Mimpi Petang Tadi

Ish…Hari ini aku mimpi bukan-bukan masa aku tidur petang tadi. Tahu tak apa dia? Orang berkepala SEGI TIGA! Nama dia memang terlalu pelik bagi sesiapa yang tak tahu pasal game Silent Hill dan Pyramid Head. Silent Hill, mula dikeluarkan dalam bentuk permainan video oleh syarikat KONAMI di Jepun. Dan, pada tahun 2006, filem pertamanya telahpun ditayangkan dan kesinambungannya pada tahun 2012. Gila, sampaikan aku sakit kepala dibuatnya…

Ini mimpi aku sebenar-benarnya…

Cikgu Bahasa Melayu: Okey semua, hari ini cikgu nak buat satu ujian bertulis untuk mengisi masa lapang kamu semua.

Budak 1: Okey cikgu. Tapi, nak buat di mana?

Cikgu Bahasa Melayu: Di luar kelas…Sebabnya, kamu semua nanti tertidur masa ujian kalau buat di dalam kelas. Kita juga boleh tengok bintang-bintang dan bulan di langit yang gelap ini.

Budak 3: Biar betul? Kami tak mengantuklah cikgu…Tapi…Tak apalah, kami buat juga di luar kelas.

*Kami semua sudah selesai susun kerusi meja di luar kelas*

Cikgu Bahasa Melayu: Okey, kamu semua boleh menelaah untuk ujian ini. Hanya sejam setengah saja. Jangan risau kalau kamu semua tengok isi di dalamnya nanti.

Budak 7: Woi, kau tahu tak? Aku terdengar ada bunyi pelik ikut kita tadi…Aku rasa takutlah…

Aku: Ah, mana adalah! Itu semua permainan angin sajalah. Sudahlah, aku nak ulangkaji untuk ujian ini…

Budak 7: Ya, betullah aku cakap…Tapi, kalau kau tak percaya…Terpulanglah…Aku tak bermimpi…

*Selesai menelaah, kami semua mula menjawab ujian itu…Dalam pukul 11.15 pm, selesai*

Aku: Cikgu, kami nak tidur di dalam kelas boleh? Sebab ramai yang sukakan ‘selimut’ di atas itu…

Cikgu Bahasa Melayu: Boleh, cikgu akan jaga kamu semua…

*Kami buat tempat tidur di dalam kelas dengan menggunakan sleeping bag yang kami bawa. Dalam pukul 12.30 am, aku rasa perut aku memulas dan aku kejutkan Budak 5 untuk menemani aku ke tandas*

Aku: Kau jaga sekejap pintu ini, aku mungkin lama sikit…

Budak 5: Boleh, pergi sajalah…*Bersiul*

*Tiba-tiba, kaki dia mula menggeletar (aku tengok dari bawah pintu tandas)*

Aku: Woi, kau okey di luar sana? Ada nampak ‘benda’kah?

Budak 5: A..Ak…Aku…Okkkeyyy sssaaajjjaaalahhh…

Aku: Woi, jangan main-mainlah dengan aku…Sudahlah kita berdua saja di dalam tandas ini! Kau jangan bagi aku saspenlah!

Budak 5: Aku tttaaakkk ti…puuu…A…Adaaa sssatuuu lem…lembagggaaa…Keeepaaalaaa diaaa bbbennntukkk sssegiii ti…tigaaa! MATA DIA WARNA HIJAUUU!

Aku: Kau…Betulkah? Kau saja create bagi aku rasa takut kan?

Budak 5: KAU KELUAR KALAU KAU TAK PERCAYA SANGAT!

Aku: Relakslah…Aku sudah habis…*Buka pintu*

Budak 5: Itu…Nampak tak? Tak bermimpi, tak bermimpi…Kau sendiri tengok dengan mata kau sekarang…

Aku: Cosplay tak?

Budak 5: Kepala otak kau! Cosplay apanya kalau pagi-pagi buta? Elok kita senyap-senyap pergi dari sini sebelum ‘lembaga’ itu cekik kita…

Aku: Okey, okey…Jom kita sambung tidur…

*Dalam jam 2.45 am, Ya Allah…Kecut perut aku tengok ‘lembaga’ itu!*

Aku: Woi, kau…Kau bangunlah! Woi…Cepatlahhh!

Budak 4 dan 6: Apanya? Ada masalahkah?

Aku: Itu…Lembaga berkepala segi tiga…Mata dia warna hijau…*Aku mencubit lengan kedua-dua budak itu*

Budak 4 dan 6: Woi, sakitlah! Jom kita tenung dia, nak? Kalau dia pergi dari sini, selesai masalah. Kalau tak, habislah…

Aku: Jom kita kejutkan cikgu…Mungkin dia tau handle ‘lembaga’ pelik ini…Simpan sajalah idea itu, tak berkesan langsung…

*Kejut punya kejut, tiba-tiba…Kami terdengar satu suara pelik*

Aku: Cikguuu…Tolonglah kami! Kami…

‘Lembaga’: KAU INGAT CIKGU KAU BOLEH HILANGKAN AKU? HAHAHA! AKU BUKANNYA SEBRANG LEMBAGA, TAPI ALIEN’LAH’!

Budak 6: Alien? Dengan kepala dan mata pelik, pakai lagi jubah hitam…Apa hajat kau datang ke sini? Nak intip kami? Nak jadikan kami ini sebagai tebusan kau? Ceh, jari kau berkedut-kedut kenapa? Terendam lama sangatkah?

‘Lembaga’: IYALAH…TAPI AKU DATANG UNTUK HAJAT PERTAMA YANG KAU SEBUT TADI. AKU NAK INTIP SEGALA PERGERAKAN KAU SEMUA UNTUK MAKLUMAT AKU…

Aku: Maklumat? Maklumat apa? Oh, kalau nak memantau pergerakan kami…Kenapa tak jadi security guard saja?

‘Lembaga’: AKU TAK MAIN-MAINLAH!

Cikgu Bahasa Melayu: Kenapa kamu semua…Awak ini siapa? Oh, prankster’kah’?

Aku: Cikgu, inilah alien yang…kami takutkan…Dia nak pantau pergerakan kami…

‘Lembaga’: YA…AKU MEMANG BAWA ANAK-ANAK BUAH AKU UNTUK…CULIK KAU SEMUA! HAHAHA! TAKUTKAN SEKARANG?

Cikgu Bahasa Melayu: Mana dia anak-anak buah kamu maksudkan? Di dalam kapal angkasa lagikah? Hahaha! Kenapalah ada orang macam ini?

‘Lembaga’: HEI, KAU JANGAN MAIN-MAIN DENGAN AKU! *DIA BUAT TELEPATHY DENGAN MEREKA*

*Kami semua lari menuju ke koridor dan…Di bawahnya…Ada anak-anak buahnya…Beratus-ratus tak silap*

Budak 4: Eh, tengok sana! Kenapa alien itu muka bulat macam duit syiling? Tapi, mata dia warna hijau macam kaulah!

‘Lembaga’: ITU SALAH SATU TEBUSAN AKU DAN DIA LANGGAR PERINTAH AKU DI PLANET V. MATA DIA AKAN BERTUKAR WARNA MENGIKUT EMOSI.

Budak 6: Apalah salah dia? Dan, apalah salah kami sampaikan kami kena jadi tebusan kau? Kami tak buat apa-apa salahpun dari awal sampailah akhir. Tuhan, apalah salah kami? Adakah semua ini benar?

‘Lembaga’: SALAH DIA? SAMALAH DENGAN SALAH KAU SEMUA!

Aku: Eh, tunggu kejap. Kami tak langgar segala-gala perintah kau. Lagipun, kau sendiri tak katakan pada kami apa salah kami dan apa yang kami harus buat untuk bagi kau puas hati.

Cikgu Bahasa Melayu: Yalah, awak tak kata kepada kami semua. Jadi, lepaskan kami.

‘Lembaga’: HAHAHA! KALAU AKU LEPASKAN KAU SEMUA, ANAK-ANAK BUAH AKU PASTI AKAN MENCARI KAU SEMUA SAMPAILAH KE DALAM LUBANG CACING!

*Kami semua lari dan bersembunyi di dalam makmal sains*

Cikgu Bahasa Melayu: Kamu semua jangan buat bising. Kalau tak, kita semua akan mati di dalam tangannya atau anak-anak buahnya.

*Kami mengangguk*

*Dalam jam 4.00 am, ‘krikkk’…Bunyi pintu makmal terbuka*

Budak 4: Shuhhh! Dia datanglah! *Buka pintu almari sedikit* Kali ini memang sah-sah kita akan mati…Dia bawa kapak!

Aku: K…Ka…Kapak? Woi, ini…Memang tak boleh jadi! Tapi, itukan anak buah dia…Kalau itu dia, jubah dia ada hiasan batu zamrudlah.

Budak 6: Kau memang pandai! Aku perasan juga tadi.

Cikgu Bahasa Melayu: Sudah! Jangan bergerak lagi! Kalau tak, dia mesti perasan yang almari ini bergoyang-goyang.

*Kami diam*

Aku: Dia keluarlah…Kita nak keluar jugakah?

Cikgu Bahasa Melayu: Tak, nanti dulu…Cikgu ada terdengar sesuatu…*Suara jerit*

Aku, Budak 4 dan 6: Apa dia cikgu?

Cikgu Bahasa Melayu: Budak-budak…Dalam kelas…Kena culik!

*Kami bertiga hanya diam saja*

Aku: Kita berserah sajalah kepada-Nya kalau kita dibunuh ataupun menjadi tebusannya.

*Kali ini bukan anak buahnya yang datang ke dalam makmal, tapi dia sendiri!*

‘Lembaga’: AKU DAPAT RASAKAN ADA SESUATU YANG TAK KENA DENGAN BILIK INI. HMMM…

Aku: Sudah…Kita betul-betul akan mati…Bersiap sedialah…

‘Lembaga’: MEMANG SAH KAU SEMUA ADA DALAM BILIK INI…MANA KAU SEMUA HAH?! OOO, MAIN-MAIN YA…MESTI KAU SEMUA ADA DALAM ALMARI KAN?

*Kami menggeletar dan menangis* *Dia buka pintu almari dan tengok kami satu-persatu*

‘Lembaga’: JUMPA! HAHAHA! ITULAH! MAIN-MAIN LAGI DENGAN AKU? MARI SINI IKUT AKU!

*Kami teriak macam orang gila*

Haihhh…Itulah bahana bila tengok gambar pelik-pelik, terutamannya gambar hantu ataupun ‘berhantu’. Satu lagi, sebelum tidur (walaupun sekejap) ambil wuduk dulu. Ya Allah, aku ceritakan semua ini kepada mak aku dan dia hanya berpesan kepadaku supaya hati-hati di sekolah dan jangan tengok gambar pelik-pelik dari Internet. ‘Ya mak, lepas ini saya tak akan tengok lagi’.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet