Tempat Baru

Cikgu Gangster (will updated soon!)

Tubuh Taecyeon ditolak kasar sehingga terlanggar beberapa tong sampah di belakangnya. Beg yang mengandungi berjuta-juta duit masih dipeluknya erat. Sesekali dia membetulkan beg dalam pelukan walaupun belakangnya sakit akibat terkena tong sampah yang dilanggarnya tadi.

Kris Wu, orang yang menolak Taecyeon tadi mula menghampirinya.

“Aku nak beg tu, Taec.” Kris menghulurkan tangannya supaya Taecyeon menyerahkan beg tersebut kepadanya.

Taecyeon menggeleng perlahan. “Aku tak boleh bagi beg nie, Kris..”

“Kenapa?” soal Kris laju.

“Sebab beg nie aku punye.” Jawab Taecyeon selamba walaupun rasa sakit masih ada. Dia cuba untuk berdiri namun terlebih dahulu Kris sudah menendang perutnya. Sekali lagi Taecyeon terlanggar tong sampah yang berada di belakangnya.

Beg pula masih lagi dipeluknya erat.

“Baik kau bagi beg tu cepat sebelum aku bunuh kau.” ugut Kris berani. Sebilah pisau dikeluarkan dari poket seluar. Perlahan-lahan dia menghampiri Taecyeon yang masih belum bangun. Rasa sakit pada belakang Taecyeon membuatkannya tidak bermaya.

“Kenapalah aku tak fikir dari awal lagi?” soal Kris sendiri seraya menghampiri Taecyeon. Pisau juga sudah bersedia dalam posisi untuk menikam lelaki itu. “Aku perlukan duit dan bukannya kau. Jadi.. kau patut mati!”

Taecyeon memejamkan matanya erat. Tidak sanggup melihat dirinya ditikam oleh Kris namun pada masa yang sama, dia berasa pelik.

Kenapa aku tak rasa aku kena tikam?” tanyanya dalam hati.

Perlahan-lahan dia membuka matanya tetapi memandangkan dia masih berasa takut, dia hanya membuka sebelah matanya. Terus terbuka kedua-dua matanya apabila melihat Chansung, kawannya sedang menahan tangan Kris yang ingin menikamnya.

“C-Chansung?” Taecyeon terkejut besar.

“Blah cepat!” arah Chansung yang masih menggenggam tangan Kris. Kris pula cuba sedaya-upaya untuk menikam Chansung.

“Aku tak sangka.. kau akan datang sini, Chansung..” Segera Taecyeon bangun walaupun belakangnya masih terasa sakit akibat terlanggar tong sampah tadi. “I miss you bro!” Sempat lagi dia meluahkan rasa rindunya kepada Chansung.

“Hisy.. blahlah cepat!” arah Chansung, serius. Pada masa yang sama, dia tersenyum suka.

Kelam-kabut Taecyeon berlari menyelamatkan diri. Takut orang upahan Kris akan mengejarnya. Dia tersenyum lega tatkala matanya tertancap pada beg yang masih dipeluknya. Segera dia berlari keluar dari belakang bangunan.

“Jangan lari!” Terdengar satu jeritan memberi amaran.

Taecyeon berlari lagi. Dia terus berlari entah ke mana. Asalkan dia dapat terlepas daripada orang upahan Kris yang sememangnya agak ramai baginya. Sekumpulan lelaki berpakaian seperti gangster sedang berlari mengejarnya!

Tanpa Taecyeon sedari, dia sedang berlari ke sebuah parkir kereta. Agak gelap-gelita di situ. Dia terpaksa berhenti untuk mencari jalan keluar namun pagar berjaring di sekeliling parkir kereta membuatkan dia mengeluh panjang.

“Aduh.. mana lagi aku nak lari nie?” keluhnya perlahan. Dia langsung tidak dapat bertenang. Meliar matanya mencari jalan keluar. Terdengar suara-suara orang upahan Kris asyik menjerit menyuruh mengejarnya dengan lebih pantas.

Taecyeon tahu mereka sudah dekat. Berdegup kencang jantung dibuatnya!

Tiba-tiba matanya terpaku pada sebuah van yang terletak berhampiran dengannya. Kebetulan pintu van sedang terbuka luas. Seolah-olah van itu memanggilnya masuk ke dalam. Segera dia berlari ke van tersebut. Pada masa yang sama, ada seorang lelaki berpakaian kasual berjalan mendekati van yang dinaiki Taecyeon tadi.

“Ye.. papa nak baliklah nie.” Jawab lelaki itu.

Taecyeon cuba mengintai lelaki tersebut. Rupanya lelaki itu sedang menelefon seseorang.

“Papa? Mesti dia dah ada anak.” Bisiknya dalam hati. Wajah lelaki itu diperhatikan. Sememangnya lelaki itu memang mempunyai raut wajah yang tampan walaupun sudah berusia. Taecyeon sekadar mendiamkan diri.

“Yixing tunggu papa okay? Kejap lagi papa sampai.” Segera talian dimatikan sambil pintu van ditutup dengan kuat. Bergegar van yang dinaiki Taecyeon itu dibuatnya.

“Kuat gila dia tutup pintu.” Bisiknya lagi. Kelihatannya lelaki itu berjalan menuju ke pintu depan untuk masuk ke dalam. Taecyeon tahu tubuhnya bukanlah sekecil perempuan. Cepat-cepat dia mengecilkan badannya supaya lelaki itu tidak nampak.

Tanpa Taecyeon sedari, lelaki itu hanya tersenyum manis setelah melihat cermin pandang belakang. Sengaja dia membetulkan cermin pandang belakang sebelum memulakan perjalanan pulang ke tempatnya.

...................................................

Bunyi burung-burung berkicauan sememangnya menaikkan suasana yang aman. Taecyeon masih lagi menyorok di dalam van tetapi dalam keadaan tidak sedar. Rupanya dia sudah terlena semasa dalam perjalanan. Penat agaknya sehingga tidak dapat menahan matanya dari terbuka.

Kepalanya asyik terangguk-angguk sehinggalah dia terdengar suara lelaki sedang menjerit memberi arahan. Diiringi dengan suara-suara sedang mengira dan berjalan seperti berkawad.

Taecyeon terkejut beruk sehingga kepalanya terhantuk pada kerusi.

“Aduh..” Taecyeon mengaduh kesakitan. Diurut-urut kepalanya akibat terhantuk tadi. Sebaik matanya terpandang luar tingkap van, terus terbeliak matanya. Sekali lagi kepalanya terhantuk pada atap van. Kali ini bunyi hantukan itu sangat kuat.

Taecyeon mengaduh lagi. “Sakitnya kepala aku. Van nie nak aku amnesia ke apa?” Sekali lagi kepalanya diurut perlahan untuk meredakan kesakitan.

Perlahan-lahan pintu van dibuka lalu keluar. Dia membuat sedikit regangan badan sambil menguap sepenuh hatinya.

“Aku dekat mana nie?” soalnya sendiri.

Sekelilingnya hanya dipenuhi dengan pokok-pokok besar sehingga mampu mencecah langit. Terdapat banyak bukit sebesar gunung Everest. Apa yang pasti, tempat yang dia sedang berada sekarang ini sangat cantik dan indah.

Seolah-olah berada di alam bunian.

Taecyeon yang berwatakan gangster pun tertarik dengan keindahan kawasan tersebut. Bak kata orang, dalam hati ada taman.

“Hai.” Tegur satu suara.

Sekali lagi Taecyeon terkejut. Segera dia memusingkan badannya ke belakang lalu berundur sehingga terlanggar van dengan kuat. Bergegar van itu dibuatnya. Terkejut seperti ternampak hantu lagaknya.

“K-Kamu tak apa-apa ke?” Cemas lelaki itu bertanya. Perlahan-lahan lelaki itu menghampirinya.

Taecyeon cepat-cepat mengangguk. “Y-Ye.. saya okay je.”

Lelaki itu hanya tersenyum. Kedua-dua tangannya diletakkan di belakangnya. Wajahnya manis sekali apabila sebuah senyuman terukir di bibirnya. Taecyeon jadi tenang semula. Segera dia menjarakkan dirinya dari van tersebut.

“Nasib baik van tu tak meletup sebab kamu langgar kuat sangat.”

Taecyeon terkejut beruk.

“Saya gurau jelah.” Lelaki itu ketawa kecil. Seronok mengusik Taecyeon agaknya.

“O-Okay..” Taecyeon tersengih. “B-Boleh saya tahu kita kat mana sekarang nie?” tanyanya berhati-hati.

Lelaki itu sekali lagi tersenyum. Segera jari telunjuknya diangkat lalu menunjuk ke arah belakang. Terkebil-kebil mata Taecyeon namun dia hanya menurut sahaja. Dia menoleh sambil badannya berpusing ke belakang. Serta-merta matanya menjadi besar sebaik ternampak sebuah papan tanda di situ.

‘Kem Motivasi Im Juhwan’

“Si-Siapa Im Juhwan?” tanya Taecyeon berhati-hati sambil kepalanya berpusing memandang lelaki tadi.

“Papa!” Terdengar satu suara dari arah belakang. Sekali lagi Taecyeon menoleh untuk melihat sebaik lelaki itu mula menghampiri pemilik suara itu.

Tidak terkelip mata Taecyeon setelah melihat pemilik suara itu. Kecomelan yang dimiliki pemilik suara itu sememangnya berjaya menarik perhatiannya. Melihat lelaki itu memeluknya seperti tidak mahu dilepaskan, timbul rasa cemburu walaupun dia hanya tahu mereka hanyalah ayah dan anak. Kalau diikuti hatinya, dia pun hendak peluk juga.

“Kamu.” Lelaki itu memberi isyarat kepada Taecyeon supaya datang kepada mereka.

Segera Taecyeon datang menuju ke arah mereka yang masih berpelukan. Pemilik suara yang comel itu memandangnya dengan dahi berkerut. Taecyeon tertanya-tanya, adakah dia memakai baju secara terbalik? Atau seluar tidak zip dengan betul? Dia hanya membiarkan pemilik suara itu terus memandangnya.

“Ha.. kamu. Nie anak lelaki saya.” Lelaki itu menepuk-nepuk bahu anaknya itu. “Nama dia Yixing.”

Taecyeon mengangguk tanda mengerti. “O-Ooo.. ingatkan perempuan.”

“What?” Yixing menjeling tajam.

Lelaki itu melepaskan Yixing dari pelukan apabila Yixing ingin menghampiri Taecyeon. Segera Taecyeon menjauhkan diri daripada Yixing yang masih menghadiahkan sebuah jelingan maut kepadanya.

“Mulut kau nie mesti tak pernah bayar insurans kan sampai kau kata aku nie perempuan.” Kata Yixing sinis.

Taecyeon sudah kehilangan kata-katanya.

“Yixing sayang..” Lelaki itu atau papa yang dipanggil oleh Yixing tadi, menghampiri anaknya. Bahu anaknya dipaut supaya dekat dengan dirinya. Ditepuk-tepuk bahu Yixing perlahan agar bersabar. Taecyeon masih kaku berdiri.

“Maaflah ye? Anak saya nie memang pantang bila dengar perkataan tu tapi betul jugak kata kamu. Wajah dia memang macam perempuan kan? Comel~ Papa suka.” Pujinya seraya tangannya laju mencubit-cubit pipi Yixing.

“Hisy..” Yixing berengus geram.”Yixing boy bukan girl!” marahnya.

Taecyeon yang dari tadi kaku berdiri mula tersengih. Wajah Yixing direnungnya. Tidak sangka lelaki itu pandai mencuit hatinya walaupun Yixing seperti tidak menyukainya. Wajah Yixing dalam pandangannya hilang apabila Yixing memaling pergi. Dia masuk ke dalam kawasan kem motivasi tersebut dengan perasaan marah.

“Dia memang macam tu.” Beritahu lelaki itu.

Sekali lagi Taecyeon mengangguk.

“Oh, lupa pulak.” Lelaki itu menepuk dahinya diiringi dengan keluhan kecil. “Lupa pulak nak kenalkan diri. Sayalah Im Juhwan yang tertera kat papan tanda tadi. Kem motivasi nie saya sendiri yang buka. Nama kamu pulak siapa?”

“Taecyeon.” Taecyeon segera memperkenalkan dirinya. Ditundukkan badannya 90 darjah dengan penuh hormat. Dia tahu Juhwan lebih tua daripadanya. Siap buka kem motivasi sendiri lagi. Dia berdiri tegak semula lalu tersenyum kekok.

“Kamu tinggal kat mana?” tanya Juhwan lagi.

“Err..” Taecyeon sudah menggaru-garu kepalanya. Hendak memberitahu perkara yang sebenar, takut pula kalau Juhwan menghalaunya.

Juhwan menghampiri Taecyeon lalu memaut bahunya erat. “Kamu boleh tinggal sini kalau kamu nak. Mesti best kan?”

“Eh.. tak apa ke?” soal Taecyeon berhati-hati. Baik sungguh Juhwan kerana mempelawanya tinggal bersama tetapi Yixing tidak kisah ke? Takut si Yixing pula yang tidak selesa dengan kehadirannya. Sempat lagi dia memandang kawasan kem motivasi tersebut.

“Tak apa.” Juhwan tersenyum manis. “Lagipun kat sini banyak bilik kosong tapi kamu janganlah risau. Saya tak akan biarkan kamu sebilik dengan Yixing atau budak-budak.” Beritahunya.

Dahi Taecyeon berkerut. “B-Budak-budak? Yixing dah ada anak ke?”

Juhwan memandang Taecyeon lalu melepaskan tawa kecil. “Haih.. kelakar betul kamu nie. Yixing ada anak? Tak dapat saya nak bayangkan sebab dia nie mana suka budak-budak. Satu lagi, budak-budak yang saya maksudkan tu bukan kanak-kanak yang kamu fikirkan.”

Taecyeon diam.

“Kem motivasi nie khas untuk budak-budak lelaki yang ada masalah disiplin. Tujuan mak bapak dorang hantar anak-anak ke sini sebab nak bagi dorang cepat berubah. Atau belajar something yang bermanfaat. Dorang kena stay sini selama 2 bulan. Tak tahulah budak-budak yang sekarang nie boleh tahan ke tak sebab dorang memang sukar nak kawal.” Jelas Juhwan. Matanya sudah tertumpu kearah padang di belakang sana.

Dimana semua pelajar yang bermasalah sedang berkumpul di situ.

“Dorang memang nakal sangat..” sambungnya.

Taecyeon masih mendiamkan diri. Dia turut memandang kearah padang yang berdekatan dengan bilik asrama mereka. Terdapat sekumpulan pelajar sedang bermain di situ. Lama dia memerhati mereka semua sehingga salah seorang pelajar menjeling tajam kearahnya.

Pelik melihat pelajar itu kerana kedua-kedua mata pelajar itu mempunyai warna yang berbeza.

“Ha.. yang dia tengah pandang kamu tu namanya Zico. Suka sangat pakai contact lens.” Beritahu Juhwan.

Taecyeon hanya mengangguk.

Tiba-tiba ada seorang pelajar lelaki yang memakai subang berbentuk gelung di telinga datang memeluk Zico. Erat lelaki itu memeluknya. Kelihatanya dia sedang berbisik sesuatu pada Zico sehingga Zico tersengih nakal.

“Yang tu siapa pulak?” tanya Taecyeon sambil matanya tidak jemu memandang mereka.

“Kim Yukwon.” Beritahu Juhwan lalu menggeleng. “Yixing kata Yukwon tu ‘girlfriend’ Zico.”

Sekali lagi Taecyeon mengangguk. ‘Aku nak kenal dorang semua kalau boleh.’ Bisiknya dalam hati.

“Haih.. dari tadi kita asyik tercegat kat sini. Jomlah masuk dalam.” Ajak Juhwan.

“Okay.”

Sama-sama mereka melangkah masuk ke kawasan tersebut.

______________________________________________________________________________________________

To be continued-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Forteenagerss

https://www.youtube.com/watch?v=_F49TpQWfk8

Chap 12 will be updated on this evening!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 14: apa Joon ni...melepas nanti baru tau, dok pendam2...aish
Youri_Kim97
#2
Chapter 13: ARHHHHHHH JUNHYUNG AND NAMJOON ;;
mpreggoland
#3
Chapter 13: Lama dh tggu..finally update!
Thanks ^^
Xlarat nk gelak sy sambil baca..hahaha
Hope chansung ngan daniel selamat huhu
fanfic_reader_12 #4
Chapter 13: Im waiting for this for a sooooo long time ago....glad u backkkk....

Thnxx for update....huhu... *Cry while smiling*
Bgm

*Apado gwaenchana..neol saranghan geteulmunae....*
mpreggoland
#5
Chapter 12: finally awk update! lama dah sy tggu...huhu
mcm biasa, storyline awk tak pernah membosankan..selalu buat sy tersengih sorg2, gelak sorg2 XD
Youri_Kim97
#6
IM WAITING FOR JOONHYUNG COUPLE MOMENT !!!!!
fanfic_reader_12 #7
Chapter 12: Youre welcome authornimmm!!! Author pon buat sye tersnyum tersengih mcm kambing bile baca ff ni..lagi2 when its comes for taec and yixing! goshhh...

Yassss layn thai drama.... but jnis yg gay thai punye drama.. hihi... :)) Dh fujo knn... Thai pon lyn yg gay je lh... But smua yg slmt ditonton oleh underage baby mcm sy ni.. huhu...:)) Drama pling normal sye tgk..dramanye flower ring..sdg tyng di tv7 (708) hihi...

Su su na khaa authornim!!! Never stop for making a good story !! ^✓^
Youri_Kim97
#8
Chapter 11: YUKWON DENGAN ZICO TAK BOLEH NAK SWEET LAGI KEEEEE ??? LAGI SATU KENAPA RAPMON SURUH TAECYEON PANGGIL DIA NAMJOON ??? DIA SUKA TAECYEON KEEEEEEEEEEEE ASDFGHJKLPOIUYTREWQ IMMA CONFUSEEEEE
[ X O X ]
fanfic_reader_12 #9
Chapter 11: I love ... So i'ii waiting for ur new ff ... Su su na khaa!! ^^