Syak dan Dugaan

Jiran Tengah Malam
Please Subscribe to read the full chapter

 

Setiap kali dia menonton rancangan kegemarannya pada waktu tengah malam, dia sempat menyelak langsir dan menghedap keadaan rumah sebelah. Sekarang, dia lebih tumpukan pada jiran sebelah berbanding menonton tv. Semakin kerap dia menghedap, semakin dia dapat rasakan bahawa, dari penampilan dan perlakuan mereka agak.......mencurigakan. Orang? Dah macam bukan orang.  Mereka masih berpakaian hitam sama dan sering keluar dari rumah setiap kali tepat pukul 12 tengah malam. Mereka jarang keluar dari rumah di siang hari. Bukan jarang, tapi tak pernah! Batang hidung mereka pun tak nampak. Ibu bapanya tak pernah ambil tahu pasal jiran sebelah itu kerana mereka sibuk dengan urusan kerja masing masing. 

 

 

 

Baru baru ni, terdapat beberapa kes kematian di sekitar kediamannya. Kes kematian itu semuanya berpunca dari kehilangan darah mengejut. Setelah disiasat, tiada kesan lebam, ditikam dan apa saja atau lebih tepat, tiada sebarang tanda tanda itu satu pembunuhan. Dan yang pasti, itu bukanlah satu penyakit berjangkit. Luhan mendengar berita itu dari ayah dan Sehun. Pelik. Serious ini memang pelik.

 

Hinggalah suatu hari, Luhan melihat keadaan rumah sebelah dari tingkap seperti biasa. Apa yang mengejutkannya adalah, mereka bertiga pulang sambil masing masing membawa botol botol kaca yang jelas berisi cecair yang berwarna merah pekat. Dia yakin cecair tersebut adalah darah. Persoalannnya, boleh ke bawa barang kerja seperti darah simpan ke rumah?

Sebut pasal darah, dia teringat akan kes kematian dari dua minggu lepas hingga kini. Dia teringat juga yang ini minggu kedua jiran itu pindah ke sini. Mungkin itu cuma satu kebetulan. Tapi entah kenapa dia dapat rasakan yang dia syak sesuatu.

 

 

 

 

 

 

Pada malam itu, Luhan berjalan perlahan di dalam sebuah terowong gelap. Keadaan terowong gelap itu sangat sunyi dan hanya diterangi cahaya bulan penuh. Dia keliru bagaimana dia tiba tiba sahaja boleh berada di tempat itu. Dia cuba mengingati tapi tidak berjaya. Dia meneruskan langkahnya cuba keluar dari terowong itu namun telinganya tertangkap sesuatu. Bunyi itu seperti ada orang di dalam terowong ini. Matanya melirik sekeliling mencari punca bunyi itu. Dengan sekelip mata matanya pantas menangkap sesuatu. Ya, seperti ada kelibat orang di hujung tepi terowong itu. Matanya cuba menangkap kelibat itu, malangnya tidak membantu.  Dia berjalan mendekati ke arah itu. Tapi dia terasa tak sedap hati. Jantungnya berdegup laju. Semakin dekat, matanya semakin jelas melihat kelibat itu. Kemudian, langkahnya mati.

 

 

 

Dia tergamam.

 

Kelibat yang dimaksudkan itu adalah seseorang yang terbaring tidak disedarkan diri dengan wajah yang pucat. Ingatannya cepat cam akan wajah pucat itu. Bukankah itu wajah mangsa kes kematian kehilangan darah yang pernah Luhan baca dalam keratan akbar. Lebih mengejutkan, ada seseorang lagi yang sedang menindih tubuh mangsa itu sambil kepalanya digerak gerak sedikit di bahagian leher mangsa itu. Luhan tidak dapat melihat wajah orang itu kerana dilitupi dengan rambut panjang. 

 

"Si....siapa tu?" Luhan memberanikan diri untuk bertanya. Orang itu mengangkat kepalanya dengan pelahan dan berpaling ke arah Luhan. Hampir saja jantungnya bagai nak luruh tatkala melihat jelas wajah seseorang itu. 

 

 

 

 

Hyuna?

 

 

Wajah Hyuna jelas pucat dan mengukir senyuman hingga menampakkan gigi taring yang dipenuhi darah darah pekat. Bau darah cukup menusuk ke hidung Luhan membuatkan Luhan semakin takut. Hyuna bangkit bangun dan melangkah pelahan menuju ke arah Luhan. Luhan cuba untuk melarikan diri tapi dia masih terkaku.

 

Luhan baru tersedar tubuhnya seperti dipeluk sesuatu dari belakang. Kepalanya segera memaling ke belakang.

 

Kris?

 

Dia menelan air liur terasa berpasir. Macam mana Kris dan Hyuna boleh berada disini? Dia cuba untuk meronta ronta melepaskan diri dari pelukan Kris namun tubuhnya seperti tidak mengizinkan dia untuk bergerak. Hyuna semakin dekat membuatkan nafas Luhan semakin sesak akan bau darah dari gigi dan badan Hyuna.

 

Senyuman Hyuna masih belum pudar. Dia mendekati leher Luhan. Dia dapat rasakan Hyuna seperti menghidu sesuatu pada lehernya.

 

"hmmmmm.....manis," ucap Hyuna.

 

Dia pantas memeggang kedua dua bahu Luhan dengan erat dan segera mengigit bahagian leher Luhan membuatkan Luhan terjerit dan air matanya mula mengalir. Luhan terasa lehernya begitu sakit dan kejang ditembusi gigi taring Hyuna.  Cecair darah hangat mengalir keluar sedikit demi sedikit. Tubuhnya menjadi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
inspirebunny
END + my next door story?

Comments

You must be logged in to comment
Chiko_Miari #1
Chapter 6: Wahhh..bestnyaa..Sian luhan*sobsob
Tapi ending dia best Sgt..kikiki
Good Job authournim!!
youngminbfminwoo
#2
Chapter 6: Woooo, daebak
Kesian Luhan, nal nangis saya baca, dah lah tak de orang percaya dekat dia. T_T, sabar ea Luhan miracle was begining... hahaham memang best cra awak sampaikan
Chanlu_kaihun
#3
Chapter 8: Waaaaa hahahahaha. Daebakkk!
Shimmieh
#4
Chapter 6: Hahh!!!
Kita dah ingat!
Dulu kat tv7 ada cerita seram budak-budak. lupa dah tajuk apa tapi satu episode tu cerita pasal vampire.
Lepas tu pasal jiran awak tu, tiba-tiba teringat rumah banglo rm50.
0.0
Anyway, nice one.
^^
ExoLoveable
#5
Chapter 7: hrp2 kehidupan myungsoo tak macam luhan.. wuuuu dah lah sdh kehidupan dia .. melinang air mata sya ni... huhuhuhu new ff love you authornim !
aquariusxpisces
#6
Chapter 7: HAHAHAH XD i like it!!!
aquariusxpisces
#7
Chapter 6: Oooo....myungsoo adalah mangsa terakhir ke??? BTW syabas kepada authornim sbb hbiskan ff ni...tpi sy x puas baca
aquariusxpisces
#8
Chapter 5: Uuuuu....san at mendebarkan...
CrazzGurl
#9
Chapter 6: so cerite nie dri pengalaman la...