Kena Denda

Cikgu Gangster (will updated soon!)

Hanya segelintir pelajar sedang berehat di asrama mereka. Masing-masing berada di katil sendiri. Bunyi kipas dipasang sehingga kuasa lima sahaja yang kedengaran pada tengah hari itu. Namjoon dilihatnya meniarap di atas katilnya, khusyuk bermain smart phone kesayangannya.

Myungsoo pula sibuk mengunyah makanan di atas katilnya. Pelbagai bunyi mengunyah yang dihasilkan oleh Myungsoo.

Jadi tidak selesa Kai dan Doojoon dibuatnya dengan bunyi itu.

“Uih.. lapar pulak bila tengok dia makan.” Doojoon memecahkan kesunyian pada tengah hari itu. Kai di sebelahnya sekadar mendiamkan diri. Kai yang dari tadi meniarap bertukar posisi.

Terus dia berbaring sambil matanya merenung kipas yang ligat berpusing.

Doojoon turun dari katilnya lalu loker dihampirinya. “Rasanya aku ada simpan makanan semalam kat dalam nie.” Dia terus menyelongkar lokernya sambil mengomel sendirian.

“Makanan semalam?” Mata Kai terus jatuh ke arah Doojoon yang masih menyelongkar. Mulutnya sedikit terlopong dengan kata-kata Doojoon tadi. “Woi. Gerenti makanan tu dah basi. Baik kau pergi kantin. Beli makanan lain.” cadangnya.

Doojoon menggeleng laju sambil tangannya mengeluarkan sebungkus karipap dari dalam loker. Ditutup lokernya perlahan. “Malaslah nak pergi kantin. Dahlah jauh.”

“Nanti kau sakit perutlah.” Beritahu Kai, risau dengannya.

“Lantak ar.” Doojoon kembali ke atas katil dengan plastik berisi karipap di tangan. Dibuka plastik itu lalu menyeluknya ke dalam. “Janji kenyang! Lepas tu aku nak tidur.”

Kai sekadar menggelengkan kepalanya. Matanya sudah kembali merenung kipas sebelum matanya tertutup sendiri. Mengantuk rasanya akibat penat melakukan larian di padang tadi. Tidak lama selepas itu, akhirnya dia terlena.

Kali ini bunyi mengunyah pula datang daripada Doojoon. Satu persatu karipap dalam plastik tersebut diseluknya lalu menyumbatnya ke dalam mulut. Sempat lagi dia memerhati Namjoon yang terlalu khusyuk dengan smart phone di tangan.

Sedang asyik memerhati sambil makan, Yukwon tiba di asrama dengan muka kosongnya. Tangannya sibuk mengibas-ngibas bawah bajunya untuk menyejukkan tubuhnya yang masih lagi berpeluh. Laju dia menuju ke katil untuk berehat.

“Kwon!” panggil Doojoon yang masih lagi mengunyah.

Yukwon menoleh. “Apa?”

“Nak karipap tak?” tanya Doojoon lalu tangannya laju mengangkat plastik tersebut. Digoyang-goyangkan sedikit plastik itu kepada Yukwon. “Nak tak? Aku dah kenyang dah.”

“Aku nak satu je.” Yukwon tidak menolak.

Segera Doojoon menghulurkan plastik berisi karipap yang tinggal sedikit itu kepada Yukwon. “Mana Zico?” Sempat lagi dia bertanya tentang Zico.

“Kat kantin.” Jawab Yukwon malas. Diseluk tangannya ke dalam plastik lalu mengambil satu biji karipap dari dalam plastik tersebut. “Pergilah kantin. Makcik kantin kesayangan kau tu masak favorite kau pulak hari nie.”

Terus terbeliak mata Doojoon mendengar kata-kata Yukwon itu. “Biar betul kau nie!” Dia dengan kelam-kabutnya terus keluar dari asrama. Hampir terjatuh dia dibuatnya namun perjalanan ke kantin tetap diteruskan dengan berkaki ayam.

Lagi-lagi panas terik di luar sehingga tanah pun menjadi panas. Entah macam mana Doojoon boleh berlari dalam keadaan panas seperti itu. Berkaki ayam pula tu.

“Laju aje budak tu.” Yukwon menuju ke katilnya yang terletak di hujung asrama. Dia duduk di birai katil perlahan sambil mengigit sedikit karipap itu. Apabila terasa sedapnya karipap itu, digigitnya lagi karipap itu sehingga tinggal separuh.

Entah kenapa tekaknya mula berasa tidak selesa. Seolah-olah tekaknya membengkak dan hampir menutup saluran pernafasannya. Dia mula terbatuk-batuk namun tidak begitu serius pada mulanya. Namjoon di bahagian hadapan asrama mula memerhati Yukwon di hujung asrama.

“Yukwon?” Namjoon meletakkan smart phone di atas katil.

“Ra-“ Yukwon batuk lagi. Dia menekup mulutnya apabila batuknya semakin serius. Terhinggut-hinggut bahunya.

“Yah..” Segera Namjoon turun dari katilnya lalu menuju kearah Yukwon dengan cemas.

“Kau okay tak nie?” soal Namjoon cemas. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Yukwon yang masih batuk. Diusap-usap lembut belakang Yukwon agar batuknya dapat dikurangnya namun semakin serius pula batuknya.

“Adeh.. kau dah kenapa nie? Mana Zico, Kwon?” keluhnya berat sebelum terasa tubuhnya dihempap lembut dengan tubuh Yukwon yang dilihatnya kini sedang menghadapi masalah pernafasan pula.

“Yukwon!” Terkejut Namjoon melihat keadaan Yukwon yang semakin teruk.

“Kai!” laungnya kuat. “Kim Jongin, bangunlah!” laungnya bengang apabila laungannya langsung tidak disahut oleh Kai yang masih terlena itu. Siap menggaru lengan lagi budak itu. “Hisy.. tak guna si Kai nie. Aku cepuk kang baru tahu.”

“Zi..co..” bisik Yukwon lemah. Matanya sudah terpejam rapat sambil laju menarik nafas lalu hembus kuat beberapa kali.

“Kau nak Zico datang sini ke?” tanya Namjoon perlahan. Terpandangkan keadaan Yukwon seperti itu, Namjoon sudah dapat mengagak Yukwon pasti amat memerlukan Zico sekarang ini.

Namjoon perlahan-lahan membaringkan tubuh Yukwon di atas katil. “Aku nak pergi cari Zico kejap! Tunggu tau.”

Dia dengan pantasnya terus berlari keluar dari asrama meninggalkan Yukwon yang masih lagi menghadapi masalah pernafasan. Dadanya terasa sakit sehingga air matanya mula bergenang. Perlahan-lahan air matanya mengalir.

“Zi.. Co...”

“Kwonnie!” Terdengar jeritan  Zico dari luar asrama. Belum masuk ke dalam sudah menjerit-jerit nama kekasih kesayangannya itu. Disebabkan jeritan Zico yang kuat itu, Kai akhirnya sedar dari tidurnya. Terbeliak matanya melihat hampir semua kawan-kawannya menyerbu masuk  ke dalam. Kelam-kabut pula tu.

“Dah kenapa nie?” Kai menggaru-garu kepalanya sehingga kepalanya dicepuk kuat oleh Namjoon.

“Sakitlah!”

Namjoon kelihatan bengang. “Tahu pun sakit! Bengang tahu tak aku dengan kau nie.”

Berkerut dahi Kai dengan kata-kata Namjoon itu. Namjoon sekadar berdengus geram sebelum berlari menuju ke katil Yukwon untuk melihat keadaan Yukwon. Terlalu ramai yang datang untuk melihat keadaan kawan mereka itu.

Keadaan Yukwon semakin teruk sehingga wajahnya mula dibasahi peluh yang teruk. Zico sudah tidak terkata apa. Terkejut agaknya melihat kekasihnya menjadi seperti itu. Cepat-cepat dia menyelongkar laci meja miliknya, mencari sesuatu.

“Kau cari apa, Zico?” soal Jinyoung cemas.

Namjoon pula kembali mendapatkan Yukwon untuk menenangkannya. Segera dipangkunya kepala Yukwon sambil matanya memerhati Zico yang sibuk menyelongkar.

“Kau cari apa weh? Biar aku tolong carikan.” Junhyung datang menghampiri Zico untuk menolong. Zico tidak membalas namun dia hanya membiarkan sahaja lelaki itu turut menyelongkar laci meja. Kelam-kabut mereka berdua mencari.

“Aku cari inhaler.” Jawab Zico cemas.

“Jumpa!” Segera Junhyung menghulurkan inhaler yang baru dijumpa itu kepada Zico.

“Tepi sikit!” Sebaik inhaler itu berada di genggaman Zico, cepat-cepat Zico mendapatkan Yukwon yang sedang dipangku oleh Namjoon. “Rapmonster, tolong aku bangunkan dia kejap.”

Namjoon sekadar mengangguk laju. Serentak mereka berdua membangunkan Yukwon dari baringannya. Wajah Yukwon kelihatan pucat sekali. Nafasnya juga semakin perlahan. Sesekali Yukwon kuat menarik nafas lalu hembus keluar.

Tidak betul Zico dibuatnya melihat keadaan Yukwon yang semakin teruk. Dia membiarkan tubuh Yukwon bersandar pada dadanya. Dia dengan pantasnya terus membuka penutup inhaler lalu menggoncangkannya beberapa kali.

“Sedut slow-slow okay?”

Mulut inhaler diletakkan di bibir Yukwon sebelum mulut inhaler itu masuk ke dalam mulutnya. Perlahan-lahan Zico menekan kepala inhaler. Pada masa yang sama, Yukwon menyedut inhaler tersebut seperti mana Zico arahkan tadi.

“Macam mana? Kwon dah rasa okay sikit ke?” tanya Zico lembut. Inhaler yang dipegang olehnya digoncangkan sekali lagi, bersedia membantu Yukwon untuk menyedut inhaler tersebut namun ditahan oleh Yukwon.

“Zi-Zico..” Serak sahaja suara Yukwon cuba untuk memanggil kekasihnya itu. Dia mengeratkan lagi genggamannya pada lengan Zico. Seolah-olah dia ingin membuktikan kepada Zico bahawa dia tidak apa-apa.

Perlahan-lahan Zico menurukan tangannya yang masih lagi memegang inhaler tersebut. “Kwonnie..”

“Kwonnie dah okay dah. Jangan risau nae?” pujuk Yukwon dengan senyuman pucatnya.

Zico sudah kehilangan kata-katanya. Sesungguhnya dia amat merisaukan keadaan Yukwon. Melihat Yukwon pucat seperti mayat tadi telah menakutkan dirinya. “Zik risau kalau sesuatu buruk berlaku lagi kat Kwonnie. Zik minta maaf sebab tinggalkan Kwonnie tadi. Patutnya Zik temankan Kwonnie.” Bisiknya dengan penuh bersalah.

Zico terus memeluk tubuh Yukwon dari belakang sehingga kedua-dua tangan Yukwon langsung tidak dapat bergerak. Diletakkan dagunya di atas bahu Yukwon. “I’m sorry..” Dikucupnya kejap leher Yukwon yang pucat itu.

“Aku pun nak minta maaf jugak, Kwon.” Terdengar suara Doojoon meminta maaf dari celah-celah mereka semua.

Hampir serentak mereka semua berpaling memandang Doojoon yang dilihatnya sedang menunduk. Rasa bersalah yang teramat sehingga tidak berani mengangkat wajahnya. Tidak kisahlah lehernya terasa lenguh ke apa akibat menunduk terlalu lama, dia tetap rasa bersalah.

“Asal pulak kau nak minta maaf?” soal Zico dingin. Dia dapat merasakan Doojoon pasti ada kaitan dengan kejadian tadi.

Namjoon dan yang lain hanya diam membisu.

“Sebab aku yang buat dia jadi macam tu tadi.” jawab Doojoon berani. Kepalanya masih lagi menunduk ke bawah.

“Apa?” Zico merenung tajam.

Doojoon mengetap bibirnya seketika. “Er..” Dia melurut-lurut rambutnya perlahan. “Aku ada bagi dia karipap kacang tadi. Aku lupa pulak Kwon nie ada alergik dengan kacang. Maafkan aku, Zico.. Kwon. Aku betul-betul dah lupa..”

Zico kelihatan bengang.

“Zico..” Junhyung cuba untuk menenangkan diri Zico yang mula berapi itu.

“Cuba ulang balik apa kau cakap tadi.” Zico terus berdiri setelah Yukwon dialihkan dari atas ribanya. Yukwon sudah mengeluh panjang dengan perangai Zico yang sememangnya panas baran itu. “Aku salah dengar ke nie?”

“Aku..” Doojoon sudah kehilangan kata-katanya, takut agaknya. “Err..”

Zico dengan berapinya terus berjalan mendekati Doojoon. Habis mereka yang lain ditolak ke tepi apabila jalannya tidak sengaja dihalang oleh mereka. Doojoon menjadi takut setelah merasakan dirinya dalam bahaya. Dia mengangkat sedikit wajahnya dan Zico sudah berada di hadapannya.

“Kau!” Satu tumbukan hinggap di pipi Doojoon sehingga Doojoon hampir tersungkur.

“Yah Zico!” jerit Namjoon sambil berlari mendapatkan Zico yang sedang berapi itu. Junhyung turut mengekorinya dari belakang.

“Kau memang lupa ke atau buat-buat lupa? Takkan benda macam tu kau boleh lupa?!” tengking Zico bengang.

Doojoon diam tidak terkata apa. Tangannya masih lagi melekat pada pipinya yang mula kemerahan. Kepalanya juga terdorong ke tepi selepas menerima tumbukan daripada Zico. Tiba-tiba dia terasa dagunya ditarik kasar dan muncul wajah Zico yang bengang dalam pandangan matanya.

Terteguk liur Doojoon dibuatnya.

“Ke kau ada niat nak bunuh Kwon?” teka Zico sinis. Sememangnya tekaan itu agak melampau bagi Doojoon. Macam itu sekali Zico meneka? Pantas tangan Zico yang masih mengenggam dagunya ditepis kasar.

“Kau dah melampau, Zico!” bertak Doojoon. Terus dicengkam kolar baju Zico kuat seperti mahu mengoyakkannya.

Kali ini Zico pula yang menelan liurnya namun dia tetap berlagak tenang.

“Manalah tahu kan tu niat kau yang sebenarnya.” Sinis Zico menyindir Doojoon.

Doojoon mengetap bibir geram. Pantas satu tumbukan hinggap di wajah Zico. Yang lain terkejut melihat Doojoon mula bertindak ganas terhadap Zico. Habis berdarah bibir Zico akibat tumbukan itu.

“Kau..” Zico kembali mendekati Doojoon. Tangan sebelahnya sudah diangkat untuk menumbuk Doojoon sebagai balasan.

“Apa yang tengah berlaku nie?” tegur Taecyeon yang baru tiba di asrama. Dicekak pinggangnya sambil matanya tajam merenung mereka semua. Terutama sekali Doojoon dan Zico. Pantas Zico menurunkan tangannya.

Doojoon dan Zico serentak menunduk, tidak sanggup lagi membiarkan wajah mereka asyik direnung tajam oleh Taecyeon.

Yang langsung tak ada kaitan dengan urusan nie, sila keluar sekarang.” Arah Taecyeon serius. Diangkat tangannya menunjuk tepat ke arah pintu utama, meminta mereka semua keluar dengan segera. Cepat-cepat mereka berlalu tanpa bersuara lagi.

Hanya Zico, Doojoon dan Yukwon sahaja yang tinggal.

Segera mereka bertiga dihampirinya dengan wajah seriusnya. “Apa kes?” Dia memandang Yukwon yang masih duduk di birai katil. Wajah Yukwon kelihatan pucat-lesi akibat kejadian tadi. Inhaler di tangan digenggamnya erat.

“Kenapa dengan Yukwon?” soal Taecyeon.

Zico berpaling memandang Yukwon. “Uh.. dia kena asma teruk tadi. Tapi sekarang nie dia dah okay dah.”

Taecyeon mengangguk perlahan. “So.. pergaduhan tak matang tadi ada kaitan dengan Yukwon?”

“Tak matang?” Doojoon sudah berkerut seribu. “Tumbuk-tumbuk pun dikira tak matang ke? Hisy...”

“Kau diam, Doojoon.” Sergah Taecyeon tiba-tiba lagi menakutkan. “Dahlah buat hal tadi, masih nak berbunyi lagi pulak kau. Aku suruh kau ‘berkawad’ kat tengah padang lagi kang baru tahu.” Ugutnya geram. Pantang betul apabila orang yang baru lepas buat kecoh masih lagi bersuara.

Terhenjut bahu Doojoon dengan ugutan itu.

“Baik korang cerita apa yang berlaku sebenarnya.” Pinta Taecyeon yang sudah menyilangkan lengannya.

“Tadi-“ Serentak Doojoon dan Zico membuka cerita. Mereka berdua sudah saling pandang-memandang. “Tadi dia-“ Sekali lagi Doojoon dan Zico berhenti membuka mulut.

“Biar aku yang cerita dulu!” marah Zico.

“Akulah!” Doojoon menolak bahu Zico, geramnya dia!

“Aku ar weh!”

“Akulah!”

“Aku dulu ar tak guna!”

“Eh, kau tu yang tak guna!”

“Dah, dah!” jerit Taecyeon bengang. Serentak Doojoon dan Zico berhenti berperang mulut. “Kalau macam nie sampai bila tak habis cerita nie. Baik aku jelah yang selesaikan masalah korang yang tak beberapa nak matang nie. Korang berdua, ikut aku pergi padang sekarang!”

“Padang...?” Senada Doojoon dan Zico bertanya.

.............................................................................

“Panasnya... kejap lagi gerenti aku jadi manusia panggang yang pertama di Korea.” Rungut Doojoon dengan lidahnya yang terjelir keluar. Tekaknya juga semakin kering kerana berjemur di bawah sinaran matahari terlalu lama.

Zico di sebelahnya turut terjelir lidahnya. “B-Betul tu.. manusia panggang... tapi kalau lama sangat berjemur, kita boleh jadi abu terus.”

“Tipu..” Doojoon menggeleng perlahan.

Taecyeon yang dari tadi memerhati mereka berdua, berdiri dengan bercekak pinggangnya. Yukwon turut ada bersamanya. Dia tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Terus lutut dipeluknya erat. Kesian meihat teman lelakinya sedang dihukum di tengah panas.

“Woi! Kalau korang tak nak kena jemur lama sangat, baik korang zip mulut korang tu!” laung Taecyeon tegas dari tepi padang.

Serta-merta Doojoon dan Zico berhenti merungut. Masing-masing sudah mengalah. Membiarkan diri mereka terus ‘dipanggang’ oleh sinaran matahari yang terlalu terik itu.

Taecyeon menggeleng. Kejap lagi mesti mereka berdua akan bersuara semula. “Macam manalah kau boleh pilih lelaki yang suka merungut macam Zico. Tak ada lelaki lain ke nak pilih? Yukwon, Yukwon...”

“Sebab tak ada lelaki lainlah, aku pilih Zico.” Jawab Yukwon dengan penuh selamba. Siap tersengih lagi apabila terasa dirinya sedang direnung oleh Taecyeon. Semakin lama semakin tajam renungan Taecyeon tetapi perasaan takut langsung tidak menyerang Yukwon. Matanya asyik memerhati Zico yang mula berguling-guling di tengah panas.

Yukwon tersenyum suka. “Zico..”

Taecyeon menyoroti pandangan Yukwon. “Asal kau suka dia?”

“Sebab dia pernah selamatkan aku.”

Taecyeon kembali merenung wajah Yukwon yang kini menunduk ke bawah. Mungkin dia teringat kisah lamanya. Taecyeon menjadi serba bersalah. Lantas dia duduk di sebelah Yukwon namun dijarakkan sedikit.

Takut jikalau Zico menyerangnya secara tiba-tiba kerana cemburu.

“Sebenarnya aku suka dia dah lama cuma tak berani nak confess kat dia. Macam yang aku selalu tengok kat sekolah, orang confess then lepas tu gerenti kena reject. Aku takut kalau aku kena reject macam dorang. Aku tahu kalau kena reject mesti sedih kan?” Yukwon mengangkat sedikit wajahnya.

“Mestilah..” Taecyeon mengiakan sahaja kata-kata Yukwon.

Yukwon tersenyum kecil. “Lagipun aku suka Zico pun taklah serius sangat. Tapi sejak kejadian tu, aku mula serius tentang Zico. Aku betul-betul sukakan dia.”

“Kejadian apa?”

Yukwon mendongakkan kepalanya, memerhati awan-awan yang sedang bergerak perlahan di langit. Dia membiarkan dirinya terus dihanyut ke zaman silamnya.

___________________________________________________________________________________________
To be continued. Hey! Sorry lama tak update. Makin busy dengan persiapan nak blah dari rumah e u e

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Forteenagerss

https://www.youtube.com/watch?v=_F49TpQWfk8

Chap 12 will be updated on this evening!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 14: apa Joon ni...melepas nanti baru tau, dok pendam2...aish
Youri_Kim97
#2
Chapter 13: ARHHHHHHH JUNHYUNG AND NAMJOON ;;
mpreggoland
#3
Chapter 13: Lama dh tggu..finally update!
Thanks ^^
Xlarat nk gelak sy sambil baca..hahaha
Hope chansung ngan daniel selamat huhu
fanfic_reader_12 #4
Chapter 13: Im waiting for this for a sooooo long time ago....glad u backkkk....

Thnxx for update....huhu... *Cry while smiling*
Bgm

*Apado gwaenchana..neol saranghan geteulmunae....*
mpreggoland
#5
Chapter 12: finally awk update! lama dah sy tggu...huhu
mcm biasa, storyline awk tak pernah membosankan..selalu buat sy tersengih sorg2, gelak sorg2 XD
Youri_Kim97
#6
IM WAITING FOR JOONHYUNG COUPLE MOMENT !!!!!
fanfic_reader_12 #7
Chapter 12: Youre welcome authornimmm!!! Author pon buat sye tersnyum tersengih mcm kambing bile baca ff ni..lagi2 when its comes for taec and yixing! goshhh...

Yassss layn thai drama.... but jnis yg gay thai punye drama.. hihi... :)) Dh fujo knn... Thai pon lyn yg gay je lh... But smua yg slmt ditonton oleh underage baby mcm sy ni.. huhu...:)) Drama pling normal sye tgk..dramanye flower ring..sdg tyng di tv7 (708) hihi...

Su su na khaa authornim!!! Never stop for making a good story !! ^✓^
Youri_Kim97
#8
Chapter 11: YUKWON DENGAN ZICO TAK BOLEH NAK SWEET LAGI KEEEEE ??? LAGI SATU KENAPA RAPMON SURUH TAECYEON PANGGIL DIA NAMJOON ??? DIA SUKA TAECYEON KEEEEEEEEEEEE ASDFGHJKLPOIUYTREWQ IMMA CONFUSEEEEE
[ X O X ]
fanfic_reader_12 #9
Chapter 11: I love ... So i'ii waiting for ur new ff ... Su su na khaa!! ^^