Jiran Baru?

Jiran Tengah Malam
Please Subscribe to read the full chapter

 

Bunyi alarm telefon pintar membingitkan ke telinga Luhan. Matanya yang berat dibuka perlahan lahan. Jam menunjukkan pukul 11:50 malam. Keadaan di luar masih gelap. Dia melakukan perkara malam seperti biasa dan hanya dilakukan setiap hari Isnin hingga Jumaat. Menonton drama romantik kegemarannya. Tinggal beberapa minit lagi sebelum rancangan kegemarannya ditayangkan. Sebelum itu, dia menuju ke dapur untuk mengambil snek kentang dan jus buah buahan dibawa bersama ke ruang tamu. Ibu masih outstation atas urusan kerja. Ayah pula kerja shift malam. Abangnya, Sehun sedang lena dibuai mimpi. 

 

Sedang syok menonton sambil menikmati snek itu, dia terdengar sesuatu dari luar. Dan terdapat cahaya samar samar dari tingkap sebelah televisyen. Sementara iklan masih berjalan di televisyen itu, dia mengambil kesempatan untuk menjenguk ke tingkap. Snek dan jus minuman itu diletakkan ke tepi. Dia menyelak sedikit langsir putih itu. Kelihatan ada beberapa orang sedang mengangkat barang barang berat ke rumah sebelah. Matanya membulat serta merta. Dia tidak menjangkakan ada jiran baru hari ini. Oh, dia baru ingat hari tu ayah pernah cakap yang ayah dengar ada orang dah beli rumah sebelah tapi tak tahu siapa. Pelik. Mereka baru sampai waktu tengah malam begini? Matanya melirik sekeliling mencari siapakah jiran barunya itu. Dengan sekelip mata sahaja dia berjaya menangkap orang itu. Dia yakin merekalah orangnya. Nampak seperti sepasang suami isteri dan seorang kanak kanak lelaki berdiri betul betul depan pintu. Tapi apa yang pelik, pakaian mereka bertiga itu serba hitam.

 

 

 

Tetiba mata mata mereka menangkap perlahan betul betul ke arah.....Luhan. Wajah mereka jelas putih. Bukan, sangat putih. Seperti pucat mayat. Dengan pantas dia menutup langsir itu. Tanpa sengaja, dia terduduk bersandar sambil tangan kanan mengurut dadanya terkejut. Melihat wajah mereka sudah cukup membuatkan jantungnya berdengup laju. Entah kenapa dia tiba tiba sahaja terasa takut. Mereka nampak.....lain. Dia menarik nafas berkali kali untuk menenangkan diri kemudian menyelak semula langsir tadi. Kelihatan mereka bertiga masuk ke dalam rumah dan sebuah lori yang mengangkat barang itu beransur pergi. Dia menutup semula langsir itu lalu mengeluh kecil. Tiba tiba dia teringat sesuatu. Ya, dia teringat akan rancangan kegemarannya. Tanpa membuang masa, dia terus duduk di atas sofa dan menyambung tontonan yang tergendala tadi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Roti disalut jem strawberry dikunyah pelahan sambil matanya merenung tingkap tak jauh darinya. Dilihat jelas tepi tingkap rumah sebelah masih belum dibuka. Pelik. Sekarang matahari dah naik. Jangan kata semua tingkap belum dibuka, tapi batang hidung mereka pun tak nampak. Sehun yang sedang menyapu jem pada roti perasan akan adiknya seperti termenung sesuatu. Lantas dia menepuk bahu adiknya lembut membuatkan lamunan dia terhenti.

 

"kau ni pehal Han? Termenung jauh macam pasni nak bakal dirotan cikgu je." soal Sehun dengan selamba.

"Bu...bukan." jawab Luhan gagap.

 

"Luhan, betul ke apa yang abang cakap tadi? kau kena dirotan?" muncul ayah tiba tiba.

"Tak..tak...tak...tadi..er...malam tadi..rumah tu..."

 

belum sempat Luhan meneruskan katanya, telefon ayahnya berbunyi. Ayah segera mengangkat phonenya itu. 

 

 

"Luhan, Sehun, mak nak balik malam ni!" ucap ayah gembira.

 

Senyuman kegembiraan terukir cepat setelah mendengar berita baik dari ayah. Ya, hampir seminggu mak keluar kursus kerja dan malam ni mak nak balik.

 

Sebelum dia berbasikal ke sekola

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
inspirebunny
END + my next door story?

Comments

You must be logged in to comment
Chiko_Miari #1
Chapter 6: Wahhh..bestnyaa..Sian luhan*sobsob
Tapi ending dia best Sgt..kikiki
Good Job authournim!!
youngminbfminwoo
#2
Chapter 6: Woooo, daebak
Kesian Luhan, nal nangis saya baca, dah lah tak de orang percaya dekat dia. T_T, sabar ea Luhan miracle was begining... hahaham memang best cra awak sampaikan
Chanlu_kaihun
#3
Chapter 8: Waaaaa hahahahaha. Daebakkk!
Shimmieh
#4
Chapter 6: Hahh!!!
Kita dah ingat!
Dulu kat tv7 ada cerita seram budak-budak. lupa dah tajuk apa tapi satu episode tu cerita pasal vampire.
Lepas tu pasal jiran awak tu, tiba-tiba teringat rumah banglo rm50.
0.0
Anyway, nice one.
^^
ExoLoveable
#5
Chapter 7: hrp2 kehidupan myungsoo tak macam luhan.. wuuuu dah lah sdh kehidupan dia .. melinang air mata sya ni... huhuhuhu new ff love you authornim !
aquariusxpisces
#6
Chapter 7: HAHAHAH XD i like it!!!
aquariusxpisces
#7
Chapter 6: Oooo....myungsoo adalah mangsa terakhir ke??? BTW syabas kepada authornim sbb hbiskan ff ni...tpi sy x puas baca
aquariusxpisces
#8
Chapter 5: Uuuuu....san at mendebarkan...
CrazzGurl
#9
Chapter 6: so cerite nie dri pengalaman la...