CHAPTER 4!

Seoul Basketball Team (SBT)

Kai P.O.V

Tepat jam 3:00 petang , kitaorang dah ada kat dalam bangunan gym sekolah. Well, kitaorang kan budak baik, so kena tepati masa. Waktu kitaorang sampai tu, ada lah beberapa pelajar yang sudah sampai. Diaorang pun buat hal masing-masing sementara menunggu ketibaan coach.

Jadi,kitorang pun duduklah kat atas lantai gelanggang sambil borak-borak. Dah memang jadi hobi aku dan kawan-kawan untuk borak-borak bila ada masa terluang.Banyak betul benda yang hendak diceritakan, especially pasangan otak berhubung: Tao dan Sehun. Semua gosip dan berita yang berlaku di Gangnam Highschool ni diorang tau.

"Kenapa ramai orang tak sampai lagi ni? Dah pukul 3:05 petang dah.."

"Maybe, diorang ada kelas tambahan and some of them ada kelas tahanan..." terang Sehun.

"Bukan semua kelas ada waktu pembelajaran yang sama." sambung Jin pula. Aku, Tao dan Zelo hanya mendengar dengan tekun. Aku memandang sekeliling. Bangunan gym  ni memang besar dan kawasannya luas. Tidak hairanlah sebab Gangnam Highschool ni merupakan salah satu daripada sekolah yang berprestij tinggi di Seoul ni.

"Alaa...rileks la dulu. Coach pun belum sampai lagi.." Tao melunjurkan kakinya yang berasa lenguh."Pinjam riba kejap, nak tidur.." Tao meletakkan kepalanya di atas riba Sehun dan tertidur.

"Beratlah kepala kau ,Tao...Eh, dah tidur dah?" Sehun meneliti muka Tao yang sudah tidur itu. Aku menggelengkan kepalaku dan tersenyum melihat keakraban mereka.

Sehun meneruskan aktivitinya : main GrowTopia dalam smartphonenya. Jin pula sedang baca fanfic dalam phonenya manakala Zelo sedang berbual-bual dengan pelajar kelas sebelah yang bernama WooShin. Aku meneruskan aktivitiku. Aku pandang pintu utama gym. Kelihatan beberapa pelajar melangkah masuk ke dalam bangunan ini.

Untuk pengetahuan korang semua, bangunan gym mempunyai dua bahagian : gelanggang basketball dan kolam / dewan renang. Bahagian ni dipisahkan dengan tangga.Kalau korang masuk ikut pintu utama gym, korang turun tangga dan sampai dewan renang.So, kalau korang dari dewan renang, korang naik tangga jumpalah gelanggang ni. Bilik persalinan pula terletak di setiap bahagian. Haih..tak sia-sia aku ikut Jin pusing-pusing sekolah ni dulu.Bolehlah aku bagi penerangan kat korang. Kekekeke..

Tidak lama selepas itu,seorang lelaki yang berbadan tegap melangkah masuk ke dalam ruangan itu.Aku rasa dia tu coach untuk team ni...

"Hey korang, coach dah sampailah" kataku kepada Jin,Zelo dan Sehun.Tao yang sedang nyenyak tidur itu segera dikejutkan Sehun.

End of Kai P.O.V

 

 


 

 

Semua pelajar memberikan salam hormat kepada Coach Jongkook yang sedang berdiri di hadapan mereka.

"Okay! Hari ni saya tak nak buat apa-apa latihan lagi. Tujuan saya suruh awak semua berkumpul pada hari ni adalah untuk memberitahu serta menerangkan peraturan dan pantang larang dalam team kita.Saya harap awak semua boleh menerima dan mematuhi semua arahan yang akan diberikan oleh saya.Jika ada yang ingkar,nahas saya kerjakan! Faham!?" terang Coach Jongkook dengan panjang lebar.

"Faham!!"

"Peraturan yang pertama, jangan sesekali datang lambat walaupun sesaat sekiranya ada training atau tournament."

"Kedua, saling bekerjasama. Hormat-menghormati sesama ahli."

"Ketiga, kamu semua mesti bermain dengan bersungguh-sungguh! Harumkan nama SEOUL BASKETBALL TEAM!"

SATU JAM KEMUDIAN.....

"Dan peraturan yang ke-50, kamu semua kena patuh dengan arahan saya! Jangan kamu berani langgar semua peraturan ni! Arraseo!?"

Pertanyaan itu disahut dengan lemah sekali...Coach Jongkook hanya memerhati sambil menggeleng kepalanya perlahan. Apa nak jadi dengan team aku ni..lemah macam sotong kurita gamaknya...

 

 

 

Kai P.O.V

Dah penat telinga aku  ni dok dengar ucapan atau lebih tepat lagi bebelan dari Coach Jongkook ni. Aku tengok Jin and a few ulat buku je yang bagi perhatian.... tiba-tiba bahuku terasa berat.Aku menoleh ke kanan dan ternampak kepala Zelo terlentok di bahuku. Hai...sedapnya kau tidur atas bahu aku ni...

Sesekali kalau kepala dia terjatuh dari bahu aku, cepat-cepat dia pandang depan sambil membulatkan matanya. Nak tunjuk tengah FOKUS la tu...

Aku tengok jam tangan aku.. dah pukul 4:10 petang.. patutlah rasa ngantuk je...

Aku tengok sekeliling...Tao dan Sehun masih fokus tapi tak fokus sangat lah mendengar bebelan coach. Pelik betul diorang ni...sekejap malas, kejap rajin..ahh,,whatever! -..-

Taehyung, budak kelas 5-3. Dah jauh termenung..dah sampai planet mana V oiii

Si Seungkwan, diva kelas 5-2. Dari tadi tak habis-habis pegang perut dia.Lapar agaknya, ye la...makanan dengan dia, mana boleh dipisahkan..

BamBam, junior aku, kelas 4-1. Tak tau lah apa yang dia tengah buat. Tak habis-habis korek telinga dia tu..dah kenapa? Apa sajalah budak ni..

 

End of Kai P.O.V

 

"Halo guys!! Faham ke dok!?" jerit coach sambil memandang muka anak muridnya satu persatu.

"Faham coach!!" semua kembali segar setelah mendengar jeritan coach yang mampu mengalahkan ngauman harimau itu.Coach mengangguk- anggukkan kepalanya.

"Bagus! Jangan lupa ada latihan hari Sabtu ni. Pukul 8.00 pagi.Bertempat di sini. Jangan datang lambat sebab saya nak pilih 5 pemain utama dan kapten untuk mewakili Seoul dalam Korean Basketball League. Saya juga akan memilih beberapa pemain simpanan.DAh, semua boleh balik."

Semua orang balik ke rumah masing-masing. Kai seperti biasa pergi melawat Hayoung.



 

Di kediaman Kim......

KAI disambut oleh pembantu rumahnya, Encik Jung yang berusia setengah abad tetapi sentiasa kelihatan sihat. Kai terus duduk di atas sofa di ruang tamu.

"Tuan Kai nak apa-apa tak?"

"Saya nak makanlah..lapar...maid dah siap masak?"

"Sudah, Tuan."

Kai terus menuju ke ruang makan.Kai duduk dan terus menikmati makan malamnya.

"Erm..ahjushi dah makan?"Kai bertanya kepada Encik Jung sambil memandang mukanya.

"Belum lagi..saya akan makan kemudian.." jawab Encik Jung beserta satu senyuman nipis di bibirnya.

"Ahjushi...mulai sekarang...ahjushi tak payah nak jadi pembantu saya lagi ya?" kata Kai dengan perlahan tetapi masih boleh didengari Encik Jung.

"Kalau itu yang Tuan Kai mahu..saya akan pergi malam ni jugak.."

"Bukan itu maksud saya...Kai nak ahjushi jadi appa saya..boleh??"

Encik Jung kelihatan terkejut dengan kata-kata Kai itu.Ketika itu, Kai sudah habis makan.

"Kenapa macam tu Tuan Kai? Kenapa saya yang kena jadi appa tuan?" soal encik Jung.

"Sebab...ahjushi sentiasa ada dengan saya. Ahjushi faham perasaan saya. Bukan macam papa, dia lebih pentingkan Hayoung daripada saya..."

Kai berkata dengan nada yang sebak.Matanya mula berkaca ketika mengenangkan arwah papanya yang selalu melebihkan Hayoung. Papa seorang yang berat sebelah! Tapi, Kai tidak pernah membenci Hayoung mahupun appanya.Cuma, dia berasa kesunyian.Ommanya pula sibuk dengan kerja.Tiada masa langsung untuk anak-anaknya.

"Tak baik cakap macam tu Tuan Kai. Encik Kim tetap papa Tuan Kai. Tuan masih sayangkan parents tuan dan Hayoung kan?" Encik Jung mengusap belakang Kai untuk menenangkannya.

"Ya, saya masih sayangkan mereka.Jadi, ahjushi setuju jadi appa saya?" tanya  Kai penuh harapan.

Encik Jung menganggukkan kepalanya. Kai terus memeluknya erat dan air matanya mengalir.

"Dan mulai saat ni, appa kena panggil saya Kai. Tak perlu ber 'tuan-tuan' lagi...Terima kasih appa! Saranghaeyo! " kata Kai lalu masuk ke dalam biliknya.

Encik Jung tersenyum melihat Kai gembira.

 


 

 

Di dalam bilik Kai...

Kai duduk di birai katilnya. Smartphone berada di genggamannya.Kini, dia membuka aplikasi WhatsApp.Ada mesej dari Tao.

 

 

 

Hi! Tak tido lagi ke??

 

 

Belum lagi..kalau aku dah tido, sape yang balas

mesej kau ni. -..-

 

 

Ceh! Kau...

 

 

Nak apa?

 

 

Saja...bosan duk rumah...

 

 

Ye lah tu..biasanya kau Whatsapp aku,

mesti ada something yang kau nak tanya, kan?

 

 

.........

 

 

Setakat send titik , aku pon boleh ah!

..............................

 

 

Ni..aku nak tanya....

Nak tanya ni....

Aku nak tanya.....

Nak tanya....

 

 

Please ah..jangan spam boleh tak?

Tanya je la...wahai kawanku yang dikasihi..-_-

 

 

Hehehe...kau rasa siapa yang jadi

kapten eh?

 

 

Kau rasa???

 

 

Eh eh..aku tanya kau, kau tanya aku balik?

 

 

 Manalah aku tau...biarlah Coach Jongkook

yang buat keputusan..

 

 

Ermm..ok!

Aku nak tanya lagi....

 

 

Pasal adik aku ke??

 

 

Eh..pandainya kau...

Bila kitorang boleh melawat adik kau lagi??^_^

 

 

Tengok ah dulu...kalau aku nak

bawak korang..aku bawakk ah..

 

 

Ok..

Ok la..nak tidur! Esok ada training.

Jangan lambat tau!

 

 

Ye lah...kau pun jangan lambat  bangun..

Dah pi tido!

 

 

GOODNIGHT!!

 

 

GOODNIGHT!

Sweet Dreams! Muah!!

 

 

Ewww.. geli sungguh beta..

 

 

 

 

 

 



 

 

Finally updated!!

Sorry sebab it is a short update -_-

Authornim memang pemalas -..-

Seperti biasa...sila tinggalkan komen di ruangan yang disediakan

Click butang subscribe jika bermiant dengan story ni!

Upvote kalau suka!!

Byebye!

note: dalam story ni, pelajar di gangnam highschool terdiri daripada pelajar menengah atas ( form 4 & 5) saja...



 

 

 

 

 

 


 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
nanadjiyongie_01
chapter 7 updated...setelah sekian lama

Comments

You must be logged in to comment
Seasony
#1
Chapter 4: Hahahaah lawak gila tao dengan kai whatsapp hahhaa. Update soon authornimmmm!
Seasony
#2
Chapter 2: Kai bekas team busan rupanyaaa!!! Part "Jangan nak menggatal! Jom Balik! Bye,Yoona!" . kenapa yoona yee ?
Seasony
#3
Chapter 1: Baru jumla cerita niii. Awal2 best dah!
scarletkrystal #4
Chapter 1: *thumbs up*
afiqah_LSN
#5
Awesome my cousin...hehehe...
scarletkrystal #6
Awesome!! ^3^
Fungurlz #7
Yo jasaku akan dikenang!