berehat di ruang tamu.Mereka sedang membincangkan tentang perlawanan semalam.

"Yehet! Kita menang!" jerit Sehun macam orang histeria.Yang lain hanya memerhatikannya saja.Malas nak tegur. "Aku tau lah kau excited...tapi tak payahlah jerit kat telinga orang.Sakitlah!" kata Tao yang duduk di sebelahnya. "Maunya dia tak excited.KIta menang besar kot.." kata Zelo yang ralit dengan smartphonenya.

"Yang ni baru permulaan guys..ada banyak lagi cabaran yang akan datang pada kita.." nasihat Kai kepada rakan-rakannya."Entah..jangan cakap besar, nanti Tuhan tarik balik nikmat yang kita ada sekarang ni..." amboi.... pandai pulak Ustaz Jin kita ni bagi ceramah.Yang lain sudahpun terdiam.Mungkin insaf dengar nasihat tadi.

Hebat jugak aku ni..baru bagi ceramah sikit dah insaf..kekekeke. Jin tergelak di dalam hati.

"So..lepas ni kita lawan siapa?" tanya Kai kepada Sehun. "Hmmmm....antara Daegu dengan Ulsan la.." balasnya tidak pasti.Suasana senyap seketika.

"Bosan la kalau tangan aku cedera...tak boleh nak main...huhuhuhuhu'" rungut Jin sambil buat-buat menangis."dahlah hyung..buruk muka tu bila nangis..hahahah" kata Tao sambil menepuk bahu Jin. Jin mengaduh kesakitan. "Takpe la Jin...kau kan boleh tengok kitorang perform nanti.Aku janji aku akan buat yang terbaik dalam next match!" kata SungJong dengan tujuan memberi semangat kepada Jin. Jin tersenyum."Gomawo..Sung Jong-sshi"

"Hey hey..esok diorang lawan kan?" tanya Tao kepada rakan-rakannya, meminta kepastian. "Haah, kenape kau tanya ni?"

"Jom ah gi tengok! Bosan ah duduk dalam dorm..." rungut Tao yang sememangnya suka makan angin.Memang dia bosan pun duduk dorm.Katanya, buat apa pergi tempat orang kalau nak duduk setempat je.Baik pergi jalan-jalan.

"Ok jugak tu..nanti aku tanyakan dekat coach.Okay?" ujar Kai. "OKAY!!" cadangan disambut gembira oleh semua.

 


 

Di ruangan Coach Jongkook.Kai mengetuk pintu bilik itu sebelum melangkah masuk apabila diizinkan."Kamu nak apa,Kai?" Coach Jongkook begitu ralit memandang skrin laptopnya.Kai hanya memandang wajah coaachnya sebelum berkata,"Saya nak tanya ni..esok ada match antara team daegu dan ulsan.So..boleh tak kitorang pergi tengok?" Coach Jongkook berfikir sejenak.Kai setia menanti jawapannya."Erm..boleh." Kai begitu gembira sekali apabila mendengar kata-kata coachnya itu."Yeah! Terima kasih coach!" Kai tunduk 90' lalu keluar dari ruangan itu.

Coach Jongkook hanya menggelelngkan kepalanya.Hairan melihat telatah anak buahnya itu.Tiba-tiba,smartphone jenama samsung milik Coach Jongkook berdering dengan kuat sekali.Naik pekak telinga! Haish mesti salah set volume ni. Punat berwarna hijau segera ditekan walaupun nama pemanggil tidak tertera.

"Yeoboseyo? siapa ni?" tanya Coach Jongkook penuh sopan.

"Takkan tak kenal kot?" NI aku lah.."  terdengar nada sinis menyahut pertanyaan itu.Coach Jongkook cuba mengecam suara itu."Tak mungkin..kau..Min soo!" dia begitu terkejut.

"Kau masih ingat pada aku ye Jongkook.Ye la, aku kan kawan baik kau.."

"Kau bukan kawan baik aku lah! Mana ada kawan baik yang ambil kesempatan macam kau!"

"Wowowo..itu dah lebih.Okay, aku just nak bagi warning kat kau. Aku yakin pasukan kau akan kalah dibelasah dengan team aku.ahahahahha" Min soo tergelak jahat di hujung talian.Terasa jengkel apabila mendengarnya.

"Kau tak akan boleh memperbodohkan aku lagi macam dulu, Min soo! Kau ingat tu!" terbakar hatinya apabila diberi amaran sedemikian.

"Just wait and see.." Panggilan diletakkan oleh si pemanggil.

Perasaan geram menyelubungi diri Coach Jongkook.Dia menepuk mejanya dengan begitu kuat untuk melepaskan geram yang tersimpan dalam dirinya.Peristiwa pahit yang dilaluinya dimainkan semula di kotak fikirannya.

 

Flashback

Pada tahun 2010,Korean Basketball League diadakan di Busan,Korea Selatan.Pada waktu ini,berlangsungnya perlawanan akhir antara Busan dan Seoul.Separuh masa pertama telah berakhir.Di suatu tempat, terdapat dua orang lelaki sedang berbincang dengan seriusnya.

"MinSoo-ya, takkanlah pasal perlawanan ni kita nak gaduh.Kita kan kawan baik." Coach Jongkook cuba untuk menenangkan kawannya itu.

"Ah! Aku tak kira.Kau mesti bagi team aku menang jugak.Kalau tak kita bukan lagi sahabat!"  Min Soo tetap berkeras dengan tindakannya.Dia mahu team Busan yang menang.Pada masa ini,team Busan telah jauh ketinggalan.Dia mahu menjadi juara.Dia sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai impiannya.

Coach Jongkook tergamam dengan pernyataan sahabat baiknya itu.Dia seperti tidak sangka bahwa sahabatnya itu akan bertindak seperti ini."Tapi Min soo..."

"Kau kena pilih,sama ada persahabatan atau kemenangan." Min Soo berlalu pergi setelah selesai mengucapkan kata-katanya itu, meninggalkan Coach Jongkook termangu sendirian.

Oleh kerana dia begitu menyayangi persahabatannya,dia memilih untuk menyerah kalah.Dia membiarkan pasukannya tewas di tangan team Busan.Setelah mencapai kemenangan, Min Soo mudah sahaja melupakan Coach Jongkook sebagai sahabatnya.Ya,dia berasakan dirinya begitu bodoh pada waktu itu.Dia tidak harus mengikut kata-kata Mjn Soo.Tetapi,apakan daya.Nasi sudah menjadi bubur.Redha saja la.

End of flashback

 

Coach Jongkook turun ke dorm SBT untuk mengajak mereka semua makan tengah hari di restoran berdekatan.Semuanya begitu excited especially Tao dengan Sehun yang memang kuat makan tapi maintain je.Tak gemuk-gemuk.Jealous authornim.

DI restoran,mereka semua memesan makanan kegemaran masing-masing.Sementara menunggu pesanan tiba, mereka berborak-borak kecil.

"Kenapa coach bawak kitorang makan kat restoran ni?" tanya Kai yang duduk bertentangan dengan coachnya itu.

"Haah la, kenapa tak makan kat dorm je??" Sehun yang duduk di sebelah Jin menjadi penasaran.

"Saja..tak boleh ke??" Coach Jongkook menjawab dengan selamba kuda badak je.

"Bukan tak boleh..saja tanya.." Kai menggaru lehernya yang tiba-tiba gatal.Nyamuk gigit mungkin.Busan banyak nyamuk ke?Lantaklah.

Tao yang berada di sebelah kiri Jin menyiku lengan Jin secara perlahan.Jin menoleh dan membuat muka 'kau nak apa'. "Kalau macam ni hari-hari kan best..hihihihi" Jin memandangnya jengkel."Kau pasal makan laju je."

Pesanan mereka sudah sampai.Banyak jugak lah.Berdulang-dulang waiter tu angkat.Satu team melantak.Mana tak banyak.

"Kami makan dulu!" Mereka semua makan dengan penuh selera.Ada yang suap-menyuap.Bertukar-tukar makanan dan macam macam lagi.Masa makkan dipenuhi gelak ketawa.


 

SBT pergi ke gelanggang basketball yang berhampiran dorm peserta untuk menjalankan sesi latihan.Coach Jongkook mengamanahkan Kai supaya menjaga ahli pasukannya kerana dia ada hal yang perlu diselesaikan.Mereka berlatih dengan penuh semangat. Sedang mereka berlatih..

"Hey Huang Zi Tao!" seorang lelaki berambut blonde menghampiri tempat latihan pasukan Seoul.Dia menghampiri Tao yang sedang duduk di bangku sambil minum air."Hey Taehyun!" Tao bangun dari duduknya lalu menghampiri lelaki yang dipanggilnya Taehyun itu.Mereka berpelukan sesama sendiri.

Kai menghampiri Tao."Siapa ni, Tao??" dia tersenyum memandang Taehyun dan tunduk sedikit tanda hormat."Oh..ni Nam Taehyun.Kawan aku dari sekolah rendah lagi.Lost contact sebab dia ni pindah keluar dari Seoul.Akhirnya, jumpa pulak kat sini." terang Tao panjang lebar supaya semuanya jelas bagi Kai.

"Tao,kau team Seoul eh?" Taehyun bertanya sambil mengangkat keningnya.Tao hanya mengangguk sahaja."Taehyun team apa?" tanya Kai secara tiba-tiba."Ouh,aku team Yongin.Jadi captain.."  Taehyun memandang Tao yang berdiri di sebelahnya."Kau?" Taehyun bertanya kepada Tao."Aku??Jadi small forward je.." "Okaylah tu daripada takde kan.." Mereka tergelak bersama-sama."Eh,aku balik dulu lah.Ada meeting dengan team aku ni.Bye!"

Perbualan mereka terhenti di situ.Masing-masing melambaikan tangan tanda perpisahan.Team Seoul meneruskan latihan dan pulang ke dorm apabila hari sudahpun lewat.

 


 

Matahari terbit dengan indahnya menyambut pagi yang hening.Burung-burung hinggap di luar tingkap dan berkicau merdu.Namun..

"Woi korang!!! Bangunlah!!Dah lambat ni wahai kaum adam!!!" laung Kai di hadapan pintu bilik Tao,Sehun,Taehyung dan Sungjong.

Kesunyian pagi yang berkabus lenyap dengan jeritan sang lelaki.Burung-burung terbang kerana terkejut dengan jeritan itu.Keempat-empat jasad di dalam bilik itu masih diam membatu.Tidak terkesan langsung dengan jeritan nyaring bak penyanyi opera itu.Wuish..hebat sungguh mereka ni.

"Wahai kaum adam!! Bangunlah! Aku bagi korang lima minit je untuk bangun kalau tak aku bakar bilik korang.CEPAT!!!!" jeritannya kali ini lebih kuat dari sebelumnya.Keempat-empat manusia itu mula bergerak meninggalkan katil masing-masing."Aduh..bising betullah makcik ni..nak tidur pun tak senang.." Taehyung merungut sambil mengemas katilnya."Haish..nak buat macam mana.Makcik tu kapten kita woii.." kata Sehun yang juga  sedang mengemas katilnya yang berada di atas katil Tao.Mereka tergelak kecil.

"AKU DENGAR APA YANG KORANG CAKAP!" laung Kai dari luar bilik mereka, membuatkan Tao,Sehun,Sungjong dan Taehyung diam membatu.

 

Kai,Jin,Tao,Sehun,Taehyung,dan Sungjong telah bersiap dan sedang menikmati sarapan yang disediakan Chef Mingyu kita.

 

Di gelanggang rasmi KBL.

"Hello semua! Hari ini akan berlangsungnya satu perlawanan di antara team Daegu dan Team Ulsan.Seperti biasa, saya pengulas anda,Yoo Jae Suk akan mengulas perlawanan ini.Sama-sama kita saksikan."

Ahli -ahli SBT mula mengambil tempat di bahagian penonton."Ingat tau, coach suruh kita perhatikan corak permainan diorang semua ni.Okay?" pesan Kai buat rakan-rakannya."Ay ay, captain!"

Perlawanan berlangsung.Corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan amatlah berbeza.Team Daegu bermain mengikut peraturan manakala Team Ulsan bermain dengan ganas kerana fizikal mereka lebih tegap dan kuat berbanding ahli Team Daegu yang bertubuh kurus dan tinggi.Tetapi,tuah menyebelahi pasukan Daegu apabila mereka memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 52-48.

 Di dorm SBT..

"So..macam mana perlawanan tadi?" tanya Coach Jongkook kepada mereka yang pergi menyaksikan perlawanan itu."Corak permainan diorang agak berbeza..Pasukan Daegu bermain mengikut peraturan tapi Pasukan Ulsan bermain secara kasar." terang Kai bagi pihak mereka."Tapi, nasib baik Team Daegu yang menang, kalau tak habislah kita kena belasah teruk dengan Team Ulsan." kata Sehun sambil menunjukkan wajah gerun."Haah...dahlah kitorang ni kecil molek.Mati kena ganyang nanti." gurau Tao sambil ketawa kecil."Hmm..baguslah kalau macam tu, kalau awak semua mati kena ganyang..apa saya nak jawab kat parents awak semua nanti, kan?" Ketawa mereka berpadu di dalam ruangan itu.

Pada malam hari, ahli-ahli SBT berkumpul di ruang tamu, menonton televisyen yang mnyiarkan rancangan hiburan.Sedang sibuk Kai menonton televisyen,telefonnya bergetar menandakan ada panggilan masuk.

'HaYoung' itulah nama yang tertera pada skrin smartphonenya.

"Yeoboseyo,HaYoung.."

"Nae,oppa...HaYoung rindulah kat oppa..."

"Oppa pun rindu sangat sangat kan HaYoung tau..."

"Oppa okay kan kat sana? oppa dah makan?? Oppa sihat tak?" bertalu-talu soalan yang diajukan kepada Kai.Naik pening abang dia yang sorang ni.

"Ye..oppa okay.Dah makan dah and oppa sihat kat sini.Hayoung tu, dah boleh keluar hospital ke belum?" kali ni Kai pulak yang bertanya kepada Hayoung.

"Erm...doktor cakap lagi beberapa minggu, Hayoung boleh keluar dah.Ni ada appa yang jaga Hayoung kat sini."

Kai berasa ada yang tak kena. "O-okay lah kalau macam tu..oppa takleh lama ni..kirim salam kat appa ...bye" Kai terus meletakkan panggilannya sebelum sempat Hayoung berkata apa-apa.Kai merasakan rakan-rakannya sedang mencuri dengar perbualannya dengan Hayoung.

"Hey Kai...sape call tu~"

Damn, dah agak dah...

"Erm..Hayoung..kenapa? ada masalah ke?"

"Dia cakap apa weyh??" tanya Sehun dan Zelo serentak.Dasar gatal.Kai terpaksa melayan kerenah dua orang ni.

"Dia rindu kat aku." jawab Kai ringkas.

"Kau ada cakap pasal appa tadi.Bukan appa kau dah meninggal ke Kai?" tanya Tao pula. Sah! diorang curi dengar.

" Tu appa angkat aku la..dah dah aku nak tidur ni" Kai cuba melarikan diri daripada ditanya dengan lebih lanjut oleh wartawan-wartawan melodi itu.

Mereka yang lain berasa hampa kerana tidak dapat mengorek cerita daripada Kai.


 

Beberapa minggu kemudian,semi final pertama Korean Basketball League pun bermula.Perlawanan antara SBT dan Team Yongin berlangsung di gelanggang rasmi KBL.

"Yaaaa..bersama saya pengulas anda,Yoo Jae Suk dan bersempena dengan semi final pertama ini, saya ditemani oleh rakan pengulas saya iaitu Hyungdon. Apa khabar.."  "Khabar baik,baiklah mari kita teruskan perlawanan ini!"

Wisel ditiupkan setelah semua pemain mengambil posisi masing-masing.Bola dilambung tinggi ke udara dan pantas disambut oleh Jin.Bola dihantar kepada Sehun yang berada di belakangnya.Bola asyik bertukar tangan sehinggalah Kai berada dekat dengan jaring pihak lawan. Kai menyambut hantaran Zelo.

Waktu yang tepat.

Bola terus dijaringkan dan SBT mendapat 2 mata.Kai meng-hi5 Tao.Permainan diteruskan.Kedua-dua pasukan bermain dengan bersungguh-sungguh.Semestinya dengan mengikut peraturan.Tiada sebarang kecederaan berlaku sepanjang permainan berlangsung.Tamat separuh masa pertama.

"Nampaknya tiada sebarang pertukaran pemain ya pada kali ini.." kata Yoo Jae Suk dengan kagum."Yalah Jae Suk, tiada sebarang pertukaran pemain disebabkan tiada kecederaan langsung." "Permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua belah pihak sangat memuaskan dan mereka bermain dengan sangat adil."

Separuh masa kedua bermula.Team Yongin memperkemas strategi dengan meletakkan pemain-pemain yang hebat sebagai 5 pemain utama.Namun,SBT tetap tidak menukar 5 pemain utamanya.

Beberapa minit telah berlalu.Kemenangan berpihak kepada SBT dengan mata sebanyak 56 dan team Yongin mengutip mata sebanyak 45.Maka,dengan ini SBT berjaya melangkah ke peringkat akhir.

Mereka meraikan kejayaan mereka ke separuh akhir dengan makan malam di restoran terkenal di Busan.

Smartphone Kai berdering.Panggilan diangkat.

"Yeoboseyo? appa?"

"Nae..Kai.Appa dengar kamu semua berjaya masuk final.Tahniah ya.."

"Thank you,appa.Hayoung ada ke?"

"Oh..dia dah tidur.Tadi pagi, doktor cakap Hayoung dah hampir sembuh..mungkin dia boleh discharged soon.Jadi,appa cadang nak tengok match kamu.Ajak Hayoung sekali."

"Oh  baguslah tu..jumpa nanti appa.."

Panggilan ditamatkan.Kai melihat sekelilingnya.Dipenuhi rakan-rakannya yang sedang meraikan kejayaan mereka.

Walaupun kegembiraan melanda pasukannya,tetapi Kai tidak senang duduk memikirkan lawannya di peringkat akhir.Adakah team Jeju atau......Busan?


 

New update setelah sekian lama...mianhae

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
nanadjiyongie_01
chapter 7 updated...setelah sekian lama

Comments

You must be logged in to comment
Seasony
#1
Chapter 4: Hahahaah lawak gila tao dengan kai whatsapp hahhaa. Update soon authornimmmm!
Seasony
#2
Chapter 2: Kai bekas team busan rupanyaaa!!! Part "Jangan nak menggatal! Jom Balik! Bye,Yoona!" . kenapa yoona yee ?
Seasony
#3
Chapter 1: Baru jumla cerita niii. Awal2 best dah!
scarletkrystal #4
Chapter 1: *thumbs up*
afiqah_LSN
#5
Awesome my cousin...hehehe...
scarletkrystal #6
Awesome!! ^3^
Fungurlz #7
Yo jasaku akan dikenang!