Your Answer

Kai Is Jongin

“Eh…Kai?”

 

Kai mengerutkan dahi dengan tangannya yang menggenggam tin kopi sejuk dengan mata terkebil-kebil. “A-Awak kenal saya?”

 

“Kenal?..Kita satu sekolah. Kenapa awak ada dekat ho-Oh,saya lupa,awak terlibat dalam kemalangan..”

 

“Awak datang sini untuk melawat saya?”

 

“Tak..,” dia tersenyum kekok. “Melawat awak..Itu macam….Saya datang sini nak melawat sauradara saya”

 

--

 

“Boo!” “Eh..Kau menangis?,” Sehun menjongketkan kening. Sohyun bangkit dari baringnya dan menggeleng pantas dan mengesat peluh dileher dengan tualanya. “Apa kau buat dekat sini?”

 

“Aku dengar ada match malam ni”

 

“Match bukan dekat sini”

 

“Aku tahu,” Sehun tersengih malu. “Apa kau buat dekat sini dalam gelap?”

 

“Main tepuk amai-amai dengan punching beg”

 

Sehun ketawa terbahak-bahak. “Omo,Sohyun kita main tepuk amai-amai duh,tak sangka,” dia menekan perut dan menenyeh hidungnya. Sohyun menggeleng laju dan membawa langkah kearah bangku dan membuka kipas eletrik,membiarkan peluh kering dengan angin yang menyerbu dirinya.

 

“Sehun,kau ada melawat Kai hari ni?,” soalan Sohyun membuatkan Sehun terkinja seketika dan tersenyum. “Ha’ah,mana kau tahu..Aku ingat kau tak sedar. Mamat tu beritahu kot”

 

“Jadi..Kau datang waktu aku adalah..Kau tak masuk k- Sohyun mengerutakan kening. Mungkin Sehun ialah lelaki yang Kai cakapkan tersalah masuk bilik tu. “Kenapa kau tak masuk?”

 

Sehun mengusap belakang lehernya dan mengangkat kedua belah bahu kemudian wajahnya seperti sudah memperoleh jawapan. “..Aku tak nak ganggu kau dengan Kai”

 

“Ganggu? Pfft,pelik cara kau cakap macam tu,” air mineral diteguk lalu bibirnya diseka dengan hujung ibu jari. “Apa yang pelik,” Sehun mengeluh panjang dan membawa dirinya duduk diatas bangku bersebelahan Sohyun dan menyandarkan badannya pada badan bangku dan melebarkan lengannya diatas bahu bangku.

 

“Peliklah”

 

“Tak ada yang pelik,” Sehun melihat kearah siling. Seolah-olah siling putih tersebut melayarkan ulang tayang apa yang dilihatnya. Dia nampak Kai mengusap kepala Sohyun dengan begitu lembut. Sehun menggaru-garu hujung cuping telinga dan berpaling melihat kearah Sohyun yang sedang menyilang tangan sambil merenung lama punching beg dihujung sana.

 

“Sohyun..Kau masih ingat kali pertama kita jumpa?”

 

“Mestilah..”

 

“Sure?,” Sehun menjongketkan kening kiri lalu Sohyun mengangguk laju. “Dalam kelas..2-3..Kau duduk sebelah aku,mula-mula aku fikir kau ambil dadah atau something”

 

“Dadah? Kenapa plak? Hei,aku bukan budak yang jenis makan pil ah”

 

Sohyun ketawa dengan matanya  terpejam. “Waktu tu..Kau macam kurus kering gila dan..Kau macam tak cukup tidur”

 

“Cis,cakap ajalah aku tak cukup tidur..Ni tuduh aku main dadah plak,panaslah aku,” Sehun mencebik bibir.

 

“Lah,marah plak…Aku gurau je kot..”

 

“Gurauan kau kasar,ah malas aku lepak dengan awek Kai yang tak reti bersosial ni,heh”

 

Sehun membawa dirinya beserta jaket varsiti yang dipaut pada jari diatas bahu. Sohyun tersengih dengan Sehun yang kononnya merajuk membawa diri. Pelik.

 

Sehun menghidupkan enjin Motorbikenya dan menyarungkan topi keledar dikepala dan mengeluh panjang. Wajah pilu dan hampanya tidak dapat dilihat oleh sesiapa disebalik topi keledar bewarna hijau dengan corengan hitam ini. Dia bukan merajuk atau terasa dengan kata-kata Sohyun. Tidak. Tapi dia hampa apabila Sohyun tidak memberitahu saat yang benar-benar kali pertama mereka bertemu. “Ah..Apa aku expect kan..Waktu tu..Bukan dia dapat cam muka aku,” dia mengeluh dan menarik nafas panjang. “Tapi aku dapat cam dia..Dengan..Dalam waktu lima saat”

 

--

 

“Makcik Jung,Mama tak datang?,” soal Kai sambil membetulkan jaket varsiti pada badannya. Rambut hitamnya yang panjang diraup kebelakang. Dia ada terfikir untuk potong rambutnya supaya kelihatan lebih kemas dan pendek. Entah bagaimana dirinya yang dahulu suka menyimpan rambut panjang sebegini.

 

Makcik Jung tersenyum kaku dan menutup zip beg milik Kai dengan mata yang melilau sejenak kearah segenap ruang. “Mama Jongin..Sibuk,dia ada kerja. Okay?”

 

Kai mengangguk. “Okay,faham,” Kai menjinjing bagasinya dan selain Mamanya,dia masih menunggu seorang lagi untuk datang. Ya,Sohyun. Dia sengaja melambatkan pergerakkannya. Sejak kelmarin,jika ditanya pasal Sohyun,Makcik Jung tidak menjawab soalan dia. Dia tidak punya kekuatan untuk bertanya wanita tersebut samada Sohyun akan datang atau tidak.

 

Sewaktu tombol pintu bilik dipulas dan daun pintu terbuka,dia dapat lihat Sohyun yang baru sahaja tiba dengan termengah-mengah. Gadis itu yang sedang berpaut pada kepala lutut sambil menarik nafas mendongakkan wajah. “Sohyun,” Kai tersenyum manis dan mengerling kearah Makcik Jung yang seolah-olah sedang membaca ekspresi wajahnya.

 

“Hmm,Makcik tak fikir kamu akan mahu terus pulang ke rumah..Kan?”

 

“Hah?,” Kai terkebil-kebil. Sama juga seperti Sohyun. Makcik Jung mengambil beg yang dijinjing oleh Kai dan menghadap kedua anak muda tersebut. “Jongin,Mama kamu akan datang lewat petang nanti..Kamu mesti bosan duduk dirumah aja..Sohyun,kamu bawalah Kai jalan-jalan ambil angin. Makcik balik bawa beg ini dulu,masakkan makan tengahari dulu,okay? Bye,” Makcik Jung melambai-lambai tangan dan beredar pergi dengan tawa yang terkekek-kekek.

 

Sohyun terbuntang luas mata mendengar apa yang diujarkan oleh Makcik Jung sebentar tadi. Hah? Bawa Kai jalan-jalan ambil angin? Adakah itu berisiko tinggi? Bagaimana jika..Geng-geng yang selalu gaduh dengan Kai muncul? Kai kemungkinan besar sudah lupa cara bertaruh dan menumbuk. Sebab,Kai yang kini begitu berbeza.

 

“Apa yang awak fikirkan?,” soal Kai sambil tangannya dipaut pada bahu kanan Sohyun. Gadis itu menggeleng dan berjalan maju dihadapan. “Marilah,” Kai tersenyum meleret dan membuntuti gadis tersebut dari belakang dan memerhati rambut perang yang panjang milik Sohyun.

 

“Saya rasa…Ini kali pertama saya nampak awak pakai baju kasual”

 

Sohyun berpaling kebelakang. Lelaki itu tersenyum. “Hah?”

 

“Biasanya..Awak datang melawat dengan pakai baju sekolah. Awak nampak cantik”

 

“Ehem,” gadis itu berdehem. Cuba meleraikan rasa malu dan pipinya yang mulai rasa panas. “Apa kau mengarut ni,” Kai ketawa terkekek-kekek. “Saya ada terfikirkan sesuatu. Saya nak potong rambut. Saya tak suka rambut yang panjang ni,” ujarnya dengan mata yang bundar. Bibirnya yang mencebik sambil jari-jemarinya yang diselit pada hujung rambut hitamnya. Sohyun memerhatinya dengan penuh tekun sehingga dia sendiri terleka akan setiap aksi yang dipamerkan oleh lelaki tersebut.

 

“Boleh?”

 

“B-Boleh..” “Awak nak sentuh rambut saya?”

 

“Hah?,” dua biji matanya terbeliak luas mendengar soalan Kai. “Atau..Awak nak hidu rambut saya?”

 

“Apa kau mengarut ni!”

 

“Hahaha,” Kai senang melihat tindak tanduk gadis tersebut.

 

--

 

Kai melihat dirinya sendiri melalui pantulan cermin dihadapan figuranya didalam kedai gunting rambut. Sohyun disebelah kerap mengerling kearah lelaki tersebut yang menyentuh hujung rambut dengan senyuman yang puas. “Okay tak,Sohyun?”

 

“Rambut kau,kau fikirlah sendiri,” Sohyun memalingkan wajah dan perlahan-lahan menahan senyumannya dari menjadi kian lebar. Dia..Dia nampak comel..Comel sangat.

 

“Wah..Kamu berdua pasangan kekasih ke?,” soal si tukang gunting rambut dengan senyuman yang lebar sampai ke hujung telinga. Kai tersenyum-senyum dengan matanya melirik kearah Sohyun yang mengkaku. Gadis itu perlahan-lahan menggerakkan anak matanya kearah lelaki tersebut yang tersengih memaparkan gigi. Seolah-olah menantikan jawapan dari tubir bibir gadis itu.

 

“Tak..Kami kawan aja,” Sohyun berjalan keluar dari kedai gunting rambut tersebut,Kai terkebil-kebil membayar kepada si tukang gunting rambut yang menyoal tadi. “Eyyy..Dia malu tu..Ke..Kamu berdua ni masing-masing punya perasaan..Belum diluahkan?”

 

Kai mengusap belakang kepalanya dan mengangkat kedua belah bahu. “Jawapan saya..Bergantung pada jawapan dia,terima kasih Encik,” dia bergegas keluar dari kedai gunting rambut tersebut dan membuntuti Sohyun yang berjalan maju dihadapan sambil menyilang tangan.

 

Sohyun menggigit hujung bibirnya. Jauh didalam sudut hatinya,dia mahu tahu apa akan menjadi jawapan bagi Kai yang dikenalinya dahulu,bukan Kai yang kehilangan memori. Adakah Kai akan tersenyum selebar itu? Adakah Kai akan memperkenalkan dirinya sebagai teman wanitanya pada umum. Dunia. Dia melirik kearah Kai yang sedang menahan sinaran mentari dari menyinari matanya yang menyebabkan matanya menjegil.

 

Adakah dia masih ingat siapa dia,siapa aku,siapa diri aku bagi dia,siapa dia bagi aku?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Schakiera
#1
Chapter 9: update please . cite ni best sangat2
Eli_Shane
#2
Chapter 8: wuuu kai dah start cemburu. i like it lol
thanks sebab update! Update soon~~
AJMato
#3
Chapter 7: Jdi bdak sentimental... Seyesly plot mcm neyh ssh nk cri dkt malay tag maybe cuma akk je yg bru buat.. Oh mohon update lps exam spm.. Gudluckk sis
syayu7
#4
Chapter 7: bila nk update ni?lamanya xupdate..huhu
ElSoon
#5
Chapter 7: Tak leh baca lh citer nie....asyik tersengeh je....jinjja daebak! Macam mana lah agaknya Kai menjalani hari2 dia dkt sekolah dengan hilang ingatan tu~
leyne_saranghae #6
Chapter 7: Keep update. Cite ni best... tak sabar baca chapter seterus nye
NisOT12exo #7
Chapter 7: Bnyknya part berulang ulang..
ain_dks #8
Chapter 7: Kenape ade satu part tu ulang dua kali. BTW ff awak memang DAEBAK. Palli update x sabar nak bace chapter yg seterusnya
NisOT12exo #9
Chapter 6: X fhm lh.. Tkkn ni hyde jekyll pula xD