5 Years Later

Heart Attack
 

 

CHAPTER TWENTY SEVEN

"13 BOYS & 1 GIRL . WHAT DO YOU THINK ?"

HI,MY GIRL !

 Harinya yang paling tidak ditunggukan tiba. Suyeon membawa masuk beg bagasinya yang terakhir kedalam trak.

“Suyeon-ahh.. bogoshipeo..” – Ujar Seungkwan dan membuat muka sedih.

“Nado nado…” – Suyeon mengusap bahu Seungkwan.

“Bila dah ada dekat sana..jangan lupakan kitaorang pula…” – Seungcheol muncul.

"Mestilahh.. takkan saya nak lupa pula..” – Balas Suyeon rasa serba salah.

“Mianhae..sebab selama ni menyusahkan korang semua. Mianhae kalau ada sesiapa yang tak suka sepanjang saya berada dalam rumah ni..dan..mianhae Wonwoo-yahh..” -  Semua berasa hairan apabila nama Wonwoo disebut.

“N-nae?” – Wonwoo keliru.

“Mingyu pun……mianhae..” – Mingyu yang tahu segalanya hanya tersenyum tanda mengerti.

“Saya akan merindui kamu semua. Terima kasih atas segalanya..jeongmal gomawo.. saranghae.” – Itulah kata-kata terakhir yang diberikan sebelum pergi dari rumah itu.

“Nanti!” – Wonwoo menahan Suyeon dari naik keatas trak itu. Lalu dia berlari masuk kedalam rumah untuk mengambil sesuatu dan kembali semula.

Medal emas.

Swimming International Championship 2015.

Suyeon melihat medal itu lalu memandang wajah Wonwoo. Apa yang dia nak buat dengan medal tu?

Wonwoo menyarungkan medal itu kepada Suyeon.

“Wonwoo-yahh.. ni kan medal…”

“Hadiah sebelum kau pergi. Untuk kenangan.” – Akhirnya dia dapat melihat Wonwoo tersenyum. Senyuman itu dibalas kembali dan menggembirakan hati Wonwoo walaupun sedikit tapi ianya terubat rasa luka.

“Gomawo..” .

Tiba-tiba…Minhee datang.

“Jung Suyeon…..” – Nama Suyeon dipanggil lembut dari arah kanan mereka semua. Kelihatan figura Minhee datang mendekati mereka.

“Mianhae..sebab terlambat..mianhae juga sebab buat kau kecewa dengan aku..aku dah sedar..sedar betapa pentingnya bestfriend macam kau..maafkan aku atas segalanya…” – Pengakuan maaf Minhee membuatkan Suyeon menjatuhkan airmatanya. Mereka berdua berpelukan untuk kali terakhirnya. Dia fikir, dia tidak dapat berjumpa dengan Minhee untuk kali terakhir, tapi mujurlah Tuhan mendengar doanya.

Joshua hanya tersenyum dan bersyukur. Tanpa Joshua, Minhee takkan sedar macam ni.

“Okey gaisss…..jom bergambar sebelum Suyeon pergi..” – Seungkwan kembali dengan membawa kamera .

1…2…3 dan klik…………..

Sebuah gambar yang bakal membawa beribu memori indah.

“Jaga diri…annyeong!”

“Annyeong Suyeon-ahh!”

“Saranghae!”

“Kami akan merindui kau!”

“Sekali sekala datanglah sini!”

“Makcik Jung! Jaga Suyeon baik-baik!”

“Okey! Kamu semua pun, jaga diri!” – Balas Pn.Jung dengan senyuman.Dia pun berasa sedih untuk tinggalkan mereka.

Mereka semua melambai kepada Suyeon tatkala trak itu pergi membawa gadis itu pergi. Suyeon melambai kepada mereka. Berat hati rasanya nak tinggalkan mereka semua. Airmatanya tidak berhenti mengalir walaupun dalam senyuman. Dia terus melambai sehingga kelibat mereka semua tidak kelihatan.


Sesampai sahaja di rumah baru, Suyeon mengambil selcanya dan menghantar kepada rakan-rakannya di Seoul.Hasrat ibunya untuk pindah supaya Suyeon dapat belajar dan melanjutkan pelajaran ke universiti dengan lebih baik.

Walaupun mereka berjauhan,  Suyeon selalu berhubung dengan 13 orng lelaki itu melalui web cam ataupun video call. Nombor telefon pun masih tidak berubah. Seungkwan mengelap airmatanya kerana terlalu rindukan Suyeon dalam video call yang dilakukan ketika diruang tamu bersama rakan-rakannya.

“Suyeon-ahh bogoshipeo!! Huwaa T_T”

“Aigoo..nado bogoshipeo!” -  Suyeon membalas balik rasa rindunya sambil memuncungkan bibirnya ditalian.

“Kalau ad masa, datanglah sini….kitaorng masih dirumah ni.” – Seungcheol mempelawa. Yang lain turut bersetuju. Suyeon hanya tersenyum dan dia juga tidak pasti jika boleh datang dalam masa terdekat ni.

“Guys…maybe sy tak dapat datang dalam masa terdekat ni. Tapi! Saya janji, kita akan berjumpa dalam 5 tahun lagi. Korang akan tengok saya sudah menjadi seorang wanita bukan lagi gadis mentah.”

5 tahun kemudian…

Suyeon  menyikat rambutnya yang kini sudah panjang paras bawah dada dan berikal. Bibirnya diserikan dengan gincu bersama lip tint natural yang membuatkan dia nampak sangat ‘gorgeous’. Dia menyesuaikan dirinya dengan formal dress paras lutut hitam untuk menghadiri suatu majlis.

Kini, dia bukan lagi remaja. Dia tidak lagi berada di umur 18 tahun. Dia sudah dewasa menjadi seorang wanita yang cantik. Bukan lagi gadis. Senyuman terukis tatkala melihat wajahnya didalam cermin. Jelas terpancar, dia sudah membesar dan sudahpun di graduasikan di Universiti Perempuan Ewha malah dia kini akan menjadi seorang wartawan yang paling cantik di stesen tv SBS malah KBS, TvN, JtBc, Mbc dan sebagainya.

Sementara itu.

Kim Mingyu.

Papan namanya terletak dengan rapi diatas meja. Kot hitamnya disarungkan sendiri dihadapan cermin. Stail rambutnya sudah berubah. Menampakkan sisi tepi dan hadapannya yang kacak. Diselitkan dengan senyuman ‘smirk’ nya menambah lagi ketampanannya.  

“Doktor Kim, Setiausaha Kang sudah tunggu di lobi.” – Mingyu tersenyum dan mengangguk tanda menerima pesanan itu dengan baik. Dia segera turun ke bawah.

Dirinya disambut oleh beberapa anak buah dan dia diiringi sehingga masuk kedalam kereta.

“Majlis apa kita nak pergi sekarang ni, Setiausaha Kang?” – Soal Mingyu sambil membetulkan tali lehernya.

“Majlis Perjumpaan Bekas Pelajar-Pelajar Senior Sekolah Tinggi Hyundai.”

“N-nae?”


Seterusnya, disebuah rumah di Apgujeong-dong.

“Sayang…ppaliwa..kita akan terlabat ke sana nanti!” -  Ujar Seungcheol sambil bergegas mencapai kunci keretanya lalu menghidupkan enjin sementara isterinya, Park Hyesu sedang menyarungkan high heel-nya dihadapan pintu lalu segera masuk kedalam kereta. Tak sangka, hubungan mereka kekal sampai ke alam perkahwinan. Namun masih belum dikurniakan anak kerana mereka baru sahaja berkahwin setahun yang lalu. Ianya tidak terlalu awal untuk berkahwin. Hidup mereka penuh dengan suka duka sepanjang setahun berkahwin.


Kembali kepada cerita Suyeon dirumah.

Wanita itu menyarungkan rantai di leher sebagai aksesori lalu dia meringankan punggungnya untuk bangun dan keluar dari biliknya.

“Eomma..saya pergi dulu. Jaga diri dirumah!” – Pn.Jung tersenyum tatkala melihat anak gadisnya yang cantik itu meloloskan diri kedalam kereta dan pergi.

[Berita yang sangat membanggakan bagi seluruh warga Korea. Perenang antarabangsa yang paling kacak telah menjadi atlet renang kesayangan Korea. Beliau telah menjuarai Swimming Race baru-baru ini dalam Sukan Olimpik di Canada. Beliau ialah, Kim Wonwoo!]

Terukir lagi senyuman dibibir Suyeon apabila mendengar berita itu disampaikan di radio. Matanya hanya fokus pada memandu, tapi, telinganya fokus pada radio.

“Kita semua akan berjumpa lagi dalam masa 30 minit lagi. Tunggu…” – Ujar Suyeon.Hatinya berasa riang apabila dia dijemput oleh Ketua Guru Senior disekolah itu ke majlis perjumpaan setelah 5 tahun berlalu.

-BERSAMBUNG………..

AUTHOR'S NOTE

 
Mianhae sebb tunggu lama sy udpate :3 Gaiss I busy gila dan internet pun macam siput je. Jangan risau kalau takdek news pasal member yang lain sebab next chpter akan sy bagi tau semuanya. Diaorng semua dah jadi seorang yang bekerjaya :)
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
itsalice
Yeah, HEART ATTACK OFFICIALLY POSTER HAS REVEALED

Comments

You must be logged in to comment
ain_sooyoung #1
Chapter 29: Daebak....bestnye
tashale #2
Chapter 29: Ff yg terbaik .. Tq for the bonus chapter ..
khaisara #3
abis pun dri chap pertama smpai akhir memang daebak
huhu terharuT_T
Chanyeol_Park02 #4
Chapter 28: Masa baca ni tak sedar langsung dah nak habis sbb mata gentle tak boleh beralih dari skrin telefon . Seriously , you're daebakk !! Walaupun saya ship Suyeon dgn Wonwoo sbb Wonwoo bias saya , tapi saya tak kesah hihi (k)
Shy_Ira30 #5
Chapter 28: Perfect story. . huhuuu .. Love it
MissByunJimin
#6
Chapter 28: authorr!!!..bestnyeee..
saya suka sesangat..well pemint seventeen..
dan minggyu is my bias..muahah..
authorrnim..best sgttt..aigoo xtu nk ckp apa
tashale #7
Chapter 28: Final chapter .. Serious ff ni best
minlee123 #8
Chapter 28: Sequel please
Aida_Rusdi
#9
Chapter 28: Oh mai Wonwoo. Sokay, Mingyu pun Mingyu lah. XD