Discover Of It

Kai Is Jongin

. Kim Jongin. Kai. .

Patutkah dia belikan bunga kekwa putih ini? Itu bunyinya macam lelaki tu dah mati. Memang bagus pun kalau dia mati. Tak menyusahkan orang. Keluhan yang entah kali keberapa dihembuskan dengan kasar. Dia menyilang tangan dan membebel sendirian.

 

“Dik,saya bukan nak menyampuk atau apa,” sapa pekerja di kedai bunga tersebut dari belakang. Sohyun berpaling kebelakang. Pekerja itu kelihatannya diusia awal dua puluhan dan berbaju kemeja Denim lusuh dengan apron kelabu muda dipinggang.“Dah hampir satu jam awak tercegat disini. Awak nak beli bunga apa?,” soalnya dengan kening yang bercantum.

 

Sohyun menggeleng laju. “Bunga ni..,” jarinya ditunding kearah bunga kekwa. “Sesuai untuk orang yang dah mampus,kan?,” saat bibirnya menguturkan kata-kata sebegitu,si pekerja tadi terbuntang luas mata.

 

“Er..Y-Yeah..Biasanya diletakkan diatas meja si mati,macam..Meja disekolah..Kawan adik,meninggal?”

 

“Uh,nasib malang.Dia masih hidup”

 

Mata pekerja tersebut semakin luas seperti bola ping pong. “Tak apalah,” Sohyun mencebik dengan geram dan keluar dari kedai bunga itu terburu-buru. Satu jamnya terbuang. Hari semakin lewat. Sebenarnya dia masih didalam dilema samada mahu melawat Kai ataupun tidak. Bagaimana jika dia menipu bahawa dia sudah melawat lelaki tersebut,tak apa,kan? Namun perasaannya berat untuk melakukan sebegitu. Tak guna punya Kai.

 

Bibir dibahagian bawahnya diketap dengan matanya dijerling kearah kedai buah yang begitu jarang dia singgah. Dia selalu guna jalan ini setiap kali pulang dari sekolah. Nafasnya ditarik lama dan dihembus kasar. Kakinya melangkah masuk kedalam kedai tersebut dan aroma segar buah-buahan hinggap pada hidungnya. Segar. Sangat segar. Begitu segar juga didalam ingatannya mengenai Kai.

 

Dia pergi kearah seorang lelaki yang sedang mengangkut kotak-kotak yang berisi buah-buahan. Pasti pekerja kedai ini. Dia mencuit-cuit bahu lelaki tersebut yang terus berpaling kearahnya. “Dekat kedai ni..Ada tak jual buah yang buruk berulat or something like that?,” soalnya,membuatkan lelaki disapanya tercengang.

 

“..Mungkin ada. Nak buat apa?”

 

“Beli”

 

“..Hah?”

 

Sohyun tersenyum.

 

[2 jam yang lalu]

Cikgu Lee masuk ke dalam seperti biasa namun ada berita yang hendak disampaikannya. Yang tidak diketahui oleh seluruh pelajar didalam kelas.Dia menepuk meja beberapa kali bagi meleraikan situasi yang bingit didalam kelas.

 

“Saya dapat tahu berita,rakan sekelas kamu,Kim Jongin atau kamu kenali sebagai Kai sedang dirawat dihospital. Ada sesiapa mahu melawatnya?”

 

Semua pelajar diam kaku. Tidak berani mengangkat wajah,bimbang diri mereka diarah untuk melawat lelaki paling bengis dan tidak berhati perut tersebut. Melawat dengan membawa buah tangan sambil berkata ‘semoga cepat sembuh’?. Mereka pasti apa akan jadi selepas itu. Kai pasti memberi mereka penumbuk kerana menyangka mereka menyindir.

 

Meja ditepuk sekali lagi. “Kenapa semua diam? Siapa yang mahu melawat Kai? Dia terlibat dalam kemalangan dan dirawat di hospital sekarang. Dah satu minggu dia disana”

 

Sohyun mengetap bibirnya. Kenapa tak mampus aja. Gadis itu memejamkan mata dengan geram. Dalam waktu itu,dia dapat rasakan suasana yang tegang dan aneh. Apabila dia berpaling,semua jari rakan kelasnya ditunding kearah dirinya.

 

“So-Sohyun akan pergi”

 

--

 

Plastik beg yang dijinjingnya dikerling sekilas. Senyuman jahat yang lebar dipaparkan. Pekerja kedai buah tadi tidak mengenakan bayaran untuk buah-buah ini. Baguslah,kalau dia kenakan,tak masuk akal. Siapa yang akan beli pun kalau bukan Sohyun? Akan dimakan ulat juga.

 

Jadi,bilik Kai 203. Mamat tu dah terperap disana selama seminggu. Tak buat apa-apa. Duduk diam diatas katil,makan makanan hospital yang tak sedap dan buat dia semakin menyampah dengan semua perkara. Menarik.

 

Kakinya menjadi semakin lambat untuk dihayun. Bibirnya menjadi kering dan melodi pahit berirama difikirannya. Genggamannya pada plastik yang dijinjing semakin erat dan ketat. Nafasnya menjadi sukar untuk diatur. Serius,dia tak nak lihat muka lelaki itu. Cukup,mereka berada didalam satu kelas dan..Dia tak nak bertentang mata dengan lelaki itu.

 

Dia menghentikan langkah. Memastikan keputusan. Ya,keputusan sudah dilakukan. Dia tidak mahu melihat wajah yang tak guna itu. Bangsat. Dia memalingkan wajah dan memusingkan figura badannya. Ketika itu,seorang wanita yang berada dalam lingkungan 50-an berada dihadapannya.

 

“Omo,kawan Kim Jongin?”

 

Sohyun terkebil-kebil kaku. Apa perlu dia jawab?. “Uh..Y-Ya,”dia tersenyum kekok.

 

“Omo,Jongin ada kawan yang mahu melawat,” wajahnya..Wajah dia nampak bercahaya dan begitu gembira. Tak guna,Sohyun tak suka ekspresi pada wanita itu sekarang. “Er..Puan..Mak..Kim Jongin?,” soalnya dengan wajah yang semestinya kekok dan aneh sekarang. Dia pasti.

 

Dia menggeleng lembut. “Tak..Saya penjaga dia,” ujarnya. “Marilah masuk..Jongin pasti seronok dapat jumpa kawan dari sekolah dia…Hmm,sejak minggu lepas,tiada sesiapa melawat,”terangnya sambil menarik pergelangan tangan Sohyun. Tak,aku tak nak jumpa dia.

 

Pintu ditolak oleh wanita tadi dan ketika itu Sohyun mahu meleraikan genggaman wanita tersebut dan berlari selaju yang mungkin. Namun dia tidak dapat lakukannya. Terlambat. Matanya berpaut pada figura yang sedang terbaring kaku dengan wajah yang pucat diatas katil. Kai. Itu Kai. Memang Kai. Dia nampak,memang macam Kai. Kepalanya berbalut dengan kain putih dan rambut panjangnya yang melepasi anak tekak. Kaki dan tangannya berbalut.

 

“Jongin-ah,kamu ada kawan untuk melawat. Bagus,kan?”

 

Kai mengalihkan matanya pada Sohyun. Gadis itu meneguk air liur sambil membuntangkan mata. “Sa-Saya rasa saya perlu pergi,” Sohyun berbisik pada telinga wanita yang dikatakan penjaga sebentar tadi. Penjaga?.

 

“Hah? Kenapa? Berbuallah dulu dengan Jongin,Makcik akan tunggu diluar,takkan mengganggu,”dengan langkah terburu-buru,dia beredar. Seperti yang dikatakannya. Okay,situasi semakin kekok dan bodoh. Sangat bodoh. Tak guna tak guna tak guna.

 

Kai masih memerhatikan dirinya dari atas sehingga kebawah. Dia sendiri hairan,mengapa lelaki tersebut memandangnya sebegitu. “H-Hai,” saat itu dia pasti akan ‘Hai? kau punya hai’. Sohyun mengetap bibirnya. Silap besar dia datang ke sini.

 

“..Hai,” Kai tersenyum. Senyuman dia manis dan comel. Mata Sohyun terbeliak luas. Bukan itu sahaja,lelaki itu melambai-lambai tangan dengan keningnya bercantum. Sohyun masih kaku. Gila,apa dia buat? .

 

“I guess..You don’t mind If I’m being here,”Sohyun melabuhkan punggung diatas kerusi dan meletakkan plastik berisi buah-buahan diatas ribanya.

 

Sohyun bersedia jika Kai mahu melakukan sesuatu terhadapnya. Mungkin penumbuk atau apa-apa ajalah. Dia mengetap bibir sambil menyilang tangan. Sekarang dia berasa tidak selesa dengan renungan lelaki tersebut.

 

Kesunyian bertaburan pecah apabila pintu bilik dibuka oleh seorang wanita berpakaian jururawat membawa sebuah fail dan sebatang pen. “Oh,awak kawan Kim Jongin?,” soalnya dengan suara yang comel dan manja. Wah,suara dia dikalahkan oleh jururawat yang sudah hampir masuk siri 3. Dia cemburu dan terasa dirinya seperti brokoli sekarang.

 

“Y-Yeah..Boleh dikatakan macam tu”

 

“Kenapa macam tu?,” Kai bersuara dengan tiba-tiba. Okay,dia nak cakap aku bekas teman wanita dia depan jururawat ini atau apa? Seriously.

 

“Ah..Awak mungkin tak tahu lagi,” jururawat tersebut menyusun kertas-kertas didalam fail. “Apa?,” Sohyun menjongketkan kening dan memalingkan wajahnya menghadap kearah jururawat tersebut. Saat itu Kai merenung Sohyun sambil tersenyum kecil. “Dia mengalami kehilangan hampir sepenuhnya memori dia”

 

What?

 

Sohyun mengerutkan wajah sambil matanya dipautkan pada wajah Kai yang sedang tersenyum lebar. Serius,dia tidak pernah lihat lelaki itu tersenyum selebar itu sebelum ini. Kebiasannya,senyumannya penuh kesinisan dan tidak guna namun masih hot dan luar biasa.

 

“Jadi,kita kawan ke? Saya tak tahu apa-apa,” Kai. Dengan wajah yang suci,yang begitu aneh.

 

“Hmm,luangkanlah masa bersama-sama. Mungkin memori dia akan kembali pulih”

 

Sohyun kaku. Memorinya hilang. Akan pulih. Dia akan ingat,apa terjadi antara mereka?. Sohyun terduduk diatas kerusi dan mengurut dahinya. Pening dan seperti sukar untuk dipercayai. Dia merenung kearah plastik. Dia dengan pantas membuangnya ke dalam tong sampah dan beredar keluar dari bilik tersebut. Kai terpinga-pinga. “Hmm,saya masih belum tahu nama awak,” dia memerhati gadis tersebut yang menghempas pintu dengan kasar dan bayangnya sudah hilang. Kai menjengukkan badannya kearah tepi katil. Dia mahu melihat apa yang berada didalam tong sampah tersebut. Namun gagal. Begitu jauh dan sukar untuk melihat apa yang terisi didalamnya.

 

“Hmm,siapa perempuan tadi,” dia menekannya bibirnya dengan lidah dan menarik nafas panjang. Dia serius tak ingat apa-apa. Dia cuma tahu namanya Kim Jongin dan Mamanya. Ya,dia rindu Mamanya sekarang.

 

--

 

Dia menggigit hujung jarinya dan menarik nafas dengan panjang dan meraup wajah dengan kasar. Okay,ini pelik dan semakin pelik. Macam mana Kai boleh hilang ingatan pula?. Bibirnya diketap dengan semakin kuat dan kuat. Saat itu,jari yang lembut mencuit belakangnya.

 

Perempuan yang menggelar dirinya penjaga. “Dah habis berborak dengan Jongin? Sekejapnya,” ujarnya. Sohyun tersengih kekok. Dia tidak punya hasrat untuk berborak dengan lelaki itu. Dia mengusap belakang lehernya dan mengatur nafas yang mula tidak terurus.

 

“Panggil saja saya Makcik Jung. Saya sangat bersyukur bila dapat tahu ada kawan sekolah Jongin yang sanggup melawat..Jongin..

 

“Saya tahu,” Sohyun menjawab dengan suara yang dingin. “Saya tahu,” Makcik Jung mengangguk lemah. “Mungkin ini..Anugerah dari Tuhan,” dahi Sohyun terjongket. Tidak mengerti. Anugerah dari Tuhan? Apakah maksudnya itu?. Sohyun tersengih. “Saya…Tak faham”

 

Tangannya digenggam. Dia terkejut dengan tindakkan yang tidak dijangkanya. “Saya tahu..Kim Jongin,dia..Pasti baik dengan kamu,sebab itu kamu datang melawat,” matanya bersinar cahaya. Sohyun tidak mampu bersuara. Tak,dia benci lelaki itu dan tiada yang bagus antara mereka berdua. Semuanya pahit dan,kosong. Dia benci untuk memikirkannya.

 

“K-Kami kawan sekelas,pastilah saya datang melawat”

 

“Tapi hanya awak seorang yang datang dari kelasnya. Apakah maksudnya itu?”

 

Shit. How would I know.Sohyun meneguk air liur. Apa muslihat Makcik Jung ni?. Sohyun menggaru belakang kepalanya. “D-Diorang sibuk. Mungkin sebab saya banyak masa untuk dibuang,” Makcik Jung menggenggam erat sekali lagi tangan Sohyun. “Kamu ialah harapan”

 

Harapan? Sumpah tak faham. Tiada harapan bagi aku dan Kim Jongin. Apa kena dengan semua ini.Harapan. Tolonglah. “Saya tak faham”

 

“Ini adalah peluang..Untuk mengubah segalanya”

 

Ubah?.

 

 


 

Maaflah semua kerana saya menggunakan perkataan yang hodoh disini.Mwahaha. Jadi,bagaimana dengan chapter pertama. Whoop,whoop. Saya rasa benda ini macam baru bagi saya *balingbunga*

Weewoowoowoo

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Schakiera
#1
Chapter 9: update please . cite ni best sangat2
Eli_Shane
#2
Chapter 8: wuuu kai dah start cemburu. i like it lol
thanks sebab update! Update soon~~
AJMato
#3
Chapter 7: Jdi bdak sentimental... Seyesly plot mcm neyh ssh nk cri dkt malay tag maybe cuma akk je yg bru buat.. Oh mohon update lps exam spm.. Gudluckk sis
syayu7
#4
Chapter 7: bila nk update ni?lamanya xupdate..huhu
ElSoon
#5
Chapter 7: Tak leh baca lh citer nie....asyik tersengeh je....jinjja daebak! Macam mana lah agaknya Kai menjalani hari2 dia dkt sekolah dengan hilang ingatan tu~
leyne_saranghae #6
Chapter 7: Keep update. Cite ni best... tak sabar baca chapter seterus nye
NisOT12exo #7
Chapter 7: Bnyknya part berulang ulang..
ain_dks #8
Chapter 7: Kenape ade satu part tu ulang dua kali. BTW ff awak memang DAEBAK. Palli update x sabar nak bace chapter yg seterusnya
NisOT12exo #9
Chapter 6: X fhm lh.. Tkkn ni hyde jekyll pula xD