Protect You

3 Hours with you....

Di luar bilik Pengetua

 

Ji eun dan Jong hoon saling merenung tajam antara satu sama lain. Mereka masih lagi bergaduh. Tetapi perkara ini tidak bertahan lama. Kerana kehadiran seseorang.

 

“hmm....aku dah cakap, kali ni kau tak akan terlepas dari hukuman Pengetua Kim..” Woo bin menepuk bahu Jong hoon dari belakang.

“apa kau kata?!!” Jong hoon memandang Woo bin dengan tenungan yang tajam.

“err..relakslah~ aku datang bukan nak gaduh dengan kau cuma...ada sesuatu perkara nak bagi tahu kau...kenapa kau tak jumpa aku semalam?”Woo bin berdiri dihadapan Jong hoon, matanya yang gelap mengatakan ada sesuatu telah terjadi tetapi tidak boleh mengatakannya disini.

“emm...jom pergi..”Jong hoon berkata dengan lemah.

 

Jong hoon memandang Ji eun sebentar sahaja dengan penuh simpati sebelum dia meninggalkan tempat itu bersama Woo bin. Ji eun tercegat sesaat kerana pandangan Jong hoon tadi.

 

Ji eun kata pada dirinya sendiri. “t-tadi dia pandang a-aku ke?”

 

Ji eun masih lagi mengelamun seorang diri. Sunny dan Youngji tersenyum dari belakang Ji eun manakala Hee chul dan Jackson, riak wajah mereka berubah.

 

“t-tak mungkin....bukankah Jong hoon masih.....?”Hee chul tidak dapat meneruskan kata-katanya, muka Hee chul yang agak pucat dan bercampur rasa takut sedang  memandang Jackson.

“a-aku tak tahu...”Jackson tidak berani mengatakan lagi. Dia rasa risau terhadap Jong hoon.

 

Sunny yang terdengar perbualan dari Hee chul dan Jackson dari tadi, dia mula berasa curiga tentang perkara yang mereka bisikkan sebentar tadi. Adakah perkara ini berkaitan dengan hubungan diantara Jong hoon dan Ji eun??

 

Di kantin sekolah

 

Jong hoon dan Woo bin duduk bersama di meja yang berada ditepi tingkap. Permandangan di luar tingkap hanya dapat melihat suasana taman sekolah sahaja. Jong hoon hanya mendiamkan dirinya sahaja manakala Woo bin memberikan satu surat kepada Jong hoon.

 

“kau tak apa-apa? Aku tengok dari tadi..kau dan Ji eun bergaduh lagi...kau tak kisah kalau Ji eun terus membenci diri kau?” tanya Woo bin sambil menghirup latte coffee.

“tak, aku tak kisah pun...apa-apa pun, maaf sebab susahkan kau dan ayah kau je....”Jong hoon menundukkan kepalanya pada Woo bin.

“hmmm....bila kau nak pergi jumpa ayah aku??”tanya Woo bin.

“esok malam...sebab, mulai esok petang aku perlu jalani kelas tahanan selama tiga  jam...jadi aku tak boleh berjumpa dengan ayah kau pada waktu petang...terima kasih Woo bin...aku pergi dulu..”jawab Jong hoon lantas bangun dari kerusi lalu pergi meninggalkan kantin sekolah bersama surat tersebut.

 

Jong hoon POV

 

Aku berjalan menuju ke kelas aku, tetapi aku terserempak dengan Jackson dan Hee chul.

 

“asal tak balik ke kelas lagi?? Korang tunggu aku ke?”aku memberhentikan langkahku.

“Jong hoon...kau masih lagi ada urusan dengan orang tu ke?? Jawab soalan aku ni, Jong hoon!!”Hee chul memegang kolar baju aku dengan kuat.

“ggrrhh! K-kenapa..? Salah ke apa yang a-aku buat? Suka hati a-akulah..ghh!”aku hanya mengerang kesakitan kerana Hee chul masih lagi tidak melepaskan gengaman tangannya dari kolar baju aku.

“berhenti!!!”Jackson meleraikan pergaduhan antara aku dan Hee chul.

“berhenti?! Hmp!! J-Jong hoon...kenapa kau nak berkorban diri kau untuk perempuan misteri tu...kau bukan kenal dia..”suara Hee chul semakin perlahan dan cuba memandang diri aku.

“a-aku k-kenal dia...kau pun kenal dia j-juga..”aku hanya menunduk ke bawah setelah memberitahu perkara yang tidak sepatutnya aku sebutkan.

“a-apa?! S-siapa dia..?”tanya Jackson sambil mengambil beberapa langkah untuk menghampiri aku.

“lupakan...aku tak sepatutnya bagi tahu korang berdua...aku pergi dulu..” aku berjalan meninggalkan sahabat aku.

“tunggu!”kata Hee chul yang telah membuatkan langkah aku terberhenti. “kau maksudkan Ji eun ke?”

“tak...kau salah, bukan dia...”aku telah pun menjawab soalan Hee chul.

“kau tipu!”Jackson menganggap aku menipu mereka.

“suka hati koranglah!! Aku pergi dulu..”akhirnya aku dapat meninggalkan Hee chul dan Jackson dari situ.

 

love-quotes-breaking-down-walls1.jpg 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
minlee123 #1
Chapter 6: Kena baling dgn novel pun boleh berdarah ish ji eun ni jgn baca novel pembunuhan lagi
Minarine #2
Chapter 3: waahhh!!! JongJi couple....hehehehe
patutlah nama cita ni 3 hour with you!!
author-nim update soonnn!!
shin_mina #3
Wuu...cita nie best gilaa..lawak..keep update author-nim..!!