The Way Mingyu Kiss Suyeon

Heart Attack

chapter Sixteen

"13 boys & 1 girl . WHAT DO YOU THINK ?"

THE WAY MINGYU KISS SUYEON

“Duduk sini jangan pergi mana-mana.” – Arah Mingyu kepada Suyeon yang terdiam dari tadi. Dia menyuruh Suyeon untuk duduk bersama dua belas orang lelaki lagi sementara Mingyu pergi mengambil telefon bimbit milik Suyeon yang dibaling ketika tadi.

“Eh kenapa ni?” – Tanya Hoshi apabila melihat Suyeon. Yang lain turut ingin tahu apabila Mingyu membawanya kesini.

“Orang tanya kenapa, dia diam pulak.” – Seokmin mencelah. Seungcheol dan Wonwoo hanya melihat air muka Suyeon dan cuba untuk memahami maksud disebalik wajah Suyeon dan Mingyu pun kembali dengan sebuah telefon bimbit yang skrinnya retak ditangan Mingyu.


“Telefon kau ni biar aku bawa pergi baiki. “ – Ujar Mingyu seolah-olah ianya perkara biasa.

Dalam hati Wonwoo hanya memikirkan, pasti si penghantar mesej misteri dan Joshua pun berfikir  yang mesti cikgu misteri tu yang kacau Suyeon. Yang lain masih tak tahu cerita.

Sekolah hari nampak okey cuma Suyeon yang kurang okey. Apabila nampak Mingyu dia terus mengelak dan Mingyu perasan hal itu. Bukan apa, selalunya Mingyu tu jahat dan selalu buli Suyeon tapi sejak dua menjak ni, Mingyu jadi baik. Suyeon takut yang Mingyu mungkin ada niat lain.

Mingyu berjalan hendak masuk kedalam kelas tapi langkahnya terhenti apabila melihat Suyeon sedang mengemas barang dalam lokarnya. Mingyu mendekati Suyeon. Pintu lokar ditutup oleh Suyeon lalu dia terkejut melihat Mingyu disebelahnya. Oleh kerana malas nak layan Mingyu, Suyeon hendak pergi dari situ tapi Mingyu sempat menarik tangan gadis itu lalu pin Suyeon pada loker.

“Yahhh..” – Suyeon cuba untuk menolak Mingyu tapi Mingyu tahannya pada loker.

“Apa awak nak buat pada saya?” – Soal Suyeon.

“Pandainya  kau..lepas guna aku pastu buat bodoh malah elak dari aku.” – Kata Mingyu. Dia merenung tepat wajah Suyeon terutama mata dan bibir gadis itu. Haih terasa nak…em. Tapi Mingyu tahan perasaan tu.

“Guna awak? Bila?” – Suyeon menggelabah dan jantungnya berdegup kencang apabila Mingyu begitu dekat dengannya sehingga boleh bau aura seorang lelaki kacak macam Mingyu. Wajah nakal dan tampan itu hampir mencairkan Suyeon.

“Pertama, kau peluk aku. Kedua, kau nangis atas aku. Ketiga, kau peluk aku lagi.” – Mingyu menjelaskan semuanya. Namun semuanya tak munasabah bagi Suyeon.

“Erkk…H-habis tu k-kau nak buat apa dengan aku? E-e-mmm, k-kenapa d-dekat s-sangat d-dngn s-saya..” – Suara Suyeon terketar-ketar sedikit apabila dia menggelabah. Sudah habis rapat ke loker supaya tak dekat dengan Mingyu, tapi Mingyu tetap dekat dan terus pin Suyeon. Mingyu menyeringai.

“Aku pulak nak guna kau.” – Apabila mendengar ayat Mingyu yang nakal, Suyeon segera cuba untuk melarikan diri tapi Mingyu sempat tarik lagi lalu mencium bibir Suyeon tanpa Suyeon sempat berkata apa-apa. Gadis itu cuba untuk melepaskan diri lagi tapi Mingyu tak lepaskan tangan Suyeon.

Lama juga Mingyu cium Suyeon sampai Suyeon rasa lemah. Kakinya pun terasa lemah dan Mingyu menamatkan ciuman itu. Dia melihat wajah Suyeon yang masih terkejut dengan ciuman mengejut itu. Mingyu hanya menyeringai.

“Mianhae, Suyeon-ah.” – Mingyu tersenyum. Lalu meninggal Suyeon begitu sahaja. Aduhaii, Suyeon masih lagi terkejut dengan ciuman itu. Tak sangka, jejaka paling kacak dalam sekolah tu cium dia. Walaupun Suyeon sendiri tak berapa suka Mingyu yang nakal dan suka buli dia, tapi…ini… em. Tak dapat dijelaskan.


“Yahhh Kim Mingyu.” – Suyeon datang dari belakang Mingyu.

“Apa pula?”

“Awak didakwa sebab mencium saya tanpa kebenaran dan membuat gangguan seksual pada saya.” – Suyeon menyilangkan tangannya dengan wajah marah yang comel. Mingyu tersengih.

“Gangguan seksual? Bila pula aku buat gangguan seksual dekat kau?”

“Tadi! Cara awak tu….” – Belum sempat Suyeon menghabiskan kata-katanya, Mingyu memotong.

“Kalau gangguan seksual macam ni…..” – Mingyu bermain kolar baju Suyeon. Suyeon segera menepis tangan Mingyu.

“Yahhhhhhh…”

“Itulah gangguan seksual yang sebenar. Aku tak pernah buat menda-menda macam tu. Melainkan kalau kau isteri aku, aku memang buat tanpa ragu-ragu.” Selamba sahaja Mingyu berkata begitu membuatkan Suyeon tergamam sekali lagi lalu Mingyu ketawa kecil. Suka benar dia mengusik Suyeon yang mudah percaya dengan sesuatu perkara.

Kalau dilihat balik, memang comel mereka berdua. Selalu gaduh. Bak kata orang-orang tua, gaduh-gaduh bila besar kahwin. Khekhkehe. Manalah tahu kan…mungkin Seungcheol? Wonwoo? Hoshi? Joshua yang jadi jodoh Suyeon?.  Semuanya belum diketahui.


Joshua berjalan-jalan disekitar kawasan sekolah untuk mengambil udara segar ketika semua guru sedang bermesyuarat. Memang bising semua kelas, sebab tulah Joshua keluar seorang diri. Kebetulan pula dia ternampak Minhee keluar dari blok guru bersama ibunya. Kelihatan Minhee memberontak.

“Kenapa pula saya kena belajar dekat luar Negara? Saya taknak!” – Bantah Minhee.

“Walau apapun kamu kena ikut cakap mak.”

“Wae?! Kenapa mak nak sangat saya belajar luar Negara? Kenapa?! Sebab mak boleh berfoya-foya dan kahwin dengan lelaki tak guna tu kan?!”

Pap~

Pipi Minhee ditampar oleh ibunya. Babak itu sempat disaksikan oleh Joshua dari jauh. Nak tolong Minhee, tapi dia taknak masuk campur.

“Sekarang baru saya tahu, mak lebih pentingkan orang lain, duit dari anak mak sendiri.” – Minhee pergi meninggal ibunya seraya membaling borang tukar sekolah keatas tanah.


“Gwaenchana?” – Kedengaran suara Joshua datang dari arah kanan Minhee lalu mengambil tempat disebelah Minhee. Dengan segera Minhee mengelap airmatanya. Taknak Joshua tahu. Tapi, Joshua awal-awal dah tahu.

“N-nae.”

“Aku tahu kau tak okey. Aigooo…kau nampak hodoh bila nangis.” – Usik Joshua.

“Yahhhh..” – Minhee memang sensitive kalau dikatakan dia hodoh. Lalu ketawa mereka berpadu. Hilang sedikit kesedihan dan kemarahan dalam hati Minhee. Joshua memang pandai buat mood orang jadi baik serta merta.

“Yee lah kau hodoh bila nangis..”

“Yahhh Hong Jisoo.. nak kena tumbuk ke?” – Mereka berdua akhirnya bermain kejar-kejar. Macam dah kembali ke zaman kanak-kanak. Gelak ketawa mereka membuat mereka lebih rapat.

-BERSAMBUNG…………..

AUTHOR'S NOTE

 
Mansae ! Chapter 16 dah siap! Yey......sorry kalau lama menunggu.  Dlm chptr ni ada MinYeon & JoHee moments >.<
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
itsalice
Yeah, HEART ATTACK OFFICIALLY POSTER HAS REVEALED

Comments

You must be logged in to comment
ain_sooyoung #1
Chapter 29: Daebak....bestnye
tashale #2
Chapter 29: Ff yg terbaik .. Tq for the bonus chapter ..
khaisara #3
abis pun dri chap pertama smpai akhir memang daebak
huhu terharuT_T
Chanyeol_Park02 #4
Chapter 28: Masa baca ni tak sedar langsung dah nak habis sbb mata gentle tak boleh beralih dari skrin telefon . Seriously , you're daebakk !! Walaupun saya ship Suyeon dgn Wonwoo sbb Wonwoo bias saya , tapi saya tak kesah hihi (k)
Shy_Ira30 #5
Chapter 28: Perfect story. . huhuuu .. Love it
MissByunJimin
#6
Chapter 28: authorr!!!..bestnyeee..
saya suka sesangat..well pemint seventeen..
dan minggyu is my bias..muahah..
authorrnim..best sgttt..aigoo xtu nk ckp apa
tashale #7
Chapter 28: Final chapter .. Serious ff ni best
minlee123 #8
Chapter 28: Sequel please
Aida_Rusdi
#9
Chapter 28: Oh mai Wonwoo. Sokay, Mingyu pun Mingyu lah. XD