SENSE TO ATTACK RHYTHM (S.T.A.R) || IL ISEUL || MAIN DANCER, RAP

 
header

nickname, DAlkseul — 'Dalk' bermaksud ayam. Iseul suka makan ayam yang membuatkan dia gemuk macam ayam. Nickname diberi oleh S.Coups.

birthday — 4th February 1997
birth place — Busan, South Korea
hometown —Busan, South Korea

ethnicity — Korean
nationality — Korean

language spoken, Korea — Bahasa ibunda
language spoken, Inggeris — Belajar daripada seorang rakannya yang berasal dari United States  of America

blood type — O

Il Iseul

by zerofxrconduct (faz)

appearance

— Gadis rambut panjang warna coklat

face claim — Park Hyojin
back up — Lee Geumhee

height — 157cm
weight — 61kg

Iseul hanya seorang gadis yang biasa sahaja, dan tidak takut untuk mengakui bahawa dia tiada apa-apa keistimewaan dalam dirinya. Apa yang membuatkan dia berbeza daripada orang lain, adalah bahawa dia tidak kisah anggap seperti itu. Dia berusaha untuk mencapai matlamat sendir tanpa mempedulikan pendapat luar. Dia sangat periang dan keras kepala, tetapi dia tekad dan memberi tumpuan kepada semua perkara. Dia bercita-cita untuk menjadi penari seperti yang dia kagumi, dan bekerja keras untuk menjadi hanya itu. Akan tetapi, Iseul tahu bahawa peluangnya untuk ke mana-mana adalah tipis.

Walaupun bukan dari segi wang, Iseul memandang dirinya sebagai seorang yang kaya. Dia tidak mempunyai sebuah keluarga yang lengkap, tetapi sekurang-kurangnya masih ada yang boleh digelar keluarga dan itu sahaja yang dia minta. Hidupnya tidak benar-benar mempunyai apa-apa masalah dan segala-galanya menggembirakan.

fashion style

— t-shirt + jacket + skinny jeans + all star = perfect!

Dia pasti akan mengatakan bahawa cara terbaik untuk menggambarkan fesyen peribadi dia ialah: serba boleh. Iseul tidak suka menepati dengan style tertentu kerana dia sentiasa terbuka untuk melangkah keluar dari zon selesanya dan beralih ke penampilannya. Iseul mempunyai begitu banyak pakaian yang berbeza dalam almari pakaiannya dan dia gemar mencampurkan dan memadankan dua jenis pakaian untuk mencipta pakaian yang berbeza dengan beberapa keping yang sama. Iseul secara semulajadi tertarik dengan pelbagai rupa dan konsep.

personality

— tekad dan selalu bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu

Iseul selalu percaya yang dalam kehidupan ini, kadang-kadang kita temui banyak perkara yang aneh. Daripada keanehan yang kita jumpa itu, tidak semua jawapan kita temui. Tapi cukup dengan kita yakin bahawa tiap sesuatu itu berlaku atas alasan sendiri, yang terkadang kita tak mengerti, pasti kita senang hati. Kadang-kadang kita dilayan baik oleh orang jahat. Kadang-kadang kita dilayan jahat oleh orang baik. Cukup-cukuplah kita tahu betapa senang untuk mengubah diri sendiri daripada nak ubah orang lain. Iseul sering muhasabah diri. Barangkali ada sesuatu yang tak kena pada diri.

Iseul merupakan seorang yang suka berkomunikasi dengan orang lain daripada bekerja dengan objek, mesin ataupun data. Dia menghargai kepada aktiviti yang melibatkan perhubungan komunikasi sesama manusia, perkhidmatan menolong dan kebajikan masyarakat. Dia seorang yang mudah mesra dan mempunyai jiwa yang penyayang, lemah lembut, baik hati dan sensitif dengan keperluan seseorang. Iseul suka bekerja dalam situasi yang mempromosi pembelajaran, pembangunan kendiri dan berorientasikan manusia. Kebiasaannya, Iseul mempunyai kemahiran komunikasi dan sosial yang tinggi untuk membantu orang yang memerlukan. Iseul kurang berminat untuk melakukan kerja yang melibatkan struktur kerja yang rutin atau yang melibatkan pemikiran saintifik dan penggunaan mesin. Dia mempunyai tahap daya saing dan cita-cita yang tinggi.

Iseul gemar melakukan sesuatu tugas atau kerja yang mendatangkan keuntungan dari segi diri sendiri atau ekonomi. Dia mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi serta keupayaan komunikasi yang baik untuk mempengaruhi orang lain. Iseul seorang yang berorientasikan hasil dan suka untuk memimpin orang lain. Anda tidak mudah berputus asa dan akan mencuba sesuatu kerja itu dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya. Iseul sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu tugasan dan menunjukkan komitmen dan tahap kesabaran yang tinggi. Iseul selalunya suka kepada ketelitian dan kekemasan.

trivia

— likes

one — McDonald
two — Snapback
three — HipHop
four — Filem seram
five — iPod, MP3

— dislikes

one — Keadaan rumah atau bilik yang bersepah
two — Baju disidai pada aturan yang salah
three — Lipat baju tak kemas
four — Bubbletea
five — Kasut tumit tinggi

— habits

one — Jilat bibir bila lapar
two — Bau badan orang
three — Gigit kuku bila gementar
four — Melatah
five — Kelipkan mata sebanyak tiga kali bila tak faham situasi yang sedang berlaku

— hobbies

one — Mencipta tarian baru dan luar biasa
two — Belajar untuk rap melalui menonton video-video rappers terkemuka
three — Mencipta puisi, kiasan dan sajak
four — Menulis lirik
five — Mendengar lagu yang bergenre hiphop

— other facts

one — IG: callmeIseuL | TWTR: iseulli
two — Bercita-cita untuk menjadi komposer seperti Mozart, Beethoven dan Bach
three — Berpotensi untuk menceburi diri dalam bidang lakonan
four — Boleh memasak
five — Merupakan bekas ahli kumpulan menari terkenal iaitu " I.aM.mE " yang menjuarai pertandingan America's Best Dance Crew Season 6 pada 5 June 2011

 

( awak boleh tengok sini kalau nak tengok jenis dance yang Iseul ni lakukan bersama dengan crew I.aM.mE. saya dah sediakan playlist! just in case~ ^^ )

background

— iseul penari profesional

Il Iseul pada asalnya dia dilahirkan dengan nama Lee Geumhee. Semasa dia masih bayi, bapanya telah meninggal dunia sewaktu dia bersusah-payah menentang penjenayah. Bapanya merupakan seorang polis. Ibunya, tidak dapat menangani tekanan daripada kematian suaminya dan menjaga anak-anak lantas membunuh dirinya. Iseul dan adiknya dihantar ke rumah kebajikan sebelum permohonan diterima pakai (anak angkat) untuk dia dan adiknya diluluskan. Il Kiseok dan Heo Sunmi mengambilnya sebagai anak angkat ketika dia berusia sepuluh bulan dan menukar namanya kepada Il Iseul. Adik lelakinya pula diambil oleh pasangan yang lain maka mereka pun terpaksalah berpisah hingga ke hari ini.

Pada awal usia 12 tahun, Iseul telah menceburkan dirinya di dalam bidang tarian. Iseul berpendapat yang dia lebih gembira apabila dia menari berbanding daripada duduk dirumah dan menonton televisyen. Dunia tariannya semakin berkembang sebaik sahaja dia mendapat perhatian oleh orang ramai di Busan, South Korea. Sejak itu, Iseul mengambil keputusan untuk menari. Iseul tidak memasukki mana-mana kelas tarian yang wujud di sekitar kawasan rumahnya kerana dia lebih suka mempelajari tarian baharu yang direka olehnya sendiri. Melihat anak perempuannya menyukai dunia tarian, ibubapanya pun mengambil keputusan untuk menghantarnya ke Seoul, South Korea untuk meluaskan lagi kemahirannya.

Hari pertama Iseul di Seoul telah membuatkan Iseul lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupannya sebagai penari yang profesional. Sewaktu Iseul dalam perjalanan untuk ke kedai yang berdekatan dengan kediamannya, Iseul ternampak sekumpulan remaja sedang menari di tepi jalan. Iseul memerhatikan mereka sehinggalah salah seorang daripada mereka iaitu Moon perasan akan kewujudannya. Mereka berkenalan antara satu sama lain dan Iseul juga turut menunjukkan kemahiran menarinya kepada mereka. Sejak pada hari itu, mereka menjadi sahabat karib dan mereka juga bercadang untuk membuat kumpulan yang bernama "I.aM.mE" yang membawa maksud inspiremotivate dan energize. Mereka kemudiannya menyertai audition yang dianjurkan untuk program hiburan America's Best Dance Crew dan nasib menyebelahi mereka apabila uji bakat mereka diterima. Maka bermula dari situ, mereka berjuang bersama-sama sebagai satu pasukan untuk menjadi juara dan mimpi itu telah menjadi kenyataan.

Setahun kemudian mereka terpisah dan ini telah menyebabkan Iseul terpaksa menarik diri daripada kumpulan itu dan pada masa yang sama pula rezeki datang melimpah ruah kepada Iseul apabila dia ditawar untuk menghadiri program uji bakat di syarikat Big Hit. Iseul kemudiannya menjadi trainee di bawah naungan syarikat Big Hit.

family

— keluar Il + LEE

Bapa Angkat — Il Kiseok // 43 // Pengurus kedai runcit // Baik hati dan memahami

Ibu Angkat — Heo Sunmi // 44 // Florist // Penyayanf

Adik kandung — Lee Bogeum // 15 // Pelajar // Dengar kata

Adik angkat — Il Kihyun // 15 // Pelajar // Periang, Hiper aktif

friends

— subtitle here

kawan baik — Zhang Moon // 24 // Penari // Berkarisma

Kawan Baik — Lee Haerin // 18 // Pelajar // Banyak cakap, suka tolong orang // Kawan sekelas

Kawan — Jin // 19 // Idol (Lovelyz)  // Pemalu

others

— subtitle here

Rival — Ellen Lee // 18 // Model // Sombong dan Ego // Kawan sekelas

Main Dancer, rap || sOLOIST

— dance is the hidden language of the soul

Question regading plotline (SUb-unit) —  NONE

ceritakan kehidupan awak selepas debut — DAPAT MEMPERBAIKKAN LAGI KEMAHIRAN NYANYIAN ATAS PERTOLONGAN JIN, dapat tawaran berlakon, kolaborasi dengan artis-artis terkenal, mendapat tawaran untuk menghasilkan lagu untuk kumpulan idol yang bakal comeback

 

header

last comment — Saya rasa saya banyak merapu dan meraban dalam ni, tapi saya harap author-nim berdua dapatlah pertimbangkan application saya ini! Fighting tau~! Saya jarang join applyfic unless jalan cerita dia menarik so I found yours interesting and decided to apply! Saya betul-betul minat dan suka sangat dengan nama kumpulan ni "Sense to Attack Rhythm" dan lagi swag pula bila disingkatkan jadi "STAR"! Tahniah, awak dapat hati saya <3

scene requests —
// Pertemuan kali pertama setiap ahli STAR
//  Ahli STAR bergurau senda bersama-sama hingga berlakunya kecederaan ringan (hint; member yang prihatin akan risau dan marah2 walaupun luka kecil je)

password — lihatlah bae saya disebelah <3

S.Coups

— J-hope

personality — S.Coups sangat tegas tetapi seseorang yang sangat sensitif dan terperinci. Dia tersangatlah aggressive apabila bermain game- dia harus, pasti dan wajib menang. Mana-mana masyarakat yang cuba untuk berkawan dengannya harus mengharungi ribut taufan terlebih dahulu barulah dapat ganjaran kebahagiaan.

relationship — Lain daripada cara S.Coups apabila berada dengan ahli Seventeen. S.Coups memang suka buat perangai 'setan' dia apabila dia hanya di depan kamera bersama ahli Seventeen tetapi dia tidak pernah berkelakuan sebegitu di hadapan Iseul kerana S.Coups malu dengan Iseul. 

history — Pertemuan kali pertama mereka adalah sewaktu Iseul berumur 16 tahun. Iseul mengambil bas untuk pergi ke studio kawannya di tempat kerja. Ketika Iseul berdiri di perhentian bas hanya atas bukit dari satu persimpangan, dia mendapati seorang remaja lelaki ini memerhatikannya dari sudut di bahagian bawah bukit. Ia membuatkan Iseul tersenyum pada mulanya, dan kemudian Iseul mula rasa sedikit tidak selesa. Kemudian S.Coups mula berjalan di persimpangan ke arah seberang jalan- tetapi sepanjang masa dia berjalan, dia terus melihat ke arah Iseul dan tersenyum. Iseul fikir ia comel- walaupun Iseul tidak tertarik dengan lelaki jenis itu. S.Coups mempunyai rambut hitam panjang dan jaket kulit hitam koyak. Apabila dia sampai ke sudut yang bertentangan dengan persimpangan, dia hanya bersandar di bangunan dan memerhati Iseul- menggodanya dengan wajah yang seksi dalam matanya dan senyuman manisnya. Iseul mengukirkan sebuah senyuman kepada S.Coups dengan rela. S.Coups mula berjalan ke persimpangan di seberang jalan. S.Coups datang menghampiri Iseul bersama senyumannya itu. Mereka berborak kosong, ceramah kecil dan lain-lain Dan kemudian S.Coups bertanya jika dia boleh hubungi Iseul dan bolehkah mereka keluar bersama. Pada saat itu, Iseul idak tahu apa yang telah menghasutnya untuk memberi nombor telefonnya kepada jejaka itu. Dalam masa dua hari, S.Coups menelefon Iseul dan mereka membuat janji temu untuk minum kopi. Bermula pada hari mereka keluar bersama itulah mereka menjadi rapat dan rapat.

other — 

; Malu-malu kucing antara satu sama lain

; S.Coups rela ponteng training semata-mata nak lepak dengan Iseul

; S.Coups selalu marah-marah kalau Iseul cedera

; Selalu tulis lirik sama-sama

Comments

You must be logged in to comment
dorkiedork
#2
Sesekali ajarlah aku guna applyfic. huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu