#ChapterThirteen

Angel With A Shotgun

  -DuaMingguKemudian-

 Aku memetik gitar.Mengalunkan lagu kegemaranku.Aku lihat Rin masih lena diulit mimpi.Aku memandang ke luar.Sudah masuk tengahhari.Ish Rin ni.Matahari dah tegak tapi still belum bangun.

"Rin..."ujar ku sambil mengoyang goyangkan badannya.

"Hurm...Len...Len..."rengeknya.Aku terdiam.Perasaan bersalah bercampur.Patut atau tidak aku mengejut si comel ini? Dia pasti sedang bermimpikan Len. Ah..mungkin tidak patut.

 Aku meletakkan gotarku ke tepi.Pintu kutolak. Benar. Aku tiada objektif harini. Aku berjalan keluar. Dari jauh,aku ternampak seseorang.

"Aunty Diaz! Aunty!"aku memekik nama tua itu. Pemiliknya menoleh ke arahku.Aku melambai kepadanya.Dia tersenyum kepadaku.

 Lantas aku berlari mendapatkannya. Dia sedang bersiap siap.Hendak pergi kemana ni?

" Aunty nak pergi mana ni?"soalku bodoh sambil memerhati dia.

"Aunty nak turun ke bumi lah..Nak meniaga..Kamu nak tolong aunty?"tawarnya peramah.Tanpa berfikir panjang,aku mengangguk laju.

 "Jom."

"Sekejap..nak tukar baju...Nak tinggalkan nota untuk Rin..Da tidur.."

"Cepat sikit ye...Aunty tunggu kat platform." ujarnya sambil tersenyum.Senyuman tak pernah lekang dari bibir itu. Ahh..baiknya aunty.

--

 Pelanggan agak ramai.Almaklumlah.Hujung minggu. Tambahan pula,Aunty ada membuat jualan baru iaitu aiskrim float.Memandangkan aku tidak boleh dinampak,Aunty memintaku menguruskan bahagian aiskrim float manakala dia akan uruskan bahagian pelanggan.

 "Ye,anak muda? Kamu nak ape?"soal Aunty Diaz lembut.Aku yang sedang duduk berteliku di atas tanah membelakangi truk aiskrim memeandangnya.

 "Saya nak..chocolate caramel plus coke..ais lebih ea?"jawab pelanggan itu.Berdasarkan suara,dia mungkin lelaki.Tapi...suaranya seakan akan aku kenal.Tapi dimana ya?

Aunty Diaz memandangku.Aku mengangguk sambil tersenyum manis.Aku mengambil cawan plastik dan mengisi air coke.Ais aku letak lebih seperti permintaannya.Selepas itu,aku menceduk aiskrim cholate.Syrup caramel aku tuangkan dengan penuh ikhlas. Sambil membuat kerja,aku menyanyi kecil.

 "Aunty..Siapa yang nyanyi tu? Sedap suara."kau mula tergamam.Aunty Diaz memandangku.Mana mungkin manusia boleh mendengar suara aku? Melainkan...

 Aku mengangkat sedikirt kepalaku untuk melihta siapakah gerangan itu dan tekaan aku mengena.

 "Ehh? Rly..Apa kau buat kat situ? Kau tolong Aunty ni niaga ke? Wow..."ujar Reez dalam penuh keterujaan.Aku menepuk dahi.Menyesal nyanyi tadi.Patutlah suaranya bagaikan aku kenal.

 "Ka-kamu nampak siapa anak muda? Aunty berniaga seorang sajalah..Mane ade sesiapa.."Aunty Diaz cuba berdalih.Reez mengerutkan wajahnya.

 "Saya nampak tu hah..Rly....Dia tengah ada kat sebelah Aunty kan? Takkan aunty tak nampak?"soal Reez.Aunty Diaz menggeleng laju.Aku lantas meletakkan pesanannya di atas meja dan kembali menyorok.

 "Kamu jangan nak merepek.Semuanya 4.50.."Aunty Diaz menghentikan segalanya yang cuba disampaikan Reez.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet