Boys Vs Girls

3 Hours with you....

Author POV

 

Di sekolah ini, jika Shines ter..serempak dengan Darkest...ia akan menjadi hal yang teruk!! Korang semua nak tengok? Jom kita lihat!!

 

Di kantin sekolah

 

“cepat!cepat! Jom pergi sana!! Rugi kalau tak tengok!!” seorang pelajar lelaki berlari menghampiri meja sahabatnya.

“kenapa??!!”tanya sahabatnya yang lain.

“ada pertarungan!!! Antara Shines dan Darkest!!” jawab pelajar lelaki itu.

“ye ke??!! Jom kita pergi tengok sekarang!!” semua sahabatnya bangun dari kerusi lalu meninggalkan meja makan dengan segera.

 

Ramai pelajar melihat pertarungan antara Shines dan Darkest di hadapan pintu masuk kantin. Dua kumpulan ini..lansung tidak mengucapkan sepatah perkataan lansung, hanya merenung tajam antara satu sama lain.

 

“gaduh!! gaduh!! gaduh!! gaduh!!” semua pelajar menjerit ka arah mereka.

“hmm....hari ini nampak lebih menyeronokkan!!” Jong hoon datang ke arah Ji eun selangkah demi selangkah sehingga hidung mereka berdua hampir bersentuhan.

“nak lawan?? hmmm..boleh jugak...” Ji eun menjawab dengan berani. Dia merenung tajam pada Jong hoon.

“hmm...di pintu luar sekolah??”tanya Jong hoon dengan tenang, dia terus menghampiri Ji eun sehingga bibir mereka hampir bersentuhan.

 

Ji eun menolak dada Jong hoon dengan menggunakan jari telunjuknya dengan perlahan-lahan.

 

“tak...di dewan sekolah....”Ji eun membetulkan bajunya, dia merungut. “habis baju aku nii..kotor..”

 

Jong hoon tersentak dengan perkataan dari mulut Ji eun tadi. Matanya yang hitam sepertinya sudah bertukar menjadi warna merah cili padi.

 

“a-apa?!kau fikir aku ni pengotor?!!!hmmppp!!!! Kita tengok sendiri!! Siapa menang dan siapa pulak si loser nanti!!” Jong hoon dan pengikutnya terus berjalan meninggalkan kumpulan Shines, Jong hoon dengan marah, dia sengaja melanggar bahu Ji eun dengan kuat.

 

Ji eun hampir terjatuh, nasib baik Young ji dan Sunny sempat menyambut kedua-dua belah bahunya sebelum dia terjatuh. Ji eun terus berdiri tegak semula.

 

“hei!!” Ji eun memusing ke belakangnya sambil melihat Jong hoon berjalan menuju ke kelasnya.

“maaf~” Jong hoon lansung tidak melihat ke belakangnya, dia hanya melambai tangannya sahaja.

“ggrrrr!!! Siap kau nanti!!!”Ji eun menghentak-hentak kakinya dengan kuat sekali. Dia menjerit lagi. “kyaaaaaa!!!!!!!”

 

Manakala, Kumpulan Darkest semakin hampir mendekati kelas mereka, dan mereka juga mendengar jeritan Ji eun.

 

“wow~ kuatnya suara si badut ni..” Jong hoon berkata pada Jackson dan Hee chul.

“agaknya..apa perlu kita bawa masa berlawan dengan Shines nanti??” tanya Jackson sambil memegang bahu Jong hoon.

 

Jong hoon memberhentikan langkahnya, begitu juga dengan Hee chul dan Jackson.

 

“pistol...”jawab Jong hoon sambil tersenyum sinis.

“aahh?! P-pistol??!” Hee chul dan Jackson terkejut apabila mendengarnya.

 

Sementara di kantin

 

Young ji dan Sunny sedang menghirup teh mereka masing-masing manakala Ji eun sedang meletakkan satu persatu gula batu ke dalam tehnya tanpa henti. Kemarahannya susah untuk surut dalam jangka masa yang panjang. Apa yang berlaku tadi masih lagi segar dalam ingatannya.

 

“ggrrrrhh!! Si hidung panjang!!!” Ji eun menghentakkan tangannya di atas meja makan.

“haiisshh...nanti-nanti je lah kau marah...baik kita fikir apa perlu kita buat masa berlawan dengan Darkest nanti..”Young ji mengeluh apabila melihat ketuanya yang masih lagi marah seperti budak 4 tahun.

“ha ah!! kita nak buat apa eh?? Kita ni perempuan, kita perlu bawa sesuatu untuk melindungi diri kita dari Darkest..” Sunny terus menghirup tehnya semula.

“kita bawa pistol...”jawab Ji eun

 

Sunny tersembur semula tehnya manakala Young ji terus terjatuh dari kerusinya apabila mendengar idea ketuanya yang tidak masuk akal.

 

Di dewan sekolah

 

Dua kumpulan berjalan masuk ke dalam dewan sekolah, hanya mereka sahaja di dalam dewan tersebut. Keadaan semakin tegang apabila masing-masing membawa beg yang berisi sesuatu didalamnya.

 

Jong hoon berjalan menghampiri Ji eun, kali ini Jong hoon mendekati Ji eun dengan jarak setapak kaki darinya.

 

“badut!!!” Jong hoon mengejek Ji eun.

“si hodoh!!!!” Ji eun membalas ejekannya pada Jong hoon.

“badut!badut!badut!!!!!”

“hodoh!hodoh!hodoh!!!”

“kaki pendek!!”

“hidung tu tak boleh pendek lagi ke!!”

“biarlah!!! Si kaki pendek!”

“badut!!”

“pendek!!”

“grrrr!!!”

“grrrrr!!!”

“kyaaaahhhhhhhhh!!!!!!!!!”

 

Mereka berdua mula menjerit dengan kuat bersama-sama seperti tengah berlawan ‘suara siapa paling kuat’.

 

“ha......ha.......ha.......ha........” mereka tercungap-cungap kepenatan selepas menjerit diantara satu sama lain.

“sudahlah!!! Kalau macam nilah!! memang tak ada pengakhiran...!!” Jong hoon mengelap peluhnya di pipi. Manakala Ji eun membetulkan bajunya supaya kelihatan lebih kemas semula.

“hmmp!!” mereka berjalan semula kearah sahabat mereka.

 

Nampaknya pergaduhan yang awal tadi telah berakhir dengan cara ‘warm up’ dan akan bermulanya pergaduhan luar biasa. Jong hoon bertanya pada Jackson tentang ‘pistol’ itu.

 

“semua complete, boss~” Jackson menunjukkan thumbs up pada Jong hoon

“Hee chul??”tanya Jong hoon.

“jangan risau, aku pasti aku dah letakkan semua benda tu dekat dalam benda ni..”ujar Hee chul sambil tersenyum.

“habislah kau...S.h.i.n.e.s.”Jong hoon tersenyum kemenangan.

 

Manakala Shines jugak sibuk untuk membuat strategi untuk menyerang Darkest. Selepas berbincang bersama-sama, mereka telah bersedia untuk menyerang.

 

“1! 2!........3!!!”masing-masing mengeluarkan pistol mereka, pistol yang mereka maksudkan ialah pistol air mainan. (macam budak-budak...kekeke~ ok sambung balik...)

 

Pistol air Darkest mengandungi minyak kelapa sawit, serbuk kopi arabica dan hirisan bawang putih, manakala Pistol air Shines mengandungi sabun tangan, baja tahi ayam dan sos cili. Seperti yang korang duga, Leader Shines mestilah lawan dengan Leader Darkest. Mereka berdua sudah pun menjadi gila kerana ingin mengalahkan pihak lawan mereka  masing-masing seperti orang yang telah dirasuk oleh askar jepun. Padah nampaknye ni...

 

Jonghoon Vs Ji eun        
Jackson Vs Youngji
Hee chul Vs Sunny

 

Ji eun menembak pistol airnya ke arah kepala Jong hoon tetapi tersasar ke bahu Jong hoon.

 

“b-baju aku??!! d-dan bau ni......bau tahi ayam??!! Ggrrrr!! Kau takkan TERLEPAS!!!” mata Jong hoon semakin besar dan merah. Dia tidak teragak-agak menembak pistol airnya ke arah Ji eun.

 

Dan ia tepat-tepat terkena rambut depan Ji eun. Campuran serbuk kopi arabica, hirisan bawang putih yang memedihkan mata dan melekit kerana minyak kelapa sawit.

 

“bu-busuknya!! r-rambut akuuu!!!! No more Miss Good lagi!!!!” Ji eun sudah naik gila, rambutnya yang lurus sepertinya dah nak terpacak macam rambut Goku dalam cerita dragon ball.

 

Ji eun menembak Jong hoon seperti orang gila sehingga Jong hoon terjatuh ke atas lantai. Jonghoon terkejut dengan kekuatan Ji eun walaupun badannya kecil. Jong hoon terus  menundukkan kepalanya dan dia tersenyum kecil, kenapa Jong hoon tersenyum? Ji eun mendekati Jong hoon yang masih lagi tertunduk diam. Ji eun berfikir Jong hoon ingin menyerah kalah.

 

“aku menang!!” Ji eun tersenyum bangga.

“heh! jangan harap!” Jong hoon tersenyum sinis lalu menembak pistol airnya pada skirt Ji eun.

“yaahhh!!!! Jong hoon!!!” Ji eun menjerit kemarahan.

 

Jong hoon terus bangun dari lantai untuk mengelak tembakan Ji eun yang seterusnya.

 

Manakala Jackson menembak Youngji dengan kuat tetapi Youngji sangat pandai mengelak tembakan Jackson. Ini membuatkan Jackson sakit hati.

 

“blewk~ tak kena~ hahahaha!!” Youngji ketawan keriangan.

“ggrrr!!!” Jackson menghentakkan kakinya kekesalan.

 

Jackson teruskan lagi untuk menembak Youngji semula dan akhirnya terkena pada lengan kiri Young ji. Jackson tersenyum lebar seperti joker dalam cerita batman manakala muka Youngji terkejut tidak berkata apa-apa.

 

“t-tadi...kau tembak..a-aku??!” Youngji tergagap-gagap semasa bercakap.

“kau buta ke?? Akulah yang tembak kau~ ada masalah ke?” Jackson berkata dengan tajam.

“kau memang dilanda masalah....” Youngji memandang ke bawah sambil mengenggam pistolnya dengan erat. “RASAKAN!!!”

 

Youngji menembak pistol airnya keseluruh badan Jackson. Jadi....bau tahi ayam pun terserlah di badan Jackson.

 

“ghokk!!ghokk!! Inikan bau tahi ayam?!! Busuknya!!!!” Jackson terbatuk-batuk lalu  menyepit hidungnya dengan jarinya sendiri.

 

Pada masa yang sama, Sunny menembak Hee chul tetapi tidak kena lalu Hee chul terus berlari menyorok dibelakang Jackson untuk mengelak serangan dari Sunny. Jadi...Jackson pun terkena tembakan dari Sunny beberapa kali. Bau baja tahi ayam pun semakin terserlah di badan Jackson.

 

“woi!! Apesal kau menyorok kat belakang aku!!!” marah Jackson.

“maaf~ wow!! Badan kau berbau busuk...err...bau ni macam...”Hee chul terfikir sejenak.

“TAHI AYAM!! Kau punya pasal, bau tahi ayam ni dah jadi lebih sejati dengan badan aku ni!” Jackson teriak kemarahan pada Hee chul.

“hahahaha~ kesiannya~” Sunny dan Youngji ketawakan pada Jackson dan Hee chul.

“diamlah!!!” Hee chul memarahi Sunny semula.

“hmp!! Jom kita lawan lagi!!” Sunny mengajak Hee chul berlawan semula.

“pfffft! Jangan nak buat lawak....” Hee chul terus mengacukan pistolnya ke arah Sunny.

“bye-bye~” Sunny terus menembak pistol airnya ke arah Hee chul secara tiba-tiba.

 

Slow motion

Mata Hee chul terbeliak dengan mulutnya berbentuk O, dia tidak sempat melarikan diri.

“H-A-B-I-S-L-A-H...A-K-U..” Hee chul berkata dengan slow motion.

Dan tepat-tepat air pistol itu masuk ke dalam mulut Hee chul dan dia terteguk air yang berbau baja tahi ayam. kesian mamat ni...

Normal motion

 

Hee chul berdiri kaku lalu memandang muka Sunny yang turut terkejut melihatnya. Sunny tidak sangka dia telah menembak pistol air tersebut terus masuk ke dalam mulut Hee chul.

 

“J-Jackson...t-tadi aku ter-telan a-air a-apa??” Muka Hee chul sangat terkejut sambil memandang muka Jackson yang juga turut terkejut.

“kau....minum...air...baja..tahi...ayam....” Jackson berterus-terang pada Hee chul yang masih lagi menerima shock yang berlebihan.

 

Youngji ketawa terbahak-bahak melihat muka Hee chul lalu dia ingin mengambil kesempatan untuk menembak Jackson tetapi....

 

“ATTENTION PLEASE!!!!” suara pengetua sekolah kedengaran diseluruh dewan sekolah ini.

 

Pergaduhan ini terberhenti secara tiba-tiba. Semua pistol dari enam pelajar terlepas dari tangan mereka kerana telah tertangkap oleh guru disiplin iaitu Cikgu Goo dan Pengetua Kim. Pengetua Kim dan Cikgu Goo pun berdiri didepan mereka. Kumpulan Shines berdiri sebaris, begitu juga dengan Kumpulan Darkest. Rambut Ji eun yang serabut dan berbau minyak kelapa sawit, lengan Youngji yang busuk dan bajunya hampir semua kotor, kasut Sunny disebelah kaki kanannya hilang manakala seluar Jong hoon terdapat banyak kotoran dan banyak terkoyak di sekitarnya seperti tarzan, badan Jackson yang terlampau busuk dan mulut Hee chul yang mengeluarkan bau busuk yang pelik.

 

“b-busuknya...bau tahi a-ayam ke??”Cikgu Goo menutup hidungnya, dia memandang kesemua pelajar.

“apa yang kamu semua buat ni!! Pergi bersihkan diri kamu!! Dan saya mahu kamu semua datang ke pejabat saya nanti!!!” marah Pengetua Kim.

“b-baik.....”mereka berenam menundukkan kepala mereka masing-masing lalu berjalan pergi.

 

Mereka berenam menuju ke loker masing-masing untuk mengambil baju sekolah yang baru di dalam loker mereka lalu berjalan menuju ke tandas mandi. Jong hoon terserempak Ji eun dihadapan tandas mandi. Mereka tercegat beberapa saat...tetapi Jong hoon baru sahaja tersentak dari lamunannya begitu jugak dengan Ji eun. Dia terus masuk ke dalam tandas mandi lelaki, manakala Ji eun memasuki tandas mandi perempuan.


hai!! saya JiiHan

apa pendapat para pembaca tentang cerita ni? berdebar pula nak tanya..

Dan saya ingin berterima kasih kepada para pembaca kerana sudi membaca cerita saya! ^_^ 

harap para pembaca menikmati cerita saya!! <3

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
minlee123 #1
Chapter 6: Kena baling dgn novel pun boleh berdarah ish ji eun ni jgn baca novel pembunuhan lagi
Minarine #2
Chapter 3: waahhh!!! JongJi couple....hehehehe
patutlah nama cita ni 3 hour with you!!
author-nim update soonnn!!
shin_mina #3
Wuu...cita nie best gilaa..lawak..keep update author-nim..!!