B1A4 in Malaysia: Pendapat Saya

Hi, Assalamualaikum dan selamat pagi. Happy Belated New Year, Ya Allah, aku rasa masa pantas sangat berlalu. Tanpa aku sedar, aku bukan lagi seorang pelajar sekolah. Dah bukan murid sekolah, tetapi masih seorang pencari ilmu. Aku seorang yang dahagakan ilmu, jadi untuk 2015 ni, aku harap if everything plannned goes well, aku nak pursue in TESL. My dream course tu, haha. Aku pun ada banyak lagi other goals, antaranya aku nak pergi Comic Fiesta 2015 (nak jumpa Reiyuki-Sama!), and aku nak menyimpan di ASB sebab aku dah janji dengan kawan2, one day nanti kita semua akan melancong ke Jepun. Ye, aku dah simpan cita-cita nak ke sana, nak lihat2 pemandangan and nak rasai sendiri pengalaman duduk di bawah pohon sakura di musim bunga ataupun berbaringan di atas salji pada musim sejuk.

Aku rasa, tak mustahil, kan? Aku aim nak pergi masa umur 22 tahun, tapi entahlah. Aku harap, takdelah halangan, macam tetiba B.A.P atau Secret datang buat concert ke atau... Fanmeet?

Haha okay tertukar pula topik harini. Ye, harini blog aku berkisar pasal fanmeet yang diadakan pada semalam yang lepas. Ye, macam yang kita semua sedia maklum, B1A4 kan datang ke Malaysia untuk menjayakan fanmeet mereka, dan berlaku pula satu insiden yang dikatakan 4 orang gadis Melayu bertudung yang dipilih secara random untuk ke atas pentas melakonkan semula beberapa (atau satu) adegan yang memerlukan mereka berpelukan dan sedikit ciuman di dahi oleh anggota B1A4 dengan rela.  Aku takdelah ambil tahu sangat sebab first, aku bukan BANA. Second, aku bukan multifandom. Third, aku tak ambil tahu sangat hal-hal yang takde kaitan dengan artis yang aku suka and lastly, aku jarang buka twitter. Busy dengan life after SPM, katanya.

Kawan-kawan aku meronta-ronta meminta aku mengeluarkan pendapat aku, jadi terduduknya aku di hadapan laptop VEVO edisi 2010 aku, di atas kerusi opis merah di dalam bilik aku, akanku keluarkan segala apa yang aku rasa setelah 1 setengah jam melayari internet bagi mendapatkan segala informasi. Akanku terima segala kritikan kalian, kerana aku menulis dengan penuh rasa jujur ye.

First of all, aku rasa, gadis2 tu semuanya dah besar, dah ada akal kan? Aku rasa, gadis2 tu semua dah baligh dan dah mampu berfikir, jadi lama juga aku tertanya2, "Kenapa tolak je pelawaan2 tersebut?". Tapi akhirnya aku teringat pesanan ustazah aku; "Dalam hati kita, ada dua perkara: Syaitan dan Nafsu. Kadangkala, Nafsu lebih kuat daripada Syaitan. Bayangkanlah, bulan puasa pun, ada lagi yang buat maksiat." Jadi aku rasa, masa tu, gadis2 ni mungkin juga tertanya2 "Nak buat ke tak, nak buat ke tak?" Lalu harini, terpaparlah di dada2 akhbar2 mengenai insiden tersebut. Siap dengan muka KJ lagi dengan quote mengancam dia " Cari lelaki yang tinggi, hensem dan hitam." Sebenarnya dia suruh cari lelaki macam dia. Nyampah.

Secondly, mungkin la juga ada dalam wishlist dia. "Sebelum aku mati, aku nak Mas Baro cium dahi aku and peluk dahi aku" Ey, jangan kerut2 dahi, aku agak ada antara kita buat wishlish camtu kan? Ok jujurnya aku pun ada tulis kat wishlist aku, aku nak sep tangan Yongguk atau T.O.P sebelum aku kahwin. Aku still simpan, tapi tak taula terbuat ke tak haha. Tah2 masa aku nak sep tu, dia lari. Kuaja. Back to our topic. Mungkin bias dia tu Baro kot. Overexcited sangat, okaykan jela semua benda. Haha.

Thirdly, mungkin juga sebab masa tu dia rasa orang tak rakam. Ha, aku pelik juga. Aku ingat fanmeet kat Malaysia masih lagi diketatkan dari segi Camera is not allowed dan takleh tangkap gambar masa kat concert2 di Malaysia. Ah, tapi apa nak diherankan. Tak reti bahasa, gituler. Siap video lagi. Ha search je la kat Youtube tu. Tenet aku dah nazak. Anyway, aku rasa ada kemungkinan dia rasa it's okay and even if ada orang rakam, benda tu takkan jadi hal besar punya. Dulu pun masa group manatah buat fanmeet kat sini, ada adegan peluk2 ngan fans tu. Tapi yela, fans masatu bukan Islam. Secara otomatisnya kalau digembar-gemburkan kat TL engko, orang akan either comment "Aw sweetnya.", "Aw, nyampahnya, "Aw gelinya" dan segala ayat2 cliche fangirl yang takpat naik pentas/pegi fanmeet. Ha.

Aku tengok ramai yang either mengebash, menyokong, menghina, menasihat, dan segala men bila aku membuat carian kat Twitter. Kengkadang aku tergelak juga, cara mereka tweet tu, walaweh, terbaik. Ada yang jadi ustaz dan ustazah, ada juga yang jadi para pendebat. Wow. Bagaimana satu situasi boleh mengubah dunia Kpop fans Malaysia ni. Aku rasa perkara ni boleh dijadikan bahan KBAT untuk SPM 2015. Confirm.

Pendapat aku, senang je. Everyone makes mistakes. Sinners are everywhere, even in the most hidden side. Engkau ingat semua yang bertudung tu, Malaikat ke? Okay, aku mengaku aku tidak bertudung, dan seringkali, orang-orang yang bertudung akan judge aku. Aku seringkali dipinggirkan. Kalau aku keluarkan pendapat atau nasihat, orang akan kata "Alah, kau tu pun tak bertudung, ada hati nak kasi nasihat." Mungkin korang semua pernah terdengar quote ni "Dengarlah nasihat yang baik walaupun ianya datang daripada seorang pelacur." Tapi tidak mengapa, ini bersifat peribadi. Aku tak kecil hati pun. Tapi aku juga tidak mengatakan semua yang bertudung tu bersifat judgemental terhadap yang bukan bertudung. Cuma sesetengah, mungkin merasakan diri mereka lebih baik.

Yang ni yang terang-terangan, okay lagi. Tu, yang dah sampai buat anak tu. Apa cer? Last2, buang kan? Lagi kesian. Sedih sebenarnya bila tengok wanita Melayu berselfie mesra dengan boyfriend mereka. Sebab aku rasa mereka ni dahlah lawa, muka pun suci, bila berselfie mesra sebegitu, rasa macam mereka telah mencemarkan diri sendiri. I don't find any sweetness in these couples. I'm so sorry. Bukan sebab aku tak berkapel lagi, tapi rasa cam, aku tak berminat tengok perempuan yang dah elok tertutup mahkotanya, berselfie manja dengan lelaki bukan mahramnya. It's not love.

Aku rasa malu jugalah bila nampak gambar Baro cium and peluk dengan gadis tersebut. Malu sebab alahai, gadis tu, kaum aku, seagama dengan aku. Rasa cam kesian, sampai aku tak sanggup tengok lagi. Bukan sebab dia dah hilang pride sebab dah kena peluk, tapi more to... Entah. I have a high respect to those who bertudung but when this happens. Why? Dah macam perempuan gatal. Sorry bout that. 

Anyway, aku harap dah takde yang bash dia lagi and aku rasa dia mesti dah menyesal.Aku pun bukanlah baik sangat. Aku pun ada rasa semacam tengok lelaki hot. Aku pun pernah baca tapi Alhamdulillah, aku dah tiada rasa nak tengok lagi. Orang kata Allah dah tarik nikmat tu dari aku. Wallahualam. 

So after this, aku berazam nak tulis 1 blog 1 day. Entahlah tercapai ke tak. Tapi aku rasa seronok juga menulis isi hati and share ngan sume kat sini. Haha.

Regards, 

Sara.

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet