Hi, My Girl !

Heart Attack

chapter twenty six

"13 boys & 1 girl . WHAT DO YOU THINK ?"

hi,my girl !

 Pagi yang indah, bersyukur dengan apa yang masih ada. Hyesu terasa rajin hendak keluar pagi berjoging setelah lama tidak bersenam diluar rumah. Asyik terperuk menghadap buku, dia harus lepaskan segala stressnya yang telah terkurung dalam otaknya selama beberapa tahun.

Rambutnya yang lurus itu diikat seperti ekor kuda lalu kakinya berjalan menuju kepantai yang berdekatan. Angin bertiup sepoi-sepoi menyamankan suasana. Hatinya menjadi tenang apabila melihat ombak kecil datang kedarat dan membasahi kakinya.

“Aaa sejuknyaa..” – Hyesu ketawa kecil seorang diri apabila dia melihat dirinya melompat-lompat  anak.

Seungcheol yang lalu dikawasan itu ternampak figura Hyesu dipantai lalu dia datang kepadanya dengan senyuman.

“Buat menda pagi-pagi dekat pantai ni.. main air pulak tu. Tak sejuk ke…” – Tegur Seungcheol lalu melihat pemandangan yang indah seraya menyelup tangannya kedalam poket seluarnya.

“Yah Lee Seungcheol…apa kau buat dekat sini?..”

“Aku yang sepatutnya tanya kau apa yang sayang buat dekat sini…” – Seungcheol memperbetulkan panggilan antara dia dan Hyesu.  Jarang sekali, nak nampak Seungcheol bersayang semua ni.

“Omo omo…tengok tu..sejak bila mula guna ‘sayang’ ni..” – Hyesu hairan. Manakala jejaka tampan disebelahnya hanya ketawa kecil.

“Wae? Taknak?” – Seungcheol mendekat wajah pada Hyesu membuatkan gadis itu membengkokkan dirinya kebelakang.

“Y-yahh..erkk..emm..kenapa perlu guna ‘sayang’ kita bukannya pasangan kekasih..” – Balas Hyesu selamba.

“Apa? Geurae, sekarang ni..kau..aku punya.” – Apabila Seungcheol berkata seperti itu, terbeliak mata si gadis itu lalu menjauhkan sedikit dirinya dari Seungcheol. Manalah tahu, dia ni mabuk ke tiba-tiba pulak macam ni. Tapi kalau nak ikutkan, memang haritu Seungcheol ada minta untuk jadi teman hidupnya tapi masa tu, Hyesu anggap yang Seungcheol main-main.

“Kau main-main je kan?”

“Apa pula aku nak main-main…kau ni! Dah, jangan beraku/kau dngn aku. Kau, kena guna ‘saya/awak’ bila nak cakap dengan aku. Arraseo?”

“Huh? Em erkk…”

“Faham ke tidak?”- Seungcheol menyepak air laut lalu terkena pada baju Hyesu.

“Yahh..aku taknak basahkan baju em aniya, saya taknak basahkan baju.” – Bebel Hyesu dengan comel seraya membetulkan ayatnya. Seungcheol tersenyum lalu menyepak-nyepak lagi air membuatkan Hyesu mula naik angin lalu membalas kembali.

Mereka menghabiskan masa berdua-duaan dipantai dengan bermain air. Penuh gelak ketawa dan kenangan manis. Seungcheol mengangkat Hyesu dengan bridal style lalu membawanya ke tempat yang dalam sedikit, sudah cukup untuk buat gadis itu basah bersamanya.

“Seungcheol-ahhh sejuk!!!! Aaaa” – Hyesu mengelepar lalu ketawa.


Musim sejuk sudah tiba. Wonwoo menyarungkan sweater tebal lalu mencapai beg sekolahnya lalu turun ke tingkat satu untuk sarapan bersama.

Kelihatan Pn.Jung menyediakan pelbagai sarapan yang sedap untuk mereka. Selalunya 2 dua jenis sarapan je tapi kali ni banyak pula. Mana tak berselera, masakan Pn.Jung memang sempurna.

“Sedapnya…jjang!” – Dino menunjukkan ibu jarinya tanda ‘terbaik’.

“Ni kali terakhir makcik buatkan sarapan untuk kamu semua..” – Suasana menjadi diam apabila Pn.Jung berkata seperti itu.

“Ahjumma..ahjumma memang nak pergi ke?” – Hoshi mula rasa sedih. Wajah Mingyu dan Wonwoo berubah.

“Mianhae anak-anak….”

“Kenapa? Ahjumma rasa terbeban ke sebab kami ramai?”

“A-aniya…sebab makcik dpt kerja yg boleh membantu Suyeon untuk ke universiti. Suyeon membesar tanpa ayah, dan makcik harus kerja keras.” – Jelas Pn.Jung. Memang berat untuk tinggalkan mereka. Dia sudah menganggap mereka semua ialah anaknya sendiri.

“Eomma….” – Figura gadis yang berpakaian seragam sekolah muncul didapur. Dia telah mendengar semuanya lalu melihat wajah lelaki-lekai itu. Hatinya tidak senang. Lebih-lebih lagi Mingyu dan Wonwoo.


“Kau tetap akan ikut mak kau kan?”– Mingyu memandang pemandangan diatas rooftop bangunan sekolah sambil menikmati angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menerbangkan rambutnya dan ditambah pula cahaya matahari pagi yang segar.

Sementara Suyeon berada dibelakang tidak jauh darinya.

“Hmm..Mingyu-yahh..”

“Dwaesseo…aku tak boleh halang…” – Jejaka tampan itu menoleh kebelakang seraya memasukkan tangannya kedalam poket seluar.

“Sebenarnya.. saya tak nak pindah tapi…lama-lama akan membebankan awak semua juga…”

“Tapi aku tak pernah rasa terbeban…sebaliknya aku suka..” – Mingyu mendekatkan dirinya kepada Suyeon. Kata-katanya mengelukan lidah gadis itu. Macam tidak percaya. Tambah pula dengan senyumannya yang menawan itu. Ya, dia berjaya mencairkan hati Suyeon.

“Kau tau tak…kali pertama aku tengok kau..memang aku menyampah sebab kau ni annoying tapi, aku sedar…aku jatuh cinta dekat kau..”

“H-huh?”

“Aku panggil kau ert, byuntae….apa lagi…*ketawakecil*…sebab aku suka tengok kau marah..kau nampak comel. Tapi…masa tu aku dapat tau yang kau rapat dengan Seungcheol dan Wonwoo hyung, aku rasa….” – Ayat Mingyu tergantung. Membuatkan Suyeon tertunggu-tunggu dan ingin tahu.

“Rasa apa? Pleasela jangan buat ayat gantung..habiskan ayat tu..”

“Wae? Kau suka en kalau aku habiskan ayat romantic aku tu en en?” – Usik Mingyu.

“Eh eh..manada.” – Suyeon membantah.

“Aku rasa….cemburu dan barulah aku dapat pastikan yang aku betul-betul dah jatuh hati dekat kau..paling heartbroken bila aku tahu yang kau teman Wonwoo semalaman dekat hospital..” – Ayat terakhir Mingyu mengubah riak wajah Suyeon.

Omo..dia tahu pasal tu..goshh ..otteokhae..

“Emm tapi tak apalah…maaf sebab kiss kau dengan kasar dan ehem sikit haritu. Aku tak tahan sangat :3” – Mingyu sudah mula mengungkit peristiwa tu. Ahh dia yang sebenarnya byuntae!

“Erkkk..itu..em..lupakan jelah.” – Suyeon tahan rasa malu. Pipinya merah dek kerana teringat peristiwa yang membuatkan dia berdebar-debar dengan teruk kerana dicium oleh lelaki kacak. This is what we called, untung lar~

“Jangan risau…lain kali aku kiss elok-elok..jangan mengelak nanti tak best XD” – Mingyu semestinya lelaki yang nakal dan kelakar.Dia ketawa tatkala Suyeon berasa geli geleman lalu memukul bahu Mingyu.

“Yahhhh! Kenapa byuntae sangat ni!” . Satu lagi kenangan manis yang mungkin sukar untuk dilupakan tercipta. Ianya dipanggil ‘memory of the rooftop’.  Penuh dengan gelak ketawa dan usik-usikan seolah-olah mereka bercinta. Namun, Mingyu faham perasaan Suyeon dan cuba untuk tunggu walaupun gadis itu harus pindah. Dia pasti, suatu hari nanti, mereka akan berjumpa lagi.

-BERSAMBUNG…………………..

AUTHOR'S NOTE

 

-

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
itsalice
Yeah, HEART ATTACK OFFICIALLY POSTER HAS REVEALED

Comments

You must be logged in to comment
ain_sooyoung #1
Chapter 29: Daebak....bestnye
tashale #2
Chapter 29: Ff yg terbaik .. Tq for the bonus chapter ..
khaisara #3
abis pun dri chap pertama smpai akhir memang daebak
huhu terharuT_T
Chanyeol_Park02 #4
Chapter 28: Masa baca ni tak sedar langsung dah nak habis sbb mata gentle tak boleh beralih dari skrin telefon . Seriously , you're daebakk !! Walaupun saya ship Suyeon dgn Wonwoo sbb Wonwoo bias saya , tapi saya tak kesah hihi (k)
Shy_Ira30 #5
Chapter 28: Perfect story. . huhuuu .. Love it
MissByunJimin
#6
Chapter 28: authorr!!!..bestnyeee..
saya suka sesangat..well pemint seventeen..
dan minggyu is my bias..muahah..
authorrnim..best sgttt..aigoo xtu nk ckp apa
tashale #7
Chapter 28: Final chapter .. Serious ff ni best
minlee123 #8
Chapter 28: Sequel please
Aida_Rusdi
#9
Chapter 28: Oh mai Wonwoo. Sokay, Mingyu pun Mingyu lah. XD