Larian Pertama

Akulah 'Running Man' Mu
Please log in to read the full chapter

Tugasanku belum pun bermula secara rasmi, tapi aku sudahpun berlari menuju ke pertemuan kami buat pertama kalinya. Kenapa? Kerana aku terlewat bangun. Malam semalam disebabkan terlalu teruja untuk menemui bakal 'kembar' ku dalam program Running Man, mataku begitu sukar untuk dipejamkan. Sedar-sedar saja, jam sudahpun menunjukkan pukul 8:45 pagi - walhal aku sepatutnya melaporkan diri pada jam 9:30 pagi. Memang kerja gila, tapi demi wanita yang bernama Song Ji Hyo itu aku gigihkan juga untuk berlari mengejar bas dan kini mendaki puluhan anak tangga demi memastikan aku tiba tepat pada waktunya.

 

"Omo.. VJ Choi! Baru balik dari bersukan ker? Kenapa berpeluh-peluh ni?" PD Hyo Jin menegurku setibanya aku di situ. Disebabkan mahu menjaga imejku sebagai ahli baru dalam kru produksi, aku hanya tersenyum sambil memberikan alasan bahawa aku sengaja 'bersenam' untuk memastikan staminaku setanding ahli-ahli Running Man. Mereka tergelak kecil, mungkin kerana tidak begitu 'percaya' dengan ceritaku. Biarlah, yang penting orang yang aku cari masih belum lagi kelihatan. Sementara kami berbual (ramai yang bertanyakan perasaanku sebagai ahli baru), si jaguh Running Man akhirnya tiba. Aku hampir tidak percaya dengan apa yang aku lihat - beliau sememangnya seorang wanita yang sempurna dengan rupa paras yang sangat cantik walaupun tanpa mekap yang tebal. Mana-mana lelaki pasti teruja melihat 'kesempurnaan' dirinya termasuklah orang yang 'jakun' macam aku ni!

 

Sedang aku 'lalai' mengamati setiap inci wajahnya, tiba-tiba daguku disentuh oleh tangan seseorang. "Yaa.. VJ Choi! Tutup sikit mulut tu.. jangan sampai masuk lalat!" FD Dong Wan yang sememangnya terkenal dengan sikap selambanya mengusik aku yang sedang terpegun dengan wanita yang kini berdiri di hadapanku. Aduh, malunya! Tapi bila aku lihat si dia tergelak kecil kerana lawak si FD Dong Wan, aku relakan saja diriku menjadi bahan usikan mereka. Tentu aksiku kelihatan begitu 'comel' di matanya! Hahaha.. mesti orang ingat aku ni jejaka perasan kan?

 

"Annyeong.. maaf sebab terlewat. Baru habis penggambaran tadi," suara lembut Ji Hyo membuai perasaanku. Beliau sempat mengerling dan tersenyum ke arahku sebelum bertanyakan kepada PD Hyo Jin sama ada akulah orang yang 'dimaksudkan' mereka. Setelah aku diperkenalkan secara rasmi, secara spontan aku menghulurkan tangan untuk bersalam - alamak! Gelojohnya aku! Apakah seorang selebriti sepertinya mahu 'bersentuhan kulit' dengan orang biasa macam aku?. "Selamat berkenalan, harap kita dapat bekerjasama dengan sebaiknya," Ji Hyo menyelamatkan maruahku sebagai seorang lelaki apabila beliau menyambut mesra tangan yang kuhulurkan. Fuh.. nasib baik! Kalau tak, mesti janggal nak teruskan tugasanku selepas ini.

 

Sebagai satu kumpulan, kami meneliti jadual penggambaran yang dikongsikan oleh PD Hyo Jin dan PD Hyung Taek. Satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan adalah ketika jariku bersentuhan (secara tidak sengaja okey?) dengan jarinya kerana masing-masing ingin menunjukkan perkataan yang sama di atas kertas jadual. Cepat-cepat aku minta maaf sebab tidak mahu beliau menganggap yang aku cuba mengambil kesempatan. Dengan baiknya, Ji Hyo membalas, "Gwaenchana! Kebetulan kita memikirkan perkara yang sama. Maksudnya fikiran kita serupa." Aku hampir-hampir ingin melonjak keriangan di atas kata-katanya itu. Terasa seolah-olah kami memang telah 'ditakdirkan' sebagai rakan sekerja yang saling memahami antara satu sama

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
preciousgold #1
Chapter 3: cerita ni best..tolong update cepat2 tau :)
JunAra
#2
bahasa melayu... bukan bahasa Malaysia. -,-
Apa pun good job authornim!
NURA96 #3
Chapter 2: daebak... ppali update.. hwaiting ^.^
happygurlz #4
Chapter 2: cepat update tau :)
happygurlz #5
Chapter 1: really interesting story...good job
buffysummers #6
Chapter 1: Would like to rewrite it in english.. depends if there's enough demand ;)
izkadewi #7
Chapter 1: Can you make in english version? I think this story is good, but i dont know malay huhu