The Worst Day 1

3 Hours with you....

Author POV

 

Hee chul hanya mengeluh sahaja manakala Jackson berasa yakin bahawa perempuan yang dilindungi oleh Jong hoon selama setahun yang lepas ialah Ji eun.

 

Keesokan harinya

 

Seperti dikatakan oleh Pengetua Kim, Kumpulan Shines dan Darkest akan menjalani hukuman selama 2 bulan. Mereka akan ditempatkan didalam perpustakaan. Hanya mereka berenam sahaja yang berada di situ. Sunyi dan tiada orang. Jong hoon dan Ji eun hanya merenung tajam antara satu sama lain. Mereka duduk di meja yang sama yang berada dekat ditepi tingkap, manakala Sunny dan Hee chul duduk dimeja sebelah rak buku yang besar, Jackson dan Youngji pula duduk di meja yang bersebelahan kaunter pinjaman buku. Orang yang menetapkan kedudukan meja mereka ialah Pengetua Kim kerana dia ingin membuat Kumpulan Shines dan Darkest berbaik semula, supaya tidak menimbulkan masalah di sekolah lagi. Jika mereka enggan duduk bersama maka tempoh hukuman mereka semakin panjang. Itulah amaran yang diberikan oleh Pengetua Kim.

 

Jackson memandang Youngji yang sedang membaca buku. Dia teramat bosan, kerana dimeja itu hanya dia dan Youngji duduk bersama. Jackson sepertinya berfikir bukan-bukan semasa duduk disitu. Hatinya berdebar-debar apabila melihat Youngji membaca buku dengan diam, matanya yang berkilau macam harimau bintang dan bibirnya....amat menarik. Wow!! Nanti kejap, Jackson dah jatuh cinta pada Youngji ke??

 

“ehem!!”Youngji merenung tajam pada Jackson yang sedang memandang wajahnya.

“a-apa??!!”muka Jackson menjadi merah lalu dia cepat-cepat mengambil buku di tepi meja lalu membacanya tetapi buku tu kelihatan terbalik.

 

Youngji melihat keadaan Jackson yang kelam kambut itu, membuatkan dia tersenyum kecil. Apa yang difikirkan oleh Youngji sehingga dia tertawa kecil?

 

“err....Jackson...buku yang kau baca tu..terbalik..”kata Youngji sebelum dia menyambung membaca buku.

“ahhh!!”Jackson baru perasan bahawa dia telah membaca buku secara terbalik. Dia berkata dalam hatinya. “alamak!! Asal aku tak perasan buku yang aku pegang ni terbalik!! aduhh!!! Dia tahu ke yang aku tengah pandang muka dia masa tu!!”

 

Jackson berasa amat malu dan dia menutupi wajahnya dengan buku yang baru sahaja dia terbalikkan semula daripada memandang wajah Youngji.

 

Manakala Hee chul dan Sunny sedang memandang antara satu sama lain. Hee chul masih lagi teringat tentang Sunny menembak air baja tahi ayam itu ke dalam mulutnya. Dia tidak dapat memaafkan Sunny kerana berbuat demikian. Semasa mereka memandang antara satu sama lain, tiba-tiba Sunny memandang ke kirinya.

 

“oii!! Pandang muka aku!!”marah Hee chul tetapi suaranya tidaklah berapa kuat sangat.

“buat apa?! Nak tengok orang yang mulutnya berbau.....”belum sempat Sunny menghabiskan ayatnya, Hee chul memotong kata-kata Sunny.

“jangan cakap!! A-aku t-tak nak i-ingat tahi a-ayam tu lagi...”Hee chul tergagap-gagap apabila bercakap dengan Sunny kerana mengingatkan air baja tahi ayam yang berada dalam perutnya itu membuatkan dia rasa nak muntah.

“aku...”Sunny memandang wajah Hee chul dengan serius.

“aku kata jangan cakap!”Hee chul tidak membenarkan Sunny bercakap dengannya.

“aku...minta maaf...”Sunny akhirnya meluahkan perkataan ‘maaf’ pada Hee chul.

“huh?!”Hee chul dapat merasakan satu aura yang tidak menyenangkan disekitarnya. “a-apa yang k-kau cakapkan ni??”

“a-aku minta maaf sebab tembak air baja tu dekat m-mulut kau...”ucap Sunny, dia terus menundukkan kepalanya kerana merasa bersalah pada Hee chul.

“b-buat a-apa?!! Kau sengaja nak tembak aku kan!!”Hee chul berasa tidak senang hati lalu ketepikan perasaan itu lalu memarahi Sunny walaupun dia tiada niat nak berbuat begitu.

“a-aku t-tak sengaja....maaf..”Sunny terus menitiskan air matanya dipipi. “wuuu~”

“ahh!! A-asal kau n-nangis!! Kau perempuan!! Ahh! Macam mana ni!!!”Hee chul menjadi kelam kabut kerana ini merupakan kali pertama dia membuat perempuan menangis dihadapannya.

“mm-maaaff!!”Sunny ingin menangis dengan kuat, tetapi secara tiba-tiba Hee chul terus  menutup mulutnya daripada menangis dengan kuat.

 

Sunny terkejut melihat tindakan Hee chul. Cepat-cepat Hee chul melepaskan tangannya daripada mulut Sunny. Lalu Hee chul memberikan isyarat senyap kepada Sunny.

 

“err...aaa....mmmhhh...”Hee chul tidak tahu hendak menjelaskan sesuatu perkara untuk membuatkan Sunny supaya tidak menangis lagi lalu dia cuba menarik nafas untuk menenangkan dirinya kemudian dia mengatakan sesuatu pada Sunny. “a-aku maafkan k-kau..”

“b-betul ke??”Sunny mengelap air matanya.

“y-ya..asalkan...kau jangan n-nangis lagi...aku tak suka kau nangis..”ucap Hee chul dengan malu.

“emm!!”Sunny tersenyum riang sambil mengangguk kepalanya dengan semangat.

 

Saat Hee chul melihat Sunny tersenyum riang, dia terpegun apabila melihat kecantikan senyuman dari Sunny. Kali pertama Hee chul melihat Sunny tersenyum gembira seperti waktu ini. Dulu apabila dia bergaduh dengan Sunny, Sunny tidak pernah memberikan senyuman seperti itu tetapi hanyalah senyuman jahat.

 

Sunny berasa gembira kerana Hee chul sudi memaafkan dia. Tak sangka Hee chul seorang yang pemaaf, itulah tanggapan Sunny. Dia dapat merasakan Hee chul seorang yang pemalu juga.

 

“Hee chul....sudikah kau jadi kawan aku~”Sunny tersenyum riang sambil mempelawa Hee chul untuk menjadi kawannya.

“a-aku t-tak nak!!”Hee chul terus memandang ke arah lain, tetapi dalam hatinya berdegup kencang apabila mendengar pelawa Sunny. Dia berkata dalam hati. “aku...nak!!”

 

Bagaimana pula dengan Jong hoon dan Ji eun pula?

 

relationship-quotes-sayings.png

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
minlee123 #1
Chapter 6: Kena baling dgn novel pun boleh berdarah ish ji eun ni jgn baca novel pembunuhan lagi
Minarine #2
Chapter 3: waahhh!!! JongJi couple....hehehehe
patutlah nama cita ni 3 hour with you!!
author-nim update soonnn!!
shin_mina #3
Wuu...cita nie best gilaa..lawak..keep update author-nim..!!