Guys, saya ada soalan!

Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

 

Sempena tahun baru ni seketul Lily nak buat annoucement sikit. Ehem. (clear tekak)

 

FInally! Setelah 5 tahun membujang, seketul Lily akhirnya membuat keputusan untuk mendirikan keluarga sendiri!

 

Keluarga TSQ a.k.a Penerbitan Tigasuque bersama Shimmieh dan LovelyIna!

 

Bukan mudah menyusun tangga ke angkasa woo yeahh

 

Bukan mudah ye untuk seketul Lily cuba nak terjun ke dalam bidang penulisan secara serious balik lepas kehilangan support daripada Shah Bakri yang dah bersara daripada dunia kreatif ni beberapa tahun lepas.

 

TETAPI! Seketul Lily dan ketulan otak nya yang kuat berimaginasi tidak akan mudah menyerah. Hak untuk terus berangan adalah hak seketul Lily! Gabung pulak dengan degree business dan 2 tahun pengalaman dalam bidang digital marketing, Insya Allah, di sebalik awan kelabu ada tu sinar kejayaan yang memanco manco untuk seketul Lily dan rakan-rakan.

 

Jadi, maka, oleh itu, tujuan seketul Lily menulis kat sini setelah akaunAFF ni dipenuhi sawang-sawang sampai boleh jadi taman permainan Tobby, Andrew dan Tom ni adalah untuk meminta anda, anda dan anda yang membaca ni untuk mendoakan kejayaan kami bertiga.

 

Musim pandemik ni, semoga kita sama-sama dimurahi rezeki dan sihat mental serta fizikal.

 

Amin.

 

The Orange Lady Boss of TSQ,

- Angelily.

 

Berdasarkan karangan di atas, jawab soalan-soalan berikut;

 

1. Apakah judul lagu itu?

2. Apakah persamaan antara Tobby, Andrew dan Tom?

3. Bila seketul Lily nak mendirikan rumahtangga?

 

 

P.s. Seketul Lily dan rakan-rakan sebenarnya tengah buat crowdfunding untuk mengumpul dana untuk biaya kos penerbitan anak sulung keluarga TSQ. Kalau berminat untuk menyumbang boleh cuci-cuci mata tengok Set Kad Puisi kami dan Antologi Purnama Musim Salju kat sini wa.me/c/601133308307

 

 

Comments

You must be logged in to comment
SeKaiStalker
#1
Wehhhh aku stalk balik weh author2 melayu yg aku penah suka..ko, lovelyIna and fixy_baby. Perghhhh lama rupanya kita semua menyepi dr AFF. Masing2 dh dewasa dan ada tuntutan dgn kehidupan dan kerjaya. Apa pun bidang yg kau ceburu, aku doakan kau akan sukses selalu. Doakan aku jgk cpt posting. Mana tau ada rezeki jd cikgu anak ko hahaha..ok bai lily
aryacotta #2
Good luck to you. Harap semua urusan berjalan dengan lancar.
PenguinLOvers772
#3
Fellow Malaysian and Muslim here be praying for your success sisturrr~ Alhamdulillah atas kejayaan semua :D Moga dipemudahkan segala urusan. Congrats too for finding a publisher moga tersu success amin ya rabbal alamin~~ ^^