#ChapterTwo

Angel With A Shotgun

 Kami dibenarkan untuk memakai pakaian yang kami nak kalau nak turunke bumi.Tapi,kalau kami kena pakai gaun putih masa kat akademik.Kalau kat bilik misalnya tak kisah nak pakai baju ape.Heaven.Satu tempat yang sangat dikawal rapi.Tak terlampau ketat dan tak terlampau longgar.Heaven terdiri daripada akademik kami sendiri dan kampung serta bandar.Semuanya perempuan.No man ! Sebab tu,kami tidak dibenarkan untuk bercinta.Tugas utama kami adalah melindungi.Bukan kanak kanak sahaja,malah orang ramai.Biar mereka tak percaya kami wujud asalkan kami tahu mereka selamat.Kalau boleh,jangan biarkan mereka percaya kami,Bidadari.Sebab? aku pun taktahu kenape.

 Aku menyarungkan benie ke kepala.Rin hanya mengenakan baju Vocaloidnya.Comel.Aku menarik tanganya ke luar.Kami senyum dan berpelukan dengan Bidadari yang lain yang kami jumpa sepanjang perjalanan kami ke Gate.

Di Gate,kami bersedia di platform.Aku dan Rin bersedia di platform Awan yang sememangnya disediakan untuk pelajar akademik.Akademik yang ada dan terkenal di Heaven hanyalah Angel Academic.Aku ada dengar cerita akan ada satu lagi akademik yang akan didirikan tak lama lagi.Wu~~ Tak lama lagi akademik kami akan ada jiran.

Platform ni terbahagi kepada tiga.Satu tuk guru,satu tuk warden,satu lagi tuk pelajar.Yang untuk pelajar ada lima.Banyak kan? Yelah..Pelajar akademik ni ramai.Ada yang turun nak melawat kubur keluarga.Ada juga yang nak tenangkan diri.

Aku dan Rin menuju ke Platform Sky#3.Setelah memberikan nama dan no. bilik,kami bersedia di platform.Bersedia untuk turun ke bawah dengan sayap kami yang putih bersih.Dalam kiraan tiga,kami mengibarkan sayap kami dan meluncur laju ke bumi.

Aku menghirup udara segar sambil tanganku memegang erat tangan Rin.Bimbang terlepas pula karang.Kami mendarat dengan tenang sekali.Aku melihat ramai Bidadari yang turun terutamanya dari akademik kami sendiri.Senang sahaja nak cam mereka.Cuma tengok belakang diorang.Ada sayap atau tak.Kalau tak nampak sayap,mesti ada Ring warna putih atas kepala.Kalau yang ada Ring putih dan sayap putih, tuh maksudnya Senior.Kalau yang ade sayap putih sahaja sahaja,tu junior mcm aku dengan Rin.Tapi,kalau ade Ring dan sayap keemasan,tu bukan pelajar.Tu Bidadari dewasa.Mereka lagi cantik dari kami pelajar akademik.

 Aku mengheret tangan Rin ke Mall.Hala Tuju aku yang utama.Rin hanya menurut sahaja.Semasa dalam perjalanan,kami nampak ramai manusia dengan pelbagai.Kami nampak juga ramai LELAKI yang kacak tapi hati kami tak cepat cair.Hati kami dah dibekukan untuk lelaki.Hati kami hanya kan cair kepada kesunyian dan kesedihan.Sesiapa sahaja yang hati dia cair,dia boleh tolong manusia kat bumi ni.Kerja amallah katakn.

Tiba tiba,mata aku menangkap sesuatu yang sangat menarik perhatianku.AISKRIM!Aku menarik tangan Rin laju ke trak aiskrim.Kami beratur mengikut barisan Bidadari.Di bumi,ada juga Bidadari yang turun ke bumi untuk berniaga.Mereka berpakaian seperti manusia dan memakai potion untuk munculkan diri.Tpi...ada sedikit larangan lah aku mlas nak amik tahu.

"Auntie!!Auntie Diaz!! Since when auntie niaga kat bumi?"sapaku ceria.Dia tersenyum.

"Sejak minggu lepas,Rly.Rly,Rin..nak aiskrim ape? Auntie belanje,"tawarnya.Senyumanku semakin melebar.

"Saya nak vanilla!,"ujarku separuh menjerit.Bidadari yang ada di sekeliling melihatku sambil tersenyum manis.Aku menunduk kepala memohon maaf.Mereka mengangguk kepadaku tanda tidak mengapa.

"Apelah kau ni,Rly.Auntie,saya nk strawberry karamel,"ujar Rin.Aku sekadar tersenyum malu.

"Wu~~ Rin..Dah mewah ea kau sekarang?'usikku.Dia hanya tersenyum manis.Kami mengucapkan terima kasih kepada Auntie Diaz.Dia memang baik dengan kami.Aku selalu datang rumah dia kalau hujung minggu.Aku menjilat aiskrimku yang semakin mencair.ERrrrmmm...! Aiskrim Bidadari memang terbaik.Kalau makanan Bidadari memang sedap 20 kali ganda lebih lazat dari makanan manusia.

"Kau ni Rly..Makan aja taunya.."ujar Rin sambil menjilat aiskrimnya.Aku sekadar ketawa.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet