Stolen
Death Curse
Hari ini merupakan cuti peristiwa sempena Hari Kekasih (Valentine’s Day). Jadi, Eunji bercadang untuk pergi ke sesuatu tempat.
Sebenarnya, cuti tersebut diberikan kepada semua pelajar bertujuan untuk membuat persiapan sempena Hari Kekasih yang akan berlangsung pada keesokkan hari. Memandang idea itu merupakan cadangan daripada anak pengetua, Lee Ye Jin atau lebih dikenali sebagai Ailee, jadi terpaksalah seluruh sekolah bersetuju dengan rancangan itu walaupun kedengaran agak kebudak-budakan.
“Eunji, awak nak keluar ke mana-mana ke?” Kai bertanya kerana ternampak akan pakaian Eunji yang berbeza daripada biasa. Dia membawa beg sandang kecil yang tersangkut kemas di bahunya. Eunji tersenyum sambil mengangguk.
“Awak tak buat coklat ke untuk hari esok?” Kai bertanya lagi.
“Tengoklah kalau saya sempat buat,” balas Eunji sambil tersenyum menampakkan baris giginya yang putih.
"Wah, cantiknya dia bila senyum."
“Awak nampak happy je ni?” Kai berkata lalu tertawa kecil.
“Mestilah! Sebab hari ni saya nak pergi dekat suatu tempat,” balas Eunji sambil tersenyum riang.
“Jinjja? Mesti tempat yang awak nak pergi selama ni. Awak nak s
Comments