Past (PART2)

3 Hours with you....

Semua orang melihat Jong hoon menjerit sambil berlari mendekati Ji eun. Dia berlari dengan cepat. Jarak diantara Ji eun dan Jong hoon semakin dekat. Apabila Jong hoon semakin hampir dengan Ji eun, dia cepat-cepat memegang tangan Ji eun. Aksi kejar-mengejar telah tamat, cuaca yang panas tiba-tiba mendung. Orang yang berada disekitar mereka tidak terlalu ramai orang. Ji eun memusingkan kepalanya menghadap Jong hoon. Mereka berdua menghadap sesama mereka. Keadaan menjadi sangat tegang dan terlalu berat untuk mereka ingin mengatakan sesuatu diantara mereka. 

 

“j-jangan pergi...jangan lagi...”Jong hoon memegang tangan Ji eun dengan erat.

 

Ji eun melepaskan tangannya dengan perlahan dari Jong hoon. Matanya berkaca-kaca menatap wajah Jong hoon dengan kecewa lalu menundukkan kepalanya semula kerana tidak ingin menunjukkan tangisannya.

 

“t-tadi....”Jong hoon ingin cuba memegang tangan Ji eun tetapi Ji eun mengelak dan bergerak selangkah kebelakang untuk menjauhi Jong hoon darinya.

“Jong hoon....kau dah dengarkan apa yang aku dah luahkan pada kau..” Ji eun bercakap dengan nada yang perlahan tetapi sudah cukup untuk membuat Jong hoon berasa sedih  apabila mendengar kata-katanya tadi. “pergi dari sini...”

“Ji eun...m-maaf....pasal h-hal tadi dan apa yang kau nampak tadi...a-aku tak dapat menafikannya..” Jong hoon menarik lagi nafasnya dengan panjang semula, sebelum berkata lagi. “tapi aku lansung tiada hubungan dengan dia..”

“semua penjelasan kau...tak ada lagi kaitan dengan aku....kita dah tiada hubungan lagi..” Ji eun melangkah pergi walaupun kakinya tidak ingin berganjak dari situ.

“t-tak...tak..j-jangan pergi...” pinta Jong hoon. Dia terus memeluk Ji eun dari belakang. “maafkan aku...”

 

Ji eun terkejut malah dia juga tidak ingin melepaskan pelukan dari Jong hoon.

 

“emm....Jong hoon....mari kita lupakan segala memori indah yang kita simpan selama ni...dan itu cara terbaik kita boleh berpisah dengan tenang...” Ji eun memegang tangan Jong hoon dengan erat sebelum meleraikan tangan Jong hoon dari terus memeluknya.

 

Jong hoon tergamam, adakah dia sudah bersedia untuk melepaskan Ji eun atau dia patut melakukannya. Pada masa itu, sepertinya waktu tidak bergerak apabila perkara ini terjadi di antara mereka. Mereka amat menghargainya setiap waktu berdetik, setiap waktu mereka bernafas dan setiap waktu mereka bersama.

 

“J-Ji eun...mari kita berpisah...” Jong hoon akhirnya meluahkannya. Dia memejamkan matanya kerana dia tidak sanggup mengatakannya pada Ji eun.

“ermm...” Ji eun memandang Jong hoon sambil tersenyum manis. Akhirnya dia tidak dapat menahan tangisannya lalu menangis seorang diri.

“Ji eun....”mata Jong hoon hampir mengalirkan air mata tetapi dia menahan air matanya mengalir kerana dia sepatutnya menjadi seorang yang tabah saat perkara ini terjadi.

 

Jong hoon terus memeluk Ji eun dengan erat sebagai hadiah terakhir untuk perpisahan mereka. Angin meniup dengan perlahan, tiba-tiba salji mula turun. Salju putih jatuh ke atas badan mereka. Cuaca semakin sejuk. Ji eun dan Jong hoon amat menyukai musim sejuk kerana musim sejuk ialah musim dimana mereka berdua baru menjadi sepasang kekasih. Tetapi musim sejuk kali ini, merupakan musim dimana mereka berdua perlu berpisah. Mereka melihat ke langit dengan rasa teruja. Mereka masih lagi memeluk antara satu sama lain. Mereka tidak ingin melepaskan pelukan masing-masing kerana mereka masih lagi teringatkan memori indah bersama-sama.

 

“indahnya....”Jong hoon tersenyum pada Ji eun.

“ermm...”Ji eun membalas senyumannya pada Jong hoon.

“mulai hari esok...kita berdua.......tiada lagi hubungan rapat macam waktu ni lagi...” Jong hoon memeluk Ji eun dengan erat lalu melepaskannya.

“Jong hoon....aku sukakan kau...”ucap Ji eun untuk kali terakhir.

“aku pun...”Jong hoon masih lagi menatap wajah Ji eun untuk kali terakhir sebelum meninggalkan Ji eun di situ.

 

Kini hanya tinggal Ji eun seorang diri berada ditaman tersebut. Salju putih semakin lebat turun di bandar Seoul.

 

Keesokan harinya, Ji eun dan Jong hoon, tidak lagi bersama seperti dulu. Mereka juga selalu mengelakkan diri mereka daripada bertembung disekolah atau di mana-mana sahaja. Lalu berlaku insiden yang agak kebudak-budakan iaitu mereka berebut roti custard kegemaran mereka dikantin sehingga mereka berdua bergaduh dengan cara mengungkit kisah cinta lama mereka dan akhirnya terjadinya kumpulan Shines dan Darkest. Mereka mula bermusuhan dan saling membenci antara satu sama lain. Mereka juga turut membuat moto hidup untuk tidak jatuh cinta lagi, selamanya...

 


Di dalam bilik Pengetua

 

“saya dah cakap berkali-kali!! Jangan buat hal dekat sekolah ni lagi!!”marah pengetua Kim. “buat malu tahu tak!!”

“m-maafkan kami..”mereka semua menundukkan kepala mereka pada Pengetua Kim.

“apa-apa pun! Kamu semua akan dihukum!!”marah Pengetua Kim.

“a-apa?!mana boleh Pengetua!!”Sunny membantah dengan kata-kata dari Pengetua Kim.

“Pengetua..tolong lepaskan kami...kali ni je~”Jackson membuat muka giyomi pada Pengetua Kim.

”tolonglah....jangan pernah kamu buat muka macam tu...takut malam ni saya termimpikan wajah kamu nii...”Pengetua Kim mengeluh kerisauan.

“aku dah pesan jangan buat muka macam tu......”kata Jong hoon pada Jackson.

“s-salah ke aku buat muka m-macam tu??”Jackson hanya tertunduk diam sahaja.

 

Hee chul hanya tertawa kecil sahaja. Seperti sebelumnya, Pengetua Kim selalu melepaskan mereka berenam daripada dikenakan hukuman tetapi kali ni, dia tidak mahu bertolak ansur lagi. Dia tetap ingin memberi hukuman kepada mereka semua.

 

“Pengetua...janganlah hukum kami bertiga~ kalau nak hukum, hukum kumpulan Darkest je..”Ji eun memuncungkan bibirnya supaya bibirnya kelihatan seksi.

“ahhh??!! Mana boleh macamtu!! Mana adil!!”marah Jong hoon semula sambil menghentakkan tangannya di meja Pengetua Kim beberapa kali.

“eleh!! Apa yang adil!!!”terus terang Ji eun sambil berdiri di hadapan Jong hoon.

 

Ji eun dan Jong hoon merenung antara satu sama lain. Sahabat mereka yang lain dapat merasakan terdapat kuasa jahat berada disekeliling Jong hoon dan Ji eun. Pengetua Kim juga turut takut melihat pergaduhan dingin diantara Jong hoon dan Ji eun. Mereka tidak berani untuk mendekati pasangan tersebut, takut diorang mengamuk macam angry bird nanti.

 

“hmmpp!! Kalau ditengokkan betul-betul, kau ni betul-betul pendek~ cuba tengok ni! Tinggi kau paras bahu aku je~”ejek Jong hoon yang masih lagi berdiri dihadapan Ji eun.

“diamlah!! Perempuan yang rendah macam aku selalunya dianggap comel, tahu tak?!!”Ji eun tidak mengaku kalah terhadap Jong hoon. walaupun Ji eun terpaksa mendongak kepalanya ke atas untuk merenung wajah Jong hoon.

“ppffftt!! Comel?? Siapa yang comel kat sini?? Tak nampak pun! Yang aku nampak kat hadapan aku adalah Zinger burger~”Jong hoon menganggap Ji eun sebagai Zinger burger.

“a-apa?! Zinger burger??!!!”terkejut Ji eun saat diejek oleh Jong hoon.

“Zinger burger....”Sunny menahan ketawanya saat membisikkannya pada Youngji.

“d-diamlah!!!”marah Ji eun.

“marah ke?? Permpuan tak boleh marah nanti cepat kerepot~”Jong hoon memerli Ji eun.

“diamlah!! Pakcik berhidung penyet macam gorilla dalam hutan!!!”Ji eun membalas serangan kepada Jong hoon semula.

“g-gorilla??”Hee chul dan Jackson cuba menahan ketawanya.

“yaahhh!! Hee chul!! Jackson!!”Jong hoon telah pun memberikan dua bijik penumbuknya pada Hee chul dan Jackson. 

“aa-awww!! S-ssakit!!”Hee chul dan Jackson hanya menahan sakit dikepala mereka masing-masing.

 

Mata Ji eun dan Jong hoon sepertinya bertukar menjadi warna merah semula. Jackson dan Hee chul cepat-cepat memegang badan Jong hoon supaya dapat mengelakkan Jong hoon daripada membelasah Ji eun. Manakala, Sunny dan Youngji turut memegang badan Ji eun supaya mengelakkan Ji eun daripada mencakar badan Jong hoon sampai berdarah.

 

Jadi, Sunny,Youngji, Heechul dan Jackson tiada pilihan lain untuk menerima hukuman dari Pengetua Kim kerana tidak sanggup melihat Jong hoon dan Ji eun bergaduh lagi. Mana tahu kalau hukuman yang diberikan oleh Pengetua Kim boleh membuatkan hubungan Jong hoon dan Ji eun menjadi erat semula.

 

“P-Pengetua..e-err..s-saya setuju untuk terima hukuman ni...” jawab Sunny dengan pasti dan dia masih lagi memegang Ji eun.

“a-apa??!! Kau dah kenapa Sunny??!!” Ji eun tidak menyangka bahawa Sunny bersetuju untuk menerima hukuman dari Pengetua Kim.

“s-saya pun akan terima..”luah Youngji.

“heh! Padan muka...”ejek Jong hoon pada Ji eun.

“saya pun terima hukuman ni!!” jawab Hee chul dengan pasti.

“a-apa?!!! Hee chul!!!!”marah Jong hoon.

“saya pun terima hukuman ni...”kata Jackson lalu memegang kepala Jong hoon dan membuatkan kepala Jong hoon tunduk kepada Pengetua Kim. “Jong hoon pun terima hukuman ni...” kata Jackson sambil tersenyum.

“J-a-c-k-s-o-n...siap kau nanti..!!”bisik Jong hoon di telinga Jackson sebagai amaran sebelum dia dilepaskan dari Jackson dan Hee chul.

 

Jackson, dia meneguk air liurnya apabila mendengar amaran daripada Jong hoon, tamatlah riwayatnya nanti. Ji eun pula amat marah pada Sunny dan Youngji kerana bersetuju  menerima hukuman dari Pengetua Kim. Saat Pengetua Kim melihat pergaduhan mereka tadi, dia hanya mengeluh sahaja. Tiba-tiba dia mendapat idea yang bernas cara untuk meleraikan pergaduhan antara Kumpulan Darkest dan Kumpulan Shines.

 

“hukuman kamu ialah kamu semua perlu menjalani kelas tahanan bersama-sama selama 2 bulan pada waktu habis sekolah, kamu semua juga tidak dibenarkan untuk meninggalkan sekolah selama 3 jam...” jawab Pengetua Kim dengan semangat.

“a-apa?!!!” jerit kesemua pelajar ini.


 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
minlee123 #1
Chapter 6: Kena baling dgn novel pun boleh berdarah ish ji eun ni jgn baca novel pembunuhan lagi
Minarine #2
Chapter 3: waahhh!!! JongJi couple....hehehehe
patutlah nama cita ni 3 hour with you!!
author-nim update soonnn!!
shin_mina #3
Wuu...cita nie best gilaa..lawak..keep update author-nim..!!