Knowing The Fact

Kai Is Jongin
Mereka berdua berjalan beriringan. Tipulah jika hati Sohyun tidak diulit perasaan yang gementar dan penuh dengan teruja. Kai yang baru ini,sedikit sebanyak membuatkan hatinya lemah dan tidak berdaya. Dia benci perasaan ini namun hakikatnya,hatinya melonjak kegembiraan. Dalam waktu yang sama,hatinya yang terluka tidak mahu dirawat lagi. “Lain kali kalau orang cakap macam tu,buat bodoh aja,” Sohyun menyilang tangannya dan mencebik bibir.
 
Kai menjongketkan kening mendengar apa yang dikatakan oleh Sohyun dan menjegilkan matanya. “Kenapa?,” soalnya.
 
“Buat ajalah,bukan susah pun”
 
“Tapi saya..Saya rasa macam susah..Saya rasa ada yang istimewa antara saya..Dan…
 
Sohyun kaku mendiamkan diri,wajahnya beku. “Kita dah sampai”
 
“Sampai?,” Kai melihat dihadapannya,sebuah bangunan tinggi. Apartment. Kai menjongketkan kening. “Saya tinggal disini?,” apabila Kai bertanya sebegitu,Sohyun mengangguk dan menghembuskan nafas dengan panjang. “Tapi…Ini bukan rumah saya,” ujarnya dengan wajah yang keliru.
 
“Apa?,” Sohyun terbeliak mata. Dia pasti,inilah rumah Kai. Kai pernah memberitahunya. “Kai..Kau hilang ingatan”
 
“Tapi saya pasti ini bukan rumah saya,memori yang saya masih ada sekarang,tak dapat kesan rumah ni”
 
“Kau pindah rumah,maybe. Who kno-
 
Bunyi isyarat mesej mengejutkan kedua mereka. Lantas Sohyun menyeluk tangannya kedalam poket seluar dan membuka skrin telefon. Mesej daripada Makcik Jung.
 
[Makcik lupa nak beritahu alamat,tetapi Makcik berada di pasaraya sekarang,beli barang dapur untuk masakkan makanan tengahari. Sohyun bawalah Kai jalan-jalan dahulu]
 
Tidak lama kemudian Makcik Jung menghantar lokasi rumah,Sohyun mengerling kearah Kai. Betul,alamat yang diberikan bukan disini. Jadi,adakah selama ini Kai hanya menipu akan alamat rumahnya? Ah,Sohyun tidak mahu kisah. Mungkin ada sebab. 
 
“Jomlah,pergi rumah aku”
 
“Rumah awak?,” Kai mengangkat dahinya lalu tersenyum lebar.
 
Dalam ketidaksedaran itu,beberapa remaja lelaki sedang memerhatikan mereka dari jauh dengan asap rokok berkepul-kepul diudara. “Boss,nampaknya Kai dah keluar dari hospital”
 
--
 
Ibu dan Kakaknya tiada di rumah,lega. Baguslah,jika tidak apalah yang mereka akan kata. Jauh disudut hatinya,dia bimbang juga akan pandangan kedua insan tersebut,walaupun hakikatnya,semuanya sudah hodoh dimata mereka. Kai melihat segenap ruang tamu dengan wajahnya yang terkebil-kebil. “Rumah awak cantik,Sohyun,” pujinya dengan sebuah senyuman yang lebar.
 
Sohyun tersenyum kekok dan menarik pergelangan tangan Kai menaiki tangga menuju masuk ke kamar. Kai yang memerhati tangannya digenggam erat oleh Sohyun tersenyum lebar. Daun pintu ditolak,dimasuki oleh dua remaja tersebut. Seusai pintu bilik ditutup,mereka berdua menuju kearah sofa. Sohyun terfikirkan sesuatu,dia mengambil album sekolah dan menghulurkannya kepada Kai.
 
“Apa ni?,” lelaki itu mengambilnya dan menyelak satu persatu helaian muka.
 
“Album sekolah,cubalah ingat nama classmate dan nama geng kau”
 
“Geng?”
 
Sohyun tersenyum senget. Entah bagaimana dia mahu menerangkan kepada Kai yang begitu naif dan bendul buat ketika ini. “Yeah,geng..Kawan?,” dahi Kai terangkat mendengar jawapan Sohyun. “Saya ada kawan? Tapi kenapa diorang tak datang melawat?,” soalnya lagi. Sumpah,Sohyun begitu malas mahu menjawab soalan-soalan dari tubir bibir lelaki tersebut.
 
“Sebab,kau memang tak suka orang datang melawat kalau kau sakit..Dekat rumah,hospital. Jadi mereka akur,” Sohyun menjawab sambil melabuhkan punggung disebelah Kai. “Mari sini aku belekkan,” Sohyun membelek helaian muka surat,mencari gambar-gambar rakan sekelas sambil menggigit bibir dibahagian bawah. Kai yang memerhati terdiam kaku dengan bibirnya yang semakin lama membentuk.
 
“Ni..Tengok,ni muka kau,” Sohyun menunjukkan gambar Kai dengan jari telunjuknya. Lelaki itu terangguk-angguk.
 
“Ini Sehun,kawan baik kau sejak menengah rendah,” ditunjuknya pula gambar lelaki yang berambut putih dengan kulit wajah putih pucat serta hidung mancung dan juga bibir kecil yang merah merekah. Kai membentukkan bibirnya dengan bentuk O. “Dia kacak”
 
“Pfftt,” Sohyun ketawa terbahak-bahak sambil menumbuk-numbuk pahanya. Kai tidak tahu apa yang lawak sangat,namun setiap kali gadis itu ketawa,dia merasakan dia melakukan sesuatu yang sangat besar dan membanggakan. “Kenapa? Kenapa awak gelak?”
 
“Seriously,kalau Sehun dengar sekarang mesti dia menangis tergolek atas lantai,I mean kau tak pernah puji dia hensem keapa..Aduyai,lawaklah…Apa ka-
 
Mata Sohyun terbuntang luas apabila lelaki itu mendaratkan bibirnya keatas dua kuntum bibir miliknya. Lelaki itu memejamkan mata dengan kucupan yang berbaur senyuman. Sohyun mendiamkan diri dengan matanya yang terkebil-kebil. Lantas dia menolak tubuh lelaki itu dengan darah yang sudah menyerbu pada wajahnya.
 
“Kenapa..Kau cium aku?”
 
“Saya..Saya rasa saya nak cium awak”
 
“?”
 
“Haha,maafkan saya,” lelaki itu mengusap belakang lehernya dan menyibukkan diri melihat wajah-wajah rakan sekelas yang cuba diingatinya. “Hei…,” Kai menoleh wajahnya. “Kita..Kawan aja ke?,” soalnya dengan wajah yang lembut. Sohyun terasa seperti ada sesuatu yang menghalangnya untuk bersuara. 
 
“Ya,kawan,” jawabnya dengan wajah yang kosong. Betul,mereka dah tiada hubungan sebagai kekasih. Jadi,mereka kawan,bukan?. Kai mengangguk laju. “Entah mengapa,saya rasa sangat sangat nak peroleh memori saya semula,saya nak tahu memori kita berdua,” dia tersenyum.“Maaf..Kawan..Tak sepatutnya kucup kawan,” ujarnya dengan hampa.
 
“Tak,jangan ingat,jangan cuba ingat,” Sohyun berbisik sendiri.
 
“Oh,perempuan ni,” jari Kai diketuk-ketuk diatas gambar seorang gadis,membuatkan Sohyun mengerutkan kening. Wendy.
 
“Kenapa? Kau..Ingat dia?”
 
“Tak,hari tu saya terserempak dengan dia di hospital..Jadi,nama dia Wendy?”
 
Sohyun mengetap bibir dan menutup album gambar. “Jangan bercakap pasal dia,okay?,” Sohyun meraup rambutnya kebelakang. Kai yang memerhati mendiamkan diri. Apa yang terjadi antara Sohyun dan Wendy?.
 
---
 
Sepanjang perjalanan,mereka tidak berkutik mengaturkan mana-mana perbualan. Hanya bunyi deruan angin serta kereta yang lalu lalang menjadi penghias latar. Serta bunyi nafas mereka yang hampir tidak kedengaran dek ditenggelami oleh latar. Sesekali Kai mengerling kearah Sohyun,sesekali gadis itu mengerling kearah Kai.
 
“Nampaknya kita..Dah sampai,” Sohyun terkebil-kebil. Jadi,disini selama ini Kai tinggal? Mengapa dia tipu alamat dia? Sohyun menoleh kearah Kai yang sedang memerhati dirinya. “Kenapa?,” soal lelaki tersebut dengan kening terjongket. “T..Tak..Tak ada apa-apa,” Sohyun memusingkan wajah. Mereka berjalan masuk kedalam kawasan rumah Banglo tersebut. Loceng rumah ditekan,tidak lama kemudian Makcik Jung bergegas keluar dari pintu rumah dengan apron melitupi bahagian hadapan badannya.
 
“Oh,kamu berdua dah pulang? Tepat pada masanya,makanan tengahari sudah siap. Sohyun,marilah makan bersama”
 
“Huh?,” Sohyun terkebil-kebil apabila dipelawa.
 
“Marilah,Sohyun,”pujuk Kai sambil merangkul lengan gadis tersebut. Semakin terkebil-kebil Sohyun dibuatnya. Gadis itu meneguk air liur dan mengangguk. Mereka melangkah masuk ke dalam rumah,menuju kearah meja makan. Dan disitu,seorang wanita berambut hitam paras bahu dengan potongan yang kemas,memakai Blouse biru muda dan juga seluar slack bewarna hitam  meneguk air kosong.
 
“Mama,” Kai memanggil wanita tersebut dan dia berpaling. Saat itu,mata Sohyun terbuntang luas. Terkejut,bertambah terkejut. “M-Mama?,” Sohyun menjongketkan kening.
 
Saat itu,dia mula fikir..Fikir akan sesuatu,Kai tidak lagi Kai..Kai ialah..Kim Jongin.
 
 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Schakiera
#1
Chapter 9: update please . cite ni best sangat2
Eli_Shane
#2
Chapter 8: wuuu kai dah start cemburu. i like it lol
thanks sebab update! Update soon~~
AJMato
#3
Chapter 7: Jdi bdak sentimental... Seyesly plot mcm neyh ssh nk cri dkt malay tag maybe cuma akk je yg bru buat.. Oh mohon update lps exam spm.. Gudluckk sis
syayu7
#4
Chapter 7: bila nk update ni?lamanya xupdate..huhu
ElSoon
#5
Chapter 7: Tak leh baca lh citer nie....asyik tersengeh je....jinjja daebak! Macam mana lah agaknya Kai menjalani hari2 dia dkt sekolah dengan hilang ingatan tu~
leyne_saranghae #6
Chapter 7: Keep update. Cite ni best... tak sabar baca chapter seterus nye
NisOT12exo #7
Chapter 7: Bnyknya part berulang ulang..
ain_dks #8
Chapter 7: Kenape ade satu part tu ulang dua kali. BTW ff awak memang DAEBAK. Palli update x sabar nak bace chapter yg seterusnya
NisOT12exo #9
Chapter 6: X fhm lh.. Tkkn ni hyde jekyll pula xD