Oh, Tak guna!

Cikgu Gangster (will updated soon!)

Di asrama, masing-masing sudah pun dibuai mimpi indah kecuali Namjoon.  Cahaya bulan di luar hampir menyinari separuh ruang asrama.

Menyebabkan wajah Junhyung hampir dilihat dalam gelap kerana cahaya bulan.

Namjoon yang tidak berada jauh dari katil Junhyung, perlahan-lahan wajah itu ditatapnya lama.

“Haih Jun..” keluh Namjoon.

“Aku sendiri pun tak pasti bila masa aku boleh suka kau.” Namjoon bangun dari katil lantas melutut di hadapan Junhyung yang sedang lena.

Pipi Junhyung dielus lembut, membuatkan Junhyung dengan comel laju menepis jari Namjoon lalu menggaru pipinya.

“Aww comelnya..” Namjoon tanpa sedar, bibirnya terukir senyum penuh minat. Bertambah minatnya dia dengan lelaki seorang itu.

“Jun..” panggilnya pelahan. “Aku tahu kau tengah tidur mati sekarang ni tapi aku nak kau tahu yang aku betul-betulkan kau. Suka sangat dekat kau.” Sedar akan kelakuannya yang pelik itu, dia segera menampar pipinya.

“Aku pergi luah masa dia tidur dah kenapa? Nak dia tahu aku suka dia, sampai mati dia takkan tahu. ” Keluhnya geram.

“Tak sangka aku bodoh jugak eh?” gelaknya kekok sebelum dia menyandarkan diri pada katil Junhyung dan secara mengejutnya, Kai muncul di hadapannya.

Dilihatnya lelaki itu turut terkejut melihat Namjoon yang juga memandangnya. Masing-masing sudah menukar pandangan kekok.

“A-Apa?” Namjoon memecahkan kesunyian diiringi keningnya yang terjongket sebelah.

Kai tersengih pelik. “Aku dah dengar dah.”

“Ha?” Terkebil-kebil mata Namjoon, cuba memproses ayat Kai sejauh mana yang boleh. Lalu matanya terbeliak luas seperti ingin mahu tercungkil keluar.

“APA?”

 

Image result for divider png

 

Setiap pagi, mereka semua akan berkumpul di kantin untuk menikmati sarapan. Kali ini Yixing pula yang menyediakan. Menu pada pagi itu sememangnya kegemaran Taecyeon.

Sandwish, sedikit kuih dan juga teh panas. Nyaman sungguh!

Masing-masing menikmati sarapan kecuali Namjoon. Dia hanya menghirup teh lebih dari menjamah sandwish tersebut.

Membuatkan Junhyung di sebelah, menyiku bahunya. “Oiii.”

“Jangan bagitau dia yang aku suka dia!” Secara tidak sengaja, Namjoon membocorkan rahsianya sendiri dengan melatah yang mengejutkan itu.

Masing-masing sudah memberi pandangan pelik. Kai yang menikmati karipap sardin menahan dirinya dari tersenyum. Takut kalau dia pulak yang disoal oleh mereka.

“Selamat pagi, Namjoon.” Ucap Taecyeon dalam nada perli. “Baru bangun tidur ke?” Soalannya mengundang gelak-ketawa daripada mereka.

Namjoon sudah berengus geram.

Yixing menggeleng sambil menuap air teh ke dalam gelas milik Taecyeon.

“Aku tak-“

Terpandangkan Junhyung di sebelah, mati akal dibuatnya untuk membalas soalan Taecyeon yang menyakitkan hati. Sandwish yang masih belum dijamah laju dicapainya lalu disumbat ke dalam mulut dengan geram.

Junhyung pelik. Terus bahu Namjoon ditepuknya perlahan namun ditepis kasar. Lagi pelik dibuatnya.

“Kau ni dah kenapa?” soal Junhyung. Sedar tiada jawapan daripada Namjoon, dengan geram dia menghentakkan segelas teh di hadapan Namjoon. “Nanti tercekik pulak.”

Yang lain sekadar memandang sesama sendiri. Kononnya dapat diberikan penjelasan kenapa Junhyung berlakuan seperti itu.

“Dah kenapa tu?”

“Dorang gaduh ke?”

“Uish bukan biasa biasa ni.”

Tanpa Namjoon sedar, Taecyeon memerhatinya sambil menghirup teh panas dalam diam.

Di padang, Taecyeon memberi kebebasan kepada mereka untuk melakukan apa-apa aktiviti. Semangat mereka bermain bola sepak di situ kecuali Namjoon. Lelaki itu dilihat duduk termenung di bawah pokok besar.

Sedang Junhyung berlari mengejar bola, matanya terpaku ke arah Taecyeon yang mula bergerak ke suatu tempat.

Dimana Namjoon berada.

Tenungan Namjoon sudah berada jauh sehingga tidak sedar akan kehadiran Taecyeon di hadapannya.

“Kau ni kenapa?” Taecyeon cuba mengembalikan Namjoon ke dunia nyata.

Namjoon tersedar. “A-Apa kau cakap tadi?” tanyanya kekok.

Taecyeon menggeleng. “Haih, muda-muda dah pekak.” Dia duduk bersila di sebelah Namjoon. “Aku tanya kau ni kenapa? Macam ada yang tak kena je sejak breakfast tadi. Kau ada terjumpa hantu ke malam tadi?”

“Eh tak, tak.” Pantas Namjoon menggeleng. “Kalau aku terjumpa cik hantu, tak adalah aku muncul dekat kantin tadi. Aku mungkin tengah berlari lagi. Siap tak jejak tanah tu!” Gelaknya dengak lawaknya sendiri.

“Ada-ada je kau ni.” Taecyeon menggeleng. Junhyung yang sibuk mengejar bola daripada Jackson membuatkan dia teringat akan tujuannya dia ke mari. “Boleh aku tanya kau sesuatu?” soalnya berhati-hati.

Namjoon mengerutkan dahi. “Uish kau ni sejak bila pandai minta izin aku ni? Tanya jelah. Kau kan cikgu aku. No need to ask permission.”

Taecyeon menghela nafas kuat disertai senyuman manis. “Haish kau ni. Tak salah cikgunya nak minta izin sebelum bertanya. Kau kena tahu aku yang jadi cikgu ni pun manusia macam kau jugak.” Jelasnya.

Namjoon melepaskan tawa, mengangguk perlahan mengiakan sahaja ayat cikgunya itu.

“Boleh tak ni?”

“Laaa tanya jelah!” Namjoon geram. “Aku diam ni pun sebab nak tahu apa yang kau nak tanyakan rupanya kau minta izin lagi. Aduh.”

Kini Taecyeon pula yang ketawa. “Okaylah, ni aku nak tanya. Kau dengan Junhyung ada apa-apa masalah ke? Pelik semacam aku tengok korang berdua.

Berderau darah Namjoon tatkala nama Junhyung disebut. “Kalau ye pun, kenapa?”

“Kalau ye, bagitau lah aku. Kalau tak, bagitau lah aku jugak.” Loyak buruk Taecyeon membuatkan Namjoon menjeling setajam pedang samurai.

Namun apabila Taecyeon sendiri yang menawarkan telinganya untuk mendengar, hatinya bagaikan dipujuk agar segala isi hatinya dapat diluahkan.

“Yelah, aku cerita.”

Riuh suasana di padang apabila Jackson ber

jaya menjaringkan gol. Melompat-lompat dia di hadapan jaring.

“Agagagaga korang noob!” ejek Jackson gembira, ditunjuk-tunjuk ke arah pihak lawannya yang terdiri daripada Myungsoo, Doojoon, Zico dan Kai sebagai penjaga gol.

Kai yang tidak berapa jauh daripadanya, terus melompat ke atasnya. “Apa kau cakap?!”

Bersama-sama Kai dan Jackson terjatuh di atas rumput.

“Aduh!” Wajah Jackson disembam pada rumput dek lompatan Kai.

Myungsoo, Doojoon dan Zico saling berpandangan. “Serang!” Serentak mereka mendekati Jackson lalu menyepak tubuh Jackson. “Baru satu gol dah kecoh pehal?!”

“Ooooo berani eh panggil kitaorang noob? Kitaorang budak mythic tau!”

“Jadah kau, Doojoon!” sampuk Zico dalam pergaduhan yang tidak matang itu. “Kau jangan nak melibatkan Mobile Legends kat sini eh. Baru rank Warrior, nak Mythic pulak kau.”

Sepakan Doojoon beralih pula pada Myungsoo. “Langsat punya member!”

Jinyoung dan Yukwon masing-masing menayang wajah redha. Junhyung yang sudah kebosanan, kepalanya berpusing dengan matanya yang meliar mencari sesuatu.

“Cikgu? Namjoon?” Terkebil-kebil matanya melihat dua ketul manusia itu duduk bersama di bawak pokok. “Seriousnya dorang bersembang.” Dia membuka langkah perlahan menuju ke arah mereka.

Saat mata Taecyeon terpaku pada Junhyung yang kini berjalan menghampirinya. Laju dia menyiku bahu Namjoon bertubi-tubi. “Tu, tu.”

“Apa kau-“ Mulutnya bagaikan terkunci tatkala matanya tertangkap wajah Junhyung yang kepanasan. “Eh, Jun.” Kini, wajah Namjoon pula kepanasan. Mana tidaknya, baru mereka rancak bersembang tentang Junhyung, lelaki yang disukainya.

“Haaa macam ni lah, aku tak ready lagi nak hadap dia!” Kelam kabut Namjoon bingkas bangun

Taecyeon lebih pantas, segera menolak Namjoon duduk semula. “Kaki aku terasa nak sepak bolalah!” Gelaknya, laju berlari meninggalkan Namjoon di situ bersama Junhyung. Dilihat lelaki sado itu begitu tenaga menghampiri mereka yang lain.

“Tak guna.” Rengus geram Namjoon.

“Uh..” Junhyung cuba membuka topik. “Tak nak join main bola ke? Tengah tak cukup orang tu memandangkan aku malas nak main dengan dorang.”

Namjoon mengangkat wajahnya, cuba memandang Junhyung yang masih berdiri. “Uh kalau kau pun dah malas nak main, apatah lagi aku. Lagipun tu.” Mulutnya dimuncungkan ke arah padang yang disinari matahari terik. “Panas.”

“Macam perempuan.” Perli Junhyung, tergelak kecil sehingga matanya tertutup. Melihatkan lelaki itu ketawa, Namjoon jadi terpukau dengan kecomelannya. Semakin lama dia merenung, semakin lebar sengihannya.

“Oh..” Namjoon menggeleng perlahan. Masih lagi tersengih. “Kenapa… la comel sangat..”

Tanpa sedar, Junhyung sudah melambai-lambai tangannya di hadapan wajah Namjoon. Jauh sudah renungan Namjoon sehingga entah ke mana. “Kim Namjoon!”

Namjoon tergagau lalu berdehem seketika. “A-Apa?”

“Kau dah kenapa? Aku panggil kau pun kau buat tak tahu je. Apa? Kau nampak bidadari lalu ke?” usik Junhyung nakal.

Terdengar usikan itu, entah mengapa jantungnya ditusuk sekali tetapi sakit rasanya sehingga naik kepalang. Bidadari? Bunyi macam sangkaan Junhyung terhadapnya, dia adalah seorang lelaki yang hanya sukakan perempuan.

Kemungkinan besar, Junhyung bukanlah sepertinya.

“Bidadari jadah kau! Ada ke bidadari nak mendarat kat tempat yang penuh budak-budak bermasalah?” soal Namjoon dingin lalu bangun. “Ciao dulu.” Dia segera beredar dengan tangannya yang dilambai malas.

Junhyung sekali lagi pelik dengannya. Perlahan-lahan dia mengeluh. “Kau..” Dia menelan liur. “Tak nak cakap apa-apa ke?”

Langkah Namjoon mati. Masih lagi membelakangi Junhyung. “M-Maksud kau?”

Junhyung membuang pandangannya ke tempat lain. “Yang kau suka aku?”

Semestinya soalan itu sungguh mengejutkan seluruh jiwa raga Namjoon sehingga kedua-dua tangannya digenggam ketat. Bagaimana lelaki itu tahu?

Namjoon berpusing menghadap Junhyung. Melihatkan wajah Junhyung, mahu sahaja dia dicengkamnya wajah Junhyung lalu mengucupnya rakus tetapi teringatkan usikan itu, dia mengeluh panjang.

Takut juga kalau air muka Junhyung berubah jijik dengan luahan matinya.

“Kenapa aku nak suka kau pulak?” soal Namjoon semula. “Mestilah tak. Kau..” Dia menoleh ke arah padang, melihat mereka bermain bola sepak. “Kau kawan aku kot.”

Matahari yang terik hilang dibalik mendung seolah-olah mengerti perasaan Namjoon. Sedar kawannya itu tidak berkata-kata, dia dengan perasaan serba salahnya memandang juga ke arah Junhyung.

Sangkaan meleset jauh apabila wajah Junhyung mendung bak cuaca di pusat kem motivasi.

“J-Jun?” Entah kenapa air muka Junhyung membuatkan rasa bersalahnya bertingkat-tingkat. Hati cakap lain, mulut cakap lain. Itulah Kim Namjoon.

“Ohyeke?” Junhyung mengangguk lemah, sungguh lemah sebelum dia berjalan melepasi Namjoon. Lengannya digenggam untuk menenangkan dirinya.

“Aku tahu kau tengah tidur mati sekarang ni tapi aku nak kau tahu yang aku betul-betulkan kau. Suka sangat dekat kau.”

Luahan Namjoon masih lagi terngiang-ngiang di telinga Junhyung. “Then malam tu, kau mabuk ke?” desis hatinya geram. Segera dia beredar dari padang dengan hati yang pada mulanya bercantum semula setelah dikecaikan oleh bekas teman wanitanya sebelum ini, kini berkecai semula.

“Jun..” panggilnya pelahan. “Aku tahu kau tengah tidur mati sekarang ni tapi aku nak kau tahu yang aku betul-betulkan kau. Suka sangat dekat kau.” Sedar akan kelakuannya yang pelik itu, dia segera menampar pipinya.

“Aku pergi luah masa dia tidur dah kenapa? Nak dia tahu aku suka dia, sampai mati dia takkan tahu. ” Keluhnya geram.

Junhyung berusaha untuk tidak mengukirkan senyuman. Dalam hatinya, terus terbinanya taman bunga dan taman bunga itu hadirnya seorang lelaki yang dia idamkan selama ini. Siapa lagi kalau bukan Kim Namjoon. Mahu sahaja dia menerkam Namjoon tetapi sedar lelaki itu sedang diperhatikan oleh Kai. Terbantut niatnya.

“Aku pun suka sangat-sangat dekat kau, Joon.”

Namjoon yang masih lagi berdiri di padang, mula menunduk. Kesal dengan dirinya. “Tak guna.”

 

 

To be continued!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Forteenagerss

https://www.youtube.com/watch?v=_F49TpQWfk8

Chap 12 will be updated on this evening!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 14: apa Joon ni...melepas nanti baru tau, dok pendam2...aish
Youri_Kim97
#2
Chapter 13: ARHHHHHHH JUNHYUNG AND NAMJOON ;;
mpreggoland
#3
Chapter 13: Lama dh tggu..finally update!
Thanks ^^
Xlarat nk gelak sy sambil baca..hahaha
Hope chansung ngan daniel selamat huhu
fanfic_reader_12 #4
Chapter 13: Im waiting for this for a sooooo long time ago....glad u backkkk....

Thnxx for update....huhu... *Cry while smiling*
Bgm

*Apado gwaenchana..neol saranghan geteulmunae....*
mpreggoland
#5
Chapter 12: finally awk update! lama dah sy tggu...huhu
mcm biasa, storyline awk tak pernah membosankan..selalu buat sy tersengih sorg2, gelak sorg2 XD
Youri_Kim97
#6
IM WAITING FOR JOONHYUNG COUPLE MOMENT !!!!!
fanfic_reader_12 #7
Chapter 12: Youre welcome authornimmm!!! Author pon buat sye tersnyum tersengih mcm kambing bile baca ff ni..lagi2 when its comes for taec and yixing! goshhh...

Yassss layn thai drama.... but jnis yg gay thai punye drama.. hihi... :)) Dh fujo knn... Thai pon lyn yg gay je lh... But smua yg slmt ditonton oleh underage baby mcm sy ni.. huhu...:)) Drama pling normal sye tgk..dramanye flower ring..sdg tyng di tv7 (708) hihi...

Su su na khaa authornim!!! Never stop for making a good story !! ^✓^
Youri_Kim97
#8
Chapter 11: YUKWON DENGAN ZICO TAK BOLEH NAK SWEET LAGI KEEEEE ??? LAGI SATU KENAPA RAPMON SURUH TAECYEON PANGGIL DIA NAMJOON ??? DIA SUKA TAECYEON KEEEEEEEEEEEE ASDFGHJKLPOIUYTREWQ IMMA CONFUSEEEEE
[ X O X ]
fanfic_reader_12 #9
Chapter 11: I love ... So i'ii waiting for ur new ff ... Su su na khaa!! ^^