Patik kembali dengan fanfic baru!

Hai, semuaaaaaaa! Selamat berpuasa bagi yang berpuasaaaa, selamat curi-curi makan untuk yang tak boleh puaasaaa xD

 

Setelah hampir lima tahun, patik akhirnya kembali dengan fanfic baru yang bertajuk Medley! Medley ni adalah satu siri yang akan mempunyai pelbagai watak dan kisah yang diinspirasikan daripada tiga orang watak yang pada awalnya muncul dalam novel sulung patik yang bertajuk SeoulMate. Yang menariknya fanfic ini akan berlatar belakangkan kehidupan K-pop idol. Idol romance! 

Medley Vol I: Sugar & Spice (click jangan tak click ohoi)

Bayangkan anda adalah seorang ahli girl group dan terlibat dalam skandal percintaan? Apa yang akan terjadi? Kena marah dengan company? Peminat blah sebab korang hancurkan impian dorang untutk kahwin dengan peminat? Sasaeng simbah cat merah depan rumah???? (telan liur)

Patik menulis cerita ni dengan harapan (cet dah macam YB). komuniti penulisan melayu di AFF akan kembali mekar seperti beberapa tahun yang lepas! Sebagai seorang penulis melayu yang difeaturedkan, rasa terpanggil untuk menghidupkan balik komuniti kecil kita. (Capai tisu, lap air mata slow slow nanti mascara comot)

Itu sajalah daripada patik untuk hari ini. Untuk esok, siapalah  yang tahu. (nani??)

 

Thank you for reading!

 

 

 

 

Comments

You must be logged in to comment
naahae
#1
Welcome back !!!