Bang Min Ah
Death Curse
Peperiksaan sudah berlangsung selama satu minggu tetapi IU masih belum memunculkan diri ke sekolah. Dia perlu mengetahui sebab mengapa rakannya menjadi kurang waras dan sering bercakap seorang diri. IU juga telah ditahan di bilik rawatan selama dua hari kerana sering meroyan seperti orang gila sehingga pihak sekolah terpaksa menghantarnya pulang ke rumah.
“Dia jadi macam tu sebab dia dah terima balasannya,” seorang pelajar perempuan berambut sedikit keperangan tiba-tiba berada di sebelahnya. Mata Eunji membuntang. Itu hantu! Pasti matanya tidak salah lihat. Eunji menapak selangkah ke belakang daripada makhluk yang tidak diundang itu. Bagaimana pula hantu boleh membaca fikirannya? Ah, kalau hantu semua pun dia boleh buat!
“Jangan risau. Saya pelajar macam awak jugak. Kenapa awak nampak takut sangat ni?” pelajar itu tersenyum kepadanya. Aneh! Bukankah wajahnya sebelum ini sangat pucat dan matanya merah menyala? Sekarang pula sangat berseri-seri dan langsung tidak mengerikan.
“Saya Bang Min Ah. Awak Jung Eunji kan? Awak jarang nampak saya sebab saya sibuk sangat. Maaflah jika saya takutkan awak,” pelajar perempuan yang bernama Bang Min Ah itu tersenyum manis kepada Eunji.
“Hai selamat berkenalan,” Eunji tersenyum, tersenyum aneh. Mungkin dia seorang yang pemalu kerana jarang ditemui, fikir Eunji.
“Awak tahu nama saya?” Eunji bertanya lagi. Min Ah pula hanya tersenyum sahaja dari tadi. Pelik! Selain pemalu, berat mulut jugakah Min Ah ini?
“Oh sekejap, tadi awak cakap IU dah terima balasannya kan? Balasan apa yang awak maksudkan?” Eunji menjongketkan kening kirinya.
“Macam yang awak tengok dari mata kepala awak sendiri, dia tu sangat baik orangnya. Dia terlalu rajin dan bertekad untuk jadi yang terbaik. But at the other side, dia buat seseorang menderita. Dia bagi minum seorang pelajar ubat pelemah ingatan yang boleh buat orang jadi lupa dan seterusnya akan menyebabkan pelajar itu stress lalu lama-kelamaan akan menjadi gila. Bukan ke
Comments