Korang berminat nak jadi penulis buku tak?

Hai, korang!

 

Tujuan aku tulis blog ni hari ni untuk bagitahu korang yang aku tengah cari 4 orang penulis yang berminat untuk hantar manuskrip cerpen (one shot) untuk aku masukkan dalam buku kompilasi cerpen yang akan aku terbitkan nanti. Aku harap sangat usaha kitorang ni dapat membantu korang, fanfic writer, untuk menempa nama sebagai seorang penulis di luar dunia maya. Sebagai seorang penulis fanfic sendiri, aku tahu sejauh mana korang boleh pergi.

Cerpen yang aku cari ni sama je macam fanfic one-shot yang kita selalu tulis. Boleh guna nama Korea, tempat kat korea dan sebagainya. Cuma korang tak boleh sebut nama kumpulan je.

 

Bawah ni aku share  detail ye...

 

 

Syarat-syarat Penghantaran Manuskrip Cerpen (One-shot)

I.Tema: Musim sejuk (winter)
II.Jenis huruf: Times New Roman, Saiz 12 dan 1.5 spacing.
III.Jumlah perkataan: 4500 - 7,500 patah perkataan
IV.Karya yang dihantar mestilah dalam dua (2) format, Microsoft Word dan PDF.
V.Latar tempat atau masyarakat mestilah berkaitan dengan masyarakat dan budaya Korea Selatan. (Nama-nama watak haruslah bersesuaian dan tidak menyebut nama mana-mana kumpulan K-POP.)
VI.Cerpen yang dihasilkan mestilah tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum, kepercayaan atau agama.
VII.Seorang penulis hanya dibenarkan untuk menghantar sebuah cerpen sahaja.
VIII. Cerpen yang dihantar mestilah asli dan belum pernah tersiar atau diterbitkan oleh mana-mana pihak.
IX.Hanya empat (4) buah cerpen akan dipilih untuk diterbitkan.
X.Tarikh tutup: 10 Ogos 2020.

 

Kalau berminat, boleh follow @tigasuque kat twitter ye. Kat situ kitorang akan bagitahu macam mana nak hantar manuskrip dan sebagainya.

 

TERIMA KASIH MMMUAAAH!!

 

Comments

You must be logged in to comment
Soulinus
#1
Writing in bm only or english can as well?