Treble Maker || #09 CLUELESS || Il Kihyun (2kki)

Plotline [ + ] #09 Clueless
Back-up Plotline [ + ] #12 4D
Singing Twin [ + ] -
Rapping Twin [ + ] BTS Suga
Dancing Twin [ + ] BAP Zelo
Talking Twin [ + ] BTS Jin

 

BACKGROUND + Il Kihyun dilahirkan pada tanggal 17 Oktober 1998 di Seoul, South Korea - bandar ternama di seluruh daerah Korea. Kihyun merupakan anak sulung diantara dua orang beradik. Bapanya berani berkata benar dengan cara yang sopan telah menjadi contoh yang berwibawa dan bijaksana kepada Kihyun. Begitu juga dengan ibunya yang mengamalkan ketegasan yang sopan dan lembut telah menambahkan kemesraan dan merapatkan hubungan mereka sekeluarga. Adik lelakinya, Il Kiyeol, pula pemain bola sepak junior yang terkenal di Korea. Keluarga mereka hanya sederhana - tidak miskin, tidak kaya, tetapi bahagia. Itu sahaja yang penting. Semasa dia menetap di Detroit, Michigan ; dia berkawan baik dengan Woo Ryuk yang merupakan satu-satunya orang Korea di daerah itu; kemana sahaja dia pergi pasti ada dia. Sejak kecil lagi Kihyun sudah dianugerahkan dengan bakat yang hebat iaitu rap dan menari - apabila dia kenal pasti yang dia lemah dalam matapelajaran Sains dan Matematik, dia semakin rajin belajar dengan pertolongan Ryuk. Kihyun suka belajar - dialah pelajar kegemaran guru-guru disekolahnya kerana kerajinannya. Apa-apa tugasan yang diberi oleh mereka, pasti Kihyun akan hantar tepat pada masanya tanpa cacat cela. Bagi Kihyun, pelajaran itu adalah suatu perkara yang sangat penting. Dia dan keluarga Ryuk kemudiannya merancang bersama-sama untuk berpindah ke Korea semula memandangkan bapa mereka berdua bersama-sama hendak menyertai tentera. Apabila dia memasukki dunia underground rapper, Kihyun mendapat tawaran untuk menyertai kru ADV - salah satu kru yang ternama suatu ketika dahulu dengan nama samarannya, Xitsuh. Selepas kru itu dibubarkan, Kihyun diambil sebagai trainee di YG Entertainment.

PERSONALITY + Kihyun sangat konservatif dan tradisional. Dia seorang yang mudah mesra dan mempunyai jiwa yang penyayang, lemah lembut, baik hati dan sensitif dengan keperluan seseorang dalam diam. Dia amat suka akan haiwan-haiwan yang berbulu lebat terutamanya kucing dan arnab. Sentiasa menjadi bualan mulut oleh para underground rapper yang lain, Kihyun tidak pernah berasa ragu-ragu dengan keputusannya. Pandangan matanya sangat tajam dan berani bertentangan mata dengan sesiapapun, senyuman sinis selalu terlihat diwajahnya. Ketika dia bercakap, apa yang hendak dia sampaikan itu disampaikan dengan tenang. Intonasinya jelas, tidak terlalu keras, tidak terburu-buru dan tidak memotong perbicaraan orang lain. Dia sangat yakin yang dia tidak akan melakukan kesilapan dan tidak malu untuk menyuarakan pendapatnya. Kihyun gemar melakukan sesuatu tugas atau kerja yang mendatangkan keuntungan dari segi diri sendiri atau kumpulannya. Dia mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi serta keupayaan komunikasi yang baik untuk mempengaruhi orang lain. Kihyun seorang yang berorientasikan hasil dan suka memimpin orang lain. Dia tidak mudah berputus asa dan akan mencuba sesuatu kerja itu dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya. Kihyun sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu tugasan dan menunjukkan komitmen dan tahap kesabaran yang tinggi. Dia selalunya suka kepada ketelitian dan kekemasan.

Dia tahu macam-macam tentang orang di sekeliling dia. Sebab dia ini seorang yang suka menyibuk. Ada sahaja perkara yang dia nak tahu. Rahsia, masalah - semuanyalah. Tapi satu masalah dia; dia mesti nak cerita dekat orang lain tentang rahsia seseorang itu. Kihyun seringkali pecah amanahnya untuk menyimpan rahsia. Kihyun sememangnya seorang yang keras kepala. Kihyun seringkali membuat keputusan terburu-buru tanpa memikirkan tentang orang lain dan akan menentang sesiapa sahaja yang cuba melawan keputusannya. Dia sedaya upaya akan buat mereka tunduk kepada keputusannya. Kihyun ini- tindakan lebih cepat sebelum berfikir. Dia memang selalunya spontan bertindak, semuanya hendak cepat. Kerap terjadi dia bertindak melulu tanpa usul periksa. Akibatnya, dia selalu mendapat bahana. Walaupun berkali-kali terjadi, dia tidak pernah serik. Serik sekejap apabila terkena, tetapi kemudian apabila lupa- dia buat semula.

penyayang
berkeyakinan tinggi
tekun
tak pandai jaga rahsia
suka menyibuk
bertindak melulu
90f53136c56963fb

IL KIHYUN

was born on OCTOBER 17th, 1998 from a KOREAN father and a KOREAN mother in SEOUL,. Currently 17 years old, he grew up in DETROIT thus making him fluent in ENGLISH. Standing at 180cm for 57kg, character name is notably known for looking like zelo or even sometimes CHANWOO.

pl1
social circle
 

FAMILY +
» Bapa, Il Kiseok | 39 | Tentera | Tegas, Garang
» Ibu, Bae Doora | 37 | Suri rumah | Penyayang, Memahami
» Adik, Il Kiyeol | 14 | Pelajar | Periang

 

FRIENDS
» Kawan karib, Woo Ryuk | 17 | Pelajar | Dingin, Biadab | Kawan dari kecil
» Kawan biasa, Hong Minjoon | 17 | Pelajar | Bertanggungjawab | Ketua kelas

 

OTHERS
» Musuh, Bae Namjin | 18 | Pelajar | Berlagak, Sombong  | Berebutkan Haneul

pl2
trivia
 

LIKES +5
» HipHop
» Puisi
» Warna hitam

 

DISLIKES +5
» Serangga
» Orang sentuh kamera dia
» Makan makanan dia

 

HABITS AND HOBBIES +5
» Menangkap gambar (Fotografi)
» Menulis lirik
» Mendengar lagu barat
» Tidur berjalan

» Bercakap di dalam tidur

 

TRIVIA
» Instagram ; 1kihyun
» Memulakan kerjayanya sebagai seorang ahli kru underground rapper yang bernama ADV; barulah dia menjadi trainee.
» Terkenal dengan nama samarannya suatu ketika dahulu iaitu "Xitsuh" (dia dah tak guna nama itu lagi dah)

STYLE

Kihyun seorang yang suka berfesyen tetapi mempunyai cita rasa kepada jenis yang lebih khusus dari fesyen. Dia suka kasual, klasik, dan fesyen berciri bohemian. Dia mempunyai keutamaan dalam apa yang dia memakai dan mahu kelihatan bergaya tetapi kelihatan rapi. Dia suka memakai pakaian yang selesa untuk dipakai tetapi kelihatan canggih, elegan, dan matang. Dia tidak kisah jika ia adalah comel atau manly, selagi ia sesuai dengannya, dia terima sahaja. Sweater, converse low, dan snapback seringkali menjadi pilihan nombor satu kerana dia menganggap ianya sebagai sesuatu yang 'swag'. Dia akan sentiasa membawa headphone dan kamera bersama dengannya.

 

 

NICKNAMES
» Kiki | Nama manja
» Namshin | Wajahnya yang kacak

 

LANGUAGES
» Korean, Fasih | Bahasa ibunda
» English, Fasih | Membesar di luar negara

 

PERSONALITY + Seol Haneul adalah seorang gadis yang lemah lembut dan baik hati. Dia tergolong dalam kalangan queenka di sekolah kerana wajahnya yang ayu dan jelita, tambah pula dengan kepintarannya di sekolah. Haneul sentiasa mencapai markah yang cemerlang dan menjadi pelajar contoh di sekolah ini. Dia mementingkan percakapan yang baik apabila bercakap dengan rakan-rakan, ibubapa dan orang yang tidak dia kenali kerana sejak kecil lagi dia sudah dididik oleh ibubapanya untuk tidak menggunakan perkatan yang kesat dalam kehidupan sehariannya. Sikapnya yang sopan-santun itulah yang telah membuatkan ramai orang selesa berkawan dengannya dan dalam diam disukai ramai lelaki.

RELATIONSHIP + Kihyun sudah tidak malu lagi apabila dia berada berdekatan dengan Haneul seperti sebelum ini apabila dia akhirnya meluahkan perasaan sebenarnya terhadap Haneul tetapi meminta untuk mengekalkan hubungan mereka sekadar sahabat sahaja. Kihyun akan selalu menceritakan jenaka kepada Haneul untuk membuatkan dia tersenyum kerana bagi Kihyun, Haneul paling cantik apabila dia tersenyum. Walaupun hubungan mereka nampak mesra, mereka sebenarnya selalu sahaja bertengkar tentang perkara remeh-temeh dan tidak akan bertegur sapa antara satu sama lain sampailah salah seorang daripada mereka minta maaf.

HISTORY + Kihyun tidak pernah merancang untuk jatuh cinta pandang pertama apabila dia terbaca puisi yang tertera di papan kenyataan sekolah sewaktu dia sedang sibuk mencari notis kebenaran keluar asrama. Sejak pada hari itu, Kihyun nekad untuk mencari siapa penulis puisi itu dan akhirnya mengetahui siapa penulisnya. Mujur ada Minjoon. Minjoon berkawan dengannya. Dialah Seol Haneul, gadis yang sentiasa Minjoon ceritakan kepada Kihyun dan Ryuk. Minjoon mengambil keputusan untuk mengenalkan Haneul kepada mereka berdua dan pada hari yang bersejarah itulah merupakan kali pertama mereka bersengkang mata, dan sebuah senyuman diukir oleh Haneul dihadiahkan kepada Kihyun; senyuman yang telah menghantar beribu getaran di dalam hati Kihyun.

OTHER + Hari selepas Kihyun meluahkan perasaan sebenarnya kepada Haneul, hati Haneul setiap hari semakin rindu hendak betemu dengan Kihyun di sekolah. Haneul juga selalu akan bawa bekal makanan ke sekolah supaya mereka dapat makan berdua-duaan di bumbung sekolah. Hubungan mereka semakin rapat hari demi hari ; maka - sayang dan cinta pun semakin membara.

+ zerofxrconduct
+ faz
+ #09 clueless
c64626d11468d577b5d68287e1b21568.jpg

SEOl HANEUL

STUDENT, she was born on JUNE 12th, 1998.

 

BACK-UP LOVE INT + Halla

BACK-UP LOVE INT + Jane

 

 

 

LAST COMMENT + Hai Anis! Sebenarnya dah lama nak join applyfic awak tapi selalu tak ada masa dan terlupa je, adeh adeh. So, ini adalah application saya yang paling pertama untuk karya awak! Fighting *^* Oh and.. stage name dia 2kki sebab sebutan nombor 2 dalam Korea adalah "Ee / I / Yi" ; so nanti bila disebut 2kki tu akan berbunyi "Ikki". Also! Saya akan ajak kawan saya lagi 2 orang untuk apply dekat karya awak; nanti cukup kot 13 hehe. Fighting Anis~

 

SCENE REQUESTS + Teringan nak scene di mana ahli-ahli Treble Maker buat prank besar-besaran (hidden camera) dekat leader-nim untuk test tahap kesabaran dia.

 

PASSWORD + if any

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet