Just Like That

Kai Is Jongin

Pintu pagar ditolak perlahan-lahan oleh Sohyun. Kai yang berada dibelakang membuntutinya,gadis itu mendiamkan diri,dia terkejut,sangat-sangat terkejut. Dia tidak pernah tahu perkara ini dan tidak pernah menjangkakannya.

 

“Jadi..Cikgu Kim…Mama awak?,” soal Sohyun dengan nafas yang ditarik panjang. Kai mengangguk dan tidak terasa curiga dengan soalan tersebut.

 

Dia sedar sekarang mengapa Kai tidak memberitahu alamatnya yang sebenar,pada dia,malahan pada geng-geng dia sendiri. Mengapa dia tidak pernah ponteng sekolah dan mengapa. Kerana Mama dia cikgu yang mengajar disekolah dia sendiri. Dan tiada sesiapa tahu. Sohyun orang pertama?.

 

“Okay,aku pergi dulu”

 

“Saya hantarkan?”

 

“Tolonglah,ingatan kau belum pulih,nanti kau plak yang sesat,” lelaki itu ketawa terkekek-kekek mendengar jawapan daripada bibir Sohyun. Gadis itu menggeleng dan berjalan pergi,Kai hanya memerhati di luar pintu pagar rumah dengan senyuman yang meleret-leret.

 

Sohyun menghembuskan keluhannya ke udara dengan matanya kuyup merenung jalan yang suram. Dia masih keliru dengan diri Kai,entah tiada penjelasan bagi kekeliruan yang berada difikirannya. Tangannya dimasukkan ke dalam poket dengan bibirnya yang dicebikkan. Dia pasti,lelaki itu berada dibawah ambang yang membahayakan dirinya,bertambah bahaya jika ada seseorang tahu lelaki itu hilang ingatan. Sesiapa sahaja boleh mengambil kesempatan terhadap dirinya.

 

Tak,itu bagus,dia boleh lihat lelaki itu sengsara. Tetapi,dia merasakan itu tidak adil,kerana Kai yang sekarang tidak tahu apa-apa. Entah,dia sendiri sudah pening dengan semua ini. “Tapi,perlu tak Sehun tahu tentang ini?,”kepalanya digaru-garu. “Mungkin belum tiba masanya lagi”

 

--

 

Lebih kurang pukul 6.35 pagi,Sohyun bergesa-gesa ke rumah Kai,untuk menjemput lelaki itu dan pergi ke sekolah bersama-sama. Banyak yang harus diberitahunya kepada lelaki tersebut. Seusai sampai,dia termengah-mengah dan tidak lama kemudian dia melihat Puan Kim,ataupun Cikgu Kim dan juga Mama Kai sedang memandu kereta keluar dari kawasan rumah,wanita itu menurunkan tingkap kereta. “Uh..Soh..Hyun?”

 

“S-Selamat pagi cikgu,” ini sangat kekok. “Oh,selamat pagi,Kai tengah bersiap,dia ada beritahu ada kawan untuk pergi ke sekolah bersama,takpelah,saya pergi dulu,” ujarnya sebelum beredar pergi. Selang beberapa minit,dia melihat Kai sedang mengenakan tali leher dengan kemas,serius lelaki itu kelihatan seperti ketua pelajar yang sangat berdedikasi.

 

“Kai!It’s no!,” Sohyun meraup wajahnya. Tidak,ini sangat berbeza dengan Kai yang dia kenali,gaya mereka sangat berlainan. Gadis itu mengheret lelaki itu masuk ke dalam rumah,Kai yang terkebil-kebil hanya akur.

 

“Seriously,kau tak boleh pakai macam ni”

 

“Kenapa? Makcik Jung cakap ini okay dan…Bagus?’

 

“Cukup bagus untuk buat kau kena belasah den-

 

“?”

 

“Forget it,” gadis itu membuka almari pakaian dan mengambil baju T hitam dan melemparnya kearah dada Kai. “Buang uniform sekolah dan pakai baju tu..Kemudian..,” gadis itu mengusap dagunya. Cuba mengingati apa yang Kai pakai. “Kau biasanya pakai rantai ni dan juga…,” dia berpaling dan kaku melihat Kai yang sedang menyarung baju T,dia berpaling kearah lain.

 

Tangannya menutup almari,kau pakai T tu dekat dalam,dan kemeja sekolah tanpa dibutang dan blazer tu. Yeah,”dia berpaling kearah lelaki itu. “Macam ni?,”soalnya dengan kening terjengket. “Yes,dan boleh tak berhenti senyum? Kai tak senyum macam tu,Kai senyum macam ni,” bibirnya disengetkan. Kai mengajuknya dan membuatkan Sohyun menepuk tangan. “Perfect. Anyway,kau dah ingat nama-nama geng kau?”

 

“Sehun,Chen…Err..D.O..Chanyeol,yep,” Kai mengangguk-angguk.

 

“Jangan beritahu sesiapa kau hilang ingatan,okay?”

 

“Kenapa? Dan kenapa saya berpakaian sebegini? Apa…Apa sebenarnya saya buat dan..Siapa saya?,” soal Kai dengan wajah yang penuh curiga. Sohyun mendiamkan diri. “Itu…Kau akan tahu”

 

 

--

 

Kai menarik nafas panjang dan berusaha sedaya upaya supaya tidak tersenyum. Dia berjalan melalui koridor tanpa Sohyun disisi,entah kemana gadis itu menghilang. Namun dia rasa gementar sekarang,semua pelajar sedang memerhatinya dan memberikan laluan. Mengapa? Kai mengusap belakang lehernya dan dia terdengar bisik-bisikkan.

 

“Di-Dia dah balik”

 

“Alamak…Matilah kita”

 

“Tak mungkin..”

 

Kai memusingkan wajah dan melihat kearah mereka,yang sudah pecut lari dari situ. Kai menggaru belakang lehernya. Entah apa yang berlaku. Dia terus berjalan menuju kearah lokarnya. Nombor 570. Dia tidak menguncinya? “Bahaya..,” ujar Kai sendiri dengan kening diangkat. Saat pintu lokar ditutup,dia melihat seorang lelaki yang seperti pernah dilihatnya.

 

“Yo,Kai is back,” lelaki itu berkata sambil ketawa meleret. “…Sehun?,” soal Kai dengan mata terkebil-kebil. “Weh,jangan cakap kau dah lupa nama kawan sendiri”

 

“Tak..tak mungkin,” Kai menggeleng dengan wajah yang cuak. Sehun menenyeh-nenyeh hidungnya dan ketawa. “Hei…Hei,kau dah mabuk atau apa?,”lelaki itu ketawa terkekek-kekek.

 

“T-Tak?”

 

“Okay then,bye,aku nak pergi ponteng! Haha,” lelaki itu berjalan pergi dengan melompat-lompat ke sana dan kesini. Kai mengusap belakang lehernya. “Lelaki tu…Pelik”

 

 


 

Could you give me a komen that menaikkan semangat? sebab saya rasa macam fanfic ni tak dibaca,hahahahhaha.#imhumantoo

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Schakiera
#1
Chapter 9: update please . cite ni best sangat2
Eli_Shane
#2
Chapter 8: wuuu kai dah start cemburu. i like it lol
thanks sebab update! Update soon~~
AJMato
#3
Chapter 7: Jdi bdak sentimental... Seyesly plot mcm neyh ssh nk cri dkt malay tag maybe cuma akk je yg bru buat.. Oh mohon update lps exam spm.. Gudluckk sis
syayu7
#4
Chapter 7: bila nk update ni?lamanya xupdate..huhu
ElSoon
#5
Chapter 7: Tak leh baca lh citer nie....asyik tersengeh je....jinjja daebak! Macam mana lah agaknya Kai menjalani hari2 dia dkt sekolah dengan hilang ingatan tu~
leyne_saranghae #6
Chapter 7: Keep update. Cite ni best... tak sabar baca chapter seterus nye
NisOT12exo #7
Chapter 7: Bnyknya part berulang ulang..
ain_dks #8
Chapter 7: Kenape ade satu part tu ulang dua kali. BTW ff awak memang DAEBAK. Palli update x sabar nak bace chapter yg seterusnya
NisOT12exo #9
Chapter 6: X fhm lh.. Tkkn ni hyde jekyll pula xD