Jigguk High School Clubs Application (Dream Catcher) | Presiden Matter | Woo Changshik

WOO CHANGSHIK

zerofxrconduct

 
 
app

⟪ NICKNAMES ⟫

→ Wooshik ⋮ namanya ketika kecil dulu kerana dia tidak boleh sebut "chang"
→ Dungu ⋮ diberi oleh ahli Wonderful Harmony

⟪ BIRTHDAY ⟫ 10 Mei 1997
⟪ AGE ⟫ 18
⟪ BIRTHPLACE ⟫ Seoul, South Korea
⟪ HOMETOWN ⟫ Busan, South Korea

⟪ ETHNICITY ⟫ Korean
⟪ NATIONALITY ⟫ Korean

⟪ LANGUAGE(S) SPOKEN ⟫

→ Korea ⋮ Bahasa ibunda
→ English ⋮ Pengaruh muzik barat

⟪ AMBITION ⟫ Penulis lirik
 

⟪ FACE-CLAIM ⟫ Lee Chihoon
⟪ BACK UP ⟫ Park Jiho
⟪ WEIGHT, HEIGHT ⟫ 62kg, 181cm


⟪ FASHION STYLE ⟫ Changshik gemar memakai baju t-shirt dan jeans bersama dengan jaket berwarna gelap. Dan dia akan sentiasa membawa headphone bersama dengannya.

⟪ APPEARANCE ⟫ Sekilas pandang, Changshik sememangnya kacak dan rupawan yang mudah sahaja mencuri hati gadis-gadis. Tetapi disebalik wajah yang kacak ini bukanlah seorang yang semua wanita jangkakan. Dia bukan boyfriend-material dan dia memang tidak tahu malu. Dia bukan seorang yang pesimis, tetapi dia seorang yang realis.

 
 

⟪ PERSONALITY ⟫ tegas, memahami, berkepimpinan, biadap, cuai, selalu bertindak melulu

Tegas : Changshik membesar di dalam sebuah keluarga yang mengamalkan sifat tegas yang telah melahirkan anak-anak yang berani berkata benar dan berani pula berkata salah apabila hidup bermasyarakat. Dia menerapkan sikap tegas ketika bersama-sama dengan ahli kumpulannya untuk bergabung dan bekerjasama antara satu sama lain. Membesar dengan sikapnya yang tegas itu telah memupuk keberanian yang tinggi dalam diri Changshik bagi menyuarakan keberanaran yang ada, walaupun perkara itu tidak disenangi oleh orang lain. Changshik juga menunjukkan sikap yang sopan ketika menyampaikan pendapat sekalipun pendapatnya itu sudah pasti benar. Dia tidak akan berselindung, tetapi akan mengatakan pendapatnya dengan jujur dan juga mengikut etika komunikasi.

Memahami : Siapa pula yang sangka jejaka tegas yang kelihatan tidak berhati perut ini adalah sebenarnya seorang yang lembut hati dalam diam terutamanya terhadap sahabat-sahabatnya? Adakalanya dia terfikir, mengapakah hati setiap manusia dicipta untuk menjadi kompleks? Memahami perasaan sahabat-sahabatnya dan orang disekeliling merupakan satu cabaran besar baginya. Apabila dia dapati salah seorang sahabat baiknya berkelakuan pelik daripada hari-harinya yang lain, dia akan menjadi orang pertama yang nampak perubahan itu dan akan segera memintanya untuk menceritakan hal yang sedang mengganggu akal fikirannya. Seperti kawan yang baik, dia sekadar mendiamkan diri sahaja tanpa bersuara sepanjang mereka menceritakan masalah mereka. Changshik juga akan sedaya upaya cuba untuk menolong sahabatnya itu walaupun tidak dipinta.

Berkepimpinan : Aura kepimpinannnya sentiasa kuat dan cara percakapannya bernada memang seperti seorang pemimpin. Dia sejenis orang yang serius dalam kerja yang dilakukan. Apabila melakukan sesuatu, dia akan mengakhirinya dengan keputusan yang memberi kepuasan. Changshik akan memutuskan keputusan sesuatu perkara dengan keputusan yang bulat dan berani mengabil risiko dari apa yang akan terjadi melalu keputusannya. Dia memiliki etika dan tanggungjawab yang mampu membawa kumpulan yang dipimpinnya sampai ke puncak keberhasilan dengan memanfaatkan semua potensi yang ada pada semua ahli kumpulan yang dia pimpin. Tugasnya adalah untuk membantu semua impian ahli-ahli kumpulannya menjadi kenyataan dalam kebahagiaan.

Biadap : Woo Changshik sememangnya seorang remaja yang tidak pandai menjaga batas bahasanya; terutamanya apabila dengan musuhnya, guru-guru dan pelajar-pelajar yang dia tidak suka. Dia tidak kisah dia di denda, asalkan dia tidak perlu pura-pura sopan dan baik depan makhluk-makhluk yang dia benci itu sudah mencukupi.

Cuai : Walaupun Changshik ini sememangnya terkenal dengan sikapnya yang berkarisma, berkepimpinan dan tegas, dia juga dalam senyap-senyap mempunyai sikap cuai di dalam diri. Dia sememangnya cuai kerana dia seringkali meletakkan barangnya di merata tempat dan apabila dia memerlukan barang itu, dia tidak ingat di mana dia letakkan barang itu. Dia juga selalu menghilangkan banyak barang yang berharga kerana dia sentiasa lupa untuk mengambil semula barang yang dia letak di kerusi atau meja di kedai makan- walaupun ada di depan matanya.

Bertindak melulu : Changshik ini- tindakan lebih cepat sebelum berfikir. Dia memang selalunya spontan bertindak, semuanya hendak cepat. Kerap terjadi dia bertindak melulu tanpa usul periksa. Akibatnya, dia selalu mendapatarrow-10x10.png bahana. Walaupun berkali-kali terjadi, dia tidak pernah serik. Serik sekejap apabila terkena, tetapi kemudian apabila lupa- dia buat semula.

⟪ BACKGROUND ⟫

Woo Changshik dilahirkan pada tanggal 10 Mei 1997 di Seoul, South Korea - bandar ternama di seluruh daerah Korea. Changshik merupakan anak bongsu diantara tiga orang beradik. Bapanya berani berkata benar dengan cara yang sopan telah menjadi contoh yang berwibawa dan bijaksana kepada Changshik. Begitu juga dengan ibunya yang mengamalkan ketegasan yang sopan dan lembut telah menambahkan kemesraan dan merapatkan hubungan mereka sekeluarga. Kakaknya bekerja sebagai seorang pensyarah di Kyunghee University dan beliau sudah berkahwin serta telah dikurniakan seorang cahaya mata manakala abangnya pula pemain bola sepak yang terkenal di Korea. Keluarga mereka hanya sederhana - tidak miskin, tidak kaya, tetapi bahagia. Itu sahaja yang penting.

Dia berkawan baik dengan Min Yoongi; kemana sahaja dia pergi pasti ada dia. Sejak kecil lagi Changshik sudah dianugerahkan dengan bakat yang hebat iaitu menyanyi dan menari - apabila dia kenal pasti yang dia lemah dalam matapelajaran Sains dan Matematik, dia semakin rajin belajar dengan pertolongan Yoongi. Changshik suka belajar - dialah pelajar kegemaran guru-guru disekolahnya kerana kerajinannya. Apa-apa tugasan yang diberi oleh mereka, pasti Changshik akan hantar tepat pada masanya tanpa cacat cela. Bagi Changshik, pelajaran itu adalah suatu perkara yang sangat penting.

Apa guna berkawan jika tidak berjaya mempengaruhi kawan kita sendiri untuk meminati sesuatu perkara, bukan? Min Yoongi telah berjaya mempengaruhi Woo Changshik untuk melibatkan dirinya dalam dunia muzik hiphop. Yoongi memperkenalkan Changshik kepada artis hiphop yang tersohor di seluruh dunia iaitu Eminem. Pada awal usia 12 tahun, Changshik sudah mula menanam azam di dalam dirinya untuk menjadi seperti Eminem. Changshik pada mulanya ingin menjadi seorang rapper tetapi mengetahui yang dia tiada bakat dalam bidang itu, dia beralih kepada penulisan lirik. Changshik seringkali membaca lirik-lirik yang ditulis oleh Eminem dalam setiap lagu-lagu yang dia cipta kerana daripada situlah Changshik dapat mengembangkan otaknya dalam menulis lirik. Changshik mahu menulis lirik yang tidak semua orang berani sampaikan - dan Changshik mahu lirik itu disampaikan dalam bentuk lagu agar semua orang sedar. Namun begitu, pelajaran tetap menjadi keutamaannya. Yoongi mengajak Changshik untuk memohon masuk ke sekolah berasrama penuh Jigguk High School yang menjadi kegilaan ramai pelajar untuk memperluaskan lagi kebijaksanaan mereka supaya mereka dapat mengejar impian mereka.

⟪ TRIVIA ⟫

Likes;- (max 5)
→ Headphone
→ Eminem
→ Muzik bergenre R&B dan HipHop
→ Perempuan seksi-
 

Dislikes;- (max 5)
→ Orang sentuh rambut dia
→ Buat kacau dekat kawasan dia
→ Suasana yang terlampau bising dan bingit seperti kelab malam dan parti
 

Habits;- (max 5)
→ Selalu buat muka sambil bercakap dengan diri sendiri di depan cermin
→ Dia suka jilat benda yang normal. (cth: Rantai perak, Cawan )
→ Bila orang tak ada (terutama dalam bilik asrama), dia akan nyanyi lagu "Christmast" kuat-kuat; tak kiralah dah tiba atau belum musim sejuk.
 

Hobbies;- (min 3)
→ Menulis lirik apabila dia sedang menghadapi masalah
→ Memandang orang lama-lama sampai orang tu takut dan larikan diri daripada dia
→ Bermain permainan video di PSP kepunyaannya.

Good at- (min 2)
→ Bermain bola keranjang
→ Memasak
→ Matapelajaran Sains dan Matematik

⟪ YOUR FACTS ⟫ (min 5)

→ Pernah menjadi ahli kumpulan Wonderful Harmony tetapi keluar daripada kumpulan itu selepas satu pergaduhan berlaku
→ Dia dan Yoongi pernah menjadi wakil untuk kumpulan bola keranjang Jigguk High School dan mendapat tempat pertama
→ Eminem merupakan role model dia sejak dia mula mengenali dunia muzik dan dia berhasrat untuk menjadi seperti Eminem
→ Changshik tersenarai dalam pelajar yang paling bermasalah di sekolah tetapi pada masa yang sama dialah yang mengharumkan nama sekolah dengan pencapaiannya yang cemerlang dalam setiap peperiksaan
→ Selalu menyelinap keluar daripada asrama pada waktu malam tanpa pengetahuan orang lain untuk mendapatkan ketenangan yang secukupnya
→ Ramai perempuan yang mempunyai crush terhadap dia dalam diam - ada juga yang akan datang mengorat.

 

⟪ FAMILY ⟫

Bapa, Woo Bangsoo ⋮ 51 ⋮ Bekas polis ⋮ Tegas, berwibawa, adil dan berani
Ibu, Nam Jihyun ⋮ 51 ⋮ Suri rumah ⋮ Tegas, penyayang, sopan santun, lemah lembut
Kakak, Woo Rahyun ⋮ 28 ⋮ Pensyarah ⋮ Tegas, periang, baik hati
Abang, Woo Hyungsoo ⋮ 23 ⋮ Pemain bola ⋮ Tegas, aktif, bertanggungjawab

⟪ FRIENDS ⟫

Kawan baik, Yong Junhyung ⋮ 18 ⋮ Pelajar ⋮ Nakal dan bermasalah ⋮ Rakan sebilik
Kawan baik, Kim Myungsoo ⋮ 18 ⋮ Pelajar ⋮ Pendiam dan misteri ⋮ Rakan sebilik
Kawan biasa, Nam Joohyuk ⋮ 18 ⋮ Pelajar ⋮ Baik hati dan manly ⋮ Rakan sekelas semasa di sekolah rendah
Kawan biasa, Gong Riho ⋮ 17 ⋮ Pelajar ⋮ Periang dan banyak cakap ⋮ Adik-Abang (Oppa-Dongsaeng)

⟪ OTHERS ⟫

Sepupu, Kevin Woo ⋮ 18 ⋮ Pelajar ⋮ Berkarisma ⋮ Satu sekolah

 

⟪ CHOSEN PLOTLINE ⟫ President Matter

⟪ DARI MANA DIA TAHU KELAB 'DREAM CATCHER' ⟫

Siapa yang tidak kenal Woo Changshik? Yang tersebut itulah yang telah memulakan kejayaan kelab ini. Saat dia jatuh tersungkur dan dipijak serta dihina oleh orang ramai; terbit satu perasaan marah dan benci dalam dirinya kerana pada saat itu, dia menganggap dirinya bukanlah orang yang berguna sebaliknya hanyalah sampah yang mengotorkan nama baik sekolah ini. Namun, setelah lama dia menyepi dan menyembunyikan dirinya, dia kemudiannya kembali bangkit semula sambil menyandang tanggungjawab yang berat dalam memimpin kumpulan ini dengan motif untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa bukan Wonderful Harmony sahaja yang wujud di sekolah itu. Dia memutuskan untuk menamakan kelab itu sebagai "Dream Catcher" yang membawa erti untuk mengejar cita-cita mereka tanpa berputus asa walau apapun rintangannya. Selain daripada itu, Changshik juga menubuhkan kelab ini untuk mengajar ahli-ahli kelab ini erti persahabatan dan kasih sayang antara satu sama lain; supaya mereka tidak akan mengkhianati sesama sendiri seperti apa yang telah berlaku kepada dia.

⟪ KENAPA MENYERTAI KELAB 'DREAM CATCHER'? ⟫

Kerana dia berbakat besar dalam bidang tarian. Tujuan utama dia menyertai kelab 'Dream Catcher' adalah kerana dia mahu menunjukkan kepada sahabat-sahabat lamanya yang telah mengkhianatinya bahawa dia boleh teruskan kehidupannya dengan bahagia tanpa mereka. Namun tujuannya itu lalu bertukar kepada keinginan untuk membuat impian ahli-ahli kelab itu menjadi kenyataan.

RIVAL(Min Yoongi)

⟪ AMBITION ⟫ Pemain bola keranjang ⟪ AGE ⟫ 18 ⟪ BIRTHDAY ⟫ 9 March 1997
⟪ CLUB ⟫ Wonderful Harmony
⟪ BACK UP RIVAL ⟫ Kim Namjoon

 
loveint

⟪ PERSONALITY ⟫ Min Yoongi adalah seorang remaja belasan tahun yang mempunyai banyak bakat. Antaranya ialah rap, menari, menyanyi dan bersukan. Selain itu, dia juga pandai menggubah lagu. Yoongi sebenarnya seorang yang baik hati, bertoleransi dan sentiasa mengambil berat tentang orang disekeliling dia tetapi popularitinya telah mengubah dirinya menjadi seorang yang sombong, suka meninggi diri dan bongkak. Lain daripada Changshik, Yoongi tidak cepat marah dan Yoongi lebih suka menggunakan sarkastik apabila bercakap dengannya kerana dia sengaja ingin Changshik untuk naik angin. Yoongi seorang yang sentiasa tenang; dia tidak pernah rasa tercabar mahupun gentar dengan sesiapa. Walau seteruk manapun situasi yang sedang dia alami, wajahnya tidak pernah menunjukan keresahan.

⟪ FACTS ABOUT HIM ⟫

→ Satu bilik dengan Changshik di asrama
→ Merupakan kawan baik Changshik suatu ketika dahulu
→ Kapten pasukan bola keranjang di sekolah mereka
→ Berpengaruh di sekolah (sangat-sangat popular)

 
 

⟪ RELATIONSHIP ⟫

Hubungan Min Yoongi dan Woo Changshik serpeti anjing dengan kucing. Apabila mereka berjumpa, ada sahajalah yang hendak digaduhkan. Apatah lagi apabila waktu malam, di dalam bilik- kasihan kepada roommate mereka yang tidak bersalah terpaksa menghentikan mereka berdua untuk berterusan bergaduh. Yang akan selalu memulakan pergaduhan adalah Yoongi. Yoongi selalu memperlekehkan segala perkara yang dia lakukan dan akan selalu memerlinya maka bermulalah pertengkaran antara dua insan itu. Tetapi mereka masih waras. Mereka akan berlakon seperti mereka adalah kawan baik apabila ibubapa mereka datang mengejut ke asrama mereka.

⟪ HISTORY ⟫

Dahulu, Changshik selalu sangka bahawa dialah orang yang paling beruntung di dunia ini kerana dia mempunyai seorang sahabat yang mempunyai segala-galanya. Kekayaan, rupa yang kacak, kebijaksanaan, bakat yang menakjubkan serta hebat bersukan. Yoongi dan Changshik membesar bersama-sama di desa Busan, South Korea. Memandangkan hubungan ibubapa mereka tersangatlah akrab, dengan secara tidak langsungnya Yoongi dan Changshik turut menjadi sahabat baik. Lagipun mereka seumur. Mereka selalu pergi ke sekolah bersama-sama, berkongsi makanan bersama-sama- semuanya bersama-sama. Changshik tidak putus-putus membuat hari-hari Yoongi lebih cerah dan gembira; begitu juga dengan Yoongi. Yoongi merupakan punca utama mengapa Changshik meminati subjek Sains dan Matematik kerana Yoongi akan selalu menolong dia dalam matapelajaran tersebut sehingga dia faham. Kerana Yoongi jugalah Changshik belajar bersungguh-sungguh hanya disebabkan dia ingin masuk ke private school Jigguk High School bersama-sama dengan Yoongi. Nasib menyebelahi mereka berdua apabila mereka berdua diterima masuk ke sekolah itu. Sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di sekolah itu, dengan wajah Yoongi yang kacak- dia telah berjaya memperolehi ramai kawan tetapi lain bagi Changshik yang masih lagi belum tahu berfesyen seperti Yoongi. Maka, Changshik hanya menumpang populariti Yoongi selama dia bersekolah di situ. Tetapi Changshik tidak pernah sekalipun menyimpan perasaan tidak puas hati kerana dia bangga dengan kawannya yang berjaya memperolehi kejayaan.

Pada suatu hari, Yoongi mengajak Changshik untuk menubuhkan satu kelab yang bertemakan muzik di sekolah ini yang mana Changshik hanya menurut sahaja apa yang Yoongi inginkan. Yoongi telah mencadangkan untuk meletakkan nama kumpulan itu sebagai "Wonderful Harmony" dan Changshik hanya menerima sahaja pendapatnya. Yoongi dan Changshik tidak pernah sangka yang kelab mereka akan mendapat sambutan yang meriah daripada guru-guru dan para pelajar yang lain. Dalam masa sehari sahaja kelab itu telah berjaya meraih populariti yang terlampau tinggi, tidak lupa juga populariti Yoongi juga semakin bertambah. Kehidupan mereka sangatlah harmoni, seharmoni nama kelab mereka sehinggalah pada suatu hari merea terlibat dalam satu masalah besar yang sengaja mereka lakukan. Itu semua idea Yoongi untuk menceroboh masuk ke dalam bilik pengetua untuk mencuri isi kandungan peperiksaan akhir tahun yang akan datang. Malang tidak berbau, Changshik tertangkap manakala Yoongi dan ahli Wonderful Harmony yang lain sempat melarikan dirinya. Apabila dia disoal oleh guru disiplin tentang itu, tanpa bersalahnya dia menjawab bahawa dia berada di dalam bilik sedang mengulangkaji pelajaran dan dia tidak ada kena mengena dalam hal itu. Keesokkannya, Changshik menarik diri daripada pasukan bola keranjang dan meninggalkan kelab Wonderful Harmony. Sejak itu Changshik mula dibenci oleh pelajar-pelajar lain dan seringkali di-palaukan oleh mereka semua. Changshik betul-betul rasa dikhianati pada saat itu.

Woo Changshik- daripada seorang pelajar contoh jatuh merudum ke tangga seorang pelajar yang paling bermasalah di sekolah. Sikapnya berubah 100% selepas kejadian itu. Daripada seorang pemalu dan pendiam, berubah menjadi seorang yang tidak tahu apa erti "malu" dan sentiasa ada sahaja topik untuk dibualkan.

⟪ CONCLUSION ⟫

Changshik tahu yang Yoongi ada masalah apabila dia selalu ponteng kelas, balik ke bilik dalam keadaan penat dan kesakitan, tidak selalu mencari gaduh dengan dia lagi, semakin mendiamkan diri dan suka bersendirian. Hinggalah Changshik mengekori Yoongi dalam diam pada suatu hari dan mendapati bahawa dia terlibat dengan geng daripada sekolah lain yang merupakan pembuli. Sewaktu ketua kumpulan pembuli itu ingin melemparkan satu lagi penumbuk di muka Yoongi, Changshik berlari ke arah Yoongi dan lindungi dia; membiarkan diri dia yang dibelasah.

Selepas adegan yang agak buruk itu, Yoongi meminta maaf kepada Changshik lalu mereka menjadi kawan baik seperti dahulu kala.

love interest
(MIN YEONA)

⟪ AMBITION ⟫ Penyanyi ⟪ AGE ⟫ 16 ⟪ BIRTHDAY ⟫ 11 Januari 1999
⟪ CLUB ⟫ Dream Catcher
⟪ BACK UP LOVE INTEREST ⟫ Cheon Jaein

 
loveint

⟪ PERSONALITY ⟫ Yeona terkenal sebagai seorang gadis kecil yang pemalu dan lemah lembut. Mana-mana lelaki yang memandang wajah Yeona pasti akan terpukau dengan kejelitaannya tanpa mengetahui perangai sebenar gadis kecil ini. Tetapi dia ini sebenarnya bukanlah pemalu dan lemah lembut- hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa stresnya kehidupan ahli-ahli Dream Catcher yang lain apabila bersama dengan dia. Yeona seorang yang mempunyai dua personaliti; pertama dia boleh jadi pemalu dan lemah lembut, kedua dia boleh berubah menjadi hulk yang hijau tu. Siapa sahaja yang sangka gadis kecil ini sebenarnya panas baran dan kuat mengamuk? Apabila naik sahaja barannya, pasti ada sahaja barang yang hendak di hancurkan.

⟪ ANY LAST COMMENT ⟫ Hai! Jalan cerita applyfic awak ni betul-betul mengingatkan saya dekat Master of Study dan Sassy, Go Go! Sekali lagi awak berjaya tarik perhatian saya untuk join applyfic aduh aduh~ haritu dah taubat tak nak apply mana-mana dah tapi.. Saya musykil macam mana awak tak pernah gagal buat saya tertarik dengan setiap karya awak ;A; Tak apa, mungkin sebab saya sayang awak. //ditumbuk

⟪ SCENE REQUESTS ⟫ Wonderful Harmony dan Dream Catcher bergaduh besar pada suatu hari dan sebagai denda mereka terpaksa bermalam di sebuah pulau yang terpencil dan tidak berpenghuni selama 3 hari 2 malam. Melalui denda itu, mereka harus menjalankan misi untuk mengenali antara satu sama lain secara berpasangan dan mereka harus huraikan apa yang mereka telah pelajari tentang pasangan mereka di atas pentas, di hadapan pelajar-pelajar lain.

⟪ PASSWORD ⟫ Aktiviti-aktiviti yang boleh mencipta memori indah bersama seperti memasak, berkelah, pergi mendaki pada setiap hujung bulan, menjelajah ke Pulau Jeju untuk menghilangkan stres (dengan izin pengetua!).

 
 

⟪ RELATIONSHIP ⟫

Cinta bertepuk sebelah tangan. Dalam hidup Yeona, hanya satu lelaki sahaja yang pernah dia suka. Itu tidak lain lagi kalau bukan sahabat baik abang dia sendiri, Woo Changshik. Banyak kali juga Yeona sudah memberi petunjuk kepada Changshik bahawa dia sedang menadah perasaan terhadapnya tetapi mungkin Changshik terlalu buta atau sengaja pu-pura tidak tahu. Selepas pergaduhan antara abangnya, Yoongi dengan Changshik, hubungan mereka semakin renggang kerana Changshik seringkali cuba untuk mengelak untuk berjumpa dengannya. Pernah sekali Yeona menyangka bahawa abangnya yang melarang Changshik untuk berkawan dengannya tetapi sangkaannya salah. Yoongi tidak pernah sekalipun menyentuh tentang persahabatan adiknya dan Changshik walaupun Yoongi sememangnya ingin menentang persahabatan mereka itu.

⟪ HISTORY ⟫

Yeona lebih sukakan Changshik berbanding abangnya sendiri dan dia akan selalu bandingkan abangnya dengan Changshik dalam setiap apa yang dia lakukan. Waktu itu Yeona baru sahaja meningkat usia 12 tahun. Pertama kali Yeona bersengkang mata dengan Changshik adalah apabila Yoongi menjemput Changshik untuk makan malam bersama-sama dengan keluarga mereka. Masa itu abangnya baru sahaja balik daripada asramanya- dapat cuti. Tiba-tiba sahaja bapa Yeona mendapat panggilan daripada bapa Changshik, meminta kebenaran bapanya untuk membenarkan Changshik bermalam dirumah mereka atas urusan mustahak yang harus dia laksanakan dan tiada siapa dirumah untuk menjaga Changshik. Maka pada malam itu, Yeona-lah gadis yang paling bahagia kerana dia dapat menghabiskan masa bersama Changshik dan abangnya. Mengetahui Changshik pergi ke sekolah yang sama dengan abangnya, Yeona menanam hasrat untuk menghadiri sekolah itu juga.

⟪ CONCLUSION ⟫

Kerana cinta itu buta, walau sudah berkali-kali Yeona tanpa berputus asa menarik minat Changshik terhadapnya, satu pun tidak menjadi. Akhirnya Yeona mengundur diri dan mengalah kerana dia tahu bahawa Changshik tidak akan pernah pandang dia macam mana Yeona pandang dia.

⟪ FACTS ABOUT YOU AND LOVE INTEREST ⟫

Bohonglah kalau Changshik kata bahawa dia tidak tahu langsung yang Yeona sebenarnya menyukai dia. Yeona tidak perlu berterus terang, dia sudah boleh agak tetapi Changshik hanya berpura-pura tidak tahu sahaja kerana Min Yeona ini adalah adik sahabat karib dia. Changshik sejujurnya menyukai Yeona sejak dahulu lagi tetapi oleh kerana janjinya terhadap Yoongi, dia terpaksa. Sehari selepas mereka berbaik, Yoongi meminta Changshik untuk berjanji agar tidak menyimpan apa-apa perasaan suka terhadap Yeona kerana dia tidak mahu persahabatan mereka menjadi janggal sekiranya Changshik mempunyai hubungan dengan adiknya. Changshik akur - dia lebih mementingkan persahabatannya dengan Yoongi berbanding cinta. Changshik sesekali akan menolong Yeona dalam diam tanpa pengetahuan dia, dan dia juga yang selalu melindungi Yeona dalam bahaya walaupun Yeona tidak tahu. Mereka juga akan kerap belajar bersama-sama dan Yeona akan selalu membungkuskan bekalan makanan untuk Changshik.

Comments

You must be logged in to comment
dorkiedork
#1
#hidup budak sastera
dorkiedork
#2
homaigoat aku benci kau T-T