Tugasan Bermula!

Akulah 'Running Man' Mu
Please log in to read the full chapter

Kali ini aku berbangga dengan diri sendiri kerana menjadi yang kedua terawal tiba di lokasi Running Man. Wajahku lebih segar - mungkin kerana aku tidak perlu risau tentang waktu yang selalunya mencemburui setiap gerak-geriku. Pandanganku melilau ke setiap arah, mencari bayang orang yang sangat aku nantikan. Siapa lagi kalau bukan si jaguh Song Ji Hyo!

 

"Selalunya pukul berapa mereka sampai?" aku buat-buat tanya kepada PD Hyo Jin. Sejujurnya aku tidak berminat untuk mengetahui jadual ahli Running Man yang lain, tetapi aku terpaksa bersabar mendengar jawapan PD Hyo Jin yang lebih berkaitan tentang ahli-ahli lelaki. Aku hanya menyedari reaksiku yang agak berlebihan setibanya giliran nama Ji Hyo disebut oleh PD Hyo Jin setelah beliau menyakat aku, "Yaa VJ Choi! Nampak sangat awak cuma nak tahu pasal 'puteri' kami Song Ji Hyo. Cakaplah awal-awal tadi!". "Ahneeoh! Saya cuma risau saja.. sebab ini hari pertama saya bekerja dengannya. Sayanglah kalau dia tak datang.. tak dapatlah saya nak beraksi nanti!" aku menafikan dengan serta-merta.

 

Di saat itu, kelibat si jaguh mula kelihatan bersama-sama seorang lelaki tegap di sisinya. Tak lain dan tak bukan dialah yang digelar 'Encik Berkebolehan'. Entah mengapa aku terlalui mencemburui kemesraan yang tercetus di antara mereka. Ji Hyo dan Jong Kook saling berbicara, dan sekali-sekala mereka ketawa sambil menyiku mesra tangan masing-masing. Mungkin perasaan cemburu itu terlalu ketara di mataku, sekali lagi PD Hyo Jin mentertawakan aku, "Tunggu apa lagi.. pergilah kejar kekasih kesayangan awak tu! Itu pun kalau awak berani dengan Harimau Kook."

 

"Mereka tu pasangan bercinta ker?" secara tak sengaja soalan itu terpacul dari mulutku. "Apa kata awak sendiri yang tanya pada Ji Hyo. Kami semua pun nak tahu juga!" tiba-tiba PD Hyung Taek mencelah. Amboi, nampaknya mereka berdua ni dah bergabung nak mengenakan aku! Tak boleh jadi ni. Nasib baik sebelum aku sempat nak membalas, puteri pujaanku menyapa kami bertiga dengan mesra, "Annyeonghaseyo, semua dah sarapan pagi ni?". Kecuali aku, kedua-dua PD menganggukkan kepala. Ji Hyo seperti terkejut dengan jawapan aku, "Omo VJ Choi! Awak perlu sarapan dulu sebelum kita bermula. Kalau tak nanti awak boleh pengsan sebab kepenatan. Jom.. saya temankan awak makan."

 

Ji Hyo menarik tangan aku dan aku biarkan saja dia menentukan hala tuju kami. Sebenarnya sebelum keluar rumah tadi aku sudahpun bersarapan. Aku sendiripun pelik kenapa begitu mudah aku menggelengkan kepala sebaik mendengar pertanyaan si cantik Ji Hyo. Mesti orang ingat aku sengaja merancangkan semuanya, betul tak?. "Cuma ada roti hotdog saja! Cukup tak?" beliau memandang ke arahku sambil menghulurkan roti di tangannya. Dalam fikiran nakalku, mahu saja aku buat-buat terpegang tangannya saat aku mengambil roti tersebut, nampak macam romantik sikit!

 

"Cukup rasanya. Lagipun kalau kenyang sangat susah nak berlari nanti!" aku menjawab sambil menerima roti tersebut dengan senyuman yang paling manis. Aku terus menuju ke arah kaunter ketika Ji Hyo memilihkan minuman kotak untukku. Juruwang di situ (seorang jejaka - mungkin lepasan universiti) tersenyum-senyum sambil mengimbas kod di bungkusan roti yang aku letakkan di kaunternya. Ji Hyo kemudian menghampiri aku dan menyerahkan air kotak kacang soya kepadaku, "Air ni boleh mengenyangkan awak nanti." Selesai sahaja barangan kami diimbas, juruwang tersebut memandang tepat ke arah wanita di sisiku. "Awak.. Ji Hyo noona kan?" dia buat-buat tanya, sedangkan bagi aku mustahil orang tak tahu jawapan kepada soalan tersebut.

 

Tapi Ji Hyo memang profe

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
preciousgold #1
Chapter 3: cerita ni best..tolong update cepat2 tau :)
JunAra
#2
bahasa melayu... bukan bahasa Malaysia. -,-
Apa pun good job authornim!
NURA96 #3
Chapter 2: daebak... ppali update.. hwaiting ^.^
happygurlz #4
Chapter 2: cepat update tau :)
happygurlz #5
Chapter 1: really interesting story...good job
buffysummers #6
Chapter 1: Would like to rewrite it in english.. depends if there's enough demand ;)
izkadewi #7
Chapter 1: Can you make in english version? I think this story is good, but i dont know malay huhu