Wanita Mulut Rabit

Wanita Mulut Rabit, ataupun dalam bahasa Jepun ialah Kuchisake-Onna. Aku mendapat ilham untuk menulis cerita ini berdasarkan buku komik Warkah Momok dari Gempak Starz dan blog-blog seram.

*Kali ini aku sendiri yang menjadi narrator*

Aku, Rhyzakq. Umur, tak payah ambil tahulah. Aku akan ceritakan satu kisah benar yang betul-betul terjadi di depan mata aku. Hari ini, aku tak balik dengan kawan-kawan aku seperti kebiasaannya. Sebenarnya, aku nak tolong mak aku untuk berniaga aiskrim vanilla dengan sos anko (kacang merah). Tiba-tiba, ada seorang budak perempuan berlari-lari melepasi aku. Gembiranya dia, siap melompat-lompat lagi. Sekali lagi, aku dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita yang memakai topeng surgeon dan kot berwarna merah.

Wanita itu tiba-tiba menegur budak peremupan itu, ‘adik, nak pergi ke mana?’. ‘Ke klinik gigi’, dia membalas. Wanita itu mengambil tangannya dan membawanya ke klinik gigi. ‘Ini klinik gigi kakak, jom kita masuk ke dalam’, wanita itu berkata padanya. Dia hanya mengangguk-anggukkan kepalanya saja. Di dalamnya, memang terlalu seram. Cuba bayangkan, sebuah blok yang tidak beroperasi dalam tempoh yang lama sehingga beberapa tahun. Itulah keadaan di dalam klinik itu. Gelap, tak terurus, dan berbau hanyir.

‘Adik duduk di atas kerusi ini sekejap, kakak nak ambil sesuatu di dalam bilik’, wanita itu menyuruhnya untuk duduk di atas dental chair dan pergi ke sebuah bilik yang mempunyai tanda…Tapak tangan yang berdarah. Budak perempuan itu hanya menyanyi-nyanyi sebuah lagu, iaitu Twinkle, Twinkle, Little Star. Tiba-tiba, wanita itu membawa…SABIT! Aku mulalah memikirkan perkara yang bukan-bukan. ‘Sabit? Nak buat apa?’.

Budak perempuan itu mula ketakutan dan nak menangkat kaki dari situ, tapi malangnya sekali. Kedua-dua tangannya digari oleh dental chair itu. Wanita itu berkata, ‘jangan takut, kakak cantik tak?’. Dia hanya menggeleng-gelengkan kepalanya saja. *Menelan air liur* Wanita itu tiba-tiba membuka topeng surgeon’nya’ dan…Mulutnya rabit! ‘Sekarang, cantik tak?’, dia bertanya sekali lagi. Dia mulalah berjalan perlahan-lahan dan…budak perempuan itu dikorbankan olehnya. Ya, menjadi ‘kembarnya’.

Kau semua ingat cerita ini habis sampai di sini sajakah? Tak. Selepas habis ‘pertunjukkan’ seram itu, wanita itu mengambil badannya dan meletakkannya di bilik yang sama (masa dia mengambil sabit dari bilik itu). Bukan budak perempuan itu saja, malah ada ramai budak-budak yang dikorbankan olehnya. Dia keluar dari klinik itu dan menghilang. Rupa-rupanya, klinik itu memang tak beroperasi selama 12 tahun selepas insiden kebakaran yang terjadi di situ.

Kalau dalam bentuk video, cubalah cari sendiri dalam YouTube. Ada yang menjadi filem ataupun research.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet