Between Those

Kai Is Jongin

Sehun melompat seperti kangaroo di belakang halaman sekolah bersendirian. Selama ini juga dia berada disitu,berseronok dengan diri sendiri ataupun dengan geng-geng yang lain. Apa dia buat,tiada siapa kisah.

 

“Oi,kangaroo terbiar”

 

Sehun mendongak dan melihat Soohyun diatas pokok dengan kaki dihayun-hayun. Sehun tersenyum lebar seperti mamat bodoh yang bahlul melihat gadis tersebut dengan wajah yang garang.

 

“Babe,you nak tunjuk you punya ke duduk atas pokok tu? You patut tunjuk dekat Kai aje,”Sehun menyilang tangan dan tidak lama kemudian ranting kayu mendarat diatas wajahnya.

 

“Oi setan,sakitlah. Kasarlah awek Kai ni,”Sehun mengusap wajahnya.

 

“Sorrylah oi,terkasar. Aku nak beritahu sesuatu yang penting ni,”Soohyun menarik bahu Sehun mendekati wajahnya. Cuba berbisik biarpun tiada sesiapa disitu.

 

“Aku tak nak beritahu kau,nampaknya aku terpaksa,”bisikkan Soohyun,bisikkan gadis tersebut membuatkan Sehun hampir naik gila. Jantungnya diradar yang tertinggi. Dia menolak bahu Soohyun.

 

“Tak payahlah berbisik camtu,tak stailo langsung. Apa yang kau nak cakap sangat tu?”

 

“Kai,sebenarnya hilang ingatan”

 

Terbeliak luas mata Sehun seperti bola pingpong. Dia menekup bahu Soohyun dengan laju dan terkebil-kebil. “Mamat tu hilang ingatan,how?”

 

“Guess what,dia gaduhlah. Ada bastard yang kerjakan dia dengan teruk sampai cedera parah camtu,Sehun..Kau takkan tak tahu”

 

Sehun sekadar mendiamkan diri seperti si bisu yang tidak reti bersuara.

 

“Dan satu perkara lagi,cikgu Kim sebenarnya mak Kai”

 

Sekali lagi Sehun terkejut dengan bibirnya ditekup. “Booo,aku dah tahu,kau sorang je tak tahu,”Sehun menjulingkan matanya keatas sambil ketawa.

“Apa? How can I don’t know??,”Soohyun membuntangkan matanya.

 

“Tu rahsia besar mamat tu”

 

“Apa-apa pun,buat masa sekarang..Aku paling percayakan kau Sehun..Sebab kau kawan baik Kai”

 

Sehun mendiamkan diri. “Bukan sebab kau memang percayakan aku?,”Sehun bersuara sendiri dengan hampa dan mendakap leher Soohyun.

 

“Faham. Jom masuk kelas,aku tak terasa nak ponteng,nak tengok camne Kai versi baru ni”

 

--

 

Waktu rehat dan segalanya amat asing bagi Kai. Mujur dia ada Soohyun disebelahnya. Setiap kali mereka berdua melalui koridor bersama-sama semua pelajar memandangnya. Apa dia sebenarnya?.

 

Biasanya mamat ni makan dekat luar sekolah atau order jajjangmyeon..Takkan aku nak suruh Kim Jongin buat macam tu,hmm. Beli roti dan lepak ajalah. Soohyun berpaling kearah Kai dan menyilang tangan.

 

“Kalau waktu rehat,kau suka makan roti. Roti cream strawberi,”Soohyun menahan ketawanya. Kai paling tak suka roti itu.

 

“Ohh,”Kai mengangguk-angguk.

 

“Tunggu kat sini,aku pergi beli”

 

Soohyun berjalan pergi kearah koperasi yang dipenuhi pelajar-pelajar. Kai tersenyum lebar melihat gadis itu. Dalam ramai-ramai gadis yang sedang membeli makanan disitu,dia paling terpikat mahu melihat gadis yang berambut perang yang menolak pelajar lain,iaitu Sohyun.

 

“Bro,jangan tenung Soohyun lama sangat,terkeluar biji mata. Wush,takde jual dekat black market,bro,”dia ketawa terbahak-bahak.

 

“Sehun,apa hubungan aku dengan Soohyun?”

 

Sehun berkedip-kedip mendengar soalan Kai yang buatnya diam sejenak. “Kau dengan dia kawan,”Sehun tersenyum lebar. “Dan,Soohyun ada sukakan seorang lelaki dekat sekolah kita ni”

 

“Siapa dia?,”Kai bertanya dengan penuh curiga.

 

“…Aku”

 

Kai terdiam. Entah mengapa dia merasakan itu bagaikan sebuah penipuan dan waktu seolah-olah terhenti. Dia,sejujurnya merasa menyampah dengan senyuman Sehun. Soohyun,suka pada..Sehun?.

 

“Kau jangan beritahu dia aku tahu yang dia suka aku,nanti malulah dia,an?,”Sehun meletakkan sikunya diatas bahu Sehun dan mengerling kearah Kai yang kelihatan kaku dan diam. Tidak lama selepas itu Soohyun tiba dengan roti yang diletak di dalam plastik dan dijinjingnya.

 

“Oi,Soohyun,”Sehun mengusap-ngusap kepala Soohyun sehingga berserabut rambutnya. Soohyun acah-acah menumbuk lelaki tersebut.

 

Kai yang memerhatikannya terasa pedih dan tidak berapa menyukainya. Dia benci melihat mereka berdua bersama,dia berasa berat hati mengetahui Soohyun menyukai Sehun,yang sebenarnya kawannya. “Aku tak patut simpan perasaan pada Soohyun,”bisiknya sendiri.

 

“Kai,kenapa tercegat situ,jom!,”Soohyun menarik pergelangan tangan Kai dan membawa lelaki itu kebelakang sekolah. Kai memerhatikan senyuman riang dari wajah Soohyun. Ya,dia tersenyum manis kerana Sehun bersamanya tadi. Kai kecewa,dia tidak mampu membuatkan Soohyun tersenyum manis sebegitu setiap kali bersama Sehun.

 

Kai terkelu. Bukankah sewaktu dihospital tempoh hari Sehun datang? Apa dia akan fikir waktu itu,sewaktu dia lihat Soohyun diusap kepala oleh dirinya?. Kawannya?.

 

“Aku buat benda tak bagus,aku perlu elakkan dari terusan buat perkara macam ni”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Schakiera
#1
Chapter 9: update please . cite ni best sangat2
Eli_Shane
#2
Chapter 8: wuuu kai dah start cemburu. i like it lol
thanks sebab update! Update soon~~
AJMato
#3
Chapter 7: Jdi bdak sentimental... Seyesly plot mcm neyh ssh nk cri dkt malay tag maybe cuma akk je yg bru buat.. Oh mohon update lps exam spm.. Gudluckk sis
syayu7
#4
Chapter 7: bila nk update ni?lamanya xupdate..huhu
ElSoon
#5
Chapter 7: Tak leh baca lh citer nie....asyik tersengeh je....jinjja daebak! Macam mana lah agaknya Kai menjalani hari2 dia dkt sekolah dengan hilang ingatan tu~
leyne_saranghae #6
Chapter 7: Keep update. Cite ni best... tak sabar baca chapter seterus nye
NisOT12exo #7
Chapter 7: Bnyknya part berulang ulang..
ain_dks #8
Chapter 7: Kenape ade satu part tu ulang dua kali. BTW ff awak memang DAEBAK. Palli update x sabar nak bace chapter yg seterusnya
NisOT12exo #9
Chapter 6: X fhm lh.. Tkkn ni hyde jekyll pula xD