Epilog

Under the Sea

 

 

EPILOG  

 

“Xiumin!”

“Abang!”

Jeritan suara manusia memenuhi malam pantai, mencari pemuda yang hilang. Jia, ayahnya dan beberapa orang penduduk tak putus-putus daripada memanggil nama Xiumin. Setiap pelosok gigi pantai diperiksa jika terjumpa sesuatu pertunjuk. Namun hasil mereka menemui jalan buntu. Dalam kekalutan pencarian itu, hanya datuk yang tetap tenang.

“Manalah abang kamu pergi, Jia?” rintih si ibu dengan sendu. “Tak sampai sebulan pun lagi sejak abang kamu balik sini..” 

Jia mengelus lembut bahu ibu yang dipeluknya. Dia melontar pandangan ke arah lautan yang jauh terbentang luas. "Entahlah, omma.. Jia tak tahu.."

 

 

 

 

     Luhan kelihatan resah bermundar-mandir di ruang biliknya. Di tangannya pula, telefon digenggam kemas. Sebentar tadi dia menerima panggilan cemas dari Jia, menanyakan sama ada Xiumin ada bersama di sini.

“Kan Xiumin ada dekat kampung?”

“Abang Xiumin hilang!”

Begitu saja talian terputus. Tidak senang, Luhan duduk di birai katil. Dia meraup wajah dengan gelisah. Matanya merenung katil kosong Xiumin. Perbualan dulu dengan rakan karibnya itu berputar kembali.

 

“Kenapa kau obses sangat dengan ikan duyung hah?” tanya Luhan yang berbaur usikan kepada Xiumin yang sedang menelaah di katilnya. Xiumin mengangkat wajah dari buku dengan senyuman tenang.

“Sebab bagi aku, mereka adalah makhluk yang fragile. Kau tahukan kisah ikan duyung?”

Luhan mengangguk, mengiakan pertanyaan Xiumin. Semestinya dia tahu akan kisah dongeng tersebut. Kisah yang pernah menemani waktu kanak-kanaknya.

Xiumin bangun dan membuka almari. Luhan memerhati dengan pelik. Dahinya berkerut. “Aku nak tunjuk sesuatu dekat kau.” ujar Xiumin yang kembali duduk bertentangan dengan Luhan yang bersila. Sebentuk loket dalam genggaman dimunculkan.

“Apa benda ni?” soal Luhan dengan sangsi. Keningnya bertaut. Lekas dia melipatkan tangan, elak daripada tersentuh benda asing itu.

“Aku jumpa dekat pantai masa aku budak,” Xiumin mengelus perlahan loket tersebut, memberi aura seram kepada Luhan. “Aku tahu, loket ni milik ikan duyung, sampaikan nenek aku rampas dan sorok benda ni daripada aku dulu.”

You what?” Bulat mata Luhan memandang Xiumin. “Habis macam mana ada dengan kau pulak?” Nada suaranya makin mendesak, mahukan jawapan.

“Aku ambil baliklah,” Tak lekang Xiumin memerhati loket itu seakan terpukau. “Sebab benda ni, hubungan aku dan nenek renggang. Sebab aku nak jumpa sangat dengan ikan duyung tu..”

Luhan mendengus, tidak percaya. “Jangan jadi bodohlah, Xiumin. Makhluk tu tak wujudlah!”

Bibir Xiumin senget terukir ke atas. “Dia wujud, Luhan. Aku pernah jumpa dia.” Luhan dengan wajah menilaiperasan kekosongan jiwa di mata Xiumin.

“Habis, kau nak hidup dengan dia?” Selamba Luhan lontarkan sindiran sambil betulkan tempat duduknya dek mula terasa kebas. “Tapi kau tahukan yang ikan duyung tak sebaik yang ditulis kan?” Dia benar-benar harapkan Xiumin mengerti. “Orang tua-tua takkan labelkan ikan duyung sebagai makhluk mistik tanpa sebab.”

"This is a modern fairytale," Pendek jawapan Xiumin sebelum dia menyimpan kembali loket yang Luhan anggap sebagai berpuaka. "No happy ending."

 

Keluhan berat terluah sambil Luhan meraup wajahnya kembali. Ungkapan Xiumin masih terngiang-ngiang di telinga. "Tolonglah Xiumin.. Kau sedar akan akibat dia," Luhan bangun menghampiri tingkap, merenung jauh. "Tapi kenapa kau buat macam ni?"

  

 

 

 

14 tahun berlalu.

 

     “Jadi omma tak jumpalah Pakcik Xiumin lepas tu?”

Jia lembut menggeleng sambil senyuman sayu kerinduan bermain di bibirnya. “Tak, Ji Hoon. Tiada siapa yang tahu mana pakcik kamu pergi.”

“Mesti nenek rindukan pakcik kan?” Celoteh Ji Hoon membuatkan Jia mengusap rambut anak kecil itu. Imbasan masa silam masih segar di dalam ingatan Jia. Bagaimana ibunya menangis sendu tiap malam mengetahui anak lelaki tunggalnya hilang begitu saja.

“Ibu mana yang tak rindukan anak dia kalau tiada di sisinya?”

Mingyu mengangguk kecil memberi respon berbanding Woozi yang hanya khusyuk mendengar. Mingyu yang setahun lebih tua daripada Ji Hoon, seakan dapat memahami isi hati ibunya.

“Sebab itulah, omma pesan jangan main dekat pantai bila waktu dah senja dan malam. Sebab ia bahaya.” nasihat Jia kepada anak-anaknya yang masih mentah usia. Woozi seakan ingin bertanya lagi namun Jia memintas, “Dah lewat malam dah ni. Mari masuk tidur. Esok kata nak teman hantar datuk pergi laut, tangkap ikan?”

Ji Hoon dan Mingyu segera mengangguk dan bangkit berdiri menyamai paha ibu mereka dengan ketinggian berbeza. Jia membawa mereka ke dalam kamar sebelum mendodoikan mereka lena. Suis lampu ditutup dan Jia beredar perlahan-lahan sambil menguak pintu kembali tertutup. Kemudian dia tersentak.

Mana Joshua?

Dengan langkah tergesa-gesa namun dikawal, Jia menuju ke bilik tidurnya yang dikongsi bersama Eric, suaminya. Jantung makin galak menggetarkan dada tatkala kelibat Joshua, anak remajanya tiada juga diketemui. Eric yang sedang menelaah buku, mengangkat wajah dengan hairan. “Kenapa ni-” Belum sempat dia habiskan ayatnya, Jia telahpun berlari keluar dari rumah.

Wajah polos Mingyu tiba-tiba terpancul dari sebalik pintu. Eric menghampiri Mingyu dan mencangkung menyamai ketinggian anaknya itu. “Kenapa tak tidur lagi ni?” tanya Eric yang makin tak senang duduk memikirkan Jia.

Ayah,” Mingyu tenang merenung Eric sebelum berkata, “Abang Joshua keluar pergi pantai tadi.”

“Apa? Bila?” soal Eric sambil mendukung Mingyu kembali ke bilik tidur. Dia membaringkan Mingyu di sebelah Ji Hoon yang dibuai mimpi. Selimut di paras dadanya.

Ayah, pergi cari Abang Joshua cepat.”

Kata-kata Mingyu sebelum Eric menutup pintu kembali. Eric menjadi curiga dan segera mengikuti jejak isterinya.

 

 

     “Joshua! Joshua!” Jia menjerit dengan sekuat hati. Deruan ombak malam menyamai kelantangan suaranya. Jia tidak dapat mengesan apa-apa. Hanya bulan penuh yang teguh menerangi lautan gelap.

Jia jatuh terduduk bila kakinya tersadung sesuatu. Dia segera mengambil dan memerhati benda itu dengan kegusaran yang makin menebal. Gelodak hatinya tidak tertahan lagi. Air mata jernih menitis menuruni pipi dinginnya. Ia kasut Joshua. Kasut yang Jia beli sempena hari lahir Joshua.

“Joshua!” teriaknya dengan kesal. “Mana kamu?!” Dia mula tersendu antara kata. Jia tahu angkara siapa. Dia tidak mengerti mengapa perkara ini berlaku kepada keluarganya lagi. Dia tidak mengerti apa yang sebenarnya yang dimahukan. Amarah mula berlingkar di hatinya.

“Kembalikan anak aku, makhluk durjana! Kembalikan anak dan abang aku!” Kesedihan mula menguasai dirinya.

Eric yang baru tiba segera memeluk Jia dari sisi. “Kenapa awak terjerit-jerit ni?” Risau dia melihat wajah kusut isterinya yang seperti orang yang disampuk.

“Joshua hilang, bang.. Joshua hilang dalam laut!” bentak Jia kecewa. Jia menangis meluahkan isi hatinya yang tak terucap dan memeluk suaminya kerana tak terdaya untuk mencari Joshua.

Eric mengusap lembut belakang Jia. “Mari kita pergi lapor kepada penduduk kampung dengan polis untuk cari Joshua.”

 

 

     Sudah sepertiga malam seharian Jia resah menunggu khabar tentang Joshua. Jarum jam menghampiri pada angka dua, namun Jia masih mundar-mandir di ruang tamu rumah. Mingyu dan Woozi sudah tertidur di sofa, turut menunggu seperti ibunya. Ayahnya hanya tenang merenung ruang kosong.

“Kamu yakin yang ia perbuatan makhluk itu?” Suara garau ayah Jia memecahkan kesunyian. Jia terhenti pada langkah dan memandang lelaki separuh abad itu.

“Saya dapat rasakan ayah. Sama macam masa abang Xiumin hilang dulu!” ujar Jia dengan beria.

Ayah tenang tanpa bicara. Dia hanya bangun dan menghampiri pintu kayu utama, “Nanti ayah pulang. Sekejap saja ayah pergi.”

“Ayah!” Jia tidak sempat untuk bertanyakan soalan.

 

     Orang tua itu berjalan dengan kaki yang mula terasa lenguh tidak seperti dahulu. Dirinya makin dimamah usia. Dia sedar akan hakikat tersebut. Isterinya sudah pergi meninggalkan dia dan dunia ini. Mungkin akan sampai gilirannya nanti. Terbit rasa risau di hati dek suatu rahsia yang disimpan rapi. Pesisir pantai yang sunyi dan tersorok dihampiri. Dadanya naik turun, menghembus nafas yang seakan mencengkam.

Irene..” Lafaznya dengan perlahan seakan merayu. “Lepaskanlah cucu aku..” Lelaki tua itu menutup matanya merasakan bisikan bayu.

Kenapa?

Ia mengejek.

“Cucu aku tak bersalah.. Lepaskanlah cucu aku..” Lututnya jatuh menyembah pasir pantai yang basah. “Apa yang kau mahu lagi daripada keluarga aku..”

Pembalasan.

“Aku tahu ia salah ibuku.. tapi kau dah ambil Xiumin daripada kami..”

Kau berhutang nyawa dengan aku! Aku takkan lupakan layanan keluarga kau terhadap aku dulu!

Bertalu-talu angin menampar halwa telinganya. Tenang dia menerima dengan seadanya. "Kau masih sayangkan aku kan?" Kata-kata yang sudah lama terpendam, akhirnya diluahkan juga.

Ibu kau bencikan aku. Aku makhluk durjana!

"Biarkanlah yang laut pulang ke laut, yang darat pulang ke darat..."

 

 

 

 

     Youngjae, rakan baik Joshua tergopoh-gopoh membawa khabar yang baru diterima tentang rakannya itu. Rumah lama milik keluarga Jia semakin jelas di penglihatan dalam kegelapan malam. Youngjae mula berlari anak, terasa masa semakin mengejarnya.

“Makcik Jia!” laungnya sebaik tiba. Youngjae masih tercungap-cungap menanti Jia membuka pintu. Tiba-tiba belakangnya ditepuk, menyebabkan Youngjae tersentak dan berpaling. Wajah tenang datuk Joshua menyapa.

Jia menuruni halaman rumah, menghampiri dua orang lelaki itu.

“Jia,” tutur ayahnya, memandang Jia. “Kamu pergilah. Biar ayah jaga Mingyu dan Woozi.”

“Joshua macam mana, Youngjae?” tanya Jia tanpa berlengah.

“Kita kena cepat, makcik!”

 

Sampai di gigi pantai yang dikerumuni beberapa penduduk kampung, bertemankan lampu suluh dan pelita minyak tanah, Jia jelas ternampak Joshua yang terbaring lesu.

Mereka bertungkus lumus cuba memberi bantuan pernafasan kepada Joshua. Dada remaja itu ditekan beberapa kali. Jia berlari mendapatkan anaknya. Eric turut berada di situ.

“Joshua..” Pipi Joshua ditekup lembut. Wajah pucat Joshua menggusarkan Jia. Dada Joshua terus ditekan dan udara disalurkan ke dalam peparunya. Badan remaja itu tidak memberi sebarang reaksi. Mereka menanti dengan penuh debaran.

Tak lama kemudian, Joshua mula terbatuk-batuk mengeluarkan air. Tekaknya seakan terbakar, rasa pedih yang teramat. “Omma..” rintih Joshua lesu. Jia memeluk kepala Joshua yang dipangku dengan erat. Dia teresak-esak.

Omma..” Tangan Joshua terketar-ketar menghulur sesuatu dalam genggaman kepada Jia. “Joshua nampak Pakcik Xiumin..”

Jia seakan tidak percaya akan kata-kata Joshua. Keningnya berkerut. Jia menyambut genggaman tangan Joshua dan meleraikannya. Dia terkedu melihat isinya. Loket yang seakan pernah dilihatnya dahulu.

“Abang..” Jia mengelus permukaan loket berbentuk titisan air itu dan terasa sesuatu terukir pada belakangnya. Dia memusingkan loket tersebut untuk melihat isi.

‘Dia milik aku selamanya.’

Jia membaca satu-persatu tulisan buruk yang terukir, seakan memberi jawapan kepada permintaanya tempoh hari. Ayat itu tidak wujud setahu Jia. Dia yakin ayat itu ada membawa maksud yang tersirat. Jia terasa diperhati. Bulu romanya meremang ditiup angin malam dingin. Lantas Jia melontarkan pandangan ke arah laut. Di bawah cahaya kelam bulan, di sebalik ombak tenang, dia hadir; merenungnya sekilas sebelum menghilang ke dasar laut yang luas..

 

 

T.A.M.A.T

 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Seasony
#1
Chapter 2: Hai babe! story ni published 2015 and after 2 years I come and read it again. really love this. Especially baca sambil dengar lagu Winter Is Coming. fuh feeling habis! Goodjob<3
Yana_xoxo
#2
girly_
#3
Chapter 2: seramnya... btw... nenek xiumin menakutkan lah hehe...
kageka #4
Chapter 2: Meremang bulu roma aku....haaaaah...btw, best!
cicakobeng
#5
Chapter 2: Ohhh. Bestnya. Adakah ayah xiumin pernah ada something ngan duyung tu? Kenapa dia ambil xiumin? Kenapa tak ambil je ayah xiumin? Kenapa perlu dia simpan xiumin dalam laut lama2 ? Kesian xiumin. Dalam laut tu, xiumin hidup lagi ke tak? Anyway, nice story.
JEON_JI #6
Chapter 2: Bestnyee... Dh lme rasanya tk baca fic angst mcm ni.. T^T Sedihh...btw, best sangat...
Bini_capang #7
Chapter 2: woah~very nice fic..teringin sangat nak tahu apa yg irene tu buat pada xiumin..kesian xiumin..sbb dendam dia yg jadi mangsa ;'(..and just wanna say that cutenya woozi and mingyu~kyaa~*fangirling mode*hihihi..daebak authornim!
Kpop_fan21 #8
Chapter 2: Wow.. nice work...hhehe I rarely read fanfic in bm and this was the first... good job I like your works.... all my bias in there ^^
Bini_capang #9
look interesting~update soon..hwaiting!!