Death Camp

Death Camp

Cerita ini mengisahkan sekumpulan pelajar kolej tahun akhir (seramai lima orang, iaitu dua perempuan dan tiga orang lelaki). Aku mendapat ilham untuk menaip cerita ini daripada sebuah cerita seram yang bertajuk 6-5=2. Ianya mula ditayangkan dalam bahasa Kannada (2013), dan remastered semula dalam bahasa Hindi (2014).

Namaste. Nama aku…Hari. Aku salah seorang pelajar tahun akhir yang terselamat daripada bala bencana yang pernah terjadi secara realiti pada dua bulan lepas. Aku, Dev, Rohit, Gina, dan Rita bercadang untuk camping di sebuah hutan yang terpencil. Ianya terletak di luar daerah Madras. Hutan itu juga memang tak ada sebarang nama, itulah yang membuatkan aku kehairanan.

*Hari 1 sampai 2*

Tiga hari ini…Kami hanyalah merancang perjalanan camping kami ke hutan yang tidak bernama itu. Kami semua tinggal di sebuah rumah tumpangan yang usang, dan itulah satu-satunya rumah tumpangan yang paling dekat dengan kawasan hutan itu. Pada waktu malam, kami mulalah minum arak sambil bergurau senda bersama-sama sehinggakan bekalan elektrik terputus, kira-kira dalam jam 3.00 am. Pada hari seterusnya, kami memulakan journey kami ke hutan itu pada waktu pagi. Dev mulalah merakam journey kami dengan kamera DSLR’nya’, kononnya rakaman itu akan menjadi worldwide film. *Gelak*

*Hari 3*

Kami sudahpun sampai ke base camp yang telah ditetapkan oleh seorang forest ranger. Aku memang tak biasa dengan keadaan yang…Entahlah nak describe macam mana. Setelah kami sudah selesai dengan setup khemah, campfire, dan lain-lain, aku dan Dev mulalah explore di kawasan hutan itu. Tiba-tiba, kami ternampak ada satu kawasan, di mana ada banyak pokok yang digantungkan dengan tengkorak-tengkorak orang mati. ‘Dev, mari kita pergi dari sini…Aku rasa tak selesalah’, aku berkata kepada Dev. Dia abaikan saja dan dia mengambil salah satu tengkorak. Apa yang aku dengar selepas kami pergi dari situ…Entahlah siapa yang memanggil nama Dev, ‘DEVAGARRR’. Rasa-rasanya, sekali dua namanya dipanggil.

Pada waktu malam, aku dan Dev keluar dari base camp kami untuk mencari air. Akhirnya, jumpa juga. Dev menggunakan lampu picitnya untuk mencari punca air, tiba-tiba lampu itu terpadam. ‘Hari, kau nampak tak kamera aku? Kamera aku ada lampu flash’, dia bertanya kepada aku. Aku mulalah mencari-cari kamera itu, dan aku tersepak sesuatu. Kamera dia rupanya. Aku berikan kepada Dev dan tiba-tiba kami terdengar ada benda yang tergolek. Aku memeluk lengan Dev dan dia berkata, ‘jangan risaulah, mungkin ada binatang liar untuk minum air ataupun batu tergolek’.

Kami pulang dengan selamat. Rita, Gina, dan Rohit sedang makan daging panggang dan marshmallow…Melilingi camp fire. Dev mulalah buat-buat merajuk sebabnya mereka tak tunggu kami untuk makan bersama-sama. Setelah kami selesai makan, kami mulalah berkongsi cerita bersama-sama. Tiba-tiba, api itu menjadi marak apabila Gina menyebut nama Tuhan. Kami semua berasa takut dan Rita mencadangkan supaya kami semua tidur. *Kamera Dev* Ada satu botol arak itu pecah dengan ‘sendirinya’.

*Hari 4*

Aku tiba-tiba jatuh sakit, demam. Aku memang tak dapat pergi ke puncak dengan mereka. Jadi, semua ini akan bermula dari kamera Dev yang recording sepanjang hari ini. Mereka semua sampai juga di puncak dan Rohit memacakkan bendera check point untuk memudahkan sesiapa saja yang cari kami jika kami tersesat. Mereka mulalah mengambil selfie bersama-sama, tiba-tiba back pack Dev ‘dimakan’ oleh api. Aku kehairanan. Dev terkejut dan hanya buat relaks saja, seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku. ‘Alah, mungkin sinaran matahari? Back pack aku kan berwarna hitam, *mengeluarkan sesuatu* tengoklah…Aluminium foil’, dia berkata kepada mereka.

Tapi, Rita dan Gina berasa cuak. Mereka bercadang untuk balik pada hari ini. Rohit bersetuju, manakala Dev pula menolak. Mereka mulalah berasa penat dan berehat di sebuah kawasan lapang. Tiba-tiba, Gina bersuara, ‘kalaulah semua ini berpunca daripada hantu, apa kata kita buat satu trick? Aku akan letakkan kotak di tengah-tengah, kalau hantu itu ada…Kotak itu akan diterbalikkan dengan ‘sendirinya’.’ Mereka semua bersetuju dan Gina mulalah mengambil sebuah kotak dan letakkannya di tengah-tengah bulatan itu. Tunggu punyalah tunggu, dan…Kotak itu meletup! *Menekup mulut* Mereka semua mulalah percaya bahawa ada hantu di kawasan hutan itu.

Mereka meneruskan perjalanan pulang ke base camp, dan tanpa disedari…Mereka tersesat. Mereka memanggil nama aku. Aku boleh mendengarnya, tapi hanyalah sipi-sipi saja. Aku memang tak larat untuk bangun dan mencari mereka.

*Hari 5*

Mereka mulalah meraung untuk meminta tolong. Dev dan Rohit pula pergi mencari air. Rita dan Gina hanya terbaring di atas daun-daun yang berguguran kerana mereka mengalami extreme fatigue. Tiba-tiba, Gina ‘diangkat’ ke udara. *Menggeleng-gelengkan kepala* Nasib baiklah tak ada apa-apa yang berlaku kepadanya.

Pada waktu malam, mereka semua terlalu letih dan lapar. Bekalan makanan pula semuanya berada di dalam khemah masing-masing. Rohit meminta izin untuk membuang air kecil. Mereka hanya mengangguk-anggukkan kepala saja. Tiba-tiba, Rohit belari ke arah mereka dan menunjukkan ada hantu yang ‘menunggunya’ di tempat yang dia membuang air kecil. Mereka mulalah menunjukkan signs of anxiousness pada muka mereka.

Bukan itu saja, malah mereka juga dikejutkan oleh bunyi pelik. Apa lagi? Mereka semua berlari sehinggalah sampai ke base camp secara kebetulan. Mereka semuanya selamat…Kecuali Rohit. Di manakah dia? Dev bangun semula dan mulalah mencari dia. Tiba-tiba, dia dikejutkan oleh perlakuan Rohit yang teramat-amatlah pelik. Rohit mencederakan mukanya dengan menggosok-gosok di batang pokok dan menunjukkan kepada Dev. *Menepuk dahi* Ruptured habis katakan! Rohit belari ke arah yang berlawanan dengan laluan ke base camp. Dev mencarinya tapi usahanya hanyalah sia-sia saja.

Sementara Dev pulang ke base camp, ada pula hantu yang merasuk ke dalam badan Rita. Pada mulanya, Rita hanyalah memusing-musingkan kepalanya saja (dengan kuat sehinggakan hendak tercabut) dan…Dia mengambil sebilah army knife dan silts . Satu lagi, Gina pula mengambil sebiji batu besar dan…Menghempuk kepalanya sampai pecah! *Pura-pura muntah* Aku terkejut juga bila tengok mereka berdua terbaring dan dilumuri dengan darah yang banyak (aku sudahpun bangun dari tidur). Aku mulalah mencari Dev, tiba-tiba…Dev menjerit ketakutan. Aku belari ke arah suaranya dan…Dia ‘diheret’ oleh hantu.

Aku? Belari meninggalkan hutan itulah!

*Hari 6*

Kamera Dev masih di dalam recording mode. Ia memaparkan ada salah seorang forest ranger yang menjumpai mayat-mayat mereka dan tengkorak yang Dev diambilnya sebelum ini. Forest ranger itu tiba-tiba tersepak kamera Dev dan membawanya pulang ke pos pengawal. *Kamera Dev tertutup dengan ‘sendirinya’, diiringi oleh white noise*

Pengarah kepada filem ini mendapat ilham daripada orang-orang kampung yang tinggal di daerah itu, juga filem The Blair Witch Project (ada dua siri). Aku juga tak menambahkan satu lagi insiden yang terjadi pada Dev, iaitu hantu itu 'menamparnya' di belakangnya.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet