Nak Berubah

Hello! Sara berbloging lagi hari ini :) Hari ni agak panas di KL :'((( Haih muka sampai naik kering juga aigoo... Nasib ada moisturizer.. But I guess I need to wear cream as well... Haha 

 

Harini Sara buat marathon movie-movie Jepun and terjumpa pula live action Ranma 1/2. Bagi yang otaku (penggemar manga) mesti tahu akan manga (komik) ni, kan? Manga ni memang my fave dulu altho Sara kurang gemar kat Ranma, rasa dia selfish kengkadang and suka gaduh dengan Akane :P Sara suka Syampu and dia punya another tunang yang cool tu haha. Haih lepasni kenalah buat marathon manga Ranma pula hehe.

Berbalik kepada gif2 di atas, itulah one of my fave actress dari Jepun-Yui Aragaki! Saya kenal dia ever since Koizora and dia memang lawa! To me dia ada iras2 Hayoung dari APink. Yui memang ada image tough and feminine girl. That's why saya sangat admire dia. Dia juga antara actress terkenal dekat Jepun. Haha and btw, saya ship dia dengan Haruma Miura. Haih, hope sangat they ada apa2 lol. Ampun saya memang kaki shipping ni hehe.

Berbalik kepada tajuk harini iaitu "Wanita Feminin". Kenapa saya pilih tajuk ni harini and apa kaitan dengan gif2 Yui yang lawa ni? Sebenarnya ada kaitan juga dengan movie Ranma yang saya tonton tadi. 

Saya sering tertanya2 kenapa wanita feminin lebih mendapat perhatian berbanding wanita yang kurang feminin atau a bit tomboyish atau tomboy betul. Bila rambut pendek, mudah sekali kita dianggap tomboy, bila tak pandai bermekap atau berfesyen, dipanggil kuno atau hormon wanita kurang. Tapi mekap kan membahayakan muka. Buat muka kusam kalau berlebihan. Nak ke?

Jadi itulah yang diketengahkan di live action Ranma ni. Watak yang dibawakan oleh Yui ialah Akane, seorang yang agak tomboy tetapi terpaksa menyorokkan sifat sebenarnya sebab nak tarik minat lelaki yang dia suka yang juga doktor di sekolahnya. Akane agak jeles melihat doktor tersebut lebih tertarik kepada kakaknya berbanding dirinya, dan kerana itu, dia cuba untuk mengubah dirinya dengan menyimpan rambut panjang.

Baiklah, saya juga nak kongsikan sedikit mengenai diri saya. Saya mula mengenali dan mendalami dunia solekan yang penuh dengan warna bermula awal tahun lepas. Saya sungguh beriya-iya untuk tahu lebih pasal fesyen, pasal stail terkini, pasal jenama terkemuka sehingga sanggup berhabis untuk perkara2 sebegitu. Walhal tahun sebelumnya, tak terlintas pun untuk menjadi begitu.

Ramai orang tertanya2 kenapa nak berubah? "Kau kena jadi diri sendiri," mereka kata. Ada juga yang kata saya berubah kerana ingin menarik perhatian jejaka2 di luar sana. Eh tidak. Bukan itu hasrat mengapa saya ingin berubah.

Saya juga ada keinginan. Saya ingin menjadi cantik. Saya ingin juga menjadi perhatian (namun bukan berlebihan, sedikit sudah memadai), saya mahu orang ketahui bahawa saya ada di situ. Kadangkala rakan2 mengajak saya bergambar bersama mereka dan apabila dipost di insta atau twitter, agak kecewa bila tiada siapa yang berkata mengenai outifit kita, mengenai rupa kita. "Balik2 pompuan tu, outfit dahlah biasa je" Astaghfirullahaladzim. Sering terlintas. Maaf saya katakan. Bukan saya jenis yang meminta2 perhatian, tetapi serba sedikit, saya mahu juga melihat komen orang mengenai saya. But Allah knows the best. Jadi kerana itulah saya mahu berubah. 

Dah jadi lumrah wanita, nak jadi cantik. Saya juga ada keinginan begitu. Nak cantik. Tapi bila saya mengenakan eyeliner, orang kata saya emo. Bila saya mencalit lipstik, orang kata macam makcik2. Bila potong rambut pendek sedikit, dikatanya mahu meniru gaya Korean atau Japanese. Haih, bila nak nampak keperempuanan ni!

Tapi betul juga, saya tak rasa saya akan jadi seorang yang feminin. Ever. Why? Sebab saya ni perangai macam budak form 1! Haih sampai haritu, ada junior lelaki senyum2 dan nak berkenalan dengan saya. Aigoo. Aigoo.

Apapun, saya harap in future, orang akan treat saya sebagai wanita dan bukan budak perempuan. Saya taknak dianggap sebagai budak2 lagi. Cukuplah, saya jadi adik2 selama 17 tahun. Haha.

Itu je blog saya pada harini. Comment ye. Saya makan orang. Haha. 

 

Regards,

Sara.

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Assalam. Sara kita pun pernah kena dengan ex tunang. Lumrahlah perempuan kan nak cantik. bila kita mekap, dia kata macam makcik-makcik. Nasib baik dah tak ada hubungan apa-apa. Buat sakit hati. -_- Dan kita tak faham betul bila orang laki ni, tak semua tapi ada sesetengah, yang bila ada perempuan yang pakai mekap tebal saja, dikutuk macam-macam sedangkan dorang tak tahu yang orang mekap tebal2 sebab tak confident. Tapi bila tak mekap, suruh mekap pulak. kata nampak pucatlah. Paling tak tahan bila bagi ayat, suka tengok perempuan yang tak mekap lah, tak nampak plastik. Amboi suka hatinya lah kata kat anak orang macam tu ya.

Kan ke sepatutnya lelaki atau perempuan tu kena jaga pandangan, sempat pulak usha orang mekap ke tidak. BUat komen macam pro mekap artis pulak tu. -_-

Sorry kita emo sikit. Hehe