FEARLESS || XITSUH || THE VIPER || LEADER, MAIN RAPPER, VOCALIST, COMPOSER

I am Seo Dareum


Character Name— Seo Dareum

Other Names

— n/a

Nicknames

— Reum ; nama pendek yang dipanggil oleh keluarga dirumah
— Ahreum (cantik) ; nama yang diberi oleh ahli Fearless bila nak ejek dia
— Chulgoo (exit) ; diberi oleh S.Coups

Birthday— 27 November 1995

Age— 20

Birthplace & Hometown— Gwangju, South Korea | Gwangju, South Korea

Ethnicity— Korean

Blood Type— B

Height— 178cm

Weight— 58kg

Languages

— Korean ( Fluent )
— English ( Fluent )
— Japanese ( Basic )


Face Claim— Park Taejun ( 1 2 )

Backup Face Claim— Lee Chihoon ( link to gallery )

Style
Sememangnya suka berfesyen dan memang bijak bestari dalam pemilihan fesyen yang bergaya daripada segi penampilan sehinggalah ke pakaian. Sweaterconverse low, dan snapback seringkali menjadi pilihan nombor satu kerana dia menganggap ianya sebagai sesuatu yang 'swag'. 


Personality— Panas baran, Keras kepala, Ego, Berkeyakinan tinggi, Bertanggungjawab, Lembut hati

Panas baran : Sejak kecil lagi Dareum sudah memiliki sikapnya yang panas baran; mungkin kerana Dareum dibesarkan oleh bapanya yang kuat marah. Kesannya sikap marah ini dipelajari oleh Dareum sejak kecil dan mula diwarisi. Dareum merupakan seorang yang tidak berasa gembira dengan diri sendiri. Orang yang tidak gembira dengan diri sendiri tidak dapat menggembirakan orang lain. Dareum tidak bijak mengawal dan menangani emosi dengan kaedah dan cara yang betul. 'Kepala angin' atau 'naik hantu' yang disebabkan kesukaran menangani perasaan marah menyebabkan Dareum hilang malu, sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain. Sikap panas barannya juga ada berkait rapat dengan sifat ego yang terlalu tinggi dan merasakan bahawa diri dia sahaja yang betul berbanding orang lain.

Keras kepala : Dareum sememangnya seorang yang keras kepala. Mengapa Dareum jadi seorang yang keras kepala adalah kerana dia dibesarkan tanpa bimbingan dan kasih sayang ibu bapa. Hal ini kerana ibu bapa Dareum bercerai sewaktu dia berusia 7 tahun yang terlalu kecil untuk memahami situasi yang sedang dia hadapi dan dibesarkan oleh bapanya yang terlalu sibuk dengan pekerjaanarrow-10x10.png yang menyebabkan bapanya kurang memberikan perhatian dan didikan yang diperlukannya. Oleh kerana ini, Dareum seringkali membuat keputusan terburu-buru tanpa memikirkan tentang orang lain dan akan menentang sesiapa sahaja yang cuba melawan keputusannya. Dia sedaya upaya akan buat mereka tunduk kepada keputusannya.

Egois : Dareum seorang yang ego. Dia mementingkan dirinya sendiri di atas kepentingan orang lain tanpa batas. Dareum tidak bijak memahami fikiran orang, perasaan orang dan selalu menuntut orang untuk mengikut pendapatnya. Dareum juga amat sukar untuk mengucapkan kata-kata maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah dia buat salah; baginya ia terlalu susah untuk dilakukan.

Berkeyakinan tinggi : Sentiasa menjadi bualan mulut oleh para senior trainee daripada syarikat lain, Dareum tidak pernah berasa ragu-ragu dengan keputusannya. Pandangan matanya sangat tajam dan berani bertentangan mata dengan sesiapapun, senyuman sinis selalu terlihat diwajahnya. Ketika dia bercakap, apa yang hendak dia sampaikan itu disampaikan dengan tenang. Intonasinya jelas, tidak terlalu keras, tidak terburu-buru dan tidak memotong perbicaraan orang lain. Dia sangat yakin yang dia tidak akan melakukan kesilapan dan tidak malu untuk menyuarakan pendapatnya.

Bertanggungjawab : Disebalik sikapnya yang keras kepala, egois dan panas baran itu, dia juga menyimpan sikap bertanggungjawab yang tidak semua orang boleh perolehi. Lebih-lebih lagi apabila dia dilantik sebagai ketua kumpulan, baginya dia memainkan peranan yang teramat penting dalam kumpulan tersebut dan dia sedang memikul beban yang berat agar ahli-ahli kumpulannya tidak jatuh. Dareum seorang yang teliti dan terperinci yang selalunya cukup bersedia untuk apa-apa dan segala-galanya. Masalah yang kompleks atau keputusan yang sukar pada kebiasaannya dia kendalikan dengan mudah dan pakar- itulah punca utama mengapa dia sentiasa dipilih menjadi pemimpin.

Lembut hati : Kalau mereka kenal dengan sikap Dareum yang hanya selalu marah-marah, tidak mementingkan keperluan orang lain- pastinya mereka akan terkejut apabila mereka melihat Dareum ketawa ketika bergurau senda dengan kanak-kanak dan bayi. Dareum juga mempunyai sikap kasih akan binatang; dia amat sukakan haiwan yang berbulu lebat seperti kucing dan arnab. Disebalik sikap Dareum yang kasar dan tidak berperasaan itu, pada setiap malam, Dareum akan menyesali perbuatannya itu dan asyik terfikirkan benda salah yang telah dia lakukan dan menyumpah dirinya sendiri kerana teralu pentingkan diri sendiri. Dareum lebih suka mendengar daripada bercakap- atas kerana itu, kebanyakkan sahabat Dareum (ahli Fearless) yang benar-benar mengetahui sikapnya yang sebenar seringkali meluahkan segala rasa hiba dan resah di dalam hati mereka terhadap Dareum. Pada akhir penceritaan tentang kesusahan yang mereka sedang hadapi, Dareum akan memberi mereka nasihat yang menepati situasi masalah dan mempelawa mereka untuk keluar makan bersama-sama dengannya.

Likes

— Kucing dan arnab
— HipHop
— Eminem
— Skateboard
— Jam tangan
— Buku komik

Dislikes

— Lelaki yang buat aegyo
— Orang yang tak dengar cakap
— Air soya
— Kacang
— Mengemas rumah/dorm/bilik

Hobbies

— Mendengar lagu Eminem
— Menulis lirik
— Melihat orang ber-battling rap di Youtube

Habits

— Garu hidung bila terasa awkward
— Mengigau dalam tidur
— Memasukkan tangan ke dalam poket seluar
— Mendengar lagu sampai tertidur
— Memukul orang sebelahnya apabila ketawa

Trivia

— Instagram ; xitsuh
— Youtube ;
서출구
— Merupakan ahli 1 Million, kumpulan menari
— Merupakan ahli ADV, kumpulan untuk underground rappers
— Berbakat besar dalam meng-compose lagu mengikut cita rasanya
— Boleh main pelbagai instrument seperti piano, drum dan gitar
— Digelar sebagai 'Raja Freestyle' oleh para underground rappers


Background

Dilahirkan pada 27 November 1995 di Gwangju, Seo Dareum merupakan anak bongsu di dalam keluarga kecil itu. Dareum berasal daripada keluarga yang kaya raya memandangkan kedua orang tuanya sememangnya lebih mementingkan kerja dan kekayaan dunia. Seawal usia 7 tahun, Dareum telah melalui kepayahan hidup kerana ibu bapanya bercerai. Dia dan abangnya dipisahkan- dia tinggal dengan bapanya manakala abangnya bersama dengan ibunya. Dareum tidak dapat kasih sayang dan perhatian yang sepenuhnya daripada bapanya- yang menyebabkan Dareum menjadi seorang remaja yang suka memberontak.

Sewaktu di Gwangju, Dareum mempunyai beberapa rakan karib tetapi tiada siapa yang pernah dapat mengganti tempat Jo Dahee yang selalu menjadi sahabat utamanya dalam semua perkara. Di mana ada Dareum, di situ ada Dahee. Namun persahabatan mereka tergantung apabila Dahee terpaksa berpindah ke kota Seoul maka Dareum mula menjadi kanak-kanak yang liar. Dia terlibat dengan banyak pergaduhan dan selalu dipanggil oleh guru disiplin atas salah lakunya.

Pada tahun 2008, Dareum dan bapanya berpindah ke kota Seoul dan pada hari pertama Dareum menetap di Seoul, dia sudah terpengaruh dengan sekumpulan rappers jalanan yang sedang bertanding sesama sendiri di lorong-lorong kecil yang berdekatan dengan rumahnya. Dareum mula menyemai minatnya terhadap muzik bergenre hiphop dan berkawan dengan rappers jalanan itu. Mungkin nasib, abang Dareum, Hajoon, adalah salah seorang daripada rappers jalanan itu. Dia mula rap pada usia 14 tahun bersama dengan rakan sekolahnya, Choi Seungcheol yang kini dikenali sebagai S.Coups. Mereka berdua akan selalu ponteng kelas dan keluar sekolah untuk bertemu dengan rakan-rakan underground rappers-nya untuk meningkatkan kemahiran rapping mereka. Pada awal usia 15, Dareum mula menjadi bualan hangat dikalangan rappers terkenal kerana kehandalannya. Dareum amat tertarik dengan beats dalam sebuah muzik, yang membuatkan dirinya mula mencuba untuk menggubah lagu dengan cita rasanya sendiri. Dareum terkenal dengan kehandalannya dalam freestyle rapping telah menangkap minat orang awam. Bukan hanya kehandalannya menjadi tumpuan orang ramai, tetapi wajahnya yang kacak juga semakin membuatkan popularitinya meningkat. 

San E yang mendapat tahu tentang kelebihan tersembunyi remaja bernama Seo Dareum terus mengambil Dareum sebagai trainee di syarikat Brand New Music pada tahun 2010 sebelum label lain sempat mengambil dia. Tetapi Dareum mengambil keputusan untuk meninggalkan syarikat itu kerana layanan mereka yang terlalu kasar dan berpindah ke New Dream Entertainment. Perjalanannya sebagai trainee di New Dream telah membuatkan dia minat untuk menari. Dia mula menceburkan dirinya dalam bidang tarian. Walaupun tidak sehebat trainee yang lain, Dareum yakin yang bakatnya dalam menari adalah lebih bagus daripada yang lain.

Family

— father | seo janghoon | 46 | pengetua sekolah | panas baran | mereka jarang berbual
— mother | bae doona | 46 | suri rumah | hubungan mereka rapat tetapi semakin renggang apabila dia bercerai
— brother | seo hajoon | 21 | model | walaupun tidak tinggal sebumbung mereka masih lagi akrab

Friends

—best friend | jo dahee | 20 | 6daydream
—best friend | nam woong | 24 | CEO Syarikat Atomoki
—friend | woo jiho (zico) | 23 | block b


Rival— Kim Taehyung - V

Age— 20

Group— BTS

Personality

V seorang yang periang dan peramah yang mempunyai perangai yang serupa seperti alien tetapi amatlah romantik terhadap perempuan.

Interactions

Mereka agak janggal apabila mereka bertemu tetapi di dalam hati mereka, mereka sedang saling menyumpah seranah antara masing-masing. Mereka tidak akan bertegur sapa antara satu sama lain dan akan bercakap bila perlu sahaja.

Why they are rivals

Siapa yang tidak pernah tahu berita hangat tentang 2 orang trainee dalam satu syarikat yang sama pernah bercinta suatu ketika dahulu? Punca perputusan hubungan Dareum dan Eunsul adalah kerana V. Dareum sudah mula mengesyaki yang Eunsul menyukai orang lain semasa mereka masih lagi bersama dan dia meminta Eunsul untuk berterus terang. Apabila perkara sebenar telah terungkai, maka timbullah perasaan marah dan dendam dalam diri Dareum terhadap V.


Love Interest— Park Junghwa

Age— 20

Group— EXID

First Meeting

Pertemuan kali pertama mereka agak merumitkan. Sewaktu itu, Dareum dalam perjalanan pulang ke rumah. Dia ternampak dua beranak, ibu dan anak, sedang bergaduh dihadapan pintu utama rumah. Si Ibu menarik tangan Si Anak untuk keluar dari rumah- baru Dareum faham. Gadis itu sedang dihalau daripada rumah oleh ibunya sendiri. Apabila Si Ibu masuk ke rumah meninggalkan gadis itu menangis sendirian di tepi pagar, Dareum menghampirinya dan memberikan dia sapu tangan kecil untuk dijadikan sebagai penghapus airmata yang membasahi pipinya. Mulai pada hari itu, mereka mula berkawan.

Interactions

Junghwa pada awal pertemuan, dia sangat malu untuk bercakap dan bertentangan mata dengan Dareum. Semakin lama mereka berkawan, Dareum yang masih menyimpan perasaan suka tehadap Eunsul sekadar mendiamkan diri sahaja apabila dia dan Junghwa menghabiskan masa bersama dan setia berada di sisinya apabila Junghwa memerlukan. Dareum sentiasa memberikan Junghwa sokongan moral yang baik dan akan sentiasa bertanyakan bermacam-macam soalan mengenai kesihatannya.


Love Rival— Ahn Eunsul (Kim Chanmi)

Age— 19

Group— 6 Day Dream

Personality— awak boleh rujuk apply form dia kan~? hehe

First Meeting

Dareum telah lama mengenali Eunsul memandangkan Eunsul adalah seorang yang agak popular dikalangan pelajar lelaki di sekolahnya kerana kejelitaannya. Walaupun mereka tidak bersekolah di dalam satu sekolah yang sama, Dareum amat mengenali gadis kecil itu kerana kakaknya, Ahn Yeonji merupakan sahabat baik kepada Hajoon, abang Dareum. Mereka mula berkenalan pada tahun 2008, sewaktu itu Eunsul duduk berteduh dibawah pokok untuk elakkan dirinya dibasahi hujan sambil menunggu Yeonji untuk tiba. Dareum memberikan payungnya kepada Eunsul dan terus beredar.

Interactions— 

Selepas perpisahan mereka sebagai "pasangan kekasih", Eunsul dan Dareum menjadi semakin janggal tetapi mereka masih lagi berkawan rapat tidak kira bagaimanapun situasinya. Eunsul akan masih bergurau senda dengan Dareum dan slalu menyatakan bahawa Dareum dan Junghwa sangat serasi bersama. Dareum akan membalas gurauan Eunsul tanpa ragu-ragu.


Stage Name— Xitsuh

'Xit' diambil daripada nama yang rakan-rakan underground rappers-nya iaitu Chulgoo yang bermaksud "exit" dalam bahasa Inggeris manakala 'Suh' pula diambil daripada nama keluarganya iaitu "Seo".

Persona— The Viper

Position— Leader, Main Rapper, Vocalist, Composer (Main Dancer, Choreographer)

Fanclub Name— Enter ; kerana para peminatnya kena 'enter' hatinya. (ok cheesy alamak)

Fanclub Colour#ADA96E

Training Years

— Brand New Music (3 years)
— New Dream Entertainment ( 2 years )

Trainee Life

Pengalaman kali pertama dia menjadi trainee adalah sewaktu dia berusia 15 tahun, di syarikat hiphop- Brand New Music. Perjalanan hidupnya sebagai trainee dibawah syarikat itu tidak berjalan dengan baik. Ramai trainee-trainee senior yang mencemburui layanan baiknya oleh CEO Syarikat itu telah menyebabkan Dareum dibuli sepanjang 3 tahun dia di situ. Sehinggalah satu hari Dareum tidak dapat menahan rasa sabarnya, dia memaki hamun semua trainee-trainee yang ada di situ- tidak kiralah bersalah atau tidak bersalah dan seterusnya menghantar surat untuk tinggalkan syarikat itu. Pada awalnya permintaannya untuk meningagalkan syarikat itu ditentang oleh San E tetapi dengan sikap Dareum yang panas baran itu mengalahkan San E. Dareum meninggalkan bangunan itu dengan perasaan marah tanpa mengetahui salah seorang staf daripada syarikat New Dream sedang memerhati segala-galanya. Beliau menemui Dareum diluar bangunan dan menawarkan tawaran kepada Dareum untuk datang ke uji bakat dan menjadi trainee di syarikat New Dream. Pada mulanya Dareum menolak, tetapi dia masih juga datang pada hari ujibakat itu.

Dareum menerima layanan yang baik sepanjang dia berkhidmat dibawah syarikat New Dream. Dia dikelilingi dengan trainee-trainee yang baik hati dan memahami dan apa yang lebih menggembirakan Dareum adalah Eunsul dan Dahee adalah trainee di syarikat itu juga. Dareum seringkali  menghabiskan masanya untuk berlatih bersungguh-sungguh tanpa henti. Seperti trainee yang lain juga, Dareum juga dahagakan perasaan untuk debut. Dia juga ingin menjadi seperti Dahee yang sudah berjaya debut bersama dengan 6 Day Dream, dan ingin menjadi seperti rakan karibnya, S.Coups yang sudah menjadi idol yang terkenal. Seringkali menjadi trainee yang paling terbaik pada setiap bulan, Dareum semakin giat berlatih dengan gigih. Sewaktu Dareum ingin menyertai program Show Me The Money 4, Dareum mendapat sokongan yang sangat membakar semangat oleh trainee-trainee di situ; begitu juga dengan staf-staf lain. Mereka juga sanggup datang ke tempat rakaman untuk memberikan sokongan kepada Dareum- dan Dareum mulai mengenal erti persahabatan apabila dia menjadi trainee di syarikat yang memberi dia banyak pengajaran dan memori indah.

Pre-debut Experiences

— Dapat join Show Me The Money 4 tetapi dengan rela hati menyingkirkan dirinya pada episode 4 (Seo Chulgoo).
— Berlakon dalam drama "Master of Study", memegang watak utama sebagai Hwang Baekhyun bersama dengan artis terkenal Lee Hyunwoo dan Park Jiyeon.
— Muncul di MV Ram - I May Die Like This
— Muncul di MV Sara, "Lead The Road" dan "New Beginning"

 


Comments/Suggestions

Suggestions saya.. BAP - Rain Sound // iKon - Airplane // VIXX - Error
Saya tak pasti concept group ni macam mana concept-nya jadi, inilah dia! Antara ketiga-tiga ini, bagi saya memang kena bagi group baru debut; tak terlalu techno, fancy- hanya biasa. Saya rasa kalau ikut concept Cyborg macam VIXX akan jadi seronok sebab mereka punya concept semua melibatkan sesuatu yang supernatural seperti Vampire!

Scene Requests

— Eunsul dan V makan bersuap; diperhati oleh Dareum senyap-senyap
— Fearless keluar berjalan dengan 6 Day Dream

Password— ANXIOUS | Eminem - When I'm Gone

Well, fearless bermaksud tidak takut so.. saya pilih Anxious yang bermaksud resah/gelisah sebagai nama fanclub sebab peminat semestinya ramai perempuan- jadi mereka akan sentiasa rasa resah/gelisah apabila Fearless perform di atas stage kerana kekacakkan mereka- okno.


Return to the story


Layout by luminous_star from Ice Waffles | Do not steal or remove credit

Comments

You must be logged in to comment
dorkiedork
#1
bukan kembang. nak terkentut aku kita ni kawan baik psh
zerofxrconduct
#2
//zara sila lah kembang aku ada letak watak kau dalam ni pft