Turn The Coin

Kai Is Jongin

Apakah ini semua orang,mengapa hanya satu komen untuk chapter 2? Aigo,tak best? Malaslah nak update -,-. Tapi saya mula sayang fanfic ni sebab saya dah terbayang satu-satu plot dan scenenya.Miahaha.

 

--

 

Sehun asyik mengekorinya sejak dia keluar dari rumah sehinggalah lagi beberapa belas langkah untuk sampai ke pagar sekolah. Entah apa masalah lelaki tersebut namun dia tahu,jika ada sesuatu yang mengganggu fikiran lelaki itu,dia akan mengekori seseorang yang ingin ditanyanya sehinggalah dia akan bertanya. Namun itu akan mengambil masa yang agak lama dan Sohyun tiada masa untuk diekori sepanjang pagi.

 

“Sehun,apa masalah kau?”

 

Sehun yang membuntuti gadis tersebut dari belakang tersentak dan terkebil-kebil lalu mengusap rambutnya yang berwarna putih. “Sohyun-ah,” dia menjilat bibirnya yang mulai kering. “Kai..Macam mana?”

 

Sohyun mengecilkan bibir dan menarik nafas dengan panjang. Rambut perangnya diselak oleh angin yang menempuh dan membuatkan Sehun yang memerhatinya sedikit teruja dan tersenyum. Perlu ke aku beritahu. Ini macam tak selamat untuk Kai walaupun Sehun adalah kawan yang rapat dengan Kai. Mamat ni bukan boleh guna pakai sangat. Sohyun mengangkat wajah dan matanya berpaut memandang Sehun yang terburu-buru mengalihkan anak mata dan berdehem.

 

“Kenapa sibuk tanya aku,pergilah tengok dia sendiri,huh,” itulah Sohyun. Menjawab dengan acuh dan tidak acuh. Dia sebenarnya malas nak fikir pasal Kai,pasal lelaki yang tak guna tu. Dia menghembus nafas dengan kasar dan meraup rambut yang menghalang pandangan kebelakang wajah. Serius,Kai yang tidak ingat apa-apa tentang dunia yang dia lalui untuk waktu ini amat bahaya. Dia mungkin dibawah ambang maut.

 

Sehun mengambil langkah disebelah Sohyun dan menyilang tangannya. “Sohyun,kau okay?”

 

“I’m ing okay”

 

“Okay I guess,” Sehun ketawa kecil dan menggeleng kepalanya.

 

Saat mereka memasuki selekoh,dari jauh sekumpulan pelajar lelaki yang memakai uniform yang berbeza sedang memerhati diri mereka. Tanpa pengetahuan mereka semestinya. Pelajar-pelajar lelaki tersebut mempunyai raut wajah yang menggerunkan dan ditangan mereka mempunyai putung rokok. Asap mengelilingi atmosfera dan bau yang tidak menyenangkan. Membuatkan orang yang lalu lalang tidak selesa.

 

“Mana mamat tak guna tu? Dah hampir seminggu lebih dia tak pergi sekolah,dah jadi pengecut?,” soal salah seorang dari mereka sambil menaikkan kening.

 

“Nazak? Atau terlalu gerun nak hirup udara di luar ni,” mereka semua ketawa. Saat itu,Sehun tertoleh kearah mereka. “Mmm,apa budak-budak tu buat dekat kawasan sekolah kita ek?,” Sehun mengerutkan wajah manakala Sohyun menyilangkan tangannya dan menggigit hujung bibir. “Kau kenal ke?”

 

Sehun menggeleng dengan wajah yang sedang keliru. Mungkin sedang memikirkan samada dia pernah melihat wajah-wajah tersebut ataupun tidak. “..Uniform sekolah tu pernah..Tapi,” dia menyengetkan kepala. “Wajah tu..Barely I know I think. But..Kai mungkin tahu,Kai banyak lepak disana..Lepak I mean..Yeah you know”

 

Sohyun menundukkan pandangan mata dan menggigit bibir dibahagian bawah dan menarik tangan Sehun. “Tak sedap hatilah,jom masuk cepat-cepat,” Sohyun menarik pergelangan tangan Sehun,dan saat itu,dua biji mata lelaki tersebut terbuntang luas dengan senyumannya yang ditahan.

 

--

 

“Maksud…Maksud Makcik Jung,tukarkan dia kepada seorang yang..Bertentangan dengan dirinya yang dahulu?”

 

Makcik Jung mengangguk laju dan menggenggam tangan Sohyun. “Makcik harapkan kamu,dan ini harapan Mama Jongin,” ujarnya dengan wajah yang membawa harapan yang besar. Yang dibenci oleh Sohyun. Dia benci.

 

“Boleh saya tanya,mana Mama Jongin?”

 

Soalan Sohyun menyebabkan situasi terasanya tegang dan kekok tanpa sebab. Tambahan pula dengan ekspresi wajah Makcik Jung. Sohyun mengusap belakang lehernya. Adakah soalan itu,soalan yang biadab?.  Sohyun memalingkan wajah dan menarik tangannya.

 

“Ada..Sebab..Dan..Jongin kehilangan memori merupakan kesempatan yang dikurniakan oleh Tuhan,ini adalah jalan yang terbaik untuk Kai”

 

Apa yang terbaik. Sohyun benar-benar tidak faham. Namun dia ada terfikir semalam. Jika Kai berubah mendadak menjadi manusia yang baik dan bukan seperti dirinya yang dahulu,apa akan terjadi?. Banyak akibatnya,banyak bagi Sohyun. Manusia lain mungkin mengambil kesempatan terhadap lelaki tersebut. Dan Sohyun tak nak lihat semua itu,dia tak nak.

 

“Sebenarnya,saya tak nak terlibat pasal hidup Kai,” Makcik Jung kelihatan terkesima waktu Sohyun berkata sedemikian rupa. “Saya bukan ada hubungan yang bagus dengan Kai dan saya tak nak kisah pasal hidup dia. Tak ada kena mengena dengan saya”

 

“..Pentingkan diri,kamu pentingkan diri,” Makcik Jung menahan air mata dari menitis. “Bagaimana kamu sanggup kata macam tu,” nafasnya tidak teratur. Sohyun yang memerhati mendiamkan diri. “Kamu tak tahu apa dia lalui sejak kecil..Dan..Nama dia Jongin,bukan Kai,” Makcik Jung beredar pergi. Kecewa dengan jawapan Sohyun. Namun gadis itu yakin,dia bukan begitu pentingkan diri,dirinya terluka kerana lelaki tersebut,bagaimana seseorang boleh mengharapkan dia untuk membantu manusia yang menghancurkan jiwanya?.

 

Dia merenung pintu bilik dari luar,dia pasti Kai berada didalam sekarang. Dengan rambut hitamnya yang panjang dan lembut dan senyumannya yang begitu berbeza. Dia bimbang dan dia benci apabila dia mempunyai perasaan bimbang terhadap seseorang. Dia bimbang jika Kai tidak mampu melawan semula musuh-musuhnya apabila mereka berkelahi di simpang jalan atau dilorong-lorong gelap.

 

Hembusan nafasnya yang kasar ditinggalkan dihadapan pintu,dia berjalan pergi. Dia tidak mahu melihat wajah lelaki tersebut. Kai akan keluar dari hospital pada hari lusa. Sohyun tidak tahu,samada dia patut muncul waktu itu atau belum.

 

“Sohyun!,” Kai merangkul pergelangan tangan Sohyun dengan tanpa dijangka. Gadis itu berpaling kebelakang,melihat lelaki itu bertongkat dengan senyuman yang kian lebar hari demi hari. Sohyun mengerutkan wajah dan lidahnya menjadi kelu.

 

“Saya tahu awak akan datang”

 

“Bye”

 

“Huh? Tapi kita belum berbual”

 

“Siapa nak berbual-bual dengan kau?”

 

“Sohyun?Hihik~,” Kai ketawa kecil dan Sohyun terdiam kaku. Dia tidak tahu,apa Kai yang dikenalinya rasa dan fikirkan sekarang. Namun dia masih melihat Kai yang sama sekarang. Kai yang kejam dan Kai yang sentiasa melukai dirinya.

 

“Sohyun,kalau awak tak nak berbual dengan saya okay,tapi..Temankan saya untuk sementara waktu,saya kesunyian”

 

Dan ya,Sohyun berada ditepi katil diatas kerusi sambil membelek majalah sekarang. Dia tidak mahu berpaut mata dengan Kai yang begitu jelas sedang memerhati dirinya sambil menongkat dagu. Entah apa yang begitu menarik perhatiannya yang selama ini langsung tidak diendahkan.

 

Kai memerhati hujung lengan kemeja sekolah Sohyun yang putih kemudian matanya menangkap kesan lebam dilengan gadis tersebut. Kai terkebil-kebil. Dia tidak mahu bertanya,mungkin itu tanda lahir. Dia mengangguk sendiri.

 

“Sohyun,awak macam model dalam majalah Mama yang saya terbaca,” Kai tersenyum manis dengan penjelasannya. Sohyun mengerdip-ngerdipkan mata berkali-kali sambil bibirnya mahu terlopong. Pipinya terasa sedikit panas. Terus dia memasamkan wajah dan menjeling geram. “Jangan cakap apa-apa”

 

“Okay,saya akan senyap”

 

“Bagus”

 

Sekejap. Tadi dia sebut nama aku,Sohyun. Banyak. “Kai,kau dah ingat ke..Siapa aku?”

 

“Siapa awak?”

 

“Kau tahu nama aku”

 

“Oh,itu..Makcik Jung beritahu,” Kai tersenyum lebar. Sohyun menjulingkan mata keatas dan mencebik bibir menyampah.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Schakiera
#1
Chapter 9: update please . cite ni best sangat2
Eli_Shane
#2
Chapter 8: wuuu kai dah start cemburu. i like it lol
thanks sebab update! Update soon~~
AJMato
#3
Chapter 7: Jdi bdak sentimental... Seyesly plot mcm neyh ssh nk cri dkt malay tag maybe cuma akk je yg bru buat.. Oh mohon update lps exam spm.. Gudluckk sis
syayu7
#4
Chapter 7: bila nk update ni?lamanya xupdate..huhu
ElSoon
#5
Chapter 7: Tak leh baca lh citer nie....asyik tersengeh je....jinjja daebak! Macam mana lah agaknya Kai menjalani hari2 dia dkt sekolah dengan hilang ingatan tu~
leyne_saranghae #6
Chapter 7: Keep update. Cite ni best... tak sabar baca chapter seterus nye
NisOT12exo #7
Chapter 7: Bnyknya part berulang ulang..
ain_dks #8
Chapter 7: Kenape ade satu part tu ulang dua kali. BTW ff awak memang DAEBAK. Palli update x sabar nak bace chapter yg seterusnya
NisOT12exo #9
Chapter 6: X fhm lh.. Tkkn ni hyde jekyll pula xD