Cabaran Si Jaguh

Akulah 'Running Man' Mu
Please log in to read the full chapter

Jae Suk memperkenalkan aktiviti pertama untuk hari itu, dan aku merakamkan reaksi wajah Ji Hyo yang terpaksa menyertai Kwang Soo, Gary dan Dongjun dalam satu pasukan. Aku mengagak yang beliau sangat berharap untuk bergandingan dengan Hyun Bin, oleh kerana itu pandangan matanya masih terpaku di wajah pelakon lelaki popular itu. 'Bagus juga dia tak sepasukan dengan Hyun Bin.. nanti semakin mesra pula mereka berdua!' bicara hati kecilku sambil bibirku mengukir senyuman sinis.

 

Namun aku terlupa akan kehadiran Dongjun yang secara terang-terangan menunjukkan rasa minatnya terhadap gadis pujaanku. Sikit-sikit "Noona!".. aargh! Geram pula bila dia mencuba pelbagai aksi yang konon-kononnya comel setiap kali Ji Hyo memberikan perhatiannya terhadap jejaka muda itu. Permainan dimulakan dengan setiap ahli pasukan digari secara berpasangan (sudah tentulah Ji Hyo 'disatukan' dengan teman lelaki Isninnya - si Gary) dan dikehendaki menconteng wajah pasangan pihak lawan menggunakan pen dakwat khas. Seronok juga melihat 'pertarungan' mereka secara langsung terutamanya ketika si Zirafah Kwang Soo yang pasti menggunakan 'taktik kotor' untuk menang.

 

Melalui lensa kamera aku merakamkan kesungguhan pasangan Isnin mempertahankan wajah mereka dari menjadi sasaran Penguasa Kook dan Haha. Perlawanan menjadi sangat sengit, mungkin disebabkan adanya si Sparta dan si Jaguh dalam gelanggang yang sama. Aku yakin pasti bahagian ini akan menjadi kegemaran para penyokong 'SpartAce' dan pasangan Isnin bila dimuatnaik di YouTube nanti. Walaupun hatiku panas setiap kali merakamkan saat-saat pasangan Isnin, namun aku sangat berterima kasih kepada Gary yang berusaha keras 'menyelamatkan' Ji Hyo dari menjadi sasaran si nakal Haha.

 

Walaupun tewas, aku tetap berbangga dengan kesungguhan Ji Hyo dalam permainan tersebut. Beliau memang layak digelar si Jaguh kerana amat sukar ditewaskan oleh Encik Serba Boleh, Jong Kook. Rakaman dihentikan sementara untuk memberi ruang pihak produksi membuat persiapan bagi aktiviti seterusnya. Tanpa membuang masa, aku menghampiri Ji Hyo dengan penuh debaran. "Tahniah Ji Hyo, awak memang hebat tadi!" aku menghadiahkan senyuman yang paling manis buatnya dan dia segera membalasnya. "Itu semua kerana Gary oppa. Kami memang serasi sebagai satu pasukan," Ji Hyo menjawab dengan nada yang tenang, tapi cukup membuatkan aku rasa cemburu mendengar pujiannya terhadap Gary.

 

"Noona! Jom ambil gambar bersama," tiba-tiba Dongjun muncul dan menghentikan perbualan kami yang baru saja bermula. Aish! Ada juga yang kena penampar dengan aku ni. Sabar, Choi Siwon.. biasakan diri - aku memujuk perasaanku yang membara. Mataku menghantar Ji Hyo pergi bersama Dongjun yang menuju ke arah satu sudut yang tidak jauh dariku. Hatiku bagai diledakkan dengan bom atom melihat Dongjun berpegangan tangan dengan Ji Hyo. Disebabkan tidak tahan dengan 'pemandangan' yang aku saksikan, aku menoleh ke arah lain dan berpura-pura sibuk dengan telefon bimbitku.

 

Walaupun aku telah mencuba sedaya-upaya, namun tanpa disedari aku tetap mengerling dan meninjau aksi Ji Hyo dan Dongjun dari jauh. Di saat itu, VJ kepada Jae Suk iaitu Kwon Ryeol datang menyapaku, "Sibuknya kawan baru kita ni. Layan mesej kekasih la tu!". Aku tersenyum malu, "Mana ada kekasih, Kwon Ryeol. Saya sedang mencari lagi ni." "Takkan la jejaka tampan macam awak belum berpunya?" bangga aku mendengar soalan dari beliau. Sambil memerhatikan Ji Hyo yang sedang berbual bersama Dongjun, aku membalas, "Susa

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
preciousgold #1
Chapter 3: cerita ni best..tolong update cepat2 tau :)
JunAra
#2
bahasa melayu... bukan bahasa Malaysia. -,-
Apa pun good job authornim!
NURA96 #3
Chapter 2: daebak... ppali update.. hwaiting ^.^
happygurlz #4
Chapter 2: cepat update tau :)
happygurlz #5
Chapter 1: really interesting story...good job
buffysummers #6
Chapter 1: Would like to rewrite it in english.. depends if there's enough demand ;)
izkadewi #7
Chapter 1: Can you make in english version? I think this story is good, but i dont know malay huhu