Past (PART1)

3 Hours with you....

Di tandas mandi lelaki

 

Jackson memasuki bilik mandi no.5, manakala Hee chul telah pun berada di dalam bilik mandi no.2, Jong hoon pula memasuki bilik mandi no.4.

 

Bilik mandi no.5, Jackson telah memakai sebanyak satu botol sabun mandi untuk menghilangkan bau tahi ayam di badannya. Tetap saja baunya ada, walaupun dia memakai pelbagai sabun mandi.

 

Bilik mandi no.2, Hee chul masih lagi menggosok giginya sehingga bau tahi ayam itu hilang dari mulutnya.

 

“kenapa tak hilang-hilang lagi bau ni....” Hee chul telah menggosok giginya sebanyak 12 kali.

 

Bilik mandi no.4, Jong hoon terus mandi setelah membuka baju sekolahnya. Bau baja tahi ayam itu masih melekat di badannya lagi.

 

“kau ok tak Hee chul??” tanya Jong hoon yang masih lagi mandi.

“tak...aku tak ok...mulut aku..n-ni..b-ber-bau..”sedih Hee chul berkata.

“pffftt!!” Jong hoon menahan ketawanya.

“Jong hoon!!! Aku dengarlah!!!” marah Hee chul.

“maaf...aku simpati pada kau...pffftt!!!! B-Bwahahahahaha!!” Jong hoon ketawa dengan kuat di dalam bilik mandi no.4

“Jackson!!! Tengok tu!! Jong hoon jahat!!!” Hee chul tersinggung dengan kelakuan Jong hoon

“pffffttt...aku pun turut bersimpati....”Jackson juga turut menahan ketawanya.

“yahhh!! Jong hoon!! Jackson!! Tak baik kau buli aku yang kasihan ini....” nada suara Hee chul yang mengalami stress.

“siapa suruh kau telan air baja tahi ayam tu...”Jong hoon memerli Hee chul.

“manalah aku tahu!! Dan aku bukan menelan air tu tapi tertelan! Tertelan!! Bukan sengaja!!”marah Hee chul yang masih lagi stress terlampau.

“hahaha...kau pulak Jong hoon..? kau ok hari ni??”tanya Jackson sambil mandi.

“a-aku ok...macam biasa..”jawab Jong hoon dengan nada biasa.

 

Di tandas mandi perempuan

 

Sunny dan Youngji baru sahaja habis mandi, kemudian memakai baju sekolah yang baru mereka ambil di loker tadi sebelum keluar dari bilik mandi mereka masing-masing. Hanya Ji eun sahaja yang masih lagi membersihkan rambutnya yang melekit.

 

“melekitnya rambut aku ni...grrrr!! Si hidung panjang!!!!” Ji eun mengutuk Jong hoon dengan suara kuat.

 

Tiba-tiba suara disebalik dinding dimana Ji eun berdiri menghadap cermin.

 

“aku dengarlah apa yang kau cakap!!!! Kaki dahlah pendek!!!!!” ejek Jong hoon.

“diamlah!!!!” marah Ji eun semula.

“hai’ih....korang berdua ni tak penat-penat ke?? Asyik bergaduh jee!!”Youngji meletakkan baju uniform sekolahnya yang kotor tadi ke dalam beg plastik untuk membawa ke kedai dobi nanti.

 

Sunny mengeluh kepenatan kerana muak dengan pergaduhan diantara Kumpulan Shines dan Darkest. Dulu dia berasa sakit hati dengan kumpulan Darkest kerana sebab-sebab tertentu tetapi sekarang ni, mungkin ini saatnya dia fikir lebih baik dia perlu bantu Ji eun dan Jong hoon berbaik semula seperti kekasih yang romantik seperti dulu. Dia datang ke arah Youngji, dia membisik ke telinganya. Mata Youngji semakin besar apabila mendengar sesuatu dari Sunny.

 

“Sunny...betul ke kau nak diorang berbaik semula...?”Youngji tidak fikir bahawa Ji eun dan Jong hoon akan berbaik semula.

“aku pasti kita berdua boleh lakukannya....”Sunny masih lagi tidak berputus asa dengan niatnya.

“m-mungkin kita boleh cuba....”akhirnya Youngji bersetuju untuk membantu Sunny.

 

Manakala ditandas lelaki, kumpulan Darkest sudah pun selesai membersihkan diri mereka. Ketika mereka hendak keluar dari tandas tersebut, Hee chul enggan keluar dari tandas mandi. Dia berdiri belakang pintu tandas. Jackson memaksa Hee chul keluar dari tandas mandi tersebut.

 

“keluar jelah!!!”Jackson menarik tangan kiri Hee chul.

“t-tak....nnnaaakkk!!!! M-mulut a-aku berbau lagiii!!” tangan Hee chul di sebelah kanan sedang memegang tombol pintu tandas dengan kuat.

“haduhai....”Jong hoon terus meletakkan tangannya di atas dahinya. Dia mengeluh.

 

Sunny dan Youngji keluar dari tandas, begitu juga dengan Ji eun. Mereka terserempak Kumpulan Darkest diantara pintu tandas perempuan dan pintu tandas lelaki. Hee chul yang keras kepala tadi, terus melepaskan tangannya dari pintu, begitu juga dengan Jackson. Jong hoon menatap wajah Ji eun, tangannya digenggam dengan kuat. Ji eun pula menatap wajah Jong hoon dengan penuh kebencian. Dia teringat kejadian lepas yang membuatkan dia rasa benci pada Jong hoon. Pembelot. Itu adalah perkataan yang berada didalam fikiran Ji eun terhadap Jong hoon.

 

1 tahun yang lepas

 

Ji eun sedang membeli 2 pasang baju panas di sebuah kedai baju yang menjual baju sejuk kerana tidak lama lagi musim sejuk akan tiba di Korea nanti. Sepasang baju sejuk berwarna merah dan sepasang lagi berwarna biru. Dia berjalan melewati beberapa buah kedai pakaian, kedai kasut dan pelbagai jenis kedai. Dipenghujung kedai terdapat sebuah cafe iaitu Enchanted Cafe, ia merupakan sebuah kedai yang sangat terkenal disekitar bandar Seoul. Makanan dan minuman disana amat menyelerakan.

 

Maka, Ji eun berjalan kegirangan menuju ke kedai tersebut. Semasa dia memasuki ke dalam cafe tersebut, tiada orang yang datang ke cafe tersebut kecuali sepasang kekasih yang duduk di meja sebelah tingkap, meja tersebut selalunya diduduki oleh Ji eun dan dia selalu melepak bersama kawan-kawannya, boleh dikatakan meja itu ialah meja kesukaannya. Ji eun berasa sedikit kecewa kerana tidak dapat duduk di sana. Lalu dia pun duduk di meja yang lain. Jarak diantara meja Ji eun dan meja pasangan kekasih itu hanyalah beberapa buah meja sahaja. Dia terlihat perempuan itu memegang tangan lelaki tersebut, Ji eun berasa malu untuk melihatnya lagi.

 

“ha’ih..budak muda zaman sekarang nii...”Ji eun memandang ke arah yang lain.

 

Walaupun Ji eun dapat melihat kelakuan sepasang kekasih itu dengan jelas, Ji eun tidak dapat mendengar dengan jelas tentang topik perbualan mereka. Apabila seorang pelayan datang membawa coffee yang dipesan oleh Ji eun, secara tidak sengaja pelayan itu terjatuh ke atas lantai lalu air coffee itu terkena pada kasut Ji eun.

 

“ahhh!! Kasut aku!!!” jerit Ji eun, dia terbangun dari kerusinya lalu mencangkung untuk melihat keadaan kasut kegemaran dia.

“m-maafkan s-saya...saya akan pergi ambil kain lap dekat dapur...t-tunggu kejap..”pelayan itu meminta maaf lalu berlari ke arah dapur.

“kau tak apa-apa” tanya lelaki itu yang sedang berlari menuju kearah Ji eun sambil memegang bahu Ji eun dengan lembut.

“b-bo???!!!” Ji eun menjadi kaku.

 

Wajah lelaki itu amat dia kenali, iaitu Jong hoon. Ji eun teringat bahawa dia melihat perempuan tadi memegang tangan Jong hoon dengan penuh prihatin, siapa dia? Itu difikirkan oleh Ji eun pada waktu ini. Dia juga teringat sejak kebelakangan ini, Jong hoon selalu menolak ajakan Ji eun untuk keluar bersamanya, mungkin sebab Jong hoon telah mempunyai orang lain disisinya.

 

“Jong hoon....? D-dia....”Ji eun berhenti menanyakan soalannya pada Jong hoon, matanya bergenang air mata. Tangannya menggigil sambil memegang tangan Jong hoon yang amat sejuk.

“K-kenapa ni?? Apa pun, biar aku hantar kau balik ke rumah..” muka Jong hoon menjadi risau dan agak panik.

“t-tak nak!!! D-dia!! Siapa dia?!!”Ji eun melepaskan tangan Jong hoon darinya lalu bangkit dari lantai. Dia menatap wajah perempuan itu dengan penuh kemarahan. “Jong hoon...siapa dia??” Ji eun berkata dengan penuh dingin.

“d-dia...dia..”Jong hoon tergagap apabila menjawab pertanyaan Ji eun. Dia menundukkan kepalanya. Dia berasa takut untuk memberi tahu sesuatu pada Ji eun.

 

Dengan reaksi Jong hoon seperti itu, Ji eun dapat merasakan itulah jawapannya. Itu mungkin kekasih Jonghoon. Ji eun mengambil begnya yang berada di atas meja lalu menatap wajah Jong hoon sebelum pergi.

 

“mulai hari ini...kita...tiada hubungan lagi...”Ji eun tersenyum kecewa, lalu berlari keluar dari cafe.

“J-Ji eun...NANTI!!!” Jerit Jong hoon, dia terus berlari keluar dari cafe, dia mengikuti Ji eun dari belakang. “Ji eun berhenti!! aku nak beritahu kau sesuatu!!”


A/N: sebenarnya chapter ini separuh daripada chapter yang asal sebab chapter asal terlalu panjang, saya terus bahagikan chapter asal kepada 2 bahagian. Dan chapter ni agak kelihatan serius.....m-maaf!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
minlee123 #1
Chapter 6: Kena baling dgn novel pun boleh berdarah ish ji eun ni jgn baca novel pembunuhan lagi
Minarine #2
Chapter 3: waahhh!!! JongJi couple....hehehehe
patutlah nama cita ni 3 hour with you!!
author-nim update soonnn!!
shin_mina #3
Wuu...cita nie best gilaa..lawak..keep update author-nim..!!