Kawad Kaki

Cikgu Gangster (will updated soon!)

Beg bimbit yang disorokkan di dalam bumbung segera dikeluarkan. Perlahan-lahan dia turun bersama beg tersebut dengan menggunakan tangga. Beg itu diletakkan di atas katil sebelum menarik zip untuk membukanya.

Tersenyum dia melihat isi perut beg tersebut. Dilihat duit yang berlonggok dalam beg masih ada.

“Nasib baik ada lagi.” Bisiknya gembira. Dia mengambil berpuluh-puluh wang dari dalam beg lalu mengucupnya sebelum dilemparkan ke udara.

“Aku kaya!” jeritnya perlahan. Dibaringkan tubuhnya di atas katil bersama duit-duit tersebut. Dia sekadar merenung siling rumahnya tanpa jemu. Entah kenapa dia mula teringatkan kawannya yang telah menolongnya daripada serangan Kris yang gilakan duit itu.

“Chansung..” Dia bangun semula. “Aku harap dia tak apa-apa.”

Dia mengutip semula semua wang yang dilemparkan tadi. Dimasukkan semua wang ke dalam beg. Setelah menyimpan beg itu di dalam bumbung, dia keluar dari rumahnya untuk mengambil angin. Angin malam menyejukkan lagi suasana yang sunyi.

Digerling jam tangannya. Jam sudah menunjukkan 12 tengah malam.

“Malam masih muda..” Taecyeon berjalan menuju ke padang dengan kedua-dua tangan yang dimasukkan ke dalam poket seluar. Sesekali dia mengeluh perlahan setiap kali teringatkan Chansung, kawannya. Dia kini dilema kebimbangan yang teramat.

“Boleh tak kau blah dari kotak fikiran aku? Kau buat aku risau gila.” Katanya sendiri.

Sebaik tiba di padang, serta-merta langkahnya mati saat matanya tertancap ke arah seorang lelaki yang duduk termenung di situ. Terpandangkan warna rambut lelaki itu, mulutnya sedikit terlopong. Perlahan-lahan dia menghampirinya setelah mengeluarkan kedua-dua tangan dari poket seluar.

“Junhyung?”

Terlompat lelaki itu dibuatnya akibat terkejut. Segera dia menoleh dengan matanya yang sedikit terbeliak.

“O-Ooh.. cikgu rupanya. Terkejut saya.” Ternyata lelaki itu memang Junhyung. Ditepuk-tepuk dadanya perlahan.

Taecyeon sekadar berdiri di sebelah Junhyung yang masih duduk di atas rumput. “Boleh aku duduk sekali dengan kau?”

Junhyung mengangguk laju. Taecyeon sudah tersenyum. Lantas dia melabuhkan punggungnya di sebelah lelaki itu. Suasana sunyi menyerang mereka berdua. Hanya pandangan padang menjadi pandangan utama mereka. Tanpa Junhyung sedar, Taecyeon mula merenung wajahnya yang kelihatan muram.

“Kau okay ke?” Taecyeon memecah kesunyian.

Junhyung berpaling memandang Taecyeon. “Maksud.. cikgu?”

Taecyeon menggeleng. “Buat masa nie, aku bukan cikgu kau. Anggap je aku nie abang kau.”

“Okay.” Junhyung mengangguk perlahan. Bibirnya diketap seketika.

Taecyeon tersenyum kecil. “Ka-“

“Aku tak okay.” potong Junhyung. Dia termenung sekali lagi. Dibiarkan rambutnya ditiup angin malam yang menyejukkan itu. Pada mulanya dia berasa seram kerana keseorangan tetapi kehadiran Taecyeon membuatkan rasa seram itu hilang serta-merta. “Aku langsung tak okay..”

“Kenapa?” soal Taecyeon lembut.

Junhyung diam seketika.

“Kau boleh cerita kat aku.” beritahu Taecyeon perlahan lagi lembut. Dipautnya bahu Junhyung. Lalu ditepuk-tepuk bahu Junhyung supaya rasa tertekan dalam dirinya dapat dikurangkan. Dia tahu bukan senang hendak meluahkan masalahnya kepada orang lain. Lebih-lebih Taecyeon yang baru sahaja pindah ke sini.

Atau lebih kepada menyelamatkan diri daripada orang suruhan Kris.

Apa-apa pun, Junhyung tidak tahu latar belakang Taecyeon yang sebenar.

“Mana tahu hati kau akan rasa lega kalau kau cerita semuanya kat aku. Lagipun budak macam kau nie tak elok tidur lambat. Takut pula nanti kau tak boleh tidur sebab tak cerita kan?”

Junhyung sekadar mengangguk mengiakan sahaja kata-kata Taecyeon. “Girlfriend aku.” Dia bersuara semula setelah lama membisu. Dia mendongakkan kepala memandang langit gelap. Tersenyum dia walaupun sekejap sebelum berengus sinis.

“Sejak bilalah dia pandai main curang dengan aku? Aku sendiri pun tak tahulah..” Junhyung mulakan ceritanya.

Taecyeon diam membisu, memberi perhatian sepenuhnya terhadap Junhyung.

“Sebelum aku masuk kem nie, dia yang beria-ria sangat nak buat perjanjian. Dia akan pastikan cinta kami berdua kekal sampai nafas terakhir kami berdua. Siap plan nak kahwin lagi. Dia tak kisah kalau aku nie miskin ke bodoh ke pernah bunuh orang ke.. dia tak kisah. Apa yang dia nak daripada aku.. hanyalah cinta aku. Tapi..” Junhyung terdiam seketika.

Taecyeon mengusap-usap lembut bahu Junhyung. Digoyang-goyang badan mereka berdua perlahan. Dilihat Junhyung mula menitiskan air mata.

“Dia tipu aku..” Pantas Junhyung menyapu air mata yang mengalir di pipi. Semakin lama dia teringatkan kekasihnya yang telah menipu dirinya, semakin deras air mata mengalir.

Terhinggut-hinggut bahu Junhyung menahan sebak. “Serius.. aku benci.. benci..” Akhirnya dia telah kehilangan kata-katanya tatkala pandangan matanya menjadi kabur dengan air mata yang bergenang.

Dia menangis.

“Dah, dah..” Taecyeon menolak perlahan kepala Junhyung pada bahunya. Menangis Junhyung di bahu lelaki itu.

“Kau salah pilih calon isteri sebenarnya.” Taecyeon sekadar menepuk-nepuk belakang Junhyung yang masih menangis. “Dah sah kau buta. Buta sangat. Kau pilih perempuan yang hanya nakkan lelaki bersih. Bersih dari segala kekotoran. Kekotoran itulah buatkan perempuan kesayangan kau curang dengan kau.”

Taecyeon mengeluh. “Kau bersih sebelum masuk sini. Sebab tulah dia suka kau sampai tak kisah kau nie macam mana pun. Dia bukannya tahu pun yang kau akan masuk sini kan? Dia pun apa lagi. Dia curang jelah sebab kau dah jadi kotor. Kem motivasi boleh menjahanamkan status kita kalau kau nak tahu.”

“Dah..” Taecyeon menarik tubuh Junhyung daripadanya. “Salah kau jugak sebab salah pilih. Lain kali hati-hati time cari buah hati. Cari yang betul-betul terima kita seadanya, Junhyung.”

Junhyung mengesat air mata berkali-kali. Dianggukkan kepalanya perlahan.

“Kau nie baik sebenarnya aku tengok.” Kata Taecyeon dengan senyuman kecil. “Tapi asal pulak kau boleh sesat sini?”

“Ah..” Junhyung menggaru-garu kepalanya. “Aku gaduh.”

“Gaduh?” Taecyeon menggeleng. “Haih.. gaduh is normal things.”

“Err.. aku gaduh dengan cikgu sebenarnya. Bukan pelajar.” Sambung Junhyung lagi. Tersengih-sengih dia setelah memberitahu perkara yang sebenar kepada Taecyeon.

“Dahsyat jugak kau nie erk?” Mata Taecyeon sudah bergerak atas bawah, meneliti Junhyung seperti robot. Dipautnya kepala Junhyung lalu disekeh berkali-kali. Hanya gelak-ketawa mereka berdua sahaja yang kedengaran pada ketika itu.

Sementara mereka berdua saling bergurau tidak ingat dunia, Namjoon dilihatnya sedang berbaring di tepi sungai. Sesekali dia menghembuskan asap keluar rokok dari mulutnya.

“Jun..”

Namjoon mengeluh berat. “Dalam ramai manusia, kenapa Junhyung jugak yang ada dalam fikiran aku sekarang nie?”

...................................................

Tepat pada pukul 7 pagi, Taecyeon yang baru tiba di asrama segera memulas tombol pintu untuk membukanya. Dilihat mereka semua masih tidur. Dia sekadar memerhati mereka dalam diam. Dia berjalan menghampiri tingkap untuk menyelak langsir dan mengikatnya ke tepi.

Cahaya matahari mula menyinari asrama mereka yang gelap-gelita.

“Woi.. bangun, bangun!” Taecyeon menepuk-nepuk tangannya. Sememangnya tepukan itu mampu mengejutkan mereka semua. Doojoon yang tidur mati turut tersedar. Matanya terbeliak luas. Terpandangkan Taecyeon di situ, dia cepat-cepat turun dari katil.

Hanya segelintir pelajar sahaja yang masih belum bangun.

Jackson, Zico dan Namjoon.

“Hisy.. budak-budak nie.” Taecyeon menggeleng perlahan. “Sengaja melambatkan kerja aku jelah.”

“Junhyung!” panggilnya geram.

Junhyung yang sibuk membetulkan cadar katilnya pantas menyahut. “Yes cikgu?”

“Aku nak kau cari 3 baldi untuk aku. Lepas tu isi 3 baldi tu dengan air. Pastikan penuh satu baldi.” Arah Taecyeon tanpa memandang Junhyung. Suaranya kedengaran tegas. Pada masa yang sama, bibirnya mula mengukir senyuman sinis.

“Okay.” Junhyung bergegas keluar dari asrama.

“Biar aku tolong kau!” Myungsoo yang selesai membetulkan cadar turut keluar dari asrama.

“Aku pun!” Kai turut menawarkan dirinya. Diangkat tangannya dengan semangat.

“Tak payah.” Taecyeon menggeleng.

Kai cepat-cepat menurunkan tangannya semula.

“Cikgu nak buat apa dengan baldi berisi air tu?” soal Jinyoung berhati-hati.

Taecyeon sekadar tersenyum sinis. “Tengok jelah nanti. Dengan cara nie, dorang tak akan berani bangun lambat lagi. Senang kerja aku nanti.” Disilangkan lengannya sambil matanya tidak jemu memandang Jackson, Zico dan Namjoon yang masih tidur.

“Sayang, dah pagi dah nie. Bangunlah cepat.” Yukwon menepuk-nepuk bahu Zico perlahan. Zico mengeluh malas sebelum dia berbaring membelakanginya. “Zico!” jeritnya geram.

Dipukul-pukul belakang Zico namun Zico langsung tidak peduli dengannya.

“Yukwon.” Panggil Taecyeon setelah terdengar jeritan Yukwon tadi.

“Hmm..” Yukwon berpaling memandang Taecyeon. Bibirnya muncung sedepa.

“Biarkan dia terus hanyut ke alam mimpi dia tu.” Katanya tegas. Yukwon mengangguk lalu menjarakkan dirinya dari katil Zico.

Taecyeon membuang pandangan ke luar asrama. Ternampak pula Junhyung dan Myungsoo sedang bergegas ke asrama dengan beberapa baldi berisi air di tangan mereka. Bibirnya kembali mengukir senyuman sinis. Dia segera mendapatkan mereka berdua. Diambilnya sebaldi air yang dihulurkan oleh Junhyung.

Taecyeon membawa baldi tersebut menuju ke katil Jackson.

“O-Okay.. aku dah tahu apa yang cikgu nak buat sekarang nie.” Jinyoung sudah berundur ke belakang. Jauh daripada Taecyeon dan yang lain.

Taecyeon dengan geramnya terus menyimbah sebaldi air tepat pada muka Jackson. Terkejut Jackson dibuatnya sehingga terjatuh dari katil. Diraut wajahnya berkali-kali sebelum matanya tertumpu kearah Taecyeon yang sedang menghadiahkan sebuah pandangan maut kepadanya. Cepat-cepat dia bangun.

Akibat lantai yang lincin, dia terjatuh semula.

“Selamat pagi, Jackson sayang~ Memandangkan kau dah kena ‘mandi’ dengan aku, baik kau bersiap cepat. Kejap lagi kita nak kawad kaki sama-sama.” Arah Taecyeon sambil tangannya mengambil sebaldi yang kedua daripada Myungsoo pula.

Jackson mengangguk laju. Dia masih terduduk di atas lantai.

“Kalau ye pun, bangunlah cepat! Nak kena simbah lagi ke?” tengking Taecyeon geram.

Kelam-kabut Jackson bangun, menuju ke loker untuk menukar baju.

Taecyeon menuju ke katil Zico yang terletak di hujung asrama. Zico masih tidur dengan lenanya. Sesekali dia menggaru-garu lengannya yang baru digigit oleh nyamuk tadi. Taecyeon menggeleng perlahan.

Sekali lagi Taecyeon menyimbah sebaldi air tepat pada muka Zico pula. Kelam-kabut Zico bangun dari tidurnya. Nafasnya naik dan turun akibat terkejut. Terpandangkan katilnya yang basah, dia sudah menggeleng dengan mulutnya yang sedikit terlopong.

“What the..”

Taecyeon menuju ke katil Namjoon pula. “Tak payah nak terkejut sangatlah, Zico.”

Perlahan-lahan Zico turun dari katilnya yang basah dengan mimik muka tidak selesa. Setelah Taecyeon beredar, barulah Yukwon datang menghampirinya.

“Kenapa Kwonnie tak kejutkan sayang?” tanya Zico sambil membuka lokernya. Satu persatu pakaian yang disangkut dalam lokernya dibelek-belek.

Apabila dia ingin mengeluarkan baju biasa dari lokernya, Yukwon sudah memegang lengan Zico lalu memimpin lengan Zico meletakkan semula baju sukan tersebut. “Kwonnie dah kejutkan sayang tapi sayang tak nak bangun pulak. Geram Kwonnie tahu tak.” Jawabnya lalu mengambil sehelai baju sukan berwarna oren dari loker Zico.

“Nah..” Dihulurnya baju itu kepada Zico. “Kalau nak kawad kaki, kita kena pakai baju sukan.”

Zico mula tersenyum lalu mengambil baju tersebut daripada Yukwon. “Okay Kwonnie.”

Sementara Zico dan Yukwon sibuk berdua-duaan di hujung asrama, Taecyeon pula sibuk menjalankan misinya di hadapan asrama. Diambilnya sebaldi air yang terakhir daripada Junhyung. Junhyung dan Myungsoo pantas menjauhkan diri daripada Taecyeon. Tanpa melengahkan masa lagi, terus disimbah sebaldi air tepat pada muka Namjoon.

“Yah!” jerit Namjoon geram. Dia menarik selimut yang basah daripadanya. “Siapa yang bodoh sangat simbah air kat aku?”

Matanya meliar mencari sehingga Taecyeon muncul dalam pandangannya. Terkejut Namjoon dibuatnya sehingga tidak dapat bersuara lagi. Semalam bukan main lagi geram dengannya tetapi melihat Taecyeon di depan mata, terus hilang rasa geramnya.

“Apa kau cakap tadi?” soal Taecyeon.

Namjoon berdehem. “N-Nampak sangat kau pekak. Nak aku ulang balik ke?”

“Okay. Silakan.” Taecyeon sengaja mengacah-acahnya seperti ingin membaling baldi yang kosong itu kearahnya. Pantas Namjoon menghalang kepalanya dengan kedua-dua lengannya. “Penakut!” Dia tersenyum sinis lalu memaling pergi.

“Whut the..” Namjoon geram.

“Cepat sikit tukar baju! Siapa lambat, aku ketuk kepala dengan baldi.” Arahnya tegas sambil melangkah keluar dari asrama. Pantas mereka semua kecuali Junhyung dan Namjoon menukar pakaian masing-masing.

Namjoon turun dari katil sehingga menitik-nitik air yang keluar dari katilnya. Dia mengeluh berat sebaik melihat katilnya yang basah. Dibuka lokernya dan ternampak Junhyung melalui cermin yang digantungkan di dalam lokernya.

Pantas Namjoon menoleh ke belakang. “Junhyung.”

“Hmm?” Junhyung yang baru ingin beredar, berpaling memandangnya.

Namjoon menggaru-garu kepalanya. “Pasal semalam.. aku..”

“Lupakan.” Potong Junhyung lalu tersenyum kecil. “Maafkan aku sebab tengking kau semalam. Aku ada problem sebenarnya tapi jangan risau. Aku dah okay.”

“O-Oh..” Namjoon turut tersenyum. “Baguslah kalau macam tu.”

Junhyung mengangguk perlahan.

........................................................

Sinaran matahari yang terik membuatkan mereka semua bermandi peluh. Dilihat mereka sedang berlari mengelilingi padang.

“Ini bukan kawad kaki namanya. Kau tak reti bezakan kawad dengan lari ke?” soal Namjoon bengang. Tercungap-cungap dia berlari bersama mereka yang lain. Taecyeon yang berada di belakang Namjoon sudah meniup wiselnya.

Betul-betul di telinga Namjoon.

Berkerut seribu Namjoon dibuatnya dengan bunyi wisel yang menyakitkan hati itu. Kali ini tahap bengangnya sudah mencapai tahap yang terlalu tinggi. Dia berhenti berlari. Belum sempat dia berpusing ke belakang, Taecyeon sudah menendang punggungnya.

Namjoon terus tersungkur ke hadapan akibat ditendang oleh Taecyeon.

“Kau apahal pakai brek kecemasan nie? Kang dah kena dengan aku.” Taecyeon selamba berlari meninggalkan Namjoon di situ.

“Kau!” jerit Namjoon tidak puas hati.

“Aku apa, Rapdoh?” laung Taecyeon yang semakin jauh daripadanya. Namjoon sekadar mengetap bibirnya geram. Dia bangun dengan sebelah tangannya. Dibersihkan bajunya dari rumput-rumput yang melekat. Kemudian, dia berlari mengejar mereka dengan muka bengangnya.

Segala gerak-geri mereka sedang diperhatikan oleh Juhwan. Dia sedang duduk di tangga yang berhampiran dengan padang.

“Kan bagus kalau macam nie.” Juhwan mula tersenyum lega. “Dengar cakap Taec semua tu. Ibubapa dorang mesti gembira dengan perubahan nie.” Sambungnya sendirian. Dia terus memerhati mereka yang masih berlari di padang.

“Papa!” Yixing berlari mendapatkan Juhwan di tangga sambil laju melambaikan tangan.

Juhwan menoleh sedikit ke belakang. Kali ini senyuman yang dilemparkan olehnya sememangnya sungguh manis. Dibiarkan tubuhnya dipeluk erat oleh Yixing. Dia membalas pelukan Yixing dengan mengusap-usap lembut tangan Yixing yang diletakkan di atas dadanya.

“Yixing pergi mana tadi? Pagi-pagi lagi dah melesep entah ke mana.” tanya Juhwan lembut. Sesekali dia terbatuk akibat tekaknya yang kering.

“Pergi..” Yixing meletakkan dagunya di atas bahu Juhwan. “Pergi bandar tadi. Jumpa kawan lama. Papa kenal Kikwang tak?”

Juhwan berkerut. “Bawang? Yixing pergi bandar sebab nak beli bawang ke?”

“Papa nie..” rengek Yixing manja. Dipukul lembut dada Juhwan, tidak berpuas hati dengannya. Bibirnya sudah dimuncung ke depan.

Juhwan melepaskan tawa kecil. “Mestilah kenal, sayang. Semua pelajar yang pernah dihantar ke sini semuanya papa kenal. Dia apa khabar? Dia dah banyak berubah ke masih sama lagi macam dulu?”

Yixing sudah tersenyum. “Dia okay je Yixing tengok. Dia dah banyak berubah dah. Jadi lebih baik. Tak macam dulu, papa. Lagi satu, dia dah kerja sekarang nie. Jadi chef kat bandar yang Yixing pergi tadi.”

“Baguslah kalau macam tu.” Juhwan memerhati mereka lagi. Dari tadi Taecyeon asyik meniup wisel setiap kali Zico cuba melarikan diri dari larian tersebut. Begitu juga dengan Namjoon. “Kalau dia boleh berubah, dorang nie pun mesti boleh berubah jugak kan?”

Yixing hanya mengangguk setuju. “Betul tu papa.”

Sedang asyik bersembang, tidak sedar Taecyeon datang menghampiri Juhwan dan Yixing. Dia perlahan-lahan menaiki tangga sambil mengesat peluh di lehernya.

“Selamat pagi pakcik Juhwan.” Ucapnya dengan penuh hormat.

Juhwan sedikit terperanjat dengan kehadiran Taecyeon yang tiba-tiba. Yixing sudah mengalihkan dagunya dari atas bahu Juhwan. Sekali lagi dia terpegun dengan Taecyeon yang hanya memakai baju berlengan pendek. Terserlah otot-ototnya yang sedang berpeluh akibat larian tadi.

“Eik?” Juhwan memandang ke arah padang. “Dah habis dah ke?” Dia berdiri.

Taecyeon mengangguk kecil. “Dah, pakcik. Tak larat saya nak lari sampai tengah hari. Kesian pulak dorang nanti. Ada jugak yang pengsan nanti kang.” Dia cuba tersenyum walaupun penat.

“Kalau macam tu, kamu pergilah rehat dulu. Petang nanti kamu ada kelas dengan dorang.” Juhwan menepuk-nepuk bahu Taecyeon supaya pergi beredar. Taecyeon mengangguk sekali lagi sebelum Yixing muncul dalam pandangan matanya.

“Selamat pagi pretty boy!” usiknya sambil mempamerkan giginya yang putih. Suka benar Taecyeon mengusik anak lelaki Juhwan yang seorang itu. Juhwan sudah menggeleng sebelum beredar menuju ke pejabatnya. Banyak urusan kerja yang harus diselesaikan.

“Eei, tak payah wish good morning kat akulah kalau kau panggil aku macam tu. Menyampah tahu tak. Pergi sanalah!” halau Yixing geram. Kedua-dua tangannya sudah memberi isyarat kepada Taecyeon supaya pergi dari situ.

“Tak mau.” Taecyeon mendekati wajah Yixing.

“Apa dekat-dekat nie?” Segera Yixing melarikan matanya daripada Taecyeon. Wajahnya berona merah seperti udang sedang dipanggang.

Taecyeon melepaskan tawa. “Asal muka kau merah doh? Macam udang kena panggang je.” Sekali lagi dia ketawa bagai orang gila. Yixing mengetap bibirnya geram. Ditolaknya tubuh Taecyeon sehingga Taecyeon hampir tersungkur ke belakang.

“Teruknya kau nie!” kutuk Yixing. Taecyeon masih lagi ketawa sehingga hampir menitiskan air mata. Rasa kelakar melihat wajah Yixing seperti itu. Yixing sekadar merenung tajam wajah Taecyeon namun pada masa yang sama, dia mula tersenyum suka.

“Atleast dia tak boring dengan aku.”  bisiknya dalam hati.

_____________________________________________________________________________________

To be continued-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Forteenagerss

https://www.youtube.com/watch?v=_F49TpQWfk8

Chap 12 will be updated on this evening!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 14: apa Joon ni...melepas nanti baru tau, dok pendam2...aish
Youri_Kim97
#2
Chapter 13: ARHHHHHHH JUNHYUNG AND NAMJOON ;;
mpreggoland
#3
Chapter 13: Lama dh tggu..finally update!
Thanks ^^
Xlarat nk gelak sy sambil baca..hahaha
Hope chansung ngan daniel selamat huhu
fanfic_reader_12 #4
Chapter 13: Im waiting for this for a sooooo long time ago....glad u backkkk....

Thnxx for update....huhu... *Cry while smiling*
Bgm

*Apado gwaenchana..neol saranghan geteulmunae....*
mpreggoland
#5
Chapter 12: finally awk update! lama dah sy tggu...huhu
mcm biasa, storyline awk tak pernah membosankan..selalu buat sy tersengih sorg2, gelak sorg2 XD
Youri_Kim97
#6
IM WAITING FOR JOONHYUNG COUPLE MOMENT !!!!!
fanfic_reader_12 #7
Chapter 12: Youre welcome authornimmm!!! Author pon buat sye tersnyum tersengih mcm kambing bile baca ff ni..lagi2 when its comes for taec and yixing! goshhh...

Yassss layn thai drama.... but jnis yg gay thai punye drama.. hihi... :)) Dh fujo knn... Thai pon lyn yg gay je lh... But smua yg slmt ditonton oleh underage baby mcm sy ni.. huhu...:)) Drama pling normal sye tgk..dramanye flower ring..sdg tyng di tv7 (708) hihi...

Su su na khaa authornim!!! Never stop for making a good story !! ^✓^
Youri_Kim97
#8
Chapter 11: YUKWON DENGAN ZICO TAK BOLEH NAK SWEET LAGI KEEEEE ??? LAGI SATU KENAPA RAPMON SURUH TAECYEON PANGGIL DIA NAMJOON ??? DIA SUKA TAECYEON KEEEEEEEEEEEE ASDFGHJKLPOIUYTREWQ IMMA CONFUSEEEEE
[ X O X ]
fanfic_reader_12 #9
Chapter 11: I love ... So i'ii waiting for ur new ff ... Su su na khaa!! ^^