Bilik Merah

Bilik Merah, ataupun dalam bahasa Jepun ialah ‘Akai Heya’. Okey, sebelum itu, ramai orang takut nak klik pop-up yang berkaitan dengan ini. Tapi, ada dua kes sebenar yang berkaitan dengan ini. Tempatnya? Di Jepun juga. Okey, sebenarnya, aku dah taip dalam blog aku dan…Aku pergi deactivated blog itu. Tapi, nasib baiklah aku masih ingat lagi apa yang aku taip sebelum itu.

‘Akai Heya’, dalam tahun 2012 (dalam alamat pop-up itu, mungkin remastered version), pop-up itu dicipta kononnya untuk menakut-nakutkan orang yang klik butang ‘X’ setelah membaca segala isi kandungannya. Tapi, pop-up itu…Memang terlalu menakutkan walaupun ianya sebaris ayat dalam tulisan Jepun saja. Ada orang bunuh diri ataupun orang lain, hypnotic, dan fobia kepada warna merah (erytophobia ataupun ereuthophobia) selepas melihat kesemuanya. Takut…Tapi, siapakah orang pertama mereka pop-up ini? Tiada dalam senarai.

Aku, Tori Hataki, penuntut tahun dua di sebuah kolej. Aku seorang yang pendiam dan sceptical. Umur aku? 25 tahun. Aku memang tak ada seorang teman wanita sejak dari zaman persekolahan lagi. Sebabnya? Sikap aku yang suka memilihlah. Ada juga yang tak habis-habis menghantar surat cinta untuk aku terima cinta mereka. Aku abaikan saja, dengan cara aku menyimpan semua surat-surat mereka di dalam sebuah kotak.

Hei, kenapalah aku nak ceritakan kisah ini pula? Okey, kali ini aku akan kongsikan sebuah cerita yang betul-betul seram dan pernah terjadi kepada kawan rapat aku, iaitu Shuya Tanami. Dia tinggi dan kacak, serta digilai ramai penuntut perempuan di kolej. Dia juga pandai dalam semua perkara, terutamanya dalam sejarah dunia. Hebatkan? Sebenarnya, kami menjadi jiran sejak dari dulu lagi. Itulah sebabnya kami juga digelar sebagai adik beradik oleh pensyarah-pensyarah. Sudahlah kami menuntut di dalam bidang yang sama. *Gelak*

Cerita seram ini…Telahpun diviralkan di dalam Internet, terutamanya blog yang ditulis oleh anonymous user iaitu di dalam 2channel/2chan. Rupa-rupanya, ianya memang menjadi realiti.

Pada waktu kelas Kemanusiaan, aku dikejutkan oleh berita tergempar yang disampaikan oleh Shuya. ‘Hei, Tori. Kau pernah dengar tak cerita Bilik Merah? Mereka kata, kalau sesiapa saja yang klik butang ‘X’ pada pop-up itu…Orang itu menempah tiket mautlah!’. Aku hanya tersenyum dan membalas, ‘kalau kau kata macam itu, apa kata kita pergi saja ke bilik komputer? Entah-entah itu semuanya rekaan saja’. Shuya merentap lengan aku dan membawa aku ke makmal komputer…Yang lama.

‘Eh? Kenapa kau mengheret aku ke sini? Kan kita ada bilik komputer baru…’, aku tercengang-cengang dengan perbuatannya. Shuya membalas, ‘kau dah lupa? Bilik komputer itu ada ramai orang tempah sehingga hujung bulan ini’. Aku cuba memulas tombol pintu bilik itu, dan ‘krikkk…’. Kami berdua mulalah mencari komputer yang dapat berfungsi dengan sempurna. ‘Ha! Di sana ada sebuahlah!’, Shuya menunjukkan ke arah komputer yang…Dihidupkan dengan ‘sendirinya’.

Aku mulalah hairan, ‘kenapalah komputer itu saja yang hidup? Hidup sendiri pula!’. Shuya membawa aku ke komputer itu dan kami mulalah mencari misteri Bilik Merah melalui Google. Hasilnya? Tak banyak. ‘Shuya, kau dengarlah apa yang aku bacakan dari Wiki ini. Di sini, Bilik Merah merupakan satu pop-up programme yang direka khas oleh Adobe Flash untuk tujuan menakut-nakutkan orang saja. Ada juga yang melakukan research dan penggambaran untuk bidang perfileman’, aku berhenti di situ saja. Aku cuba cari pop-up itu, tapi tak masuk akal pula sebabnya pop-up…Ianya akan keluar dengan sendirinya.

*Kringgg!* Alamak! Loceng untuk masuk ke kelas semulalah! Aku dan Shuya meninggalkan bilik itu tanpa menutup suis komputer itu. Di dalam kelas, aku rasa memang nak mengorek segala-gala rahsia daripada pop-up itulah. Aku akan merancang pelan untuk memecah masuk ke dalam bangunan induk kolej dan masuk melalui pintu belakang kerana bilik komputer lama memang berdekatan dengan pintu itu.

*Jam 10.00 pm*

Kami betul-betul seperti James Bond, melompat sana sini. Terjun lagi. *Gelak* Akhirnya, kami sampai juga tanpa mengejutkan pengawal keselamatan yang menjaga di bahagian belakang bangunan itu. Kami bergerak dengan menginjak-injakkan kaki sehinggalah kami sampai ke bilik komputer itu. Aku memulas tombol pintu dan cepat-cepat mencari komputer itu. Aku kehairanan lagi sekali, ‘kenapalah tak hidup sendiri pula?’. Nasib baiklah otak genius Shuya masih meningat lagi di mana komputer itu berada. Tiba-tiba, kami dikejutkan oleh…Pop-up itu.

Pop-up itu berlatarkan warna merah seperti…Sakit mata memandanglah! Ada juga tulisan kanji Jepun. Aku terkejut dan sungguh-sungguh terkejut! Aku cuba menarik nafas sedalam-dalamnya dan melepaskannya dengan kuat. Aku cuba menguatkan volume pada pembesar suara dan ada suara budak kecil membacakan set pertama skrip di dalamnya, ‘adakah anda suka warna merah?’ Shuya nampaknya semakin teruja dengan discovery yang tidak disangka-sangkakan oleh kami. Dia mulalah membalas dengan menggunakan program Windows Notepad, menaip perkataan ‘Ya’ di dalamnya. Memang dia peminat setia dengan warna merah. Suara budak kecil itu kemudiannya membacakan set kedua skrip itu, ‘adakah anda suka bilik warna merah?’.

Aku terus menghalang Shuya untuk melalukan perkara bodoh terhadap pop-up itu. Tetapi, dia semakin menggila. Aku berganjak sedikit demi sedikit daripadanya. Dia mulalah klik, klik, dan terus klik pada butang ‘X’di penjuru kanan pop-up itu. Tetapi, usahanya sia-sia belaka sampaikan suara budak kecil itu menjadi corrupted, seolah-olah anak patung yang sudah rosak. ‘Sudah, sudahlah!’, Shuya menjerit (tapi tak kuat) dan terus berusaha untuk menutup pop-up itu. Aku semakin takut dan tiba-tiba…Cahaya merah mengisi seluruh bilik komputer itu. Aku hanya menutup mata aku serapat-rapatnya.

*Dalam 10 minit kemudian*

A…Aku hanya menekup mulut aku setelah cahaya merah itu beransur-ansur menghilang. Aku betul-betul terkejut dengan apa yang aku saksikan. Shuya menggangtung dirinya dan seluruh bilik itu dilumuri dengan darahnya. Aku terus belari keluar dari bilik itu dan menangis sekuat-kuat hati aku. Betullah, pop-up itu merupakan sumpahan bagi sesiapa saja yang berani menutupnya.

*Komputer itu shut down dengan sendirinya, diiringi oleh bunyi yang menyeramkan*

Seram kan? Kalau baca dengan penuh perasaanlah. 

KES SEBENAR

Okey, berbalik dari awal cerita ini. Aku ada mention kejadian di sebalik ini kan? Ya, memang ada. Pada tahun 2004, seorang budak yang bernama Satomi Mitarai telah dibunuh dengan seorang budak junior yang berumur 11 tahun. Lokasi? Di sebuah elementary school yang terletak di daerah Sasebo. Sebab itulah, kes ini dinamakan sebagai ‘Sasebo slashing’. Kalau di dalam rekod polis, si antagonist itu merupakan peminat setia kepada pop-up ini serta Battle Royale, iaitu cerita survivor until death yang menjadi terkenal di dalam bentuk manga, novel, dan filem (ada dua bahagian, bahagian kedua bertajuk Battle Royale: Requiem).

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet