I Think I Like You

Cikgu Gangster (will updated soon!)

Chansung yang diikat pada kerusi akhirnya terlena dalam keadaan duduk. Terangguk-angguk kepalanya sehingga kepalanya semakin jauh ke bawah. Terasa dirinya semakin terdorong ke hadapan berserta dengan kerusi.

Terus terbeliak mata Chansung. “Oh!”

Akibat kehilangan keseimbangan, dia terus terdorong ke hadapan lalu terjatuh di atas lantai. Habis belakangnya dihempap pula dengan kerusi tersebut.

“Aduh...” Dia sekadar mengaduh kesakitan. “Macam mana aku nak bangun nie? Haih.. pagi-pagi kerusi bodoh nie dah buat hal. Kalau benci aku pun, janganlah kejam sangat kat aku.” bebelnya seperti makcik tua.

Terdengar bunyi pintu dikuak dan muncul seorang lelaki di muka pintu. Lelaki itu sekadar mencekak pinggangnya sambil matanya meliar memandang sekeliling bilik tersebut.

“Woi, woi!” jerkah Chansung untuk menarik perhatian Kris.

Mata kris terus jatuh pada Chansung yang kini dalam posisi meniarap di atas lantai. Berserta dengan kerusi di belakangnya.

“Kau dah kenapa meniarap atas lantai nie?” soal Kris pelik. Disilangkan lengannya pula. “Rindu lantai ke apa?”

“Tak payah nak banyak soal boleh tak? Tolonglah aku!” Chansung mula bengang. Dari tadi dia asyik cuba untuk bangun tetapi disebabkan tubuhnya masih lagi terikat pada kerusi, tubuhnya langsung tidak dapat bergerak.

“Siapa suruh bergerak sampai jatuh? Kan dah tak boleh bangun dah.” Sinis sahaja Kris menjawab sebelum hilang dari muka pintu. Sengaja dia membiarkan pintu terbuka untuk Chansung. Lagipun Chansung pasti tidak dapat melepaskan diri dalam keadaan begitu.

“Woi!” teriak Chansung. “Kau nak pergi mana tu? Tolonglah bangunkan aku weh!” teriaknya lagi.

Kris yang tidak berada jauh dari bilik dimana Chansung terkurung di situ sekadar tersenyum sinis.

“Aku nak pergi melawat kawan baik kau.” teriaknya kembali.

Lalu beredar dari situ dengan senyuman yang masih lekang di bibirnya. Digosok-gosok kedua-dua tangannya sebelum muncul dua lelaki berbadan sasa di sebelah kiri dan kanannya.

“Taecyeon, kau akan mati bro.”

........................................................

Cuaca hari ini sangat terik dan sangat baik untuk berlari di tengah padang. Semua pelajar dilihat sedang berlari mengeliling padang diiringi dengan bunyi wisel mengikut rentak. Namjoon, pelajar yang paling kuat merungut tetapi dia tetap meneruskan lariannya.

“Yah, korang berlari ke merangkak?” tegur Taecyeon dari belakang sekali.

“Cikgu.. kitaorang dah kehabisan tenaga dah nie.” Adu Doojoon termengah-mengah. Yang lain turut mengadu benda yang sama.

Taecyeon meniup wiselnya sekuat hatinya. Terkejut mereka semua dibuatnya. Namjoon yang kebetulannya sedang berlari di hadapan Taecyeon lagi menderita disebabkan bunyi itu.

Ditutupnya kedua-dua telinganya sambil berlari.

“Pekaklah telinga aku kejap lagi bodoh!” makinya selamba badak.

“Ada aku kisah Rapdoh?” Taecyeon meniup wiselnya lagi. Betul-betul di telinga Namjoon.

“Woi!” jerkah Namjoon bengang. Dia berhenti berlari secara mengejut sehingga Taecyeon terus melanggarnya dari belakang. Apa lagi si Namjoon terus tersungkur ke hadapan. “Sakitlah weh!” jeritnya geram.

Taecyeon ketawa sinis. “Kan aku dah pesan kat kau hari tu. Jangan pakai brek kecemasan.” Dia menyilangkan lengannya lalu tubuhnya dibongkokkan menghampiri Namjoon yang masih duduk di atas padang.

“Dahlah Rapdoh. Aku pun malas nak cari pasal dengan kau. Jomlah sambung larian. Kejap lagi korang boleh rehat terus dah.” Dalihnya cepat-cepat. Dicapainya lengan Namjoon lalu menarik Namjoon supaya berdiri semula.

Namjoon hanya membiarkan dirinya ditarik oleh Taecyeon. Setelah dia berdiri, barulah Taecyeon berlari meninggalkan Namjoon di belakang. Terdengar bunyi wisel ditiup sekali lagi supaya mereka semua sentiasa fokus dalam larian.

Namjoon pula masih berdiri di tempat yang sama. Termenung pula dia. Entah jauh ke tidak dia termenungkan itu.

“Woi! Jangan tercegat kat situ boleh tak?” tegur Zico yang baru tiba di belakang Namjoon setelah berlari satu pusingan. Dilap wajahnya yang berpeluh dengan lengan bajunya.

“Kereta aku dah rosak. So aku tak boleh nak bergerak.” Kata Namjoon yang dilihatnya sudah termakan dengan kata-kata Taecyeon tadi.

“Ha?” Berkerut dahi Zico mendengar kata-kata Namjoon yang tidak masuk akal itu.

Setelah berlari 10 pusingan, barulah mereka semua berhenti. Ada yang sudah pengsan di tengah padang. Ada juga yang awal-awal lagi sudah pulang ke asrama. Junhyung dan Taecyeon serentak menuju ke tepi padang sambil berbual kecil.

“Cikgu, malam nie ada aktiviti lagi ke?” soal Junhyung sambil mengelap peluhnya dengan tualanya yang dibawa dari asrama.

Taecyeon mengangguk laju. “Korang jangan nak ponteng pulak erk? Kalau tak, memang malang ar nasib korang semua nanti. Pesan kat dorang pasal malam nie okay?”

“Beres bos!” Junhyung mencantumkan jari telunjuknya dengan ibu jarinya tanda okay.

“Bagus, bagus.” Puji Taecyeon sambil mengangguk.

Terpandangkan Yixing sedang duduk bersila di bawah pokok yang dapat melindungi diri dari sinaran matahari, Taecyeon mula tersengih suka.

“Okaylah Jun. Aku nak pergi dekat Yixing kejap. Kau pergilah rehat dulu. Nanti aku datang.” Dia menepuk-nepuk bahu Junhyung sambil matanya tidak jemu memerhati Yixing di situ. Yixing yang sedar akan kehadiran lelaki itu turut tersengih.

“Okay.” Junhyung menukar laluannya ke arah tangga untuk naik ke atas. Hari ini dia mahu berehat sahaja di asrama bersama mereka yang lain.

Taecyeon pula berjalan mendekati Yixing dengan sengihan suka di bibir. “Kau buat apa kat sini?”

“Menoreh getah.” Balas Yixing selamba badaknya.

“Eh, eh. Ada orang buat lawak antarabangsa lah kat sini. Lawaknya.” Perli Taecyeon sambil wajahnya disengajakan kelihatan menyampah dengan jawapan Yixing tadi. Yixing sekadar berdengus suka sebelum matanya memandang ke tempat lain.

Taecyeon melepaskan tawa kecil. “Betul-betullah Yixing. Kau buat apa kat sini? Mana ayah kau?”

Yixing kembali memandang Taecyeon yang masih berdiri. Lenguh leher dibuatnya akibat mendongak terlalu lama.

“Hisy.. kalau nak tanya pun, boleh tak kalau kau duduk dulu? Lenguh leher aku tahu tak.” Yixing sudah mengurut-gurut belakang lehernya dengan mimik muka tidak selesa. Lenguh sangat agaknya sambil berkerut dahinya.

“Tulah~ Lain kali pelawa aku duduk. Ini tidak. Aku sampai je dah buat lawak antarabangsa yang tak beberapa nak lawak tu.” Sempat lagi Taecyeon berpesan setelah duduk bersila di atas rumput. Dia meletakkan kedua-dua tangannya ke belakang sambil mendongakkan kepalanya ke atas.

Matanya dipejamkan seketika, cuba untuk menikmati alam semula jadi pada pagi itu. Angin meniup lembut menaikkan lagi suasana yang tenang.

“Taec.” Suara Yixing yang perlahan itu membuatkan Taecyeon membuka matanya semula.Terdapat beberapa sandwish dalam bekal muncul dalam pandangan matanya. Terkebil-kebil matanya melihat sandwish yang masih lagi dihulurkan oleh Yixing.

“Kau dah kenapa?” soal Yixing pelik melihat Taecyeon seperti itu.

Taecyeon memandang Yixing di hadapannya. “Untuk aku ke?” tanyanya pula.

Yixing tersengih pelik. “Dah tu untuk siapa pulak? Kita berdua je yang ada kat padang nie.” Bekal yang berisi sandwish itu didekatkan lagi kepada Taecyeon. “Kau nak tak nie? Kalau tak nak, tak apa. Biar aku je yang habiskan.”

“Woi.. mestilah aku nak.” Laju tangan Taecyeon mengambil sandwish dari dalam bekal tersebut. Terus disumbatnya sandwish itu ke dalam mulut. Yixing melepaskan tawa kecil dalam diam. Suka melihat lelaki itu menikmati sandwish buatan tangannya sendiri.

“Sedap tak?”

Taecyeon mengangguk laju. Mulutnya masih lagi mengunyah. “Dah boleh jadi bini aku nie.”

Terbakar wajah Yixing dibuatnya dengan jawapan Taecyeon. Cepat-cepat dia memandang ke tempat lain. Dalam hati bukan main lagi. Berbunga-bunga! Dia cuba berlagak tenang dengan melepaskan sedikit batukan kecil.

“B-B-B-Bini kau? Tak ingin aku.” balas Yixing angkuh. Kononnya dia hendak berjual mahal dengan Taecyeon.

Taecyeon tergelak kecil. “Aku bergurau jelah.” Diambilnya lagi sandwish yang masih banyak itu. “Aku tak tahulah sama ada kau sediakan semua nie untuk siapa tapi thanks tau. Sedap betul sandwish yang kau buat nie.”

Sekali lagi sandwish yang diambilnya itu terus disumbat ke dalam mulutnya. Habis pipinya menjadi kembung ketika mengunyah sandwish tersebut.

Yixing tersenyum comel mendengar pujian itu. “Kalau kau nak lagi, boleh je aku buatkan sandwish nie untuk kau esok.”

“Baiknya kau Yixing.” Puji Taecyeon lagi. “Rasanya kita dah boleh kahwin dah nie.” Lawaknya.

Terasa panah menusuk tepat pada jantung Yixing sehingga Yixing tidak boleh berhenti tersengih. Sekali lagi dia memandang ke tempat lain untuk menyorokkan wajahnya yang merah. Ditepuk-tepuk dadanya agar bertenang.

“Aku rasa aku dah mula sukakan kau, Taec.”

_____________________________________________________

To be continued-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Forteenagerss

https://www.youtube.com/watch?v=_F49TpQWfk8

Chap 12 will be updated on this evening!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 14: apa Joon ni...melepas nanti baru tau, dok pendam2...aish
Youri_Kim97
#2
Chapter 13: ARHHHHHHH JUNHYUNG AND NAMJOON ;;
mpreggoland
#3
Chapter 13: Lama dh tggu..finally update!
Thanks ^^
Xlarat nk gelak sy sambil baca..hahaha
Hope chansung ngan daniel selamat huhu
fanfic_reader_12 #4
Chapter 13: Im waiting for this for a sooooo long time ago....glad u backkkk....

Thnxx for update....huhu... *Cry while smiling*
Bgm

*Apado gwaenchana..neol saranghan geteulmunae....*
mpreggoland
#5
Chapter 12: finally awk update! lama dah sy tggu...huhu
mcm biasa, storyline awk tak pernah membosankan..selalu buat sy tersengih sorg2, gelak sorg2 XD
Youri_Kim97
#6
IM WAITING FOR JOONHYUNG COUPLE MOMENT !!!!!
fanfic_reader_12 #7
Chapter 12: Youre welcome authornimmm!!! Author pon buat sye tersnyum tersengih mcm kambing bile baca ff ni..lagi2 when its comes for taec and yixing! goshhh...

Yassss layn thai drama.... but jnis yg gay thai punye drama.. hihi... :)) Dh fujo knn... Thai pon lyn yg gay je lh... But smua yg slmt ditonton oleh underage baby mcm sy ni.. huhu...:)) Drama pling normal sye tgk..dramanye flower ring..sdg tyng di tv7 (708) hihi...

Su su na khaa authornim!!! Never stop for making a good story !! ^✓^
Youri_Kim97
#8
Chapter 11: YUKWON DENGAN ZICO TAK BOLEH NAK SWEET LAGI KEEEEE ??? LAGI SATU KENAPA RAPMON SURUH TAECYEON PANGGIL DIA NAMJOON ??? DIA SUKA TAECYEON KEEEEEEEEEEEE ASDFGHJKLPOIUYTREWQ IMMA CONFUSEEEEE
[ X O X ]
fanfic_reader_12 #9
Chapter 11: I love ... So i'ii waiting for ur new ff ... Su su na khaa!! ^^