99 Lilin

99 Lilin akan menjadi tajuk untuk cerita aku malam ini. 99 Lilin? Mesti kau semua tertanya-tanya kenapa tajuknya memang pelik, kan? Aku juga akan menjadi watak utama dan narrator.

Aku, Kenneth, Yuri, Hayden, dan Skye bercadang untuk camping di hutan. Kami semua sudahpun bersedia dengan camping equipment kami dari semalam, tapi malangnya sekali. Kami memang tak tahu nak pergi ke hutan yang bersesuaian, kalau nak camping di bukit memang terlalu penat untuk memanjat sehingga ke puncaknya. Kami sukakan kawasan yang rendah saja, itulah sebabnya.

Kami pergi juga walaupun kami tak tahu nama hutan yang nak dituju ataupun lokasinya. Dalam pendek kata, menonong. Setelah 4 jam berjalan tak tentu hala, akhirnya kami sampai juga di sebuah hutan. Hutan itu mempunyai papan tanda yang menunjukkan namanya, tapi tak dapat dibaca kerana berkarat. Yuri menjadi navigator kami sepanjang perjalanan pada hari itu.

Kenneth bercadang untuk menggunakan tali jerami untuk keselamatan kami, juga untuk panduan. Mereka semua bersetuju dan sambung perjalanan kami dengan menggunakannya. Tiba-tiba, aku ternampak sebuah rumah usang di belah timur. Aku terus memanggil mereka dan mereka nampaknya teruja dengan rumah itu. Aku, Yuri, dan Skye menjadi ketakutan apabila melihat rumah itu dengan jarak dekat. Macam rumah berhantu di Monte Cristo pula.

Kami semua mengucapkan ‘salam’ untuk semua hantu-hantu yang berada di luar ataupun di dalam rumah itu. Ya, dengan cara ini kami semua tak akan dirasuk dengan mudahnya. Hayden mulalah explore di dalam rumah itu, masuk dari satu bilik ke bilik yang lain. ‘Seramnya…Berbau lagi pula!’, dia mengacum kepada aku yang sedang berdiri di tepi Skye. Aku hanya ketawa kecil saja.

Kami fatigue juga pada hari itu, nasib baiklah ‘peti ais’ kami membawa makanan yang mencukupi. Okey, okey…Namanya, Skye. *Ketawa* Setelah kami selesai makan, aku mencari lilin untuk bermain satu permainan (merujuk pada tajuk cerita ini). Ada di dalam tandas rupanya, di bawah sinki lagi. Tapi, warna lilin itu memang terlalu pelik, merah. Selalunya, lilin berwarna putih, kan?

Aku mengambil 99 lilin di dalam kotak itu berserta dengan mancis yang terdapat di dalamnya. Aku bertanya kepada mereka, ‘hei semua, nak main 99 Lilin tak? Seronok tahu!’. Mereka semua teruja dan mengambil lilin-lilin itu daripada aku. Lilin-lilin itu disusun dalam bulatan. Aku mulalah memberi arahan untuk permainan ini, ‘setiap seorang mestilah bercerita semuanya yang berkaitan dengan hantu saja, tak kiralah cerita itu seram, sedih, ataupun menyeronokkan’. Mereka semua mengangguk-anggukan kepala saja. Aku menambah lagi, ‘setiap orang yang habis ceritanya mestilah meniup api lilin itu’.

Orang pertama yang memulakan permainan ini ialah Kenneth. ‘Okey. Kisah hantu aku memang terlalu seram sebenarnya. Pada 2 minggu lepas, datuk aku meninggal dunia kerana sakit jantung. Tapi, yang terlalu bagi aku meremang bulu roma aku ialah…Semua gambar-gambar yang ada dia…HILANG! Hilang dengan ‘sendirinya’! Aku pergilah cari mak aku dan menunjukkannya gambar-gambar itu. Dia juga terkejut! Apa lagi, mak aku mulalah membacakan mantera-mantera untuk menghalau hantu di seluruh rumah aku sambil menaburkan garam di setiap bucu rumah, di dalam dan di luar. Ingatkan sudah habis, rupa-rupanya…Datuk aku mengejutkan kami secara tiba-tiba apabila mak aku nak menaburkan garam di pintu pagar rumah. Aku minta maaf sangat-sangat sebabnya cerita ini aku tahu sampai di sini saja’.

Mereka semua terkejut dan bermasam muka dengan kata-kata terakhirnya. Dia meniup api lilin itu. Orang kedua ialah, Hayden. ‘Ini kisah hantu aku yang terlalu sedih. Bapa aku meninggal dunia sebenarnya masa aku berumur 20 tahun. Jadi, aku sekarang tinggal dengan mak aku dan pak cik aku. Selepas saja bapa aku meninggal dunia, aku selalu ternampak bayang-bayang dia yang selalu…tersenyum, menemani aku, juga di dalam album gambar. Aku memang tak berasa sunyi sejak kejadian misteri itu lagi.’ Hayden menangis teresak-esak selepas dia habiskan ceritanya. Kami hanya tunduk ke bawah saja. Selepas dia dapat tenangkan diri, dia meniup api lilin itu.

 

Orang ketiga ialah, Yuri. Dia membuka ceritanya, ‘Ini kisah hantu yang terlalu berhantu! Dengar ya! Adik perempuan aku telah meninggal pada 7 tahun lepas. Tapi, kawan-kawannya telah membuka satu cerita yang paling besar tentang dia. Salah seorang itu berkata, ‘dia sebenarnya membunuh dirinya sebab ada orang rogol…’ Aku betul-betul terkejut dengan cerita yang tak disangka-sangka itu. Dia menambah lagi, ‘Dia bukannya dirogol dengan seorang lelaki, tapi ramai! Bergilir-gilir pula!’. Aku teringat satu perkara, dia selalu membawa kucingnya yang bernama Nova. Aku bertanya kepadanya, ‘dia ada tak bawa Nova sekali?’. Dia hanya mengangguk-anggukkan kepalanya dan berkata, ‘Nova mati kerana dilanggar oleh kereta selepas dia dibunuh’. Aku hanya menekup mulut kerana terkejut dan sedih. ‘Sekarang mayat dia ada di mana?’, aku bertanya kepada budak itu. ‘Dia dibuang di sebatang sungai, saya tak tahu namanya’, dia membalas. Aku menjadi pening dan pitam pada hari itu. Apabila aku buka mata selepas itu, tiba-tiba…DIA ADA DI DEPAN MATA AKU! Dia berbisik, ‘JOM KITA MATI SEKALI…’. Berulang-ulang kali! Aku menjerit dan terus menjerit sehingga aku keluar dari rumah.’. Aku dapat merasakan getaran ketakutan selepas dia habiskan ceritanya. Dia terus meniup lilin itu tanpa menyambung ceritanya.

Orang keempat, Skye. ‘Ini…Entahlah…Makhluk itu bukannya hantu sebenarnya, tapi macam alien. Okey, ceritanya bermula dengan adik aku sebenarnya. Dia kata ada alien yang memerhatinya dari belakang, tapi memang aku tak percaya dan terus ketawa macam orang gila. Dia terus menangis dan berlari masuk ke biliknya. Kalau nak kata kesian, memang ada. Tapi, manalah ada alien pada zaman sekarang, kan? Aku terus menuju ke biliknya dan memujuknya, ‘adik, kakak hanya bergurau sajalah. Tapi, macam mana alien itu…Cuba ceritakan pada kakak supaya kakak dapat percaya.’ Dia terus membuka cerita, ‘tadi, adik pergi beli aiskrim dengan Mikela. Tiba-tiba, ada alien datang untuk membeli aiskrim itu. Muka dia hijau, berbau seperti getah hangus, dan dia memakai topi dan kot berwarna kelabu. Dia hanya memandang kami. Saya terkejut! Muka dia hanya ada sepasang mata yang berwarna hijau!’. ‘Nanti kakak pergi siasat’, aku berkata. Aku terus keluar dan mengunci pintu rumah. Aku berjalan dengan berhati-hati, tiba-tiba…Alien itu memang wujud. Apa yang adik aku ceritakan sebentar tadi memang betul! Aku terus berjalan dan dia memandang aku. Bau badan dia memang terlalu kuat, tapi aku abaikan saja. Aku hanya menjeling kepadanya dan terus berlari dari dia. Tapi, pada malam itu, aku dan adik aku dikejutkan oleh ketukan pintu yang terlalu kuat! Aku pergi membukanya dan adik aku hanya berdiri di belakang aku. Rupa-rupanya, ALIEN ITU! Kami terkejut! Aku hanya merenung pada matanya, tiba-tiba aku berasa sakit kepala sehingga nak pecah. Adik aku hanya menangis teresak-esak. Aku pengsan selepas dia pergi dari situ.’ Dia hanya berhenti di situ saja dan terus meniup api lilinnya.

Aku? Ya, tiba masanya giliran aku untuk bercerita. Tapi, kau semua tak payah ambil kisah ya sebab jari-jemari aku sudah ‘letih’ untuk menaip panjang-panjang. So, let’s cut this story short. Selepas 99 lilin telah ditiup, akulah orang terakhir untuk meniup lilin yang paling ‘istimewa’, iaitu lilin yang ke-100. Kami semua berada di dalam kegelapan yang nyata, tiba-tiba kami ‘disambut’ oleh ‘tetamu-tetamu istimewa’. Pintu utama ditutup dengan rapat, tingkap-tingkap lagi, dan ada bunyi ‘ooo…ooo…ooo’. Kami semua berpelukan dan…Skye ternampak ada hantu di atas siling. Kami semua menjerit ketakutan dan terus berlari pecut dari rumah itu. Nasib baiklah pintu boleh dibuka, kalau tak…Habislah.

Cerita ini dilhamkan oleh komik Warkah Momok dari Gempak Starz dan cerita-cerita urban myths dari negara Jepun.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet