Need A Plan
Death Curse
“Kai, aku suka coklat,” Jungkook tiba-tiba bersuara.
“Kau perli aku ke?” Kai menjeling ke arah Jungkook memandangkan kulitnya itu sedikit gelap berbanding orang Korea biasa.
“Bukanlah. Aku serius ni. Manisan paling aku suka ialah coklat,” Jungkook merenung jauh.
“Dah tu? Kenapa nak bagitau aku? Apa kaitan dengan aku?” Kai mengerling Jungkook sambil memasukkan kemeja uniform sekolahnya ke dalam almari.
“Agaknya ramai tak bagi aku coklat masa 14 hari bulan nanti?” Jungkook bertanya sambil ketawa.
“Eleh kau. Kisah pulak aku? Aku lagi ramai kot dari kau sebab aku duduk dekat sekolah ni lebih lama,” Kai menjongketkan kening kanannya.
“Bukan ke orang baru lebih popular?” Jungkook tersenyum perli.
“Perasan,” Kai membalas pendek.
“Agak-agaknya Eunji nak bagi coklat dia dekat siapa ya?” Jungkook berkhayal sambil merenung ke luar tingkap.
Kai berfikir sejenak mendengar nama Eunji disebut. Tiba-tiba dia teringat akan buku hitam yang dibaca oleh Eunji di sekolah tadi.
“Jungkook, aku nak kau ambil buku hitam yang Eunji selalu bawa tu,” Kai berkata sambil menyidai tualanya d
Comments