flxwers ✿ baek seolchan ✿ main rapper, sub dancer (heather)

TnmV6KC.gif
character
  baek seolchan。
   Faz  zerofxrconduct  6 - 10
NICKNAMES
— baekchan / nama diberi oleh jung rian
— bidulgi / bermaksud "burung merpati", diberi oleh insan istimewa

AGE  20 tahun
BIRTHDAY  4 Oktober 1995

BIRTH PLACE Suwon, South Korea
HOMETOWN  Busan, South Korea

ETHNICITY  Korean
LANGUAGES
— Korean / Fasih / Bahasa ibunda
— English / Fasih / Belajar di sekolah; pelajar cemerlang B.Inggeris di sekolah
 
A cold hearted person was once a person who cared too much 

 
  mirror, mirror on the wall。
   WHO IS THE FAIREST OF THEM ALL...
FACE CLAIM  Kang Moonhee
BACK UP FACE CLAIM  Hong Yookyung
APPEARANCE  Gadis kecil ini berjisim 51kg dan berketinggian 162cm. Dia mempunyai parut di bahu kirinya akibat terjatuh lalu terkena bucu meja yang tajam semasa cuba menjadi seksi; bermain-main dengan abangnya. Sekilas pandang, Seolchan kelihatan sangat dingin dan menakutkan. Ianya memang sukar untuk melihat gadis ini tersenyum mahupun tertawa, bahkan suaranya ketika bercakap juga jarang dapat didengari. Dia bukan seorang pesimis, hanya seorang realis.

STYLE  Dari segi fesyen, Seolchan sangat bergaya. Dia mempunyai satu tarikan terhadap jenama-jenama terkenal seperti Dior sama ada untuk pakaian atau solekan dia. Dia lebih kepada pakaian hiphop tetapi Seolchan tidak suka menepati dengan style tertentu kerana dia sentiasa terbuka untuk melangkah keluar dari zon selesanya dan beralih ke penampilannya. Seolchan dengan secara semulajadi tertarik dengan pelbagai rupa dan konsep.
  but looks aren't everything。
   YOU'RE ONLY AS PRETTY ON THE OUTSIDE AS YOU ARE ON THE INSIDE...
PERSONALITY
— bertanggungjawab
— tekun
— dingin
— panas baran
— penyayang
— tidak berkeyakinan tinggi
— misteri


BERTANGGUNGJAWAB - Dia seorang yang teliti dan terperinci yang selalunya cukup bersedia untuk apa-apa dan segala-galanya. Masalah yang kompleks atau keputusan yang sukar pada kebiasaannya dia kendalikan dengan mudah dan pakar- itulah punca utama mengapa dia sentiasa dianggap sebagai pemimpin walaupun pada pengakhirannya, Seolchan akan menolak pelawaan mereka untuk menjadikan dia sebagai ketua. Seolchan gemar melakukan sesuatu tugas atau kerja yang mendatangkan keuntungan dari segi diri sendiri dan kumpulannya. Seolchan seorang yang berorientasikan hasil dan suka untuk memimpin orang lain. Seolchan tidak mudah berputus asa dan akan mencuba sesuatu kerja itu dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya. Seolchan sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu tugasan dan menunjukkan komitmen dan tahap kesabaran yang tinggi. Seolchan selalunya suka kepada ketelitian dan kekemasan.

DINGIN - Seolchan sangat tidak berperasaan dan tiada emosi. Dia sangat biadab dengan hampir semua orang; kecuali keluarga dia. Dia tidak suka senyum. Dia tiada rasa gentar dan tidak menunjukkan rasa takut. Kalau ada sesiapa menangis atau marah, dia akan berdiam diri dan buat tak tahu sahaja sehingga seseorang datang untuk menyelamatkan hari. Dia tidak menunjukkan simpati kepada yang lain. Gelarlah diri dia kejam tetapi dia hanya tidak mahu masuk campur hal orang lain.

TEKUN - Seolchan gemar melakukan sesuatu tugas atau kerja yang mendatangkan keuntungan dari segi diri sendiri atau kumpulannya. Dia tidak mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi serta keupayaan komunikasi yang baik untuk mempengaruhi orang lain tetapi dia masih cuba sedaya upaya dia. Seolchan seorang yang berorientasikan hasil dan suka memimpin orang lain. Dia tidak mudah berputus asa dan akan mencuba sesuatu kerja itu dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya. Seolchan sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu tugasan dan menunjukkan komitmen dan tahap kesabaran yang tinggi. Dia selalunya suka kepada ketelitian dan kekemasan.

PANAS BARAN - Seolchan juga merupakan seorang yang panas baran. Dia mudah naik angin dan marah walau sekecil mana pun kesilapan yang orang lain lakukan, atau kesilapan diri dia sendiri. Dia akan melenting habis-habisan. Ini adalah salah satu sebab mengapa dia ada isu yang sangat  besar dengan orang sekelilingnya. Kebiasaannya, ramai orang yang takut untuk berkawan dengannya atas sebab sikapnya yang panas baran dan memang kurang penyabar. Seolchan bukanlah seorang yang mudah bertolak ansur tetapi jika ada alasan yang munasabah, perlahan-lahan dia akan cuba untuk memahami apa sebab seseorang itu berkelakuan sedemikian.

TIDAK BERKEYAKINAN TINGGI - Seolchan lebih suka mendengar daripada bercakap. Dia tidak suka bercakap kerana baginya, apa yang dia cuba untuk sampaikan itu adalah tidak masuk akal dan sia-sia. Seolchan berpendapat bahawa dia lebih baik berdiam diri. Sikap dia yang sebeginilah yang mendorong dirinya untuk mula menulis lirik yang membawa makna yang mendalam; dia menyampaikan perkara yang tidak dapat dia sampaikan sendiri dengan menggunakan lagu.

PENYAYANG - Seolchan sangat konservatif dan tradisional. Disebalik perangainya yang negatif itu, terselit sifat penyayang dan baik hati di dalam dirinya. Seolchan seorang yang mudah mesra dan mempunyai jiwa yang penyayang, lemah lembut, baik hati dan sensitif dengan keperluan seseorang dalam diam. Dia amat suka akan haiwan-haiwan yang berbulu lebat terutamanya kucing dan arnab. Seolchan pernah bercita-cita untuk mencipta satu bangunan khas untuk haiwan yang terbiar dijalanan. Dia hendak membawa mereka tinggal di bangunan itu dan jaga mereka daripada sebarang bahaya. Selain haiwan, Seolchan juga menyukai kanak-kanak. Pada setiap hujung bulan, Seolchan akan pergi menziarahi Rumah Hati Permata, iaitu rumah anak-anak yatim untuk berjumpa dan bermain dengan mereka sehingga ke lewat malam dengan hanya menaiki bas. Seolchan berhati lembut apabila ia adalah tentang haiwan dan kanak-kanak dan bukanlah pada remaja dan orang dewasa yang merungsingkan.

MISTERI - Baek Seolchan terkenal dengan sikapnya yang dingin; kalau dah dingin, semestinyalah dia ini terlalu mysteriousSeolchan lebih banyak menghabiskan masanya duduk bersendirian daripada duduk berkumpulan dan beramai-ramai. Dia sangat pendiam- dia tidak suka bercakap dan hanya bercakap jika perlu sahaja. Seolchan tidak pernah sekali-kali mendedahkan kehidupan peribadinya kepada sesiapa, dia suka jadi seorang yang sukar difahami. Dia juga tidak dapat diduga dan mempunyai banyak percanggahan. Dia suka menghilang selama berhari-hari tetapi tiada siapa yang mengetahui mana dia pergi, bertindak dengan amat bijak tetapi tidak pernah orang lihat dia belajar atau meminta bantuan. Seolchan tabah, sentiasa. Tabah dalam kamus hidup dia bermaksud tidak pernah menunjukkan terlalu banyak (sedih atau gembira) emosi dan mempunyai ekspresi wajah yang menenangkan serta dingin walaupun dalam keadaan sukar atau menekankan. Ini boleh menakut-nakutkan orang di sekelilingnya tetapi ia menunjukkan bahawa Seolchan mempunyai emosinya di bawah kawalannya. Ini membuatkan Seolchan kelihatan bijak.

 

  dig a little deeper。
   THERE'S MORE TO YOU THAN MEETS THE EYE...
BACKGROUND

Dilahirkan pada 4 Oktober 1995 di Suwon, South Korea. Seolchan merupakan anak yang kedua di antara tiga beradik. Seolchan berasal dari keluarga yang sederhana. Dia tinggal bersama ibu tunggalnya dengan abang dan adiknya. Memandangkan bapa mereka telah lama meninggal dunia, abangnya, Seojoon, mengambil alih posisi sebagai bapa mereka dalam menyara keluarga kecil ini. Adik bongsunya, Seokmin, adalah salah seorang ahli 1Million, kumpulan menari yang tersohor di Korea Selatan. Lain pula dengan Seolchan yang terperangkap dalam dunia rap. Pada mulanya, Seolchan adalah seorang kanak-kanak yang periang, cerdik dan mesra. Tetapi sikapnya itu semua berubah sebaik sahaja dia memasuki zaman remajanya, di mana segala-galanya berubah.

Seolchan mempunyai seorang sahabat baik yang amat dia sayang. Hwang Seolhee. Seolhee mempunyai segala-galanya. Kehidupan mewah, rupa yang cantik, pakaian yang mahal, makanan yang lazat-lazat, semuanya. Ya, siapa yang sangka gadis baik ini sanggup mengkhianat kawan sendiri? Seolchan sangat suka berkawan dengan Seolhee dan dia selalu mengagumi Seolhee. Bukan kerana Seolhee ada semua kekayaan itu, tetapi sikap Seolhee yang selalu ambil berat tentang dia. Seolchan tidak putus-putus membuat hari Seolhee lebih ceria dan riang- Seolhee juga suka dapat berkawan dengan Seolchan. Mereka pergi ke sekolah bersama-sama, makan bersama-sama, berkongsi satu bekal makanan bersama-sama; hampir semua mereka bersama-sama. Hinggakan Seolchan fikir yang ada sahabat yang paling baik dalam dunia ini. Namun, semua itu hancur musnah sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke alam remaja, alam persekolahan peringkat menengah. Perubahan yang dialami oleh Seolchan terlalu drastik. Seolchan yang selama ini cumalah watak sampingan disebelah Seolhee, kini menjadi watak utama. Tubuh Seolchan berubah langsing, rupa Seolchan bertambah cantik dan jelita, suaranya semerdu Bidadari dari kayangan. Semua itu telah menyebabkan Seolhee terbuang daripada naungan populariti dikalangan rakan-rakannya yang lain. Maka timbullah perasaan benci dan dendam di dalam diri Seolhee sejak saat itu. Seolchan pula tumpang gembira kerana dia dan Seolhee masih bersama- berkawan baik. Dia langsung tidak ada masalah dengan Seolhee, bahkan dia langsung tidak menghiraukan tentang popularitinya yang semakin melonjak tinggi dikalangan orang ramai. Kadang-kadang, memang ada situasi orang yang kau rapat, kau layan baik-baik, kau sayang dia ketat-ketat tapi dialah yang dalam diam paling cemburu dengan kau. Begitulah Seolchan dan Seolhee; mengapa berlaku khianat terhadap kawan sendiri?

Kerana merebutkan populariti, Seolhee sanggup memburuk-burukkan Seolchan untuk mendapatkan kepuasan hatinya. Sanggup sebar fitnah agar Seolchan tidak mendapat jawatan yang lebih baik atau burukkan nama kawan dihadapan pihak pengurusan tertinggi. Seolhee takut Seolchan dinaikkan pangkat atau diberi kepercayaan oleh guru disebabkan ketekunan, kepandaian melaksanakan kerja bak kata orang takut pekungnya terdedah maka lebih baik dia buka aib orang sebelum kelemahan sendiri terdedah takut dengan bayangan sendiri. Bahaya orang seperti ini jika ada dalam kehidupan kita. Tetapi Seolchan tidak pernah tahu pun yang Seolhee sebenarnya memburuk-burukkan dia tanpa pengetahuannya. Maka sifat iri hati dan tak puas hati menguasai diri Seolhee. Memburukkan sahabat baiknya, memecahkan rahsia yang telah di ceritakan. Di belakang Seolchan, memburukkannya, bila di depan macam pijak semut pun tak mati. Paling menyedihkan apabila sahabat yang paling Seolchan percaya dan tiada keraguan terhadapnya tetapi dialah yang menghancurkan persahabatan itu. Kawan yang Seolchan percayai membocorkan rahsia kawannya sendiri. Dan Seolhee menggunakan Seolchan untuk kebaikan dan kepentingan dia sendiri. Jangan sangka air yang tenang tak ada buaya, jangan sangka kawan yang rapat tak ada muslihat. Tak lama selepas itu, Seolchan ditimpa musibah. Seolchan sedikit murung dan susah. Bukan susah sikit, tapi banyak. Masalah datang bertimpa-timpa. Memang sakit waktu itu bukan sakit tubuh badan, tapi sakit di dalam hati. Tapi masalah-masalah yang Seolchan hadapi waktu itu bukan benda yang paling sakit. Benda paling sakit ialah apabila kawan yang Seolchan anggap paling baik di dunia dulu dah tunjukkan belangnya. Seolchan ingat Seolhee nak bagi dia sokongan moral dan tolong dia waktu dia sangat memerlukan, tapi sebaliknya berlaku. Waktu itu Seolchan diumpamakan meronta-ronta kelemasan dalam sungai, mengharapkan Seolhee tolong selamatkan dia, tapi dia seolah-olah datang pijak-pijak kepala dia. Memang dia nak sangat tengok Seolchan susah dan jatuh.

2-3 tahun selepas bergelut dengan kesusahan, Seolchan mula bangkit. Barulah Seolhee datang balik dekat Seolchan. Dan macam biasa, tumpang dan ambil kesempatan dekat dia. Tapi waktu itu, Seolchan sudah betul-betul berubah. Dia tidak seperti dulu. Walaupun baru berusia 16 tahun, Seolchan boleh berfikiran dengan matang. Beberapa bulan kemudian, dia dan keluarganya berpindah ke kota untuk memulakan hidup baru. Membesar di kota, Seoul, dia tahu apa yang akan terjadi sekiranya dia tersalah bergaul dengan orang. Hidup dengan seorang ibu tunggal dan dua orang lagi adik-beradiknya yang sentiasa menyokongnya dan penyayang, Baek Seolchan dilindungi dan dibesarkan dengan baik. Tanpa Seolchan sedari, dia sertai industri muzik bawah tanah (underground music industry). Rap bersama rakan-rakan rapper-nya, Korea atau tidak. Mereka tidak boleh berkata apa-apa lagi dah selepas bertarung dengan rap dia yang hebat. Dia boleh rap begitu pantas sehinggakan penulis lirik perlu meneka apa yang dikatakannya. Seolchan mulai menyemai bakatnya dalam bidang rap sebaik sahaja dia menyaksikan sekumpulan rapper terkenal berdiri di atas pentas- mengadakan pertarungan rap antara satu sama lain. Dia tertarik dengan emosi dan caraarrow-10x10.png mereka. Dia berhasrat untuk menjadi rapper yang handal seperti mereka dan itulah cita-citanya Seolchan, untuk menjadi seorang rapper. Pada awal usia 18 tahun pula, selepas dia sudah mahir dalam bidang rap, Seolchan telah menceburkan dirinya di dalam bidang tarian. Dia berpendapat bahawa dia lebih seronok apabila dia menari berbanding daripada rap yang hanya meletihkan mulut dan anak tekaknya. Dunia tariannya semakin berkembang sebaik sahaja dia mendapat perhatian oleh orang ramai. Sejak itu, Star Entertainment perlahan-lahan menarik Seolchan untuk menjadi trainee di syarikat mereka. Seolchan tidak memasukki mana-mana kelas tarian yang wujud di sekitar kawasan rumahnya kerana dia lebih suka mempelajari tarian baharu yang direka olehnya sendiri.

 

TRAINEE LIFE ♡ 

Seolchan mula berkhidmat di bawah syarikat Star Entertainment sebagai trainee pada tahun 2013. Jadualnya menjadi semakin padat dan dia selalu tidak cukup tidur tetapi dia masih menghabiskan masa terluangnya dengan berlatih dengan bersungguh-sungguh tanpa henti. Seperti trainee yang lain juga, Seolchan juga dahagakan perasaan untuk debut. Dia juga mahu jadi seperti Zico yang sudah berjaya menjadi idol yang terkenal. Seolchan seringkali rasa yang dirinya sangat menyedihkan apabila dia melihat Zico dikaca televisyen, membuat persembahan bersama ahli kumpulannya yang lain. Bagaimanakah rasanya dapat perform di atas pentas bersama ahli-ahli lain? Bagaimanakah rasanya tinggal sebumbung dengan ahli yang lain? Bagaimanakah rasanya dapat makan dan tidur pada waktu yang sama bersama ahli yang lain? Bagaimanakah rasanya menangis, gembira dan ketawa bersama ahli yang lain? Itulah persoalan yang seringkali bermain difikiran Seolchan; seorang yang tidak pernah cuba atau usaha untuk berbaik dengan mana-mana trainee di syarikat itu.

Tetapi, gadis cilik Jung Rian tahu apa yang mengganggu hati dan fikiran Baek Seolchan. Sejak pertama kali Seolchan diumumkan sebagai trainee baru di syarikat itu, Rian dalam diam memerhatikan setiap satu persatu derap langkah Seolchan. Dia dapat lihat wajah Seolchan apabila mereka harus bekerja dalam kumpulan- gembira. Gembira kerana ada kawan. Dia dapat lihat wajah Seolchan apabila dia makan berseorangan- dia juga inginkan seseorang untuk makan bersama dengannya. Jung Rian, dialah orang pertama yang menghulurkan tangannya kepada Seolchan setelah hampir 6 bulan dia menjadi trainee di syarikat itu. Rian adalah orang pertama yang ingin menjadi kawan Seolchan walaupun dia tahu bahawa sikap Seolchan tidak sebaik trainee lain yang mesra alam- dia berbeza dengan mereka. Walaupun Rian sibuk, dia sanggup menanggung risiko untuk menghabiskan masanya untuk berjumpa dengan Seolchan. Rian suka menceritakan pengalamannya dan bagaimana hari dia berlangsung kepada Seolchan. Seolchan sekadar mendengar, tidak pernah memberi respon. Berbeza dengan Rian, Seolchan tidak cuba untuk berbaik dengan Rian langsung. Rian masih tetap tidak berputus asa.

Rian sangat tahu yang hubungan Seolchan dan JeeIn sangatlah tak baik. Seolchan dan JeeIn bermusuhan apabila Seolchan mendapat pujian yang melambung daripada Minjung, ahli Destiny Violet, kerana tarian Seolchan lebih bagus berbanding JeeIn. Tapi siapa pula sangka yang JeeIn ini sanggup menabur fitnah tentang Seolchan kepada CEO Star Entertainment supaya dia dibuang daripada syarikat itu? 10 markah untuk Jung Rian kerana menjadi superwoman untuk kes itu. Mungkin JeeIn terlalu careless, dia meletakkan telefon pintarnya merata-rata. Menjadi seorang yang nakal, Rian mengambil telefonnya dan melihat mesej- satu mesej dimana dia dan rakannya dari syarikat lain berkomplot untuk membuat Seolchan dibuang daripada syarikat itu. Pada waktu itu, Jung Rian datang membantu Seolchan. Rian menerangkan segala-galanya kepada sajangnim yang waktu hampir-hampir hendak pijak batang hidung Seolchan. Sikap JeeIn itu telah mengundang kemarahan dalam diri sajangnim sebaliknya dia pula yang dibuang syarikat, bukan Seolchan.

Selepas daripada kejadian itu.. Seolchan baru sedar yang Rian sebenarnya ikhlas ingin berkawan dengannya. Apabila Rian datang bertemu dengan Seolchan; Seolchan akan memberi respon kepadanya dan melayan Rian dengan baik.


TRIVIA

LIKES

— hiphop
— trap
— old school jungle
— r&b
— ayam goreng
— filem seram
— iPod / MP3

DISLIKES

— buat aegyo
— kasut tumit tinggi
— lipas
— bubbletea
— orang banyak cakap
— bilik / rumah bersepah
— baju dilipat tidak kemas

HABITS

— hidu bau badan orang
— makan sambil baca buku
— berjalan masa tidur

HOBBIES

— bermain gitar
— menulis lirik
— mencipta style tarian terbaru
— duduk diam
— baca buku
— tanam bunga

OTHER FACTS

— boleh compose lagu
— instagram; baekseol.cold (maksud chan dalam B.I adalah "cold" aka "dingin")
— boleh main gitar dan drum
— bekerja sambilan di gym abangnya
— sedang belajar di Kyunghee University; Chemical Engineering
  never forget。
   YOU'RE NEVER ALONE...
FAMILY
— bapa / baek sanghoon / 51 / garang tetapi penyayang
— ibu / seo jiae / 49 / penyayang dan sering berfikiran positif
— abang / baek seojoon / 51 / abang paling tak guna- seorang yang rajin dan bekerja keras demi keluarga
— adik / baek seokmin / 16 / degil tetapi periang- seorang yang cerdik dan bijak bestari

FRIENDS
— kawan satu company / jung rian / 16 / nampak cold tapi sebenarnya lembut dan baik
— kawan satu kampus / lee haerin / 20 / memahami sikap seolchan yang dingin dan selalu bantu seolchan
— tak berapa rapat; tapi satu kelas waktu sekolah dulu / kim taehyung (bts) / 20 / pelik tapi ajaib

OTHERS
— musuh / hwang seolhee / 20 / nampak baik, tapi tahi sebenarnya (okno); backstabber, pentalam dua muka
— rival / kim jee-in / 21 / busuk hati- pls jangan rapat dengan zico sangat hm
character
  woo jiho
  Jung Jaewon
NICKNAMES
— chicko / "chick" sebab muka dia macam ayam.
— peminta sedekah / sebab muka dia memang layak jadi peminta sedekah


PERSONALITY  

Woo Jiho, Zico, Nacseo. Siapa yang tidak kenal rapper handal dikalangan idol ini? Ramai wanita yang menginginkan lelaki seperti dia sebagai teman lelaki mereka kerana rupanya yang kacak. Woo Jiho dilahirkan sebagai budak kecil yang comel dan menjadi jejaka yang kacak sebaik sahaja dia menginjak ke alam remaja. Zico seorang yang tegas dan garang- itulah sebabnya dia layak digelar pemimpin. Dia juga sangat bijak menggubah lagu dan lirik-lirik yang dia tulis sangatlah bermakna; salah satu punca mengapa Seolchan boleh tersangkut dekat dia. Zico pandai menerima kebaikan dan keburukkan seseorang itu tanpa menyinggung perasaan mereka. Bagi Zico, semua orang boleh jadi lebih daripada bintang televisyen. Zico selalu berfikiran positif dari semua aspek yang dia lakukan.

 
Being someone's first love may be great but to be their last is beyong perfect ♡

 
  soulmatearrow-10x10.pngsearching。
   SURELY YOU HAVE THAT SPECIAL SOMEONE...
FIRST MEETING
Seolchan tidak pernah bercinta; mahupun menyimpan perasaan suka terhadap seseorang yang bergelar lelaki. Tetapi itu semua berakhir pada tahun 2011. Waktu itu, Seolchan baru sahaja berusia 16 tahun dan dia baru sahaja berpindah ke kota Seoul, South Korea. Minggu pertama dia menetap di situ, sewaktu dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah, secara tidak langsung Seolchan terserempak dengan satu kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai rappers di atas pentas dan mula bertarung sesama sendiri untuk membuktikan yang mereka lebih hebat. Pada saat itu, Seolchan benar-benar kagum melihat mereka di atas pentas dan hatinya terusik dengan setiap lirik-lirik yang keluar daripada mulut seseorang ini- seorang jejaka yang menarik perhatian Seolchan pada waktu itu.
Bermula pada hari itu, Seolchan mula mengenali dunia hiphop dan belajar bagaimana untuk rap. Selepas dia yakin yang dia sudah mahir, Seolchan pergi ke tempat di mana rappers itu berkumpul hari itu dan tercari-cari di mana jejaka yang berjaya menarik perhatian dia itu. Namun, usahanya sia-sia apabila dia langsung tidak nampak kelibat dia langsung. Pada mulanya, dia sangka bahawa dia tak akan bertemu dengan dia lagi tetapi belum sempat dia mengangkat langkah untuk beredar daripada tempat itu, seseorang menarik tangannya untuk naik ke atas pentas. Seolchan dicabar untuk bertarung rap dengannya yang mana Seolchan menyahut cabarannya itu tanpa rasa gentar. Pertarungan itu berakhir dan keputusannya Seolchan menjadi juara. Apa yang Seolchan tidak perasan adalah, jejaka itu berada dikalangan kelompok rappers handal yang lain, memerhatikan dia sejak tadi. Apabila Seolchan turun dari pentas dan mengatur langkah untuk beredar, jejaka itu berlari mengejarnya.
 
"Awak yang pakai baju uniform sekolah itu!"
"Huh?"
"Nama saya Zico."
"Erm. Okay."
"Saya nak tuntut sesuatu yang awak dah curi daripada saya."
"Kau ni dah kenapa."
"Bidulgi. Saya datang nak tuntut hati saya balik. Awak dah curi hati saya."


RELATIONSHIP
Berbeza dengan watak Seolchan yang biasa; apabila dia dengan Zico, dia akan senyum. Hanya dengan Zico. Tetapi sikap dinginnya masih lagi ada. Zico akan cuba yang terbaik untuk gunakan masa yang ada untuk buat dia gembira dan Zico juga selalu beri nasihat kepada Seolchan untuk membuka hati dia dan tinggalkan sikap dia yang dingin itu. Walaupun Zico seringkali dilayan dengan kasar dan dingin oleh Seolchan, Zico masih lagi dapat bertahan dengan perangainya dan memahami dia; namun kadang-kadang Zico juga ada terasa hati dengan sikap Seolchan yang acuh tidak acuh melayannya tetapi dia ketepikan itu semua atas kerana sayang.

CONCLUSION
Pada mulanya, Zico dan Seolchan akan terpisah kerana Seolchan tidak mahu menyakiti hati Zico lagi dengan sikapnya yang dingin dan degil. Walaupun Seolchan benar-benar menyintai Zico, bagi dia, kalau hubungan mereka berterusan dengan sikap dia begini, ia akan meninggalkan kesan mendalam yang sakit kepada hati Zico dan mengambil keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Zico. Keputusan Seolchan ditentang oleh Zico kerana sebab dia ingin memutuskan hubungan itu sangat tidak masuk akal dan Zico terus-menerus mengejar Seolchan. In the end, mereka get back dan kahwin(?)
  last call。
   THIS IS WHERE WE PART WAYS...
FAMOUS LAST WORDS
Hai. Saya nak suggest nama fanclub bagi Flxwers! Nama yang ada di dalam minda saya adalah simple sahaja- sunflxwers. Kenapa? Sebab, bunga matahari pada saya, bermaksud panjang umur dan kesetiaan. Orang ramai hanya memberikan pandangan kosong kepada bunga itu, tetapi ia bernilai lebih tinggi daripada bunga-bunga yang lain. Tidak selembut nafas bayi, tidak anggun seperti dandelion, tidak cantik seperti bunga kekwa tetapi, bunga matahari adalah sesuatu yang mempesonakan. Mereka cuba untuk sampai ke bawah sinar matahari dan tumbuh dengan tinggi- begitulah peminat mereka; panjang umur, setia dan mempesonakan yang akan tumbuh tinggi untuk melindungi ahli Flxwers. Warna fanclub kita boleh jadi hijau. Well- bunga kan? Sentiasa hijau.
 
Okay- hai. Saya ambil masa yang sangat lama untuk siapkan form ini. Mula-mula sedang khusyuk buat ni, dah nak siap, dah sampai dekat part scene suggestions dah; entah mungkin Allah nak uji ketabahan saya. Laptop tiba-tiba termati. Satu apa pun saya tak sempat save; so. Inilah dia. Hasil tangan saya buat kali yang kedua; saya harap ini menepati ciri-ciri yang awak mahukan! Saya boleh buat bahagian "cold" sahaja sebab; saya memang tak pandai nak buat watak yang "mysterious". Saya memang suka tulis panjang-panjang, jadi saya harap awak baca keseluruhannya, ya? Sebab saya bertungkus-lumus buat ni, ngehe~ Dan saya rasa ragu-ragu pada bahagian background saya. Keterlaluan sangat ke? Awak nak saya ubah? Dan saya suka cara awak buat password awak yang berlainan untuk setiap plotline! Genius. Baiklah rasanya sampai sini je? Sila pertimbangkan application saya, terima kasih sudi menghabiskan masa awak membaca semua ni! #respect
 
GOOD LUCK FOR YOUR EXAM <3
 
Adakah face claim saya yang baru ini mengena dengan watak saya ni, sekarang? 8))
Macam saya cakap; saya tak pandai nak buat watak yang misteri dan inilah hasilnya.............sangat dungu okno. Fighting!!


SCENE SUGGESTIONS
— FLXWERS Showtime
— Rian selamatkan Seolchan, hm <3
— Pertemuan kali pertama trainee-trainee Star Ent.
— Seolchan minta maaf kepada semua orang sebab terlalu dingin selepas dia insaf(?)

PASSWORD  MBLAQ - Because There Are Two

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet