Akulah 'Running Man' Mu

Please log in to read further chapters

Description

Pagi itu aku menerima satu panggilan yang sangat penting dalam hidupku, kerana panggilan itulah aku berpeluang mengenali dirinya yang sebelum ini jauh dari jangkauan insan sepertiku. Sebagai jurukamera berpengalaman, permohonanku untuk menyertai keluarga besar kru produksi Running Man menjadi kenyataan setelah jurukamera asal - Sung Gyu menarik diri atas alasan peribadi. Biarlah, itu bukan urusanku. Yang penting mulai saat ini.. akulah yang telah ditugaskan untuk mengejar seorang 'jaguh' bernama Song Ji Hyo.

 

Apa yang aku kongsikan adalah catatan peribadiku sebagai seorang jurukamera, sahabat dan semestinya peminat rahsia kepada si jaguh Running Man yang belum pernah aku ceritakan kepada sesiapa atas alasan professionalisma. Setiap detik yang aku lalui bersamanya sepanjang penggambaran rancangan hiburan itu akan aku abadikan sebagai kisah terindah yang telah kusunting menjadi sebuah cerita. Biarkan seluruh dunia mencemburiku.. kerana akulah 'Running Man' mu Song Ji Hyo! 

Foreword

Ini adalah kali pertama saya berkarya dalam Bahasa Malaysia. Harap maaf jika ianya kurang memuaskan.. teruskan menyokong hasil karangan saya!

 

Kamsahamnida ♡♡♡

Comments

You must be logged in to comment
preciousgold #1
Chapter 3: cerita ni best..tolong update cepat2 tau :)
JunAra
#2
bahasa melayu... bukan bahasa Malaysia. -,-
Apa pun good job authornim!
NURA96 #3
Chapter 2: daebak... ppali update.. hwaiting ^.^
happygurlz #4
Chapter 2: cepat update tau :)
happygurlz #5
Chapter 1: really interesting story...good job
buffysummers #6
Chapter 1: Would like to rewrite it in english.. depends if there's enough demand ;)
izkadewi #7
Chapter 1: Can you make in english version? I think this story is good, but i dont know malay huhu